Chapter 26 : Panggilan Video dengan Rey!

Romance Series 3902

"Ha there you go, Hai ! "
Selesai sahaja proses connecting, tiba tiba paparan yang ditunjukkan ialah Wajah Rey yang sedang senyum sambil menyapa ku.

"Whoaaaa!!!" Aku terkejut dan terus menolak telefon ku agar kameranya tertutup! Kenapa tiba tiba video call pulak ni??? huhhhh.

"Hey hey are you okay??" Suara Rey terdengar dari telefon ku yang sudah jatuh itu.
Aku terdiam takut. Suara nya masih terdengar memanggil ku. Huhh apa nak buat ni????

"Tok tok tok!" "Shiraa ada apa tu???" Ibu ku datang mengetuk pintu. Sekali lagi aku cemas! Panggilan Rey masi terconnect dan dia asyik asyik memanggil ku!
Tanpa kata apa apa, Ibu ku terus membuka pintu dan masuk kedalam!

"Shiraa!! kenapa ni?" ibu ku masuk kedalam dan melihat ku cemas!
"Heyyy , helo is anyone there?" Rey memanggil ku dan ibu juga mendengarnya!!!

"Shiraa sape tu??" Ibu ku mendengar suara itu lalu mengambil telefon ku yang jatuh.
"Oh hai? where's the other girl??" kata Rey saat ibuku melihat telefon ku.
Ibu terdiam seketika melihat Rey dan tiba tiba ibu terkejut!

"Allahhh Shiraaa!!" Ibu ku terkejut saat melihat orang yang berada di dalam panggilan video itu!
"Beebb" tanpa berkata apa apa dengan Rey, ibu ku terus mematikan panggilan video itu dan membuang telefon ku kearah katil.

Ibu menarik tanganku keluar dari bilik dan kami berdua duduk di ruang tamu.
"Shira! Bagi tau ibu macam mana kamu dapat contact dengan dia?" Ibu dengan tegas bertanya kepada ku! ketegasannya membuatkan ku semakin cemas.
"Shiraaaa! ... Huh ok, Shiraa?? boleh ibu tanya dari mana Shira dapat contact lelaki tu?" Melihat diri ku yang cemas membuatkan Nada tegas ibu ku terus berubah menjadi perlahan dan lebih tenang.

Aku menceritakan kepada ibu segala yang terjadi hari ini dari mula hingga akhir. Di saat aku menceritakan situasi dimana Rey memanggil ku kedepan, dimana waktu itu Rey bilang yang aku ini teman wanita barunya kelihatan reaksi ibu berubah menjadi tegang, Sepertinya ada sesuatu yang ingin dia katakan tetapi dia mencuba untuk tenang dan dengar dahulu cerita yang aku ingin sampaikan.

Selesai menceritakan segala perkara yang berlaku sepanjang hari ini, Ibu diam seketika sambil melihat ku. Dia sepertinya sedang memikirkan dahulu perkara yang ingin dia katakan agar tidak hanya bercakap kosong dan tidak berfaedah. Sehinggalah ibu berkata
"Shira tau tak siapa sebenarnya lelaki tu??"

Aku menjawab pertanyaan ibu "erhh erk dia..." tetapi dipotong dan ibu menjawabnya sendiri.

"Dia tu orang paling terpenting di dunia Shira!!! Serius kamu memang tak tahu dia siapa?!!" Mendengar pernyataan ibu itu membuatkan aku sedikit blank dan masi memproses kebenaran tentang hal itu.
"Shira tau kan Dato Fehmeed Syah? mustahil tak tahuu" tambah ibu ku lagi.

"Dato Fehmeed tu yang dulu pernah viral sebab tolong orang kurang upaya tu ke? yang buat tangan tangan robot tu??" balas ku dengan ragu tentang sosok Dato Fehmeed.

Aku sepertinya pernah mendengar nama Dato Fehmeed ni, kerana seingatku 15 tahun lalu iaitu tahun 2015 , pernah heboh satu Malaysia kerana ada seorang inventor dari Malaysia yang telah mecipta anggota badan robotik yang dikhaskan untuk orang orang kurang upaya.

Dan memang dari hal itu, telah menjadi sejarah untuk umat manusia masa kini, kerana ditahun 2030 ini dapat dilihat 1/4 kemodenan tamadun yang mula membangun di seluruh dunia.

"Hahh aa!! bukan tangan je tauu yang dia buat..Dan Shira tau tak, yang Shira video call tadi tu Areyan Hakimi anak kepada Dato Fehmeed Syah!"

Mendengar kenyataan ibuku itu, membuatkan aku terkejut dan tidak percaya dengan apa yang terjadi. Aku tidak tahu bagaimana mahu berinteraksi dengan kenyataan itu. Aku hanya duduk diam dan melihat kearah wajah ibuku.

Hal canggung mula terjadi, Aku dan ibuku saling bertatapan. Dia juga duduk diam dan tidak tahu ingin berinteraksi seperti apa. Kami berdua sepertinya tidak percaya dengan perkara yang baru sahaja terjadi. Orang yang paling terpenting di dunia berhubung dengan orang tiada apa nya seperti diriku ini?

Tanda tanda tanya tentang "Apa hal buruk dan baik yang akan terjadi didalam hidup ku di masa depan" masuk menguasai fikiran ku.
Perlukah aku ambil kisah tentang dia? atau pedulikan saja. Seperti yang aku selalu lakukan.
Menjauhkan diri dengan orang orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience