Chapter 25 : You're now connected...

Romance Series 3902

Langkah ku mula memasuki kawasan apartment tempat tinggal. Suasana sunyi malam ini. Aku melihat jam ditelefon ku dan waktu tinggal setengah jam lagi pukul 10 malam. Aku segera mempercepatkan langkah ku.

Tiba aku didepan pintu rumah, lampu dari dalam sudah terang benderang.
"Assalamualaikum." Aku mengucap salam sambil mengetuk pintu. Dua kali ketukan dan ucapan salam.
"Walaikumsalam salamm, yee kejap." Terdengar ibu ku menyahut salam ku dan bergegas membuka pintu.

Aku mencium tangan ibuku disaat dia berdiri didepan ku.
"Ibu, Shiraa perlu mandi!" kata pertama yang lontarkan setelah mencium tangannya.
"Errr okei sayang, slow2 sikit jangan terburu buru ," ibuku hairan melihat tingkah laku ku yang terburu buru.

Aku segera mengambil tuala mandi dan bersiap siap untuk mandi.

"Shiraaa kamu dah makan??" ibu ku bertanya dengan suara yang lantang.
"Sudah ibuu, tadi dekat tempat kerja." balasku yang sedang mandi didalam bilik mandi.
"Okei sayang, kalau kamu lapar ada ni lagi lauk yang ibu tak habis." balas ibuku dengan suara yang lantang.

Selesai mandi, aku segera menuju ke bilik untuk bersiap. Aku melihat jam dan sudah hampir pukul 10 malam. Aku duduk di atas katil berhadapan dengan kipas angin. Rasa cemas perlahan lahan menyentuh fikiran ku.

"Tinggg!!!"
"Hhhhh?!!" Aku terkejut mendengar bunyi notifikasi ku yang lantang.Aku melihat notifikasi itu dan ternyata kak Silvya yang menghantar pesanan yang bertulis " Shiraa jangan lupa scan :P" melihat pesanan itu membuatkan rasa cemas yang aku alami memudar perlahan lahan.

10 malam! huh! dah pukul 10!! ok just scan , takde apa apa ni..just scan shiraaaaa. kata hatiku yang cuba membantu untuk memberanikan diri. Aku mengambil kad yang Kak Silvya bagi daripada Rey.

Aku membuka aplikasi scanner di telefon ku. Dengan rasa yang sangat nervous aku mentenung kad itu dan bersedia untuk scan.

Huh! ok satu , duaa tii
"hah???" pelik, tiba tiba sahaja telefon ku mati disaat aku selesai Scan QR code itu. "Ape ni??? kenapa matii? takde apa apa punnn" tanda tanya yang aku alami.

Beberapa saat setelah itu "Eh?!" tiba tiba keluar simbol buffering di paparan skrin telefon ku yang mati itu.

"Initializing ... three two one ... Complete"
"Hahhhh?!!!! apa lagi niii." di paparan skrin telefon ku yang mati itu muncul tetapan yang sedang menginstall sesuatu.
"Click Yes to proceed" lalu muncul pilihan untuk melanjutkan proses itu.
"Erhhh" aku lalu menekan butang Yes dan muncul ayat "connecting..."

"Ting!! You're now connected..."

Fuh!!!! Sungguh terkejut aku melihat apa yang dipaparkan setelah selesai proses connecting itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience