Chapter 28 : Hai Shira

Romance Series 3902

"Bunyi bising seperti orang sedang bersembang"

"Arghh sape yang bising-bising dekat luar tuuu..arghh" Aku terbangun dari tidur ku yang lena kerana terdengar suara orang-orang yang sedang bersembang di ruang tamu rumah ku.
"arghh whoaaa.." aku bangun dan termenung sambil tubuh ku masih berbaring di atas katil.
"Dah pukul berapa ni?" kata hatiku lalu melihat kearah kanan dan mengambil telefon ku yang berada dihujung katil.

"hah?!!! pukul 11!! Alamakkk! aku dah lambattt nak perigi kerja!" sungguh terkejut aku saat melihat jam ditelefon ku menunjukkan tepat pukul 11 pagi. Aku terus bangun dari posisi ku yang selesa dan segara mengambil tuala yang di gantung di tombol pintu almari.

Aku dengan pantas menuju kearah pintu bilik dan membukanya lalu ada Umi menyapa ku

"Shiraa! dah bangun??" Aku di sapa.

"Hahhh!!!! Rey?!!!" Sungguh terkejut aku melihat Rey sedang duduk di meja makan rumah ku sambil berbual dengan Umi!
"Reyyy! apa kau buat dekat sini??" kata ku kepadanya dengan raut wajah yang panik dan kaku.

"erhhh Rileks Shiraa , Rey kata kamu ada temu janji dengan dia hari ni" Umi membalas soalan ku sambil tersenyum sengih.
"Haii Morning" kata Rey kepada ku sambil tersenyum manis.

"Erhh Haii??.. Umii Shiraa dah lambat nii" Aku membalas sapaan Rey dan memberitahu Umi yang aku sudah terlambat untuk bersiap. Aku belari menuju ke arah bilik mandi tetapi di halang oleh Umi.
"Ehh Shiraa lambat nak pergi mana??? Rey kata kamu berdua ada temu janji sebab hari ni kamu cuti"

"Hahhh?? eh iyalah, Hari ni Shira cuti.." Aku baru sedar yang hari ni kak Shiba memberikan aku cuti kerana kerja keras ku semasa majlis di restoran kemarin.
"Sini Shira duduk, Umi nak beritahu kamu berdua sesuatu" dengan perasaan yang sedikit lega, aku berjalan dan duduk berhadapan Rey dan Umi di ruang tamu rumah ku yang kecil.

Di saat kami bertiga sudah mula berada di posisi yang selesa, Umi mula memberikan segala nasihat untuk kami berdua. Dia memberitahu segala kesan-kesan baik dan buruk jika kami berdua bersama dan berharap untuk kami berdua agar berhati-hati. Rey hanya tersenyum dan menurut segala percakapan dan nasihat yang diberikan oleh Umi.

"Ok sekarang korang berdua faham apa yang Umi sampaikan?"
"Faham Umi" kami berdua dengan serentak mengakatan ayat yang sama.
"Eh Rey?? Umi??" Aku terkejut kerana Rey memanggil Umi ku dengan panggilan Umi dan bukan Mak Cik, Aunty ataupun lain-lainnya.

"Hahaha Sorry Saya tak tahu nak panggil apa, kalau panggil makcik tak sedap pula sebab mak awak masih nampak muda dan lawa hehehe" kata Rey dengan tawa senda sambil mengusik aku dan Umi ku.

"Hahaha tak apelah Shiraa, lagipun Umi tak ade lagi anak lelaki hehe takdelah Umi main-main je" Umi ku membalas usikkan Rey sambil senyum tawa. Aku hanya melihat tingkah laku mereka dengan raut wajah yang Meh.

"Jadi kau tunggu apa lagi Shira? pegi la besiap Rey dah Sejam tunggu kamu bangun tidur tadi" Umi memberitahu ku untuk segara bersiap kerana aku ada temu janji dengan Rey.
"Okeii" Aku bangun dan terus menuju kearah bilik mandi sambil Rey dan Umi sambung dengan perbualan mereka tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience