Perempuan Sihir
Part24
"Kamu pula? Akan aku bagi tugasan nanti".
Kata Qistina dengan keras. Kerana Qistina dapat merasakan ada mahluk lain lagi disampingnya.
"Aku tahu, ada dua lagi jin disamping aku. Kamu berdua aku arahkan menjaga aku sahaja. Tetapi kamu tidak boleh tinggal disini. Kamu berdua harus pergi dibawah pokok diluar rumah ini. Kamu duduk disitu. Dan jangan datang berjumpa aku, selagi aku tidak menyeru kamu. Bila tiba masanya aku akan memberikan kamu tugasan masing masing".
Bila Qistina melafaskan itu. Terasa angin dikiri dan kanan telinganya. Terseyum sendiri Qistina didalam bilik itu. Qistina menutup tingkap bilik dan membersihkan tempat pemujaannya. Qistina menyimpan semua barang barang itu. Kali ini Qistina menyimpannya didalam laci yang boleh berkunci didapur rumahnya. Didalam salah satu alamari kabinet yang tidak digunakanya lagi. Qistina menggunci laci itu dan menyimpan kuncinya. jiwanya lebih tenang, bila hajatnya akan terlaksana.
.........................
" Ding dong! Ding dong!Asalammuailaikum. Qisss! Qis!"
Ibunya berteriak sambil membunyikan loceng rumahnya. Berlari Qistina bila mendengar bunyi loceng. Qistina tahu, ibu dan ayahnya sudah sampai, bersama anak kesayangannya.
"Maaf bu! Qis sebuk memasak dekat dapur tadi".
Terseyum ibunya memandang Qistina yang berpeluh peluh memasak. Qistina mencapai tangan ibunya dan mencium tangan ibunya. Perbuatan yang sama dibuatnya, terhadap ayahnya juga.
"Khairul mana? Keluar ke?".
Tanya Ayah Qistina, bila melihat Khairul tidak ada disamping Qistina.
"Ada dekat bilik, mandi agaknya. Tadi ada tolong Qis masak. Dah penatlah tu, terus naik atas mandi".
Terang Qistina sambil memeluk Rosalinda.
"Jom masuk".
Ajak Qistina sambil mendokong Rosalinda.
"Sayang ibu, nakal tak rumah Maktok?"
"Lin tak nakal pun ibu. Lin dengar cakap Maktok dengan Tokwan je".
Balas Rosalinda dengan sedikit ayat ayat pelat.
"Bagus anak ibu".
Qistina memeluk erak Rosalinda dan berjalan masuk bersama sama ibu dan ayahnya.
"Lah dah sampai ke?"
Tanya Khairul dianak tangga. Bila terpandang ayah dan ibu mertuanya sedang duduk disofa. Khairul melajukan langkahnya dan terus mencapai tangan ibu dan ayah mertuanya, lalu mengucup tangan mereka. Khairul duduk bersama bapa mertuanya, manakala ibu mertuanya pergi kedapur untuk membantu Qistina.
"Papaaaaa"
Rosalinda berlari dari dapur keruang tamu, untuk memeluk bapanya. Khairul meluaskan depaan tangannya untuk memeluk Rosalinda.
"Miss u papa".
"Miss u too tuan puteri".
Khairul mendakap erat Rosalinda. Sambil mencium pipi Rosalinda beberapa kali. Terseyum bapa mertuannya melihat aksi Kahirul dan Rosalinda. Seperti bertahun tidak bertemu. Khairul meletakan Rosalinda diatas pehanya dan kembali berborak borak dengan bapa mertuanya. Manakala didapur Qistina dan ibunya menyediakan makan yang sudah siap dimasak oleh Qistina, kedalam pingan dan dihidangkan diruang makan.
"Jom semua makan".
Panggil Qistina bila semua makanan tersedia diatas meja. Kahirul memimpin tangan Rosalinda dan berjalan bersama bapa mertuanya ke meja makan.
"Masak banyak banyak nak buat apa Qis. Membazir aja nanti. Kita bukan ramai pun".
Berkerut wajah ayah Qistina, bila melihat beberapa jenis lauk diatas meja.
"Masak sejenis dua sahaja dah cukup".
Kata ayahnya lagi.
"Ayah ni, sesekali nak makan dekat rumah Qis kan. Tak apalah masak banyak sikit. Kalau tak habis, esok boleh panaskan".
Balas Qistina manja, bersama senyuman yang sedikit menyeringai... Mereka duduk dan makan bersama sama... Selesai makan ayah dan Khairul kembali keruang tamu sambil menonton television. Manakala Qistina, ibunya dan Rosalinda berada didapur. Qistina membasuh pinggan makan, sambil berborak dengan ibunya. Rosalinda pula duduk di atas meja makan didapur, sambil bermain anak patungnya.
"Qis! Ibu rasa lain lah rumah kamu kali ni. Yang lepas lepas ibu datang rumah kamu nampak aura ceria. Tapi, hari ni ibu datang rumah kamuuu".
Ibu terhenti dari berkata kata dan memandang sekeliling ruang dapur.
"Agak suram sikit. Qis dengan Khairu tak solat ke dekat dalam rumah".
Sambung Ibu Qistina. Bila dapat merasakan aura yang sedikit suram.
"Solatlah ibu".
Balas Qistina ringkas. Nadanya sedikit dalam.
"Baguslah kalau kamu solat".
Balas Ibu Qistina.
"Macam mana holiday rumah mak Long, ok ke?"
Qistina mula menukar topik perbualan, ibunya yang tadi. Ibu Qistina terseyum bila mendengar nama kakaknya.
"Seronok sangat! Makan sahaja dekat sana. Lin lagi lah seronok dapat main dengan cucu cucu Mak Long. Jalan jalan kebun dia. Makan buah buahan dekat kebun dia. Seronok sangatlah, sampai rasa tak nak balik"
Cerita ibu Qistina bersungguh sungguh. Tersenyum lebar, Qistina bila mendengar cerita ibunya.
"Nanti kita rumah mak Long sama sama ya. Ajak Abang long kamu dengan adik cik kamu sekali. Adik Cik kamu tu, dah nak balik cuti semester dua minggu. Ibu risau dekat adik kamu tu Qis. Dah lah perempuan. Belajar pulak jauh jauh, luar negeri".
Ibu Qistina mula menukar topi perbualan kepada abang dan adik perempaunnya pula.
"Dia dah besarlah bu. Pandailah dia jaga diri dia".
Balas Qistina dengan senyuma, sambil mengangkat pingan makan yang telah dicucinya ketempat rak pingan. Setelah siap didapur, Mereka bersama sama duduk diruang tamu dan berborak.
Setelah ibu dan ayah Qistina pulang. Mereka bertiga naik ketingkat atas untuk masuk kedalam bilik berehat. Khirul memeluk dan mengucup dahi Rosalinda sebelum Rosalinda masuk kedalam biliknya ditemani Qistina.
"Good night my princess"
"Good night papa".
Qistina membawa Rosalinda masuk kedalam bilik. Roslinda baring diatas katilnya sambil memandang Qistina.
"Good night sayang"
Qistina mengucup dahi Rosalinda, sambil mengosok gosok dahi Rosalinda.
"Good night ibu".
Qistina bangun dari katil Rosalinda dan membuka lampu tidur didalam bilik Rosalinda. Manakala lampun utama ditutupnya. Menjadikan bilik Rosalinda samar samar dengan hanya bercahayakan lampu tidur. Qistina menutup pintu bilik Rosalinda dan terus masuk kedalam biliknya, yang berada disebelah bilik Rosalinda. Qistina menutup juga pintu biliknya, bila masuk kedalam bilik...
Menjelang tengah malam, masing masing diambang lena dibuat mimpi.
"Ibu oh ibuuuu"
Rosalinda mengetuk pintu bilik ibu dan papanya. Sambil berteriak pelahan.
"Ibuuuuu"
Qistina membuka mata, bila mendengar suara sayu Rosalinda, memangilnya dihadapan pintu bilik. Rosalinda bergegas turun dari katil dan meluru kepintu bilik. Terperanjat Qistina, bila melihat Rosalinda dihadapa pintu biliknya, bila dia membuka pintu.
"Ehhh sayang ibu! Kenapa kamu tak tidur lagi ni?"
"Ibu! Boleh Lin tidur dengan ibu?"
"Boleh boleh! meh masuk".
Qistina meminpin tangan Rosalinda dan membawa Rosalinda masuk kedalam biliknya.
"Anak Papa tak tidur lagi ke?"
Tanya Khairul yang dalam keadaan mamai, bila melihat anaknya berada didalam bilik.
"Lin nak tidur dengan kita sayang". Balas Qistina
"Meh sini".
Khairul menghukurkan tangannya dan disambut oleh Rosalinda. Rosalinda baring disebelah Khairul. Khairul pula terus memeluk Rosalinda.
"Sayang dada badan anak kita berdegup laju?"
Tanya Khairul, bila dapat merasakan degupan jantung Rosalinda, semasa memeluknya. Khairul memandang Qistina yang duduk dibucu katil. Qistina lantas merasa dada Rosalinda dan berkerut memandang Khirul.
Share this novel