Perempuan sihir
part46
"Kau buat apa tu Far?"
Sergah Qistina, membuatkan Farok betul betul terkejut besar. Dadanya berdegup kencang bagikan ternampak hantu.
"Taaaa diiiii, akuuuu terdengar orang ketuk pintu ni. Itu yang aku dengar betul betul".
Nada Farok terketar ketar ketika berbicara dengan Qistina.
"Kau jangan dekat sangat bilik tu, dekat situlah aku letak setan setan aku hahahhaha".
Berganjak ketepi Farok bila Qistina kata begitu. Badannya mula mengigil ketakutan. wajahnya pula berkerut memandang Qistina.
"Dah tu, jom duduk dekat depan. Lagi lama kau dekat situ. Aku takut Jin aku suka dekat kau, dia ikut kau balik rumah. Kau yang susah nanti".
Laju langkah Farok keluar dari ruang dapur, bila Qistina kata begitu. Qistina terseyum melihat gelagat Farok, yang begitu takut. Qistina mengikut Farok dari belakangnya dan duduk bersama sama diruang hadapan. tempat dia dan Farok berasmara tadi.
"Terima kasih sebab kau sudi luangkan masa kau dengan aku Far. Kau boleh balik dulu nanti apa apa aku call kau. Atau bila kau ada maklumat tentang Khairul kau boleh hubungi aku".
Farok terseyum memandang Qistina dan menganggukkan sahaja kepalanya. Farok bangun dari ruang tamu dan berjalan kepintu utama untuk pulang. Qistina pula hanya mengikut Farok. Tiba tiba Qistina memeluk Farok dari belakang dan mula menangis. Terhenti langkah Farok dan memusingkan badanya menghadap kepada Qistina. Qistian kembali memeluk Farok dengan posisi yang betul. Farok terkaku bila Qistina memeluknya sambil menangis. Timbul perasaan kasihan terhadap Qistina, didalam diri Farok.
"Kenapa mesti aku lalui saat getir macam ni Far. Kenapa aku terpilih untuk melihat ketidak jujuran suami aku sendiri?. Aku sanjung dia, aku jaga dia dengan sempuran. Tak pernah kurang layanan zahir dan batin aku berikan kepada dia. Tapi derita juga yang aku harus tempuhi. Aku tak mahu jadi begini. Aku mahu hidup macam orang lain. Kebahagian, Kegembiraan, tidak ada kecurangan dalam rumahtangga... Tapi aku tak dapat itu semua Far. Sebaliknya aku dapat ketidak setiaan dia... Aku nampak nafsu gilakan betina didalam mata dia. Aku mula jadi marah! Dalam diri aku hanya ada dendam. Kuasa dendam yang datang dalam diri aku sangat kuat, sehinggakan aku menjadi seoarang perempuan sihir. Aku bertukar jadi manusia jahat kerana benci aku kepada seorang suami yang tidak setia".
Farok setia mendengar rintihan dari Qistina. Walau pun dia tidak dapat berbuat apa apa, hanya dapat mendengar luahan hati Qistina. Farok yang sedari tadi tidak membalas pelukan Qistina. Kini melebarkan depa tangannya dan membalas pelukan dari Qistina.
"Aku tau kau perempuan yang baik Qis. Aku tak tau apa nak kata kan lagi. Tapi aku hanya boleh jadi pendengar luahan kau sahaja. Aku akan setia mendengarnya apa sahaja luahan kau selepas ini. Kau boleh hubungi aku bila bila masa sahaja yang kau nak... Aku tahu! Bila kita ada teman meluahkan hasrat hati kita yang terbuku lama didada. Kita akan merasa lebih tenang".
Qistina melepaskan pelukannya dan merenung kepada Farok.
Qistina mula terseyum menyeringai, sambil memandang Farok, sedikit demi sedikit senyuman itu bertukar menjadi hilaian.
"Hahahahaaaaaaaa hahahhahaaaaaa".
Membuntang mata Farok, bila Qistina ketawa mengilai begitu. Farok kembali risau, bila memandang Qistina yang mengilai begitu. Farok sedikit berundur beberapa tapak kebelakang.
"Kau nak jadi pendengar setia aku Far? hahahahhaaaaa hahahahaaaa, tak payahlah Far. Kau jugak sama macam Khai. Tak ada bezanya kau dan dia. Dua dua tak jujur dengan seoarang perempuan. Cuma bezanya kau belum berkahwin. Cuba kau bayangkan, bila bakal isteri kau, akan jadi seperti aku. Hummmmmmm Jalan ceritanya semuanya sama Far. Kau akan mendapat nasib yang sama seperti Khai akan dapat nanti".
Tertunduk Farok, bila Qistina kata begitu. Kekesalan mula wujud didalam diri Farok. Farok tahu. Dia juga bukanya seorang yang baik.
"Kau baliklah dulu Far. Terima kasih sudi dengar luahan hati aku. Ini kali terakhir kita berjumpa. Tak akan ada lagi pertemuan selepas ini. Aku tak mahu mendengar apa apa lagi maklumat tentang Khairul selepas ni. Kau tak payah info aku apa apa. Aku dah ubah fikiran aku".
Farok takut untuk menunggu lebih lama. Kerana renungan diwajah Qistina, penuh dengan kebencian. Farok membuka pintu kayu utama dan terus keluar meninggalkan Qistina seorang diri didalam rumah. Qistina terduduk diatas lantai, bila Farok sudah pergi meninggalkan dirinya. Qistina kembali menangis.
"Aku sakit kau tau Kahi! Aku sakit bila kau buat aku jadi macam ni. Jauh disudut hati aku, aku tak mahu buat ini semua. Tapi kau yang paksa aku. Maafkan aku Khai, aku terpaksa sakitkan kau. Masa kau sudah tiba. Kau adalah tujuan utama aku. Selagi aku tak buat kau menderita, selagi itulah hidup aku tak tenteram. Kau punca, jiwa aku jadi begini. Kau punca aku jadi seperti betina betina jalang kau. Aku benci kau. Aku benci diri aku".
Lafas Qistina sendiri. Qistina bangun dari tempat duduknya dilantai dan melangkah pergi keruang dapur dan terus mengambil kunci yang disorokkan didalam mangkuk kaca dialamari pingan mangkuk. Lalu Qistina membuka pintu bilik itu, dimana tempat dia melakukan upacara menyihir dan menyeru mahluk peliharaannya.
Qistina melangkah masuk kedalam bilik itu. Semua barang barang sudah tersedia diatas lantai, yang beralaskan tikar. Qistina menhidupkan beberapa lilin dihadapannya dan menutup lampu didalam bilik. Hanya cahaya lilin sahaja yang menerangi bilik itu. Qistina menghidupkan beberapa colok wangi dan mencucuknya diatas potongan buah limau. Qistina memejam matanya sebelum menyeru jin peliharaannya.
"Hummmmm"
Qistina mendengus, seperti sesuatu yang sangat berat, ingin dikeluarkan dari dalam kepalanya. Air mata Qistina mula mengalir dipipinya. Sungguh berat untuk dia melafaskan itu. Tetapi dia betul betul tidak dapat menahan sabar lagi.
"Maafkan aku!"
Lafas Qistina, dengan deraian air mata.
"Wahai jin yang menjaga alam. Aku menyeru kau datang dan sujut kepada aku. Gajah putih diseberang lautan, empat kaki empat tangan, lagikan sujut kepada ku. Ini kan pula kau wahai jin. Mari kemari, mari kemari, mari kemari. Aku mahu kau melaksanakan tugas dari ku. Arahan aku untuk kau hapuskannnnn"
Qistina terhenti ayat nya. Qistina mengesat air matanya dengan telapak tangan.
"Hapuskan suami aku yang durjana ini. Aku mahu hidup dia merana hingga terlantar diatas katil. Aku mahu seksa keatas dia, memakan dirinya sikit demi sedikit"
Qistina kembali menagis dan tertunduk. Air mata yang telah dihapusakan tadi, kembali menitis dan jatuh diatas tikar. Bila sahaja Qistina mula menunduk... Air mata bercampur esakkan. Menghasikan bunyi tangisan.
"Selepas aku menyihir engkau, tidak akan ada sesiapa yang dapat melepasakan engkau dari sihir aku. Kau akan hidup umpama mati"...
Qistina mengetap giginya dan setia tertunduk. Sebak dihati sungguh menikam dijiwa Qistina. Terasa pedih setiap kata kata dan nafas. Bila berbicara untuk menyakiti suami sendiri... Qistina mengankat mukanya.
"Pergi kau! Laksanakan tugas kau dengan sempurna. Aku tak mahu ada kesilapan lagi. Tuju aku harus mengena tepat kepada orang yang aku mahu tuju".
"Baik"
Sesuatu bersuara dari sudut tepi bahu Qistina. Dan terasa angin melepasi ruangan bilik yang kecil itu.
Hidup bagaikan tidur, Disatu masa kita akan tersedar dari lena. Saat indah sewaktu mata terpejam, Membuatkan kita leka diulik lena. Bila kita tersedar, Semuanya yang indah hilang.
Share this novel