bomoh pt2

Horror & Thriller Completed 79533

Perempuan sihir
Part4

"Kau berdua cari aku ke?"

Terkejut mereka berdua, bila seseorang menegur mereka dari belakang. Masing masing memegang dada.

"Hisss tuk ni, buat kami terperanjat je".

Zura terseyum, bila melihat lelaki separuh umur itu dibelakangnya. Bomoh itu hanya mengerutkan dahinya sahaja. Tidak ada sedikit pun senyuman. Yang mengatakan dia ada membuat lawak.

"Meh naik".

Pelawa bomoh itu. Mereka berdua mengikut sahaja bomoh itu dari belakang. Mata Qistina setia memandang sekeliling kawasan rumah, sambil melangkah masuk. Bila sampai didalam. Qistina memerhatikan pula dari setia sudut didalam rumah. Banyak patung patung dan binatang binatang yang telah diawet. Agar menjadi keras. Sedikit ketakutan mula hadir didalam diri Qistina. Bila melihat suasana rumah bomoh itu. Qistina menarik narik lengan Baju Zura beberapa kali. Tetapi tidak dihiraukan oleh Zura.

"Duduk".

Arah bomoh itu. Zura duduk terlebih dahulu diikuti oleh Qistina. Qistina duduk dan merapatkan dirinya kepada Zura.

"Apa hajat kamu bedua datang sini? Kamu nak pakai susuk macam kawan kamu ni ke?"

Tanya bomoh itu kepada Qistina dan meninding jari kepada Zura.

"Ehhh bukan tok! Dia bukan nak pakai susuk macam saya. Dia ni ada masalah rumah tangga. Dia mahu suami dan wanita yang bersama suaminya tu hidup merana".

Terang Zura kepada bomoh itu. Menyeringai bomoh itu, bila mendengar hasrat Qistina.

"Bukan senang nak sihir orang. Melainkan kamu sangup ikut apa yang aku suruh nanti. Perkara ini, kena buat dengan betul. Kamu akan jadi seorang penyihir yang handal. Kalau kamu betul betul ingin lakukan. Kamu boleh kenakan siapa sahaja yang kamu mahu. Bukan setakat laki kamu. Orang lain pun dapat kamu tundukkan. Kamu boleh buat hidup mereka yang sakitkan kamu, merana".

Menyeringai Qistina bila mendengar kata kata bomoh itu. Walaupun dalam hati mula berbelah bahagi.

"Kamu sanggup? Kalau tak sangup, jangan buang masa saya".

Qistina dan Zura berpandangan antara satu sama lain.

"Sanggup apa tok?"

Tanya Qistina.

"Untuk menjadi seorang yang berkuasa, pertama kamu harus ada pendamping. Pendamping untuk menurut kehendak kamu nanti. Untuk memilik kekuatan untuk menyihir pula, kamu harus mandi bunga diwaktu bulan mengambang dan harus memberikan darah kamu untuk dijadikan minuman kepada yang akan memberkan kamu kuasa dan kekuatan nanti. Kalau kamu dah lakukan ini semua. Tidak boleh berpatah balik. Hanya mati sahaja yang boleh memutuskan kamu dengan pedamping kamu. Kalau kamu mahu. Kita boleh teruskan".

Mata Qistina sedikit terbuntang. Bila mendendengar apa yang akan terjadi selepas ini. Perasaan takut mula menyelubungi diri Qistina.

"Macam mana beb. Nak teruskan hajat kau atau nak batalkan?"

Qistina hanya diam dan berfikir sejenak.

"Sebelum buat ni, saya nak tanya tok tentang suami saya dahulu. Adakah suami saya terkena sihir seseoarang?".

Qistina menunjukkan gambar Khairul kepada bomoh itu, untuk diramal oleh bomoh itu. Bomoh itu meminta nama dan nama ibu Khairul. Setelah membaca baca ayat yang mereka berdua sendiri tidak tahu ayat apa. Bomoh itu pula, mengeleng gelengkan kepalanya.

"Laki kamu ada pakai minyak pemuas nafsu dan pemikat, Sebab itu lah dia akan bertukar tukar pasangan untuk memuaskan nafsunya. Dia tak boleh melayan kamu seorang sahaja. Kerana pemegang minyak pemuas nafsu ini, mahukan dua atau tiga orang yang setia bersama dirinya. Selalunya lelaki yang mengambil minyak pemuas nafsu ini, dia tidak kuat nafsu, sebelum ini. Setelah memakainya, baru dia akan mempunyai nafsu yang kuat. Untuk melayan dua atau tiga wanita dalam satu satu masa. Tapi kamu jangan bimbang, minyak yang dia pakai itu, tidak sehebat Minyak yang akan kamu terima nanti. Itu pun, sekiranya kamu berminat".

Qistina termenung seketika, bila mendengar kata kata bomoh itu.

"Boleh saya fikirkan dulu ke tok?"

"Boleh! Bila bila masa kamu boleh datang berjumpa aku. Bila kamu dah fikir betul betul. Sebab benda ini bukan boleh dibuat main main. Sekali sudah miliki kuasa. Tak mudah berpatah balik".

Qistina mengangguk tanda faham.

"Kamu pulak, tak nak tambah susuk lagi?".

Tanya bomoh itu kepada Zura. Meneyeringai Zura.

"Dah cukup tu tok".

Balas Zura ringkas.

"Kami balik dulu ya tok. Nanti kalau saya sudah berfikir, saya datang balik".

Mereka berdua bangun dari tempat duduk masing masing dan melangkah keluar dari rumah usang bomoh itu. Menuju kekereta Qistina.

"Macam manalah kalau keadaan malam disini ya?"

Bisik Qistina sendiri. Tidak dapat digambarkan didalam kotak fikirannya, tentang suasana malam dirumah bomoh itu... Qistina dan Zura masuk kedalam kereta dan meninggalkan rumah usiang bomoh itu.

"Zu, kau pernah datang sini waktu malam ke?"

"Dah tentulah beb. Aku buat susuk ni, waktu malam. Mana boleh siang"

"Kau tak takut ke Zu?"

"Gila kau tak takut. Aku mula mula buat susuk. Aku datang sorang je dekat sini. Mula mula takut jugak aku. Buatnya kena rogol dengan bomoh tu. Tapi bila aku tengok dia ok dan tak ambil kesempatan. Aku terus datang lagi untuk buat penambahan susuk".

Cerita Zura, sambil menyeringgai.

"Kau tu! Fikir cepat. Kalau kau rasa nak buat. Nanti kalau kau takut nak pergi sorang sorang, kau ajak aku. Aku boleh temankan kau".

"Perasaan takut memang ada Zu. Tapi perasaan marah dan dendam aku ni, meluap luap, selagi tak kenakan jantan dengan betina sial tu. Aku tak boleh, bila tengok laki aku bermuka muka baik depan aku"

"Hmmm aku tak tau nak cakap apa. Tapi kalau kau nak pergi jumpa bomoh tu, kau boleh ajak aku. Kau call aja aku. Aku akan bantu kau".

Qistina menganggu tanda faham. Sampai dirumah Qistina terus masuk kedalam bilik dan terus baring diatas katil. Qistina memandang ke siling dan melihat pusingan kipas yang berpusing pusing.

"Ring! Ring! Ring!"

Talifon bimbit Qistina berbunyi. Qistina menyelup poket seluar jeansnya dan mengeluarkan talifon bimbitnya. Qistina memandang kepada screen talifon bimbit. Tertera nama Ruhil. Hati Qistina tiba tiba berdebar debar. Bila mendapat pangilan dari Ruhil. Selalunya bila Ruhil menghubungi Qistins. Itu adalah perkara biasa. Tetapi kali ini, cukup berbeza. Fikiran Qistina berpusing kepada kejadian malam semalam. Membuatkan perasan benci mula timbul... Kerana tidak mahu Ruhil syak sesuatu. Qistina terpaksa berpura pura. Walaupun hati betul betul terseksa.

"Hello beb"

Kedengaran suara Ruhil ditalian.

"Hello beb, sorry sorry lambat angkat. Aku mandi tadi".

Balas Qistina dengan nada gembira yang dibuat buat.

"Hummm patutlah lambat angkat".

"Kenapa Ru?"

"Tak ada apa, aku saja call kau. Kau balik sini bila? Lama betul, kau balik holiday dekat kampung. Dah banyak kali Khairul cakap dekat aku, yang dia rindukan kau".

Menjeling Qistina sendiri, bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Ruhil. Menyirap darah Qistina. Bila Ruhil bermuka muka dengannya.

"Lagi lama aku dekat sini, lagi gembira lah korang berdua buat maksiat dalam rumah aku".

Bisik Qistina didalam hati.

"Laki aku tu memang macam tu, mana boleh aku lama lama dekat rumah mak aku ni".

Balas Qistina sambil ketawa kecil.

"Jadi kau balik sini bila?"

"Aku rasa hujung minggu ni! Lagi dua hari. Tapi aku tak bawak Rosalinda balik dengan aku. Ibu aku ni, sebuk nak bawak dia pergi holiday rumah mak long aku dekat Pulau pinang. Jadi aku balik seoarang je".

Terang Qistina kepada Ruhil.

"Ohh, ingat Linda balik dengan kau sekali. Rupanya ada yang nak berdua duaan berdeting lepas ni, anak tak ada kan".

Ruhil tergelak dan disambut oleh Qistina.

"Kau tau lah Khairul tu, dia punya sayang kat aku, sampai dia tak kesah anak ikut balik atau tak. Yang penting aku balik jumpa dia. Pagi petang siang malam dia asik call aku je. Pening kepala aku. Lansung tak boleh nak berengang".

Ayat ayat yang keluar dari mulut Qistina, semuanya ayat ayat yang menyakitkan hati Ruhil. Ruhil yang berada ditalian mencebikkan bibirnya.

"Sayanglah sangat. Kau tak tau, dia sekarang ada aku. Dia langsung tak heran kalau kau balik atau tak balik rumah. Aku boleh datang rumah kau setiap malam, puaskan nafsu dia. Sampai mati lah kau kena tipu dengan laki kau Qis".

Bisik Ruhil sambil terseyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience