Chapter 1 : Prologue + Aku Shira

Romance Series 3978

Aku seorang pelayan di sebuah restoran yang tidak jauh dari pangsapuri ku. Aku Shira , aku berusia 19 tahun, yaa aku masih berusia 19 tahun dan berbeza dengan remaja seumuran dengan ku dimana lazimnya remaja pada usia 19 tahun berlumba lumba dalam pembelajaran bagi mencapai cita cita yang di idamkan. Aku juga punya cita cita, aku ingin menjadi seorang arkitek dan ingin melakar dan membina satu bangunan yang megah lalu tertulis nama ku di papan tanda penghargaan bahawa aku antara yang terlibat dalam proses pendirian sebuah bangunan yang megah itu. Namun, itu hanya la cita cita dan angan angan. Jelas sangat berbeza kejayaan yang aku idamkan itu dengan apa yang aku jalani di waktu ini.

Hidup mula menikamku saat aku berusia 15 tahun. Semuanya bermula di saat datuk meninggalkan kami semua (keluarga ku dan saudara mara yang lain). Ya datuk memang orang yang terpenting di dalam keluarga ini, kerana sebelum aku jatuh kedalam kehidupan yang sangat menyakitkan ini , aku dan keluarga ku merupakan anak hartawan dan kehidupan kami sangat bahagia dan sangat dekat dengan saudara mara yang lain, kami bagaikan isi dengan kuku. Pada saat itu, keluarga ku dan keluarga saudara mara yang lain tinggal bersama di sebuah rumah banglo yang besar dan di pimpin oleh datuk ku.

Ayahku bernama Razak ,berusia 37 tahun ketika itu dan merupakan anak kedua daripada empat adik beradiknya yang lain. Abangnya bernama Azri dan berusia 41 tahun, Pak Cik Azri juga sudah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata iaitu Misya yang seumuran dengan ku dan Fadli adiknya yang berumur 7 tahun ketika itu. Aku sangat rapat dengan Misya pada dulunya kerana kami dibesarkan bersama seperti adik beradik walhal ibu bapa yang berbeza. Ayahku mempunyai dua adik perempuan yang bernama Shima berusia 35 tahun dan aku memanggilnya Aci Shima. Aku umumnya tidak begitu rapat dengan Aci Shima kerana tingkah lakunya yang sedikit brutal, apa tidaknya dia suda berumur 35 tahun tetapi masih tidak berkahwin lagi ketika itu,dan dia selalu menghabiskan masa nya dengan hiburan seperti kelab malam , selalu membazir duit dengan benda yang tidak berfaedah dan selalu berganti pasangan. Jelas sekali mengapa dia sangat tidak menyukai kami semua dan yang dia fikirkan hanya la duit. Adik ayahku yang paling bungsu merupakan mak cik kesayanganku dan umurnya ketika itu berusia 25 tahun. Namanya Rossa dan aku memanggilnya Aci Oca. Ketika kami masih bersama dia selalu berada di sisihku ketika ibuku tiada di rumah kerana aku selalu dimarah oleh Aci Shima. Dia juga selalu mengajar ku ketika aku masih bersekolah dan kenangan yang paling aku ingat ketika aku berusia 12 tahun dimana ketika itu aku menduduki peperiksaan UPSR. Dia selalu menemani ku setiap malam dan mengajarku tentang hal hal pembelajaran. Dia bagaikan guru ku di rumah. Selain dari keluarga datuk ku, orang orang yang tinggal di rumah itu adalah pekerja yang bekerja sebagai pembantu rumah (Ibu Jurima) pekebun (Pak samad) dan pemandu ( Pak Jasri ).

Namun, semuanya sudah berubah. Keluarga ku tidak lagi berhubung dengan mereka juga ayahku. Kini aku hanya tinggal bersama ibuku di sebuah apartment kecil di tengah tengah kota. Semua kehancuran ini terjadi ketika aku berada di sekolah. Ketika itu kelas sains sedang berjalan. Aku menghayal kerana tidak faham tentang apa yang di ajarkan. Dalam hatiku terdetik, "haih kalau lah boleh balik". Tiba tiba pintu kelas ku diketuk, " tok tok tok! " "maaf mengganggu cikgu, boleh saya berjumpa dengan Shira?". Kami semua melihat kearah pintu dan aku terkejut kenapa Pak Jasri datang ke sekolah di waktu pembelajaran sedang dijalankan. Aku segera keluar untuk berjumpa dengannya. "Kemas barang kamu dan bawa beg sekolah". Aku sekali lagi terkejut, "eh kenapa ni? takkan la doaku termakbul yang aku nak balik" senyum ku dalam hati. Aku terus berjalan bersama Pak Jasri menuju ke tapak perhimpunan di mana disitu dia memarkir kenderaannya. Di sepanjang jalan itu tiada perbualan yang tergerak di mulut kami berdua, dalam hatiku hanya kegembiraan dan keinginan segera pulang kerumah.

Sampai sahaja kami dikereta, aku membuka pintu dan sekali lagi terkejut kerana Misya juga berada di situ dengan begnya. "Misya !! apa yang awak buat kat sini?", tanyaku kepadanya, "Aku pun tak tahu Shira, tadi Pak Jasri tiba tiba datang kekelas bagitau suh kemas barang n bawa beg sekali", kami berdua berbual dengan nada yang perlahan kerana atmosfera yang dirasakan ketika itu sangat la tegang. Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena terjadi di Rumah. Sepanjang perjalanan kami bertiga hanya diam sambil aku melihat pemandangan yang sering kali aku lihat ketika dalam perjalanan balik dari sekolah.

20 minit berselang, Akhirnya kami sampai ke rumah. Aku sekali dan sekali lagi sangat terkejut melihat keramaian yang menghujani rumahku. Hatiku tiba tiba berdebar dengan kencang. Perasaan ku mula tidak tenang, aku melihat ke arah Misya dan dia juga berdebar sepertiku. Pak Jasri selesai memarkir keretanya, aku dan Misya terus keluar dari kereta dan berlari menuju ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience