Perjanjian

Horror & Thriller Completed 79533

Perempuan sihir
Part7

"Aku nak ingatkan lagi kepada kamu beberapa perkara. Kamu harus ingat sampai ini bila bila. Pertama kamu hanya boleh bersama dengan lelaki yang sama hanya sekali sebulan sahaja. Kamu juga boleh bersama lelaki lain. Tak kira lah berapa ramai lelaki pun ynah kamu mahu. Janji orang orang yang berlainan. Tidak boleh orang yang sama dalam sebulan. Begitu juga bulan bulan yang lain. Kedua, kamu harus layan sebaik mungkin mahluk itu nanti, diwaktu bulan mengambang sahaja dia akan wujud. Kamu harus tidur berseoarangan. Dia akan datang berdamping dengan mu dimalam hari. Ketiga, harus memakai hanya setitis sahaja minyak itu. Letak dimana sahaja, janji terkena dikulit kamu".

"Senang sahaja tok".

Jawap Qistina selamber.

"Ya! ini memang senang. Untuk orang yang betul betul mengamalkannya, seperti kawan kamu ni".

Jari bomoh itu menghala kepada Zura. Qistina juga memandang Zura. Zura hanya menyeringai.

"Tetapi kamu harus mengawal nafsu kamu sendiri. Selepas ini, kamu akan dipandang cantik oleh orang yang kamu mahukan. Orang itu akan tergila gilakan kamu. Sehinga diranjang bersama wanita lain pun, dia akan terbayangkan wajah kamu. Dia akan jadi tak menentu. Bahagian itu kamu harus jaga. Takut kamu tidak dapat mengawal nafsu kamu nanti. Ingat jangan pernah bersama orang yang sama dua kali didalam bulan yang sama. Minyak itu akan hilang kesannya dan kamu akan dilihat hodoh dan pedamping kamu akan melakukan hubungan intim bersama kamu setia hari. Hingga kamu akan jatuh sakit. Dia akan tetap bersama kamu".

Terbeliak sedikit mata Qistina. Bila mendengar semua itu dan memandang kepada Zura. Zura hanya berdiam diri.

"Jangan takut. Semua perkara yang kita buat tak semudah A b c. Kita dapat apa yang kita nak. Kita buat apa yang di arahkan. Segalanya akan berjalan lancar. Minggu depan kamu datang kesini lagi. Aku akan bagi kamu sesuatu yang lebih lagi. Sesuatu yang menjadikan kamu lebih berkuasa".

Tersenyum bomoh itu, memandang Qistina.

"Baik tok! Saya akan datang lagi. Kali ini saya nak yang lebih kuasa. Agar saya dapat buat betina betina sial yang menganggu suami saya tu, hidup dalam derita".

Kata kata Qistina kali ini bercampur dendam yang betul betul membara.

"Ambil ni simpan elok elok".

Bomoh itu menghulurkan botol kecil itu kepada Qistina dan disambutnya. Lalu dimasukan kedalam bag silang.

"Kami minta diri dulu ya Tok".

Qistina mengeluarkan sampul yang berisi duit rm1000 didalamnya dan memberikan kepada bomoh itu.

"Ini buat tok".

Bomoh itu menyambutnya sambil terseyum.

"Moga cita cita kamu akan tercapai".

Terseyum sinis Qistina, bila bomoh itu kata begitu. Membuatkan Qistina betul betul tidak sabar untuk pulang kerumah dan mengunakan minyak itu. Qistina dan Zura masuk kedalam kereta dan meninggalkan tempat itu.

"Malam ni kau tidur rumah sewa aku ajalah".

Kata Zura kepada Qistina.

"Takkan kau nak balik. Nanti ibu kau syak pulak. Kau bagi tau dia, kau tidur rumah aku. Tolong temankan aku. Kawan serumah aku balik kampung. Aku takut tinggal seorang".

Qistina mengangguk tanda faham dan menghubungi ibunya. Untuk meminta kebenaran tidur dirumah sewa Zura. Ibu Qistina membenarkan. Dengan syarat, harus pulang kerumah seawal pagi. Kerana tak baik, seorang isteri orang tidur dirumah bujang.

Sampai dirumah sewa Zura yang terletak di Shah Alam. Qistina masuk kedalam rumah bersama Zura. Zura terlentang kepenatan diatas sofa. Begitu juga dengan Qistina. Turut baring disofa yang lain.

"Kau tau beb! Aku pun ambil minyak yang sama macam kau ambil. Dah hampir setahun aku pakai minyak tu. Ini lah hasilnya. Rumah ni bukan rumah sewa, seperti yang aku bagi tau kau tadi. Yang sebenarnya ini rumah aku sendiri. Ada seoarang dato ni, dia betul betul sukakan aku. Sampai dia belikan rumah teres ni atas nama aku. Aku tak mintak, tapi dia beria ia nak bagi aku. Itu yang aku ajak seorang kawan satu ofis aku, sewa sama sama rumah ni. Duit sewa bilik dia. Dapat juga aku buat beli apa apa".

Terang Zura, sambil ketawa kecil.

"Beb aku betul betul tak sabar nak balik rumah. Aku nak tengok keberkesanan minyak ni. Aku nak laki aku sujud dekat aku. Aku nak dia tak senang duduk bila melihat aku. Aku nak dia dengar cakap aku. Aku nak betina betina sial tu merana dan sakit hati melihat aku".

"Beb, ini bukan nasi kangkang beb. Nak suruh dia dengar cakap kau. Kalau kau bagi dia nasi kangkang, dia akan jadi macam orang bodoh... Tapi minyak ini lain beb. Minyak ni untuk dia rindukan kau aja. Bila dia nampak kau, nafsu dia jadi membara. Dia mungkin akan bersama dengan wanita lain. Tapi dia akan rasa lain dengan wanita itu. Kerana bau kau akan sentiasa bermain main didalam fikiran dia... Ni lagi satu aku nak bagi tau kau. Bila kau pakai minyak ini, kau boleh buat sesiapa sahaja suka dekat kau".

"Hiss tak nak lah aku. Aku buat untuk laki aku aja".

"Jangan cakap macam tu beb. Laki kau boleh dengan betina lain, tak kan kau tak boleh".

Qistina termenung sejenak, bila Zura cuba untuk buat dia curang dengan suaminya, seperti mana suaminya curang dengannya.

"Lagi pun sebulan sekali bersama suami kau! Kau boleh tahan ke Qis".

Zura mula menyeringai. Hasutan Zura betul betul buat Qistina tidak duduk senang. Dari baring, dia terus duduk dan termenung, mendengar kata kata Zura.

"Aku ni pun, setiap minggu seru mahluk tu, tidur dengan aku. Mula mula memang takut beb. Aku hanya menunggu bulan mengambang baru aku jumpa dia. Tapi, bila dah lama lama. Aku yang seru dia datang setiap minggu".

Terang Zura yang sedikit banga dengan kemajuaannya menyeru mahluk itu.

"Bukan sebulan sekali je ke, orang yang sama?"

Tanya Qistina dengan wajah yang berkerut.

"Kalau dengan pedamping kau, hari hari pun boleh".

Terang Zura yang sedikit menyeringai.

"Sebab itu lah aku tak kahwin kawin lagi. Benda tu dah buat aku betul betul puas".

"Hiss tak mau lah aku Zu. Baik aku puaskan nafsu dengan manusia. Dari pada Mahluk tu".

"Hmmm terpulang kau beb. Kalau kau rasa tak nak curang macam laki kau tu, kau sabar je lah tengok dia dengan betina lain".

Kata kata Zura, sedikit membuatkan Qistina berfikir sejenak. Qistina baring semula disofa dan meletakkan sebelah tangannya didahi. Seperti orang yang sedang memikirkan sesuatu masalah yang betul betul besar. Akhirnya Qistina terlelap kepagi. Bangun sahaja dari tidur, Qistina terus mencari Zura. Kerana dia telah berjanji dengan ibunya, mahu pulang awal pagi.

"Zu, aku balik dulu ya".

Jerit Qistina, bila mendengar Zura sedang mandi didalam bilik air.

"Ok beb. Kau tutup je pintu nanti".

Jerit Zura dari dalam bilik air. Qistina memandu pulang kerumah ibunya. Didalam fikiran Qistina, tidak sabar sabar untuk balik kerumahnya, berjumpa Khairul.

"Kamu ni Qis, dah jadi isteri orang. Masih lagi melayan kawan kawan kamu yang masih bujang".

Ibu Qistina sedikit membebel. Qistina hanya menyeringai sahaja. Dan terus masuk kedalam bilik air untuk mandi. Mata memandang anaknya yang masih lena tidur sendiri diatas katil. Selesai mandi, Qistina bersiap siap untuk pulang kerumahnya. Kepulangannya tidak membawa Rosalinda sekali. Hanya dia sahaja yang akan pulang kerumahnya.

"Sayang! Ibu nak balik rumah kita dulu ya. Awak jangan nakal nakal tau. Jangan buat mak Tok penat ya".

Rosalinda yang dalam mamai, hanya menganggukan kepalanya sahaja dan terus tidur kembali. Terseyum Qistina melihat gelagat Rosalinda.

"Ibu, ayah Qis balik dulu ya? Nanti kalau ibu dengan ayah nak hantar Linda balik. Call Qis dulu. Takut Qis tak ada rumah".

"Ya Qis, nanti ibu call sebelum hatar. Kalau ibu nak bawa Linda holiday ketempat yang lain, nanti ibu bagi tahu kamu. Kamu tu, balik nanti hati hati memandu. Jangan nak laju je".

Qistina hanya terseyum menyeringai. Dan menyambut tangan ibu dan ayahnya untuk bersalam. Qistina memulakan pemanduannya pulang semula kepangkuan suaminya. Melonjak lonjak hati Qistina untuk menatap wajah Khairul. Dihari minggu ini, Khairul pasti ada dirumah dan menunggu kepulangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience