Chapter 20 : Teman wanita saya Shira

Romance Series 3902

"Hahhhh?!!" Aku melihat kearahnya dengan kerut wajah terperanjat. Perasaan takut dan gementar yang tadinya menguasai diriku dengan sekelip mata hilang. Rey melihat kearahku dan senyum sambil mengkedip mata kirinya. Tindakannya itu membuatkan aku tenang dan entah kenapa aku rasa selesa ketika dekat dengannya.

"So guys perkenalkan teman wanita saya.. erhh" tiba tiba ucapannya terhenti. Dia justeru sekali lagi mendekatkan wajahnya ke arah ku dan berbisik "erhh siapa nama awak??" sambil senyum tersengih.
Aku yang sedang blur dengan kelakuannya terus sahaja berinteraksi "aa?? Eh ..Shira!!" balasku kearahnya .

Sebaik sahaja dia mendengar perkataan Shi dia terus memandang semula kehadapan dengan bangga berkata "teman wanita saya Shibaa" Sambil senyum sengih.
"Eh salah laa.. nama saya.." Aku terkejut saat dia memanggil ku Shiba dan aku terus sahaja melihat kearahnya dan ingin membetulkan nama ku tetapi di saat aku ingin menghabiskan perkataan ku, Ada yang menjerit dari jauh.

"NAMA DIA SHIRAAAA.. SHIBA TU SAYAA" terlihat kak Shiba yang berada di bahagian belakang menjerit membetulkan nama ku. "Hahahaha" tawa kecil yang dapat dilihat dari semua pekerja restoran ini dan segelintir tamu tamu yang hadir. Kak Shiba sepertinya baru sahaja masuk kedalam ruangan ini kerana dia sedang membawa hidangan tambahan dari dapur restoran.

"Ohhh hahahaha maafkan saya" Senyum sengih Rey. "Ok sekali lagii,, semua ready??" Tambahnya lagi. Semua orang dalam ruangan itu menikmati dengan tawa terhadap tingkah laku Rey.
"Perkenalkan teman wanita saya .. Shiraa" dia melontarkan kata kata yang tidak pernah aku sangka akan terdengar dikehidupanku. Aku bingung tak terkata, rasa bahagia dan rasa kosong bercampur. Aku tidak tahu bagaimana mahu beriaksi dengan kejadian ini.

"Ermm ... Sir what's your thoughts about her?" dengan tiba riba Rey menanyakan Ayahnya yang duduk di hadapan tentang pendapat dia tentang aku di halayak ramai.
"!!!huh" tersedak nafas ku mendengar kata kata Rey itu, lagi lagi didepan halayak ramai.

Ayah Rey melihat ke arah kiri dan kanan di mana kawannya berada dan dia membalas pertanyaan Rey dengan satu gerak tubuh dengan mengangkat separa tangannya yang dapat di maksudkan dengan "Terpulang daripada anda".

Setelah perlakuan Ayah Rey itu. Semua orang didalam ruangan itu bertepuk tangan dan heboh dengan kegembiraan melihat kejadian yang jarang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience