Penipuan

Horror & Thriller Completed 79533

Perempuan sihir
part36

“Qis! Abang nak minta maaf sangat sangat. Abang tak dapat nak temankan Qis pergi kerumah Abang long, hari ini. Abang ada meeting dengan kastmer abang dari luar negeri. Mereka baru sampai semalam. So hari ini abang kena jumpa mereka. i so sorry sayang. Tak dapat bawak Qis dengan Linda”

Qistina mengerutkan dahinya kepada Khairul.

“Takkan hari minggu pun sebuk nak jumpa orang bang?. Lagi pun rumah abang Long saya bukan jauh sangat. Dekat Shah Alam je. Tak kan tak boleh pergi jengah sekejap? lagi pun, Dia buat makan makan satu keluarga bukan hari hari”.

Nada Qistina mula meninggi. Khairul agak terkejut bila Qistina yang tidak pernah meninggikan suara dan hanya menurut kata katanya mula bersikap lain. Khirul juga mula berkerut. Kerana tidak mahu berbahas, Khairul datang dekat kepada Qistina dan memegang kedua dua bahu Qistina.

“Abang memang nak pergi Qis! Tapi tolong faham abang. Abang ada urusan. Kalau Qis nak abang hantar Qis dekat rumah abang Long, abang boleh hantar Qis. Tapi balik abang tak janji pukul berapa?”

Dada Qistina betul betul hendak meletup, mendengar kata kata Kahirul itu. Terasa hendak sangat dia menjerit didepan muka Khairul. Qistina hanya mampu berdiam diri menahan kemarahannya. Qistina menarik nafas panjang.

“Ok lah bang! Saya pergi sendiri, rumah Abang Long. Abang settle kan aja kerja abang dulu. Kalau abang sempat abang datang. Kalau tak sempat, kita jumpa dekat rumah aja”.

Balas Qistina. Hati masih setia membuak buak dengan kemarahan.

"Kau tunggu turn kau akan sampai Khai! Kau akan rasa lebih sakit dari aku. Buat masa ni, masa kau belum tiba. Aku nak kau lihat, satu satu betina sial yang berdamping dengan kau merana".

Bisik Qistina.

“Terima kasih sayang”.

Qistina hanya terseyum tawar, bila Khairul mengucapkan terima kasih. Qistina bersiap siapa dan mahu keluar terlebih dahulu dari Kahirul. Khairul melihat pemergian Qistina dan Roslinda, sambil melambai tangan. Rosalinda membalas dan Qistina membalas lambaian dari Kahirul. Sehingga kereta Qistina hilang dari pandangan mata Khairul. Kahirul merasa lega dan gembira dapat berjumpa kekasih hatinya.

*** Zu! aku nak jumpa kau?

Tulis Qistina ringkas di application watsap. Semasa memandu untuk kerumah abang Longnya. Kerana rumah Zura juga berada diShah Alam.

“Ring! Ring”

Qistina melihat screen talifon bimbitnya. Tertera nama Zura. Terseyum Qistina sendiri dan terus memasang ear phone ditelinganya. Qistina menyambungkan pangilan itu.

“Hello Zu”

“Haaa Qis! Apahal kau nak jumpa aku? mesti ada yang penting?”.

Tanya Zura.

“Ahaaa Zu! Aku betul betul dah tak boleh sabar lagi ni".

Qistina beralih anak matanya kepada Rosalinda yang duduk disebelahnya. Qistina tidak mahu Rosalinda mendengar perbualan antara dia dan Zura.

“Apa yang tak boleh sabar sangat ni Qis?”

“Zu! Jap lagi aku sampai rumah abang aku. Aku lepak kejap rumah dia. Aku terus jumpa kau. Aku nak ajak kau keluar. Kau free tak?”.

“Hari minggu Qis! Tentulah aku free je. Lagi pun malam tadi aku dah puas merayap dengan dato aku”.

Balas Zura, sambil tergelak kecil. Qistina juga terseyum sendiri.

“Ok lah Zu! jap lagi kita jumpa. Aku hantar Linda dekat mak aku dulu”.

“Ok Qis”

Masing masing memutuskan talian dan Qistina meneruskan pemanduannya kerumah abang Longnya. Lebih kurang setengah jam berada dirumah abang Longnya. Qistina meminta kebenaran kepada Ibunya untuk keluar berjumpa Zura.

“Tak boleh panas ponggong bila datang sini. Ada aja aktiviti lain yang nak dibuatnya”.

Kata Abang Long kepada Qistina. Qistina hanya terseyum menyerigai sahaja.

“Dia kalau datang sini, mana boleh tak berjumpa dengan Zura. Kawan baik dari sekolah sampailah ketua ni”.

Balas Ibu Qistina. Qistina setia terseyum.

“Balik cepat! Jangan pulak dah jumpa kawan tak ingat anak dekat sini”.

Qistina bangun dari sofa dan terseyum gembira, bila dapat keluar berjumpa Zura.

“Mekasih ibu”

Qistina memeluk ibunya. Semua terseyum dengan gelagat Qistina. Yang seperti keanak anakkan. Dari Rumah abangnya kerumah Zura mengambil masa 15minit sahaja. Qistina sampai didepan rumah Zura dan terus meletkan kereta di tepi rumah Zura. Kerana selepas ini, dia dan Zura akan keluar bersama sama dengan menaiki kereta Zura.

“Apa terjadi yang sebenarnya Qis! Sampai cari aku hujung minggu ni?”

“Tadi aku nak cerita dekat kau, masa dalam talifon. Tapi anak aku ada. Aku tak nak didengar perbualan aku. Itu yang aku tak dapat cerita dekat kau”.

Terang Qistina kepada Zura yang sudah memulakan pemanduannya.

“Aku sekarang tengah syak yang Khai tengah berjumpa dengan betina sial mana, aku pun tak tau. Sampai hujung minggu aku dengan Khai semua tergendala. Khai betul betul buat aku naik angin. Sejak kematian Ruhil dan pemergian Era, dia tak lagi keluar rumah pun. Lepas dia tahu Era dijatuhkan hukuman 20tahun penjara, tanpa memetik namanya. Dia mula rasa bebas sekarang. Dia mula buat perangai sialnya tu balik”.

Mengetap getap gigi Qistina, bila berbicara tentang Khairul kepada Zura. Membuatkan Zura terseyum memandang Qistina.

“Habis tu, kau nak nak cari dia dekat mana Qis? Kita bukannya tahu lokasi dia sekarang?”

“Aku pun tak tahu Zu. Mana lokasi dia. Tapi aku tahu, dia mesti ada dekta kawasan kawan mall”.

Zura tergelak semula.

“Kau ni Qis! Kau ingat dekat KL ada dua tiga mall je ke?”

“Aku taulah Zu. Tapi aku rasa dia mesti ada dekat Pavilion atau Klcc. Betina betina sial tu, mana main shopping dekat mall kecik kecik. Kalau nak menghabiskan duit jantan bodoh macam Kahi, mestilah tempat yang mahal mahal”.

Terang Qistina kepada Zura. Zura mengangkatkan sebelah keningnya, tanda setuju dengan Qistina. Mereka berdua terus menuju ke KLCC terlebih dahulu. Zura memandu dikawasan Valet parking, tetapi tidak kelihatan kereta Khairul. Membuatkan Qistina begitu hampa.

“Kita pergi Pavi pulak”

Ajak Zura, Qistina menganggukkan kepalanya. Sampai disana Zura buat benda yang sama. Dia berpusing dia valet parking, untuk mencari kereta Kahirul.

“Beb tu tu beb!”

Qistina menundingkan jarinya kepada kereta Kahirul yang terpaking kemas. Qistina menarik nafas panjang, bila melihat kereta Khairul ada disitu. Zura memberhentikan keretanya agak jauh dari paking kereta Kahirul.

“So kita nak buat apa sekarang ni Qis?”

“Kau teman aku shopping sekejap?”

Terpinga pinga Zura, bila Qistina kata begitu.

“Takkan lah disaat ini dia mahu bershopping?”

Bisik Zura sendiri dengan wajah yang berkerut memandang Qistina.

“Kau tak payah nak buat muka macam tu Zu! Kau ikut je aku. Kau jangan bimbang! Aku tau apa nak buat sekarang ni”.

Kata Qistina dengan senyuman yang menyeringai. Membuatkan Zura berkerut wajah kembali. Zura tidak mahu banyak menyoal Qistina. Zura hanya mengikut sahaja kemahuan Qistina...

“Ok Zu! Jomm shopping”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience