Chapter 3 : Hancur 1

Romance Series 3902

"Shira bangun sayang" aku merasa tepukan perlahan di bahu ku . Aku lalu membuka mataku dan terlihat Aci Oca berada di depan ku. Mata dan hidungnya merah. Dia memaksakan dirinya untuk senyum ketika bertatap denganku. Bola matanya yang masih di basahi dengan air mata jelas menunjukkan yang dia sedang menahan keperitan dan tangisannya dihadapan ku. "Bangun sayang :') , umi panggil tu kat bawah, dah nak gerak ni gi tanah perkuburan" Aci Oca memberitahuku dengan nada perlahan teresak esak sambil senyum dalam kesedihan.

Senyuman manis Aci Oca membuatkan hatiku tenang . Aku mengusap air mataku dan bangun dari penjuru ruang bilik Aci Oca lalu turun kebawah untuk berjumpa dengan umi. Aku melihat ayah di ruangan tetamu sedang berbual dengan kawan kawannya dan aku hairan kerana tiada kesedihan yang aku lihat dari wajahnya. Aku tidak memperdulikan ayah dan aku terus sahaja menuju keruangan utama untuk berjumpa dengan umi. "Shira pergi tukar baju nak, kejap lagi kita nak pergi ke tanah perkuburan ni" umi ku berkata kepada ku dengan nada yang perlahan dan aku dapat melihat yang umi juga bersedih dengan kepergian bapa mertuanya. "Baik umi" aku pergi ke bilikku dan menukar pakaian sekolah ku dengan pakaian yang lebih sopan.

Setelah selesai mengganti pakaian, terdengar bunyi ketukan dari pintu bilikku "Tok tok tok!". "Shira ko bole cepat sikit tak?! semua dah tunggu tu dekat bawah!" aku terkejut dan membuka pintu bilik lalu aku melihat Aci Shima sedang berdiri di depan bilikku. "Kalau ya pun nak bagi tau sesuatu tak paya la sampai nak tengking tengking!" balas ku ke Aci Shima dengan nada yang marah. Aku sangat marah dengan perbuatannya kerana dalam situasi macam ni pun dia masih nak tunjukkan karakternya yang aku benci. Aci Shima terus membalas percakapan ku tadi "heihh kau ni kan!! dah pandai dah ...." tiba tiba percakapan Aci Shima terpotong " hey! Shima! sudah! korang berdua ni kan! " Aci Oca datang dari tingkat bawah untuk menjenguk kami yang kelamaan di atas. "sudah la weh korang berdua , faham faham la apa yang jadi sekarang ni !" aku pertama kali melihat ekspresi muka Aci Oca yang marah, tetapi dalam kesedihan. Kami berdua terdiam lalu " Jom shira.. jangan peduli si gila tu! " Aci Oca menarik Tangan kananku dan mengiring ku turun kebawah. Sekali lagi saat itu aku pertama kali melihat Aci Oca marah dan mengeluarkan perkataan kesat kepada orang. Apa tidaknya , Aci Oca merupakan wanita yang sangat positif dan ceria. Karakternya itu menunjukkan yang dia Comel dan matang dalam mengerjakan setiap perkara. Aci Shima hanya terdiam dan turun kebawah. Aku juga pertama kali melihat Aci Shima bertudung. Aku masih marah dengannya dan aku menyindirnya dari dalam hati "hah baru tau nak insaf" .

Setibanya kami di tanah perkuburan, jenazah atok diuruskan oleh orang orang yang terlibat ,ayahku dan ayah misya. Aku berdiri dengan kesedihan melihat apa yang terjadi di depanku ,di tepi pokok yang bersebelahan dengan tempat atok di kubur. Aci Oca mendampingkan tangan kanannya sambil mengusap bahu kanan ku. Setelah selesai, kami semua pulang kerumah dengan suasana yang muram. Perasaan kehilangan sesuatu yang sangat beharga dapat dirasakan oleh semua orang terutama ahli keluarga atok. Haritu senyap dan tiada gelak tawa seperti biasa di rumah itu.

Malam pun menjelang. Aku dan Misya tidur di bilik Aci Oca kerana kami tidak ingin bersendirian kerana perasaan sedih yang melampau itu akan datang sekiranya kami bersendirian. Malam itu aku Misya dan Aci Oca menghabiskan malam kami dengan bercerita tentang pengalaman yang kami lalui bersama sehinggalah kami tertidur dengan perasaan yang penuh kedukaan kerana kami bertiga antara ahli keluarga yang sangat menyayangi atok dan hal yang terjadi ini sangat mencengkam jiwa .

Fuhh... Akhirnya Kehancuran yang membaham kehidupan ku pun terjadi.

Tiga minggu setelah kepergian atok...

Terjadi satu pergaduhan antara Ayahku dan Ayah Misya. Perbalahan yang tidak masuk akal terjadi dan membuat huru hara keadaan rumah. Satu persatu rahsia terbongkar dan keharmonian keluarga ini yang pada awalnya utuh hancur dengan satu permasalahan yang membuatkan kami semua tak terkata kerana bernakah perkara ini berlaku?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience