Perempuan Sihir
part51
"Yaallah bang! Menantu kita bang".
Jerit Ibu Qistina bila sahaja melihat keadaan Khairul itu yang terbaring diatas lantai, dihadapan bilik air.
"Jangan sentuh! Kita tak tahu keadaan dia".
Sergah ayah Qistina bila sahaja, isterinya mahu meluru kepada Khairul. Ayah Qistina bimbang, Khairul terjatuh dan ada bahagian bahagian yang patah.
"Kita call ambulans dulu".
Ayah Qistina keluar dari bilik dan terus menghubungi Ambulan. Selang beberapa minit ambulan sampai kerumah Khairul dan mereka bergegas naik ketingkat atas, untuk memereksa Kahirul.
"Kami dah pereksa tekanan darah dia, dia nampak ok. Tapi dia tidak mahu mengerakkan badanya. Kami akan bawa dia kehospital dahulu, untuk pemerikasaan lanjut. Takut dia terkena strok. Sebab itu dia tak mahu mengerakkan badanya".
Ayah Qistina mengangguk tanda bersetuju. Ibu Qistina pula menangis tak henti henti, bila melihat keadaan Khairul yang begitu. Kahirul dibawa kehospital untuk membuat pemeriksaan yang lebih lanjut. Ayah Qistina menghubungi bapa Khairul diKedah. Untuk memberitahu keadaan Khairul dan tentang kemalangan yang menimpa Qistina. Bapa Khairul merupakan seorang bapa tunggal. Ibu Kahirul sudah enam tahun meninggal. Sebelum dia dan Qistina disatukan. Kahirul pula, seorang anak tunggal.
"Apa nak jadi dengan keluarga anak kita bang? Satu satu perkara buruk terjadi".
"Kamu ni Roha! Kenapa cakap macam tu. Ini semua ketentuan Allah. Kita jangan pula tolak takdir yang dia telah berikan. Dia nak kita sentiasa ingat dia. Jangan pernah leka hidup didunia pinjaman ini".
Terdiam Ibu Qistina, bila suaminya kata begitu.
.......................…...….
"Pak cik dengan Mak cik keluarga persakit ke?"
Tanya seorang doktor yang menjaga Kahirul, bila sahaja Ayah Khairul, Ayah Qistina dan ibu Qistina sampai dihospital, untuk melawat.
"Saya bapanya doktor dan ini pula ibu dan bapa mertuanya".
"Ohhh... Isteri dia mana ya?"
Terdiam mereka bertiga, bila doktor itu bertanyakan tentang Qistina.
"Doktor, boleh bagi tau saya apa sahaja. Saya wakil dari anak saya. Dia tak ada dekat sini, buat masa ini... Ayah pesakit pun ada dekat sini. Boleh bagi tau dia juga".
Doktor itu mengangguk, tanda faham dan kembali bersuara semula.
"Dalam pemereksaan saya, anak Pakcik tidak ada apa apa penyakit. Tapi dia terkena strok. Saya rasa mungkin dia kepentan, membuatkan dia dapat strok yang begini. Dia tidak boleh bergerak dan hanya boleh mengerakkan mata, serta boleh bercakap dengan ayat yang tidak berapa clear. Hanya beberapa ayat sahaja yang saya faham buat masa ini".
Ayah Khairul, Ayah Qistina dan Ibu Qistina beralih pandangan kepada Khairul yang terlantar diatas katil dan matanya layu memandang kepada mereka bertiga. Sebak hati masing masing, bila melihat keadaan Khairul itu.
"Dari dia dimasukan kesini pagi tadi. Dia asik panggil nama seorang perempuan sahaja. 'Qis' itu yang disebut ulang ulang".
"Itu nama isterinya! anak kami".
Ayah Qistina menceritakan, kejadian yang berlaku kepada Qistina, kepada doktor itu. Doktor itu menganggukkan kepalanya tanda faham dan turut bersimpati.
"Dia harus banyak berehat. Bagi saya, tidak ada sesiapa boleh tolong dia, kecuali diri dia sendiri sahaja. Esok dia dah boleh balik. Untuk menyenagkan Pakcik dan Makcik. Pakcik boleh beli kerusi wheelchair. Bagi memudakan pergerakan membawa dia kemana mana".
"Qisss mana Qisss! Ampunnn"
Teriak Kahirul dengan nada yang merintih. Air mata Kahirul mengalir tidak henti henti kepipinya. Ibu dan ayah Qistina berserta Abahnya bergegas datang dekat kepada Khairul.
"Banyak banyak mengucap Khai. Khai kena kuat. Linda perlukan kamu Khai. Dia tunggu kamu dengan abang Long dekat rumah. Kamu kena kuat untuk Linda. Kita belum lagi dapat berita tentang Qis. Angota penyisat masih lagi mencari. Kita harus kuat, untuk berdoa untuk Qis juga Khai".
Khairul terdiam, bila Ayah mertuanya memberikan nasihat kepadanya. Walaupun dia tidak dapat bergerak dan berkata kata dengan lancar, tapi dia faham, apa juga yang dikatakan oleh ayah mertuannya. Hanya air mata yang dapat menceritakan bertapa sedih hatinya, mengenangkan nasib Qistina.
"Abah ada sini Kahi. Doktor kata Khai kena kuat, kalau nak sembuh".
Abah Kahirul memeluk Kahirul seerat eratnya, sambil menyorokkan kesedihan... Menjelang kesesokan harinya mereka mendapat pangilan dari salah seorang angota pencarina Qistina. Mereka dipangil untuk datang ketempat kemalangan. Mayat Qistina masih belum dijumpai, hanya sesuatu barang yang mereka temui ditempat kemalangan...
Sebelum ketempat kemalangan, mereka semua menguruskan pengeluaran Khairul dari Wad dan akan menghantar Khairul kerumah. Untuk Khairul berehat. Kerana Doktor mengarahkan agar Khairul kena banyak berehat dirumah.
"Along hantar Khai dengan pak cik dekat rumah dulu ya. Nanti Along nak terus pergi tempat kemalangan Qis".
Kata Abang Long Qistina kepada Abah Kahirul. Abah Khairul mengangguk tanda faham.
"Ikuttt ikutttt".
Sampuk Khairul dengan nafas yang pendek. Seperti orang yang tidak cukup nafas, bila berbicara. Abang Long mengerutkan dahinya dan memandang kepada Ayahnya.
"Tak apalah Long, kita bawa dia sekali. Dia pun nak tengok juga".
Balas Ayah Qistina.
"Tapi Khai tak boleh turun dari kereta ya?".
Kahirul hanya diam sahaja, bila bapa mertunya kata begitu. Mereka semua menuju ketempat kemalangan untuk mencari tahu, barang apa yang telah ditemui oleh pegawai yang mencari itu. Tiba sahaja ditempat kemalangan. Hanya ada beberapa orang pegawai penyiasaan sahaja yang ada disitu. Kereta Qistina telah dibawa ke tempat kereta yang telah rosak keseliruhannya. Berdebar debar rasa hati masing masing. Mereka meletakkan kenderaan mereka betul betul berhadapan pegawai tersebut. Hanya Ayah Qistina dan Ayah Kahirul sahaja yang keluar dari kereta, untuk berjumpa pegawai tersebut.
"Saya ada dapat pangilan tadi. Mengenai ketemuan barang anak saya. Barang apa ya encik?"
Beberapa pegawai disitu berpandangan dan salah seorang dari mereka, pergi kekereta polis untuk mengambil barang tersebut.
"Saya nak suaminya, untuk megenal pasti barang tersebut?".
Ayah Qistina dan Abah Kahirul berpandangan antara satu sama lain.
"Anak saya kena strok, dia ada dekat dalam kereta sana".
Abah Kahirul menunding jari kepada salah satu kereta yang ada disitu, sambil mengerutkan dahinya. Kerana barang itu tidak boleh dikenal pasti oleh orang lain, selain suaminya sahaja.
"Dia boleh bercakap ke pak cik?"
Tanya salah seorang pegawai tersebut.
"Boleh! tapi tidak lancar macam kita bercakap. Hanya boleh beberapa ayat sahaja".
Balas Ayah Qistina.
"Izinkan pegawai saya berjumpa suami mangsa kemalangan itu, untuk kenal pasti, barang terakhir yang kami temui, semasa pencarian tadi".
"Boleh encik".
Balas Ayah Khairul pula.
"Naim, bawak barang itu dekat kereta hitam belakang tu ya!. Tunjukkan kepada suaminya dan ambil balik barang tersebut. Nanti kita akan bagi balik barang tu, selepas selesai siasatan kita".
Pegawai itu menganggukan kepalanya dan berjalan kepada Kahirul yang duduk sambil tertaleng kepalnya, memandang keluar tingkap, didalam kereta.
"Maafkan saya Encik!"
Terhenti lamunan Khairul bila ditegur oleh pegawai tersebut. Kahirul memandang layu kepada pegawai tersebut. Hanya matanya sahaja yang bergerak memerhati. Leher dan posisinya, masih ditempat yang sama.
"Boleh ke encik kenal pasti barang ini milik siapa?"
Pegawai tersebut mengeluarkan satu beg palastik transparent dan menunjukkan kepada Khairul. Bila sahaja melihat barang didalam beg palastik tersebut. Khairul membeliakkan biji matanya.
"Huaaaaa huaaaaaaa Qissss"
Kahirul menjerit sekuat kuat hatinya. Terperanjat semua yang ada disitu. Melihat Kahirul meraung. Badannya tidak dapat meronta ronta. Kerana dia tidak lagi boleh bergerak. Posisinya masih sama. Hanya suara sahaja yang dapat dikeluarkan. Semua angota polis bersama ayah Qistina dan Abah Khairul juga berlari kekereta.
"Kenapa ni Encik?"
Tanya Abah Khairul, bila melihat Khairul seperti tidak senang, bila melihat barang yang ditunjukkan oleh pegawai tersebut. Matanya dibeliak liak dengan besar, sambil meraung dan menangis, memangil nama Qistina. Ahli keluarga yang lain turut menangis melihat Kahirul dalam keadaan begitu.
"Entahlah Pak cik, saya tunjukkan cincin ini, dia terus meraung".
Terang pegawai tersebut, dengan cincin perkawinan Kahirul dan Qistina, masih lagi berada ditangan pegawai polis itu... Cincin Qistina yang penuhi darah itu, yang membuatkan Kahirul meraung.
"Maafkan kami Encik! Ini sahaja yang saya dapat ketemuai. Team kami tidak dapat mencari mayat Isteri encik. Kami sudah cuba sebaik yang mungkin".
Air mata semua yang berada disitu semakin laju mengalir, bila pegawai polis tersebut kata begitu. Harapan hanya tingal harapan. Pemergian Qistina harus diterima oleh semua orang. Walaupun jasatnya tidak diketemui. Namun mereka harus merelakan pemergian Qistina. Rosalinda yang tidak tahu apa apa, hanya mampu melihat satu satu wajah kesedihan masing masing. Kahirul pula, setia merayung seperti anak kecil yang mahukan pujukan dari seseoarang. Suasana pilu sehingga sampai dirumah. Khairul diangkat beramai ramai naik ketingkat atas dan dibaringkan diatas katil. Khairul tidak dapat berbuat apa apa. Hanya matanya sahaja yang memerhatikan Rosalinda. Rosalinda datang kepada Papanya dan terus duduk diatas katil. Matanya setia memandang kepada papanya yang terbaring.
"Papa akit ya?"
Mengalir air mata Kahirul, bila menatap wajah Roslainda.
"Papa, Ibu mana?".
Lebih laju air mata Kahirul turun membasahi kelopak mata kiri dan kanannya, sehingga membasaha bantal, tempat dibaringnya
"Ibuu takkk deee saaaayanggg".
Lafas Kahirul tersangkut sangkuat dan menarik nafas panjang, selepas berbicara. Rosalinda mejangkau ketas badan papa nya dan memeluk erat Kahirul yang terbaring. Rosalinda mengucup kiri dan kanan pipi Khairul.
"Lin ayang papa. Anti Lin agi ubat untuk papa hari hari ya?".
Air mata Kahirul tidak putus putus dari mengalir. Melihat gelagat anak kesayangannya itu. Dalam masa yang sama, Kahirul terkenangkan Qistina. Tidak apa lagi yang mampu dibuatnya, dia tidak berdaya untuk berjalan, mahu pun bagun dari katil dengan sendiri. Dia hanya boleh duduk diatas kerusi wheelchair dengan bantuan orang. Hidup Kahirul betul betul telah berubah sekelip mata. Dia akan kekal begitu sehinga keakhir hayatnya. Banginya, dia harus kuat, untuk melihat anaknya membesar. Walaupun dalam keadaan begitu.
Terima kasih kepada pembaca yang setia. Nantikan "Perempauan Sihir 2" Pengakhiran masih belum terungkai, -Apa punca Kahirul boleh jadi strok? -Mana hilangnya mayat Qistina? -Apa kuasa yang mampu Rosalinda lakukan? Kerana loket pemberian Qistina, tidak pernah dibukannya dari rantai yang dipakainya. Menjadikan loket itu, barang kesayangan Rosalinda. -Era dibebaskan lebih awal, selepas berkelakuan baik dan kembali bersama saka aruah neneknya. -Apakah Kahirul akan bebas dari sihir Qistina???? Tungguuuuuu
Share this novel