Chapter 18 : Kekuatan seorang ibu

Romance Series 3902

"Hello , Fahmi kami dah touch down dekat airport ni. Kamu di mana?" Sebaik sahaja turun dari pesawat ayah Rey terus menelefon pemandu peribadinya di Malaysia.
"Hello, ya Dato.. Saya dekat Door number 7" Balas Fahmi yang sudah menunggu Dato Fehmeed dan Rey dilapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Mereka terus sahaja menuju ke tempat yang diberitahu oleh Fahmi. Saat tiba di Malaysia, hari suda gelap kerana mereka bertolak dari london pada pukul 7.40 minit pagi dan tiba ke Malaysia sekitar pukul 8 malam. Penerbangan selama 12 jam setengah ini memberikan keletihan kepada Dato Fehmeed dan Rey.

Tiba dirumah, mereka dijemput dengan meriah oleh isteri Dato Fehmeed dan orang orang yang tinggal dirumah yang mewah itu. Rumah yang didiami oleh mereka di Malaysia sangat la megah, walaupun begitu , Dato Fehmeed jika berada dilondon hanya tinggal didalam bangunan perusahannya kerana dia lebih selesa tinggal disitu.

"Selamat pulang Ayah dan anak kesayangan ibuu" kata isteri Dato Fehmeed sambil memeluk dan mengusap belakang badan Dato Fehmeed dan Rey dengan penuh kemesraan.
"Hello adinda kuu" balas Dato Fehmeed yang keletihan.
Mereka sekeluarga berbual sebentar sambil menuju ke ruang keluarga.

"Haaahhhh.. penatnyaaaa dapat pun baringg" kelegaan Dato Fehmeed sambil baring diatas sofa ruangan itu. Rey terus sahaja pergi menuju kebiliknya.
"So how's your business darling? going well?" Tanya Dato Fehmeed sambil baring diatas sofa.
"Yeahh everything's fine..draft tak turun turun ok ok jee" Balas ibu Rey yang sedang duduk di samping Dato Fehmeed.
"Oh yeah?? very noaaiceeee.. huahhh" balas Dato Fehmeed sambil menguap. "hmm btw saya ada sesuatu nak bincang dengan awaoaaahh" tambahnya lagi dengan keletihan.
"Ouhh suree apa dia??" ibu Rey menanyakan soalan tentang apa yang ingin dibincangkan oleh Ayah Rey.

Tiba tiba bunyi dengkuran dari Dato Fehmeed dapat didengarkan. "Zzzz"
"Ya allahh , Ayah ni.. kalau nak tidur pun pegi basuh kaki dulu pastu naik atas tidur dekat bilik" Kata ibu Rey sambil mengejutkan kembali Ayah Rey.
"Huahhh baik..esok je la kita bincang" kata ayah Rey yang bangun dan dengan letihnya bergerak menuju bilik tidur.
Ibu Rey juga sempat menjenguk bilik Rey dan dia melihat yang Rey juga sedang letih ketiduran.

Ibu Rey merupakan Business Woman yang terkemuka di Malaysia. Ibu Rey juga antara orang yang telah membantu dalam melancarkan dengan baik bisnes BRD Tech "Bio Replace Device Tech" yang telah dicipta oleh Dato Fehmeed. Hasil daripada itu, dapat dilihat yang teknologi ini sudah tersebar keseluruh dunia.

Keesokan hari.

"APAAAAA?!!!! Tak nak! Ibu tak nak!" pukul 9 pagi di ruang dapur rumah sambil menjamah sarapan pagi, mereka berbincang tentang perkara yang menyebabkan Ayah Rey dan Rey terpaksa balik ke Malaysia iaitu penyerahan Rey ke pihak kerajaan. Perkara ini telah ditantang dengan keras oleh ibu Rey sambil sedang menyiapkan roti sanwich.

"Tapi ibuuu, ni arahan Perdana Menteri laa, Tun sendiri yang call saya haritu" balas ayah Rey yang agak sedikit takut dengan balasan amarah yang diterima saat memberitahu.
"Hahhh saya dah agak awak nak marah, tu la saya datang sini. Kalau saya bagitahu awak kat phone je mesti awak matikan je dan block saya..hmm" tambah ayah Rey lagi dengan keluhan.

"Saya nak bercakap dengan Tun sekarang! perkara ni dah banyak kali ! setiap kali ada pesanan dari government mesti nak Rey! sampaikan dulu sebelum Rey lahir pun dorang dah redi nak kan dia! so harini saya sendiri nak bercakap dengan mereka!" bebelan dari Ibu Rey yang sudah muak dengan perkara ini.
"Ahh awak nii, kalau nak lebih lebih pun berpada laa.. takde nye diorang nak kan Rey masa belum lahir lagi" Balas Ayah Rey sambil menjenaka kan bebelan Ibu Rey sambil menjamah Sandwich yang sudah tersedia.

"Rey ! kamu nak pegi dengan diorang?!" Ibu Rey melihat kearah Rey yang juga sedang duduk disitu sambil menjamah Sandwich itu.
"!!! hahh erhhh Rey tak nakkk ergh" Rey tekejut dan sedikit gementar saat ibunya menanyakan soalan dengan pandangan yang tajam.

"seee..your own son also don wann laaa..haih saya nak becakap dengan mereka juga harini dan perkara ni mesti settle harini juga! pasni dah takde apa apa lagi". bebel ibunya lagi yang segera mengambil telefon pintar ayah Rey.
Rey dan Ayahnya hanya diam tidak dapat berbuat apa sambil menjamah sandwich sandwich yang sudah siap dihidang.

"Hello? selamat pagi Tun .. bla bla bla.." Ibu Rey memulakan perbualan dengan ucapan selamat pagi dan diteruskan dengan bebelannya.
"Tapi Datin Azirahh ..Rey adalah aset masa depan negara yang sangat berhargaa saya tak nak dia.. bla bla bla" Balas Tun dengan bebelannya juga.

Mereka berdua berbincang dengan penuh kehangatan. Masing masing dengan pendapat dan keterangan masing masing. Ibu Rey juga sudah hilang perbatasan dan bercakap dengan seorang Tun hanya seperti bercakap dengan kawan biasa. Orang orang yang ada disitu juga semua takut dengan suasana hangat yang dihasilkan oleh ibu Rey.

Ibu Rey memang menyayangi Rey sepenuhnya. Sedangkan sewaktu membuat keputusan untuk menyekolahkan Rey di luar negara iaitu London pun harus bertungkus lumus untuk memujuk hati ibunya yang terlalu sayang dan tidak ingin berjauhan dengan Rey. Bahkan yang meminta untuk Rey disekolah di luar negera juga adalah pihak kerajaan Malaysia.

Setelah lama berbincang. Akhirnya Ibu Rey menang dalam perbicaraan ini.
"pap pap pap" tepukan yang perlahan di lakukan oleh Dato Fehmeed tanda sindiran meraih kemenangan isterinya.
"Apa tepuk tepuk? hah!" balas ibu Rey yang sedikit tenang dan sedikit gembira kerana tidak harus menyerahkan Rey kepada pihak kerajaan.
"Tapi ada syarat syarat yang Tun bagi tadi hmm" tambah ibu Rey lagi.

Ibunya terus menceritakan semua perbualan dengan Tun kepada mereka. Ibunya menyatakan semua syarat syaratnya di mana syarat yang diberikan adalah bertujuan untuk melindungi Rey dari kelalaian dan kejatuhan moral diri dimasa depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience