Bomoh

Horror & Thriller Completed 79533

Perempuan Sihir
Part3

"Hello"

Ucapan pendek Qistina.

"Heii sayang, good morning. Tengah buat apa tu?"

Tanya Khairul ditalian. Memang setiap pagi Khairul akan menghubungi Qistina, sekiranya dia berjauhan dengan Qistina. Tak heranlah kalau pagi ini juga dia menghubungi Qistina.

"Morning too abang".

Qistina mula bersandiwara. Seperti tidak ada apa apa yang berlaku malam tadi.

"Sayang! Linda mana? I miss sangat dengan dia. Dah berberapa hari ni, dapat dengar suara dia sahaja".

"Haii rindu anak je ke?".

Qistina mula bermain dengan wataknya.

"Of course I miss you too sayang. Tapi dengan ibunya rindu lain macam sikit".

Tergelak kecil Khairul ditalian. Qistina mencebikkan sedikit bibinya dan terseyum tawar. Tanda menyampah dengan kata kata itu. Terbayang bayang diruang mata, kejadian malam tadi. Qistina kembali memejamkan matanya. Sambil menahan kemarahan.

"Pantat betina sial tu kau dah jilat. Jangan harap kau dapat apa apa lagi dari aku selepas ni. Aku akan bagi beribu alasan. Bila kau bersama aku, selepas ini".

Bisik Qistina sambil menahan geram yang membara.

"Sayang, bila balik rumah kita. Abang dan bosan duduk sorang sorang dekat rumah ni. Pergi dapur ingat awak, pergi depan ingat awak. hari yang membosankan tanpa awak sayang?"

Menjeling sendiri Qistina, bila Khairul kata begitu.

"Jantan sial! Kau duduk sorang sorang konon. Pandai kau berlakon ya".

Bisik Qistina menahan marah.

"Aloo siannya dia! Lagi dua hari saya balik ye sayang. Saya pun dah rindu dekat abang".

Balas Qistina dengan nada yang berpura pura.

"Sayang! Awak pergilah kerja dulu. Dah pukul berapa ni?"

Arah Qistina kepada Khairul yang cuba untuk memutuskan talian. Terasa muak, untuk memdengar kata kata palsu dari Khairul.

"Ye lah sayang! Abang dah lambat. Bye sayang. Jumpa lagi dua hari ya".

"Ok bye sayang".

Mereka berdua memutuskan talian. Bermacam macam bermain difikiran Qistina. Qistina masih lagi berdiri disitu.

"Haaa apa yang duk termenung lagi? Dah pergi sarapan".

Sergah Ibu Qistina.

"Ibu, kejap lagi Qis nak keluar tau. Nak suruh ibu tolong jagakan Linda boleh?"

"Nak suruh Linda duduk terus dekat sini pun boleh Qis. Tidak lah ibu dengan ayah sunyi".

Terseyum Qistina, bila Ibunya kata begitu. Ibunya juga terseyum.

"Haaa kau nak kemana?"

Tanya ibu Qistina, bila mereka sedang sebuk membalas senyuman masing masing.

"Qis nak jumpa Zura bu. Zura kata nak jumpa Qis. Dia pun ada dekat sini".

"Ohhh! Nanti kirim salam dekat Zura. Ibu Zura jugak ya".

"Baik bu".

Qistina masuk kedapur untuk bersarapan dan masuk semula kedalam bilik. Kelihatan anaknya masih lagi tidur. Qistina mencapai tualanya dan terus masuk kedalam bilik air. Selesai bersiap, Qistina pergi kepada Rosalinda dan mengucup pipinya. Qistina keluar dari bilik dan pergi kepada ibunyan dan meminta izin ibunya untuk keluar rumah. Mata mencari cari ayahnya. Tetapi tidak ada dari pandangan matanya.

"Ibu, Qis pergi dulu ya".

"Hati hati! Balik cepat nanti ya".

Dalam duka, Qistina masih boleh terseyum bila dihadapa ibunya. Qistina keluar dari rumah dengan longlai dan terus masuk kedalam keretanya. Sempat Qistina melepaskan satu watsap buat kawannya Zura.

*Lagi 20minit aku sampai. Nanti kita terus pergi. Aku tak singah singah tau*

Tulis Qistina dan menghantar watsap itu. Qistina mengcampak pelahan talifon bimbitnya dikerusi disebelah dan terus memandu keluar dari kawasan rumahnya.

"Bib! bib! bib!"

WhatsApp berbunyi. Tetapi Qistina tidak menghiraukan dan terus memandu kerumah kawan sekampungnya itu. Qistina yakin, watsap itu dari Zura. Pasti Zura sudah menunggu. Qistina sampai dikawasan rumah Zura, kelihatan Zura sudah pun menunggu dipangkin dibawah rumah. Melambai lambai tangan Zura, bila melihat ketibaan Qistina. Qistina membuka sedikit cermin tingkap keretanya dan membuat isyarat tangan. Agar cepat masuk kedalam kereta.

"Mak! Orang pergi dulu tau".

Jerita Zura.

"Haaa bebaik".

Balas ibu Zura. Zura berjalan laju dan terus masuk kedalam kereta Qistina.

"Mana tempat tu beb".

Tanya Qistina, bila sahaja Zura masuk kedalam kereta.

"Hiss kau ni, tak menyempat".

Sergah Zura sambil tersengeh. Wajah Qistina sikit pun tidak gembira, bila Zura kata begitu.

"Hummm ya lahhh! Kita keluar dari kampung dulu. Nanti aku kasi tau jalannya".

Qistina mengikut sahaja arahan Zura.

"Beb, apa yang kau cerita dekat aku malam tadi pasal laki kau tu. Aku betul betul tak sangka, dia boleh buat kau macam tu. Kau yang baik macam ni pun dia tak tahu hargai kau".

Zura memulakan Pebualannya.

"Entahlah Zu! Aku tak tau mana silap aku. Aku betul betul kecewa dengan dia Zu. Hati aku sekarang tengah sakit sangat. Aku nak dia dengan perempuan sial itu juga sakit. Macam mana yang aku rasa".

Kata Qistina dengan nada yang agak keras.

"Kau jangan bimbang beb, bomoh ni boleh buat apa sahaja. Aku ni pun selalu datang sana. Aku jumpa bomoh ni, sebab nak cantik aja. Tapi kau tengoklah aku. Cantik aku dah dapat. Tapi aku susah sangat nak dapat laki. Tapi itu semua aku tak kesah, yang penting aku cantik. Berkorban sikit tak apa, janji hati aku puas".

Qistina hanya berdiam diri sahaja dan mendengarkan cerita Zura yang cukup taksub dengan kecantikan.

"Belok depan tu beb. Hujung lorong tu rumah dia".

Qistina mengikut telunjuk Zura. Dan memandu terus lebih kedalam kawasan yang sedikit berhutan.

"Itu Qis rumahnya".

"Hurmmm kenapalah kalau rumah bomoh sahaja mesti buruk dan tersorok".

Bisik Qistina sambil memandang sekeliling kawasan rumah bomoh itu. Kawasan yang sangat sunyi.

"Tok ohhh tokk!"

Jerit Zura, tanpa memberi salam. Zura memanggil beberapa kali, tetapi masih tidak ada sesiapa yang menyahut. Pintu dan tingkap tertutup rapat. Seperti tidak ada penghuni didalamnya.

"Entah entah dia tak ada dekat sini kot. Dia balik rumah rumah bini dia".

Berkerut wajah Qistina, bila Zura mengatakan bini bini bomoh itu. Itu bererti bomoh itu ada rumah yang lain, selain rumah ini.

"Tokkkk oh tok".

Kali ini jeritan Zura lebih kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience