perempuan Sihir
part38
"Aku tau Zu! Itu bukan pembantu kastmer dia. Tapi betina simpanan dia"
Sempat juga Qistina menjeling kepada Khairul dan Aza.
"Betina macam tu, memang suka sondol jantan yang berkejaya. Tak reti nak cari duit sendiri. memantat je jorang pandai".
Balas Zura dengan nada yang juga bengang.
"Tak apa Zu. Mereka akan bahagia sekejap je. Aku sahaja biarkan Khai main dengan berapa banyak mana betina dia mahu. Sampai masanya aku akan hantar jin, untuk santau dia pulak sampai dia mati, baru dia tau, siapa aku... Aku nak tengok dia merana dihadapan aku. Selagi boleh bertahan aku akan bertahan. Walaupun hati aku terluka. Satu masa aku akan terseyum bahagia".
Terseyum Zura mendengar kata kata Qistina itu. Mereka berborak sambil gelak ketawa. Tanpa menghirukan kumpulan Khairul. Yang juga rancak beborak. Qistina mencuri pandangan kepada Kumpulan Kahirul dan mata Qistina terpandang pula kepada Farok, yang sedari tadi mencuri pandangan terhadapnya. Bila mata bertenang mata. Qistina mengelipkan sebelah matanya kepada Farok. Membuatkan Farok terseyum. Qistina menoleh kepada Zura kembali, bila Khairul menoleh kepadanya. Bila ternampak Farok terseyum sendiri...
Tiba tiba terfikir didalam kepala Qistina untuk membuat sesuatu. Perkara ini tidak diduga akan datang didalam kepalanya. Selepas terpandang Farok yang begitu taksub terhadapnya, membuatkan Qistina mendapat idea baru. Untuk meneruskan perbuatan jahantnya dan menjadikan Farok orang perantaraan.
"Saya pergi tandas kejap ya!"
Kata Kahirul kepada Aza. Kahirul bangun dari situ dan terus ketandas didalam restoran itu. Bila melihat Khairul pergi ketandas. Farok bangun dari tempat duduknya.
"U nak pergi mana?"
Tanya teman wanitanya yang duduk disebelah.
"Sekejap! I nak jumpa wife Khai".
Berkerut wajah wanita itu, bila Farok sebuk mahu pergi kepada Qistina. Farok tidak mempedulikan teman wanitanya dan terus berjalan kepada Qistina yang duduk disudut paling hujung.
"Hai u"
Tegur Farok dengan senyuman. Qistina dan Zura membalas senyuman Farok.
"Duduklah"
Zura mempelawa Farok duduk bersama. Farok mengambil tempat duduk disebelah Qistina. Qistina mengankatkan sebelah keningnya, bila Farok memilih untuk duduk disebelahnya.
"Khai jarang cerita tenang u. Tak sangka u cantik macam bidadari".
Farok memulakan perbualannya. Qistina tersipu sipu malu.
"U berdua model ke?"
"Tak lah, i suri rumah. Zura sahaja model".
"Wahh! surirumah pun cantik macam model ya? Untung Khai dapat u. Cemburu i rasa".
Tergelak Qistina memandang Farok. Farok merenung tajam kepada Qistina. Bila Qistina tergelak manja. Membuatkan Farok betul betul tertawan dengan kecantikan Qistina. Dalam masa yang sama. Qistina sudah mula memasang jerat terhadap Farok.
Farok memandang pula kepada Zura.
“I nak guna beberapa model untuk barang baru i. Boleh u jadi model i. I nak u cari kan i lagi dua model. Untuk jayakan projek i”.
“Boleh sahaja kalau projek yang bagus”
Balas Zura.
"Oii kau buat apa ni?"
Sergah Kahirul kepada Farok yang sedang rancak berborak borak dengan Qistina dan Zura. Wajah Kahirul sedikit berkerut.
"Ehhh tak ada apa apalah bro. Aku nak cari model untuk barang yang akan datang nanti. Aku nak cari beberapa model untuk bergambar dengan barang barang aku. Itu yang aku datang sini, nak tanya kalau kalau mereka ada kenalan. Tak sangka Zura seorang model. Itu yang nak bagi job dekat dia"
Terang Farok kepada Khairul.
"Kalau wife kau nak join sekali pun boleh".
Tergelak kecil Khairul, Sambil memandang Farok.
“Wife aku bukan untuk diperagakan bro”.
“Sayang wife secantik dia. Kau tak tunjuk dekat orang bro. Kalau aku lah ada wife secantik wife kau. Aku tak layan orang lain. Aku dok usung kehulu hilir”.
Balas Farok. Khairul terdiam dan memandang Qistina. Ternyata Qistina betul betul menawan. Qistina hanya terseyum memandang khairul.
“Kejap lagi awak balik terus ya? Abang terus pergi rumah Abang Long”.
Terseyum gembira Qistina bila Khairul kata begitu.
“Dah bro! jomm pergi tempat kita”
Farok bangun dari tempat duduknya dan sempat mencuri pandang kepada Qistina dan Zura. Terseyum mereka berdua. Farok dan Khairul pergi semula ketempat mereka.
“Sayang, muka handsome tapi gatal. Aku tau dia cuba tarik perhatian kau Qis. Aku ni perantara sahaja bagi dia. Bila dia kata nak ambil aku jadi model barang dia”.
“Aku tau Zu! Bila sebut sahaja kawan kawan Khairul, Aku tau sifat jorang. Semua sama aja. Sebab tu aku terfikir nak mempergunakan salah seorang dari mereka. Aku nak tau aktiviti Khai melalui mereka”
Terseyum Zura, bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Qistina.
..........................................
“Ding dong! Ding dong!”
Loceng rumah Qistina berbunyi beberapa kali.
“Siapa pulak datang?”
Keluh Qistina yang sebuk memasak didapur. Qistina berjalan kedepan dan mengintai disebalik tirai langsir. Berkerut wajah Qistina bila melihat Farok ada dihadapan pintu pagar rumahnya.
“Apa dia nak ya? Khai mana ada rumah. Dia tak tau ke Khai dekat ofis?”
Lafas Qistina sendiri. Qistina pergi kepintu utama dan membuka pintu. Qistina berjalan kehadapan pintu pagar. Dari jauh Farok terseyum bila melihat Qistina keluar dengan hanya berbaju singlet dan berseluar tidur pendek.
“Sorry menggangu awak”
Tegur Farok, bila Qistina sampai kepadanya.
“Awak cari Khai ke? Dia tak ada, dia dah pergi ofis”.
Balas Qistina dengan wajah yang kemerah merahan kerana baru selesai memasak didapur.
“I tak cari Khai, Tapi i cari u”.
Berkerut wajah Qistina bila Farok berkata dia mahu berjumpa dirinya. Bila melihat Qistina berwajah begitu, Farok tergelak kecil.
“I cari u, sebab nak tanya nombor handphone Zura. I nak guna beberapa model, seperti yang i bagi tau hari tu”.
Terseyum Qistina bila Farok menerangkan kedatangannya.
“Awak ni buat saya cemas je, ingatkan kenapalah awak datang”.
"Haiiii itu pun nak terperanjat ke?"
"Ye lah awak! Awan bukannya selalu datang sini. Kalau datang dulu pun, masa Khai ada rumah"
Terseyum Farok bila Qistina kata begitu. Qistina memberikan nombor talifon bimbit Zura kepada Farok.
"Thanks Qis"
"Same same"
"Qis tak nak jadi model i ke? i suka dengan Qis. Nasib Qis dah berkawin. Kalau tidak, Abang Farok dah lama sambar Qis jadi teman Abang. Abang jaga Qis lebih baik dari Khai. Abang pasti akan setia dengan Qis"
Berekerut Wajah Qistina, bila Farok kata begitu.
"Apa awak cakap macam tu pulak. Khai jaga Qis baik apa. Dia tak pernah curang dengan Qis".
Tergelak Farok, bila Qistina kata begitu. Qistina sengaja kata begitu kepada Farok untuk mengorek rahsia Khairul dan perempuan simpanannya.
"Habis tu, Qis tunggu Khai curang baru Qis nak curang ke?"
Qistina terdiam bila Farok kata begitu.
"Qis ada ada kerja dekat dalam, Qis masuk dulu ya".
Qistina cuba mengelak dari terus bercakap dengan Farok.
"Ok tak apa! Qis buat kerja Qis dulu. I balik dulu. Sorry kalau gangu Qis".
Qistina terseyum dan terus masuk kedalam. Semintara Farok memerhatikan Qistina. Tidak berkelip matanya memandang lengok Qistina. Bila Qistina hilang dari pandangan matanya, barulah Farok memulakan pemanduannya.
"Aku akan pastikan kau akan jatuh ketangan aku juga... Sayang betul! Wanita secantik kau kena tipu dengan laki yang kaki bertina".
Lafas Farok, sambil memandu...
"Tak sangka kau akan masuk jerat kau Farok. Kau ingat aku perempuan bodoh ke? Mengikut telunjuk laki aku. Dulu boleh, sekarang jangan harap aku nak percaya dengan mana mana lelaki sekali pun".
Bisik Qistina sambil menyeringai sendiri. Qistina memandang Rosalinda yang sebuk mewarna diatas meja menulisnya.
"Lin colour dulu ya? Ibu nak pergi tandas?"
" Ok ibu".
Qistina masuk kedapur dan terus kebilik belakang untuk memuja jin peliharaannya.
"Kali ni aku nak kau berdamping dengan aku. Aku mahu kau sentiasa dekat dengan aku. Aku tau ada lelaki yang ada niat jahat terhadap aku. Aku mahu kau lindungi aku. Aku mahu kau turut kemauan aku. Aku juga mahu kau wujudkan diri. Sekiranya aku terasa diancam”
Qistina membuat beberapa upacaranya sendiri, Agar Jin jin peliharaannya selalu berada disampingnya. Kalau sebelum ini, mahluk itu berada jauh dan hanya datang bila diseru. Tetapi kini Qistina membuat keputusan, agar Jin jin peliharaannya sentiasa dekat sisampingnya. Qistina merasakan lebih selamat, sekiranya Jin jin nya berada dekat dengan dirinya.
Share this novel