perempuan sihir
part11
"Sayang, abang pergi tandas sekejap ya? Qis duduk sini sekejap ya".
Qistina hanya terseyum dan terus duduk disebuah bangku, sambil bersilang peha. Menantikan Khairul, yang melangkah masuk kedalam tandas.
"Bukan aku tak tau. Kau pergi masuk tandas tu, nak balas watsap dari girlfrends kau. Entah berapa ramai betina agaknya yang mengelupur, bila kau dengan aku".
Bisik Qistina sambil memerhatikan tandas yang Kahirul masuk tadi.
Masuk sahaja kedalam tandas, Khairul terus mengambil talifon bimbitnya didalam poket dan membuka watsap yang sedari tadi, sebuk berbunyi. Tertera nama Ruhil orang pertama yang memghantar watsap kepadanya dilikuti oleh Era dan Aza. Seorang gadis yang dikenalinya disebuh club. Khairul membuka watsap dari Ruhil terlebih dahulu.
Ruhil***"Amboii! patutlah datang rumah i tadi, nak balik cepat je. Rupanya dia ada dating dengan wife dia ya"
Ruhil***"U dengan siapa tu?
Ruhil***"Sejak bila wife u dah pandai bergaya macam tu? bukan dia macam orang kampung ke?
Ruhil***"Heiii! Dah tak reti nak balas ke? Atau u tengah bahagia dengan wife u????
Khairul terseyum bila melihat watsap dari Ruhil, yang berbau cemburu.
Khairul***"Sayang! janganlah cemburu. Wife i kan baru balik kerumah. Salah ke i bawak dia berjalan jalan. Sebelum mak mertua i hantar anak i balik dapatlah berdua dengan dia. U jangan cemburu ya sayang. I tetap sayang u. Lebih dari dia".
Khairul melepaskan watsapnya kepada Ruhil dan membuka watsap dari Aza.
Aza***"I miss u sayang. Bila u nak datang rumah i. I betul betul rindukan u".
Era*** Enjoi
Khairul tidak membalas apa apa pun watasp dari Era dan Aza. Khairul hanya membiarkan sahaja watsap itu. Kerana Era tidak secemburu Ruhil dan Aza pula, baru sahaja berkenalan. Itu pun kerana dia kerap ke club bersama Ruhil. Aza juga merupakan teman Ruhil. Yang tidak berapa rapat. Terpaut juga Aza kepada dirinya.
"Ahhhhh nanti lah balas".
Bisik Khairul. Kahirul mencuci tangannya dan terus menyimpan semula talifon bimbitnya didalam poket dan terus keluar dari tanda, untuk pergi semula kepada Qistina.
"Jom sayang"
Khairul menghulurkan tangannya dan disambut oleh Qistina dengan manja. Mereka kembali berjalan jalan dan bergurau senda.
.................................
"Kau tengok ni Era. Aku dah kata. Dia bermuka muka aje dengan bini dia. Kalau dia betul betul sayang bini dia. Dia tak akan reply massage aku. Itu bererti, kalau berubah macam mana pun bini dia. Dia tetap cari aku".
Menyeringai Ruhil memandang Era. Era terseyum sinis, bila Ruhil kata begitu.
"Kau ingat kau bagus sangat dapat tundukkan Khai"
Bisik Era sendiri, yang betul betul menyampah dengan kata kata Ruhil. Yang berlagak bagus.
...…..…............................
"Abang tau, dalam banyak banyak hari, hari ini lah yang saya betul betul puas. Bila awak bawak saya keluar berjalan bersama sama"
Kata Qistina kepada Khairul didalam kereta, selepas mereka puas berjalan jalan dan mahu pulang kerumah.
"kenapa? sebelum ni awak tak puas ke?"
Tanya Khairul menyeringai. Seperti berfikiran diluar kotak fikiran Qistina.
"Hiss Abang ni, orang cakap lain dia fikir lain pula".
Qistina sedikit mengedik, bila berbicara dengan Khirul, membuatkan Khirul mencubit pipi Qistina yang duduk disebelahnya didalam kereta.
"Bib! Bib! Bib!"
Watsap masuk ditalifon bimbit Qistina. Sambil bergurau senda dengan Khairul, mata Qistina memandang talifon bimbitnya. Tertera nama Zura. Qistina memandang pula kepada Khairul yang masih leka, tangannya bermain main dipipinya.
"Siapa tu?"
Tanya Khairul dan mengalihkan sebelah tangannya yang tidak memegang stereng ke peha Qistina pula.
"Zura"
Balas Qistina ringkas dan menekan watsap dari Zura itu.
***Amboiii bukan main lagi ya. Jalan jalan Genting.
Tulis Zura. Terseyum Qistina bila Zura tulis begitu.
"Tengok ni Khai! Zura cemburulah tu, kita berjalan berdua".
Khairul hanya terseyum sahaja. Bila Qistina menujukkan watsap itu kepadanya. Manakala tangannya sekejap beralih arah ke gear, untuk menukar kelajuan dan sekejap beralah arah ke peha Qistina. Qistina pula tidak memperdulukan kelakuan Khairul. Dan masih terseyum melihat watsap Zura. Qistian menaip untuk membalas watsap Zura.
***Hari yang betul betul indah beb. Aku akan lakukan lebih lagi. Untuk memuaskan hati aku. Aku tak akan lupa, apa yang dia buat dekat aku...
Balas Qistina kepada Zura. Sambil mencuri pandangan kepada Khairul yang begitu leka memandu dan melayan muzik didalam kereta. Sesekali tangannya meramas ramas peha Qistina. Qistina menulis lagi watsap buat Zura.
***Bila kita nak pergi lagi Zu. Aku dah tak sabar nak ambil sihir untuk aku kenakan betina betina yang bersama laki aku ni. Ada yang panas hati, bila aku berjalan berdua dengan Kahi. Sampai tak henti henti watsap Kahi berbunyi.
"Amboii panjang sangat menaip tu"
Tegur Khirul sambil memandang Qistina dengan senyuman. Berdebar juga dada Qistina, bila Khairul menegurnya.
"Ehhh tak ada apalah awak. Zura ni, nak jumpa saya dalam minggu ni. Dah lama tak keluar sama sama... Bolehkan, saya keluar dengan Zura nanti?".
"Boleh Qis".
Balas Khairul. Sedikit lega Qistina, bila Khairul tidak mengsyak apa apa.
"bib! bib! bib".
Watsap Qistina berbunyi lagi. Qistina tahu, itu pasti watsap dari Zura. Qistina membiarkan sahaja watsap itu dan menumpukan kepada Khairul.
"Masa dekat Banting, Qis tak jumpa Zura ke?"
Tanya Khairul.
"Ada juga jumpa, tapi tak dapat lama. Sebab Zura sebuk dengan kerjanya. Maklumlah super model, mana ada masa nak balik kampung selalu. Sebab tu lah tak kawin kawin sampai sekarang".
Cerita bohong Qistina kepada Khairul. Sambil tersenyum. Sampai dirumah, Qistina dan Khairul masuk kedalam rumah. Qistina terbaring keletihan diatas sofa, sambil memegang taifon bimbitnya. Untuk melihat watsap Zura yang sedari tadi tidak dibukannya. Manakala Khairul pula terus masuk kedalam bilik untuk menyimpan barang barang yang di belinya tadi.
***Jangan lupa Qis, khamis malam jummat ni, kita kena jumpa tok tu.
***Baik.
Balas Qistina ringkas dan terus bangun dari tempat baringnya disofa dan terus melangkah keruang tingkat atas untuk kebilik dan untuk membersihkan diri. Terhenti Qistina didepan pintu bilik. Bila terdengar suara khairul tengah bercakap dengan nada yang berbisik bisik. Qistina pasti, Khairul sedang menjawap pangilan seseoarang. Qistina merapatkan telinganya dipintu bilik. Agar dapat mencuri dengar perbualan khairul.
"Era sayang, nanti free i jumpa u ya. I sebok sekarang ni. I pun rindu u sayang".
"U ni Khai, kalau dengan Ruhul, u balas aja watsapnya. Kalau i yang bagi u watsap. Jarang sangat u nak replay. U ingat Ruhil aja yang boleh rindu u. I ni tak pandai rindu dekat u ke?"
"Sorry sayang, i janji nanti i bawak u pergi shopping esok. Lepas i balik kerja".
Menyeringai Era bila khairul kata begitu.
"Ok, tapi jangan mungkir janji ya?".
"Baik sayang. Ok lah Era. I nak mandi dulu ni. Nanti naik pula wife i dekat atas. Nanti kita jumpa esok malam ya.
Bila menedengar Khairul hendak memutuskan talian, Qistina lekas lekas turun kembali keanak tangga dan membunyikan sedikit kuat hentakan kaki sepanjang naik keatas.
"Sayang sayang! Wife i dah naik atas. Bye sayang".
Khirul terus memutuskan taliannya dan membuka pintu bilik. Kelihatan Qistina baru sahaja sampai dilantai atas.
"Ehh tak mandi lagi ke? Saya ingat abang dah mandi".
"Belum lagi sayang. Abang baring baring dulu. Regangkan badan ni. Sakit pulak pingang, memandu tadi. Ini baru abang nak mandi".
Balas Khairil, sambil menyeringai memandang Qistina. Dalam geram Qistina membalas senyuman Khirul. Walaupun dia tidak mendengar suara wanita yang bernama Era, seperti yang disebut oleh Khairul beberapa kali itu. Tetapi dia dapat mendengar suara Kahirul. Yang mengatakan esok malam mahu berjumpa Era. Sakit hati hanya tuhan sahaja yang tahu. jiwa Qistina betul betul memberontak. Sakit menahan nafsu marah didepan Khairul. Membuatkan amarahnya bagai mahu meletop. Tapi Qistina terpaksa bersabar dan Qistina terpakas menanggung kesakitan itu. Bermuka muka sahaja yang wujud, bila bersama Khirul.
"Ok tak pe. Abang mandi dulu. Saya nak simpan barang barang yang kita beli tadi".
Balas Qistina dengan nada lembut.
Share this novel