Perempuan Sihir
part44
"Ohh God, syukurlah u dah ok sayang. i really miss u sayang. Saya takut kalau apa apa terjadi dekat awak Far. Saya berdoa selalu, agar awak sembuh seperti sedia kala".
Kata Nana, bila sahaja Nana melihat keadaan Farok yang sudah berangsur baik, seperti dulu. Farok terseyum dengan kehadiran Nana.
“Mehh duduk sini sayang?”.
Ajak Farok, sambil menghulurkan tangannya. Nana menyambut tangan Farok dan terus melabuhkan punggungnya diatas katil bersebelahan Farok.
"Nana takut bila tengok Far sakit. Nana betul betul risaukan u".
Farok terseyum bahagia. Bila ada yang setia dengannya.
"Far mintak maaf sangat dekat Nana. Nana baik sangat dengan Far. Tapi Far aja yang tak pedulikan Nana. i’m so sorry sayang”.
Mata Farok mula berkaca. Farok memeluk erat Nana yang duduk disebelahnya. Nana membalas pelukan Farok.
“Tak apa u, yang leps biarkan lepas. I tak pernah simpan perasaan benci dengan u. I tahu, satu hari nanti u pasti akan berubah. Hari ini lah harinya. I cukup gembira u. Tengok u berubah”.
Farok merenung tepat kedalam mata Nana dan mengucup pipi Nana.
“Thanks for everything”.
“Welcome u”.
Balas Nana.
..................……….....
***Qis, Maaf kalau aku menganggu kau. Aku cuma nak bagi info dekat kau... Tadi aku ada terserempak dengan Khairul tadi dekat mall. Dia tengah bershopping dengan Aza. Aku ada send dekat kau gambar mereka... Lepas tu, Khairul kata, dia nak terus pergi rumah Aza".
Turun naik nafas Qistina menahan kemarahan.
"Tak guna punya jantan. Aku ingat dia dah insaf dari main bertina. Rupanya tak berubah rubah lagi".
Qistina menghentak hentak penumbuknya diatas sofa menahan kegeraman. Lebih membangkitkan lagi kemarahan Qistina, bila membuka gambar gambar yang diberikan oleh Farok di watsapnya. Begitu bahagia lagi pasangan itu, berjalan jalan.
***Bagi aku alamat betina sial tu Farok".
Farok menghantar alamat Aza, didalam watsap Qistina. Qistina melihat alamat itu dan tidak membalas semula kepada Farok.
"Sepatutnya dia sekarang sedang sakit menderita, kerana santau aku. Macam mana diboleh terlepas. Sial betul lah".
Qistina mengetap gigi kemarahan.
"Wahai jin yang menjaga aku. Aku arahkan kau sakiti perempuan sial itu. Macam mana diboleh terlepas dari sihir aku? Aku mahu kau pergi kembali menyakitkan dia. Aku mahu dia mati, secepat yang mungkin".
Arah Qistina. Sekarang Qistina semakin berani mengendalikan jin peliharaannya. Qistian mengambil pisau didapurnya dan melukakan sedikit jarinya. Qistina menekan darahnya agar lebih banyak keluar. menitis nitis darah Qistina dilantai... Dalam keadaan yang marah dan hati yang panas. Qistina tidak mempunyai rasa sakit bila terluka. Apa yang dia tahu. Hajatnya akan terus tercapai.
"Aku hadiahkan kamu darah aku sebagai hidangan, sebelum kau melakukan tugas. Aku mahu selepas ini, tugas yang aku berikan haruslah dilakukan dengan sempurna. Tidak ada kesilapan lagi".
Qistina menghukurkan jarinya. Terasa sesuatu menghisap dan menjilat jilat luka dijarinya. Barulah terasa sakit, bila luka itu dihisap. Darah yang menitis dilantai juga, lenyap dijilat mahluk peliharaan Qistina.
"Sudah! pergi laku kan tugas kau. Jangan balik selagi, hajat aku tidak terlaksana".
Arah Qistina dengan nada yang keras.
"Baikkk".
Sesuatu berbisik ditelinga Qistina. Qistina terseyum bila mendengar bisikan itu.
"Baguss, pergi sekarang hahahhaha".
Qistina ketawa seperti orang gila sendirian didapur.
"Mampus kau betina sial. Aku sudah bagi kau amaran, aku ingat kau dah tak kacau laki aku lagi. Tapi, semakin menjadi jadi pula gatal kau tu. Tunggu sihir dari aku Hahahhahaha".
Bergema ruang dapur, bila Qistina ketawa dan disulam dengan hilaiannya.
...................…......
"Sayang abang balik lambat sikit tau. Abang tak habis lagi kerja dekat ofis ni. Qis tak pe ke duduk sorang sorang. Abang mungkin balik lepas lebih lewat hari ni”.
Khairul menghubungi Qistina untuk memberitahu yang dia lambat pulang. Qistina hanya mampu menahan kemarahannya.
"Tak apa bang! Qis ok je. Lagi pun Qis dah biasa, abang kan selalu tinggalkan Qis malam sorang sorang, bila Lin tak ada”.
Balas Qistina, sepertinya menyindir Khairul.
" Terima kasih sayang. Qis tak payah tunggu abang ya! Qis tidur aja dulu”.
"Ok".
Balas Qistina dengan nada yang lembut dan memutuskan taliannya.
"Betina! betina! betin! itu aja agaknya yang kau tau! Tak ada sikit pun perasaan untuk berubah”.
Dalam keadaan macam ni! Tiba tiba Qistina terfikirkan Farok. Qistina terus menghubungi Farok.
" Hello Far! kau dekat mana sekarang?”.
Tanya Qistina, bila sahara Farok mengambil pangilan Qistina.
"Aku dekat rumah ni".
"Boleh kau datang rumah aku sekarang?. Ada tugas yang aku nak bagi dekat kau".
Berkerut wajah Farok, bila Qistina menyuruhnya datang kerumahnya. Sedikit berdebar dada Farok.
"Ok".
Balas Farok pendek. Qistina terus memutuskan taliannya. Tanpa berkata apa apa lagi.
"Aku kena pergi jumpa Qis! Aku dah janji dengan dia,untuk buat apa sahaja untuknya. Kalau aku dah terlepas dari santau dia".
Bisik Farok sendirian. Dalam masa yang sama di cukup takut untuk berhadapan dengan Qistina. Baginya Qistina seorang perempuan sihir yang sangat jahat.
"Ding! Dong".
Loceng luar rumah Qistina berbunyi. Qistina mengintai dari sebalik tirai lansirnya. Bila melihat Farok yang berada diluar rumah, Qistina terseyum bahagia dan terus menekan alam pintu pagar automatic nya dari dalam rumah. Terbuka luas pintu pagar itu. Farok masuk kedalam, bila melihat pagar terbuka luas untuknya dan pintu pagar itu tertutup kembali. Dada Farok kembali berdegup kencang.Bila pintu pagar kembali tertutup. Hati Farok betul tidak menentu, bila mahu berhadapan dengan seorang penyihir. Bermacam macam perkara buruk bermain didalam fikiran Farok.
"Jangan jangan dia nak bunuh aku, untuk bagi power lagi kuasa dia. Dia kerat kerat aku macam dukun Mona Fendi buat, lepas tu dia buang mayat aku dekat dalam sungai klang... Hisss! harap dia tak jahat macam tu".
Bisik Farok sendiri. Farok melangkah dan terus kepintu utama. Belum sempat Farok hendak mengetuk pintu kayu itu.
Share this novel