Perempuan sihir
part31
"Ok! Kamu dah cantik, jom kita pergi klinik dulu, lepas tu kita pergi makan tengahari dekat kedai Nek Melah, Lin suka kan sup Nek Melah?"
Tanya Qistina kepada Rosalinda, sambil membetul betulkan baju anaknya itu.
"Cukeee"
Balas Rosalinda dengan nada pelatnya.
"Dah Jom"
Qistina memimpin tangan Rosalinda dan terus masuk kedalam kereta. Mereka menuju kekelinik terlebih dahulu dan terus ke warung Cik Melah.
"Wahhh cucu nenek Melah datang".
Cik Melah mendukung Rosalinda, bila sampai sahaja ke warungnya.
"Cuci nenek ni dah besarlah"
Rosalinda hanya terseyum dan memeluk kembali Cik Melah. Qistina juga terseyum melihat gelagat mereka berdua. Cik Melah melatakkan Rosalinda diatas kerusi tempat meja, dimana Qistina duduk.
"Dari mana kamu Qis? Kamu sehat ke?"
"Dari Klinik, bawak Lin ni, dia kena selsema pulak. Saya sehat aja Cik"
jawap Qistina.
"Lin nak makan apa? Nenek Melah masakkan".
"Lin nak mamam sop ayam".
Terseyum Cik Melah melihat ayat pelat Rosalinda.
"Qis pula nak makan apa?"
"Qis nak nasi ayam dengan ais sirap".
"Ok tunggu sekejap. Cik Melah siapkan".
Bila sahaja Cik Melah meningalkan Qistina dan Rosalinda. Qistina melihat gerak geri Cik Melah, begitu lain sekali hari ini. Cik Meleh merenung tajam kepadanya bila berbicara. Seperti ada sesuatu yang Cik Melah mahu tanyakan kepada dirinya. Membuatkan Qistina sedikit resah.
"Ok siap sup ayam cucu nenek".
Cik Melah meletakan Sup ayam diatas meja didepan Rosalinda dan nasi ayam diaras meja, didepan Qistina, bersama air yang dipesan tadi.
"Mekasih Acik".
Kata Qisrina, bila makan sampai diatas mejanya.
"Sama sama Qis".
Cik Melah menjawap lembut dan kembali kedapur, untuk meletakkan dulangnya. Cik Melah kembali semula kepada Qistina dan Rodalinda. Mereka duduk bersama sama. Sambil berborak borak kosong pada mulanya. Sehinggalah Cik Melah bertanyakan soalan kepada Qistina.
"Qis ni, makin hari makin cantik. Qis pakai apa ye?"
Tanya Cik Melah, kepada Qistina yang setia menghirup sup yang sudah mula sejuk.
"Tak pakai apa apa pun Cik. Pakai bedak biasa je".
"Qis, Acik tanya ni, sebab Acik sayang dekat Qis. Boleh Acik tanya sesuatu?"
Qistina mula berkerut dahinya dan terhenti dari menghirup sup. Cik Melah pula setia tersenyum.
"Acik nak tanya apa?"
Jawap Qistina dengan wajah yang setia berkerut. Nadanya juga agak sedikit meninggi.
"Qis, kalau Qis ada ambil apa apa barang yang tak baik untuk Qis, baik Qis pulangkan semula, barang itu Qis. Acik tau! Acik tak ada hak nak halang apa yang Qis nak buat. Tapi, Acik dah angap Qis macam anak Acik sendiri. Benda itu memang Qis tak nampak. Tapi dia sentiasa ada mengikut Qis dengan Lin. Apa yang Qis buat ni, tak baik sayang. Qis telah menduakan tuhan. Kelak membinasa diri Qis. Kalau jiwa Qis tak tenang, Qis kena banyak banyak berdoa dan solat. Pasti ada jalan penyelesaian".
Qistian hanya berdiam diri, bila Cik Melah menasihatinya. Baginya apa yang dia buat sekarang adalah yang terbaik buat dirinya. Tak akan pernah dia mengundur dari terus melakukan perkara syirik itu.
"Dengarlah nasihat Acik ni Qis. Acik takut Qis lebih tersesat jauh. Kerana Acik kenal Qis dari dulu. Qis seorang yang lembut, baik hati. Cuma sekarang ini. Qis mula berubah. Acik tak tahu apa sebabnya. Tapi Acik berdoa, agar Qis lekas lekas sedar".
Qistina menarik nafas panjang bila Cik Melah menghabiskan ayatnya. Dalam masa yang sama Qistina memang tidak selesa dengan nasihat yang diberikan oleh Cik Melah itu.
"Jom sayang"
Kata Qistina kepada Rosalinda, bila melihat Rosalinda sudah selesai makan.
"Berapa semua Cik".
"Ehhhh awal nak balik Qis, Qis marah Acik ke? Sebab acik bagi kamu nasihat."
"Ehhh tak adalah Cik! Qis nak pergi jumpa kawan. Ada hal sikit".
Balas Qistina yang cuba menipu Cik Melah. Padahal dia sudah mula panas telinga, mendengar nasihat dari Cik Melah.
"Tak apa Acik belanja kamu".
"Ehh tak apa Cik. Hari tu Acik dah belanja Qis dengan suami Qis. Tak baik pulak macam tu".
"Tak apa Acik iklas Qis".
Qistina yang mula tidak selesa itu, mengeluarkan 20ringit dari bag duitnya dan diletakkannya diatas meja. Dia tidka mahu makanan yang dimakannya percuma lagi.
"Qis balik dulu".
Qistian memimpin tangan Rosalinda dan terus berjalan pergi, tanpa menoleh kepada Cik Melah yang setia memandang Qistina dan Rosalinda. Tidak sempat Cik Melah mahu mengucup pipi Rosalinda, seperti mana selalu, bila Rosalinda datang dan pulang. Pasti Cik Melah akan memeluk dan mengucup pipi Rosalinda.
"Marah sangat Qis dekat aku".
Lafas Cik Melah sendiri. Sambil setia memerhatikan Qistina dan Rosalinda masuk kedalam kereta dan berlalu pergi.
"Dia tak tau, apa yang aku rasa, bila ditipu oleh lelaki yang aku sangka baik dan tidak curang belakang aku. Jiwa kau bagi disiat siat. Tak akan apa sesiapa akan faham. Kalau tidak lalui apa yang aku alami sekarang. Kesetiaan aku dipergunakan, dikhianati. Aku diangap seperti orang suruhan didalam rumah. Mahligai dan impian untuk hidup bahagia bersama suami tercinta, berkecai begitu sahaja. Hanya kerana nafsu syaitan mereka. Dari aku menghadap manusia bertopingkan syaitan. Baik aku sendiri yang jadi ketua syaitan".
Marah Qistina didalam hati. Qistian memandu pulang dengan perasaan yang meluap luap kemarahannya.
............…....….......
"Macam mana malam tadi?"
Tanya Zura ditalian.
"Padu beb! Nikmat gila. Mula mula je over takut. Bila dia belai aku, terus hilang rasa takut tu".
"Aku dah agak dah, kau pasti suka punya. Amacam, bila nak pulang balik mahkuk tu?"
"Aku rasa macam tak nak pulang, lah beb. Aku rasa seronoklah pulak... Laki aku dok jilat pantat betina betina sial tu, biarlah mahluk ni pulak jilat pantat aku. Baru aku rasa puas hati".
Balas Qistina, sambil tergelak kecil.
"Hummm aku dah agak dah! Kamu mesti tak jadi hantar dia balik. Macam mana kau rasa nikmat tu, macam itu jugak lah aku rasa beb. Sebab itu lah aku tak ada hati nak berkawin. Buat apa kawin kalau kau boleh dapat apa sahaja dalam hidup kau".
Balas Zura sambil ketawa. Qistina juga turut ketawa, bila mendengar luahan hati Zura.
"Buat masa ni, aku rasa aku nak simpan dulu. Bila aku rasa betul betul dah tak nak, baru aku pulangkan balik".
"Hmmm suka hati kau lah beb. Aku calk ni, cuma nak tanya itu aja... Ok lah, aku nak gerak jumpa kawan kau dekat Club. Nanti apa apa kau call je aku".
"Ok lah Zu, bye"
"Ok Qis bye"
Masing masing memutuskan talian. Qistina datang semula kepada Rosalinda yang leka menonton televison. Mereka menonton televison bersama sama, semintara menentikan Khairul pulang dari pejabatnya.
Share this novel