Cerita bermula

Horror & Thriller Completed 79533

Perempuan Sihir
Part17

"Kau tak akan berjaya untuk menghalang aku dari memenuhi hajat diri aku, untuk memuaskan nafsu bersama suami kau. Aku tahu kau datang untuk menganggu aku dan Khairul tadi. Tapi kau tak berjaya. Kerana kuasa saka aku lebih kuat dari pendamping kau hahaha"

Tersentak Qistina dari tidurnya. Bila mendapat mimpi yang begitu. Ketakutan mula menyelubungi Qistins. Kerana mahluk yang datang kedalam mimpinya tadi begitu marah kepadanya. Dengan mata yang merah saga. Merenung tajam, seperti mahu menerkam dirinya. Qistina mula mengigil dan menggosok gosok mukanya. Berpeluh peluh Qistina, bila tersedar.

"Apa yang aku mimpi ni?"

Bisik Qistina. Qistina menarik selimut dan mula menyelubungkan dirinya. Tiba tiba Qistina mendengar bunyi pintu pagar rumah dibuka dan ditutup. Terasa lega Qistina, bila mendengar bunyi kereta Khairul. Masuk kepekarangan parking. Qistina sedikit mengerutkan dahinya, bila melihat jam didinding biliknya.

"Dah dekat pukul 1 pagi, baru kau nak balik?"

Bisik Qistina dan sambung kembali berselubung. Dia tidak mahu Khairul tahu yang dia masih lagi belum tidur. Qistina berpura pura melelapkan matanya... Dari dalam bilik, boleh dengar hentakkan kaki Khairul berjalan diatas anak tangga dan terus menuju kebilik.

Bila melihat Qistina tidur, Khairul terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Kerana keletihan, Khairul terus tidur, bila selesai mandi.

"Abang, bangun dah pagi".

Qistina mengerak gerakkan badan Khairul, bila melihat jam didinding biliknya sudah pun menunjukkan pukul 8pagi. Kerana digangu oleh mimpi malam tadi. Qistina juga turut bangun lewat pagi ini. Seharusnya dia sudah pun menyediakan sarapan pagi buat Khairul, sebelum Khairul pergi kerja.

Kahirul mengeliat sambil mengeluh keletihan.

"Letihnya nak bangun. Rasa malasnya nak masuk ofis".

"Hisss jangan macam tu yunk. Malam tadi abang balik pukul berapa?".

"Pukul 11 lebih".

Tipu Khairul. Qistina hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Dia tahu yang Kahirul sedang menipunya.

"Dah jom bangun. Saya pun dah terlambat ni. Saya tak buat lagi sarapan untuk abang".

Bila Qistina mahu turun dari katil. Khairul terus memeluk Qistina dari belakang.

"Janganlah pergi dulu. Meh lah kita main dulu".

Kata Khairul dengan selambernya.

"Malam tadi, abang nak kacau awak. Tapi tak sampai hati pula".

Kahirul terseyum menyeringai... Dalam masa yang sama, Qistina juga mahu bersama suaminya. Kerana sudah hampir dua minggu sejak dia pulang dari kampung. Dia belum lagi bersama suaminya. Nafsu untuk bersama Khairul mula memuncak. Bila Khairul memeluknya dari belakang dan mengurut urut perutnya. Qistina memejamkan matanya dan menarik nafas panjang. Terbayang Khairul bersama dengan dua wanita yang berbeza dengan nafsu begitu rakus sekali.

"Sayang, saya sakit perut sejak malam tadi. Saya nak call awak, ajak pergi klinik, tapi kesian awak, banyak kerja dekat ofis tu. So saya tahan je sakit tu malam tadi. Sekarang dah rasa ok sikit. Tapi masih lagi sakit. Maafkan saya sayang. Saya tak dapat tunaikan hajat awak hari ini".

Balas Qistina dengan nada yang lembut. Jauh disudut hatinya, dia juga mahukan belaian suamainya.

"Tak apa sayang. Nanti awak dah ok, baru kita on".

Balas Khairul dengan senyuman dan terus bangun dari katil untuk bersiap siap.

"Awak rehat aja hari ni sayang. Tak payah buat sarapan untuk abang. Nanti abang sarapan dekat luar. Kalau awak rasa nak nak pergi klinik, awak call abang. Nanti abang bawak awak".

Kata Khairul lagi. Qistina hanya membalas dengan senyuam kepada Kahirul.

..........................................

Hari yang dinantikan oleh Qistina menjelang tiba. Tidak sabar rasa dihati mula hadir. Menunggu malam bagaikan jam berdetik cukup pelahan buat Qistina. Qistina menghubungi Khairul, untuk memberitahu Khairul yang dia akan keluar bersama sama Zura malam ini.

"Abang! Malam ni boleh Qis keluar dengan Zura?"

Kata Qistina ditalian

"Boleh Qis. Abang pun balik lambat malam ni. Abang nak jumpa kastemer abang malam ni. Ada urusan business".

Balas Khairul.

"Ok lah kalau macam tu. Nanti malam ni, Qis keluar dengan Zura ya?".

"Ok boleh".

Balas Khairul ringkas. Masing masing memutuskan talian. Qistina merasa lega, bila Khairul membenarkan dia untuk keluar.

Suasan malam yang gelap. Bercahayakan lampu kereta Zura. Zura memasuki lorong kecil yang menghalakan kerumah bomoh tersebut. Seperti yang lepas. Qistina merenung dengan anak mata, sambil melilau, kiri dan kanan. Kini Qistina mula rasa takut bercampur risau. Kerana, selepas ini dia akan berhadapan dengan benda yang lebih dasyat lagi. Kalau sebelum ini dia hanya ada satu mahluk yang menjaganya. Selepas ini dia tidak pasti, berapa banyak lagi yang akan berdamping dengannya... Dari jauh sudah kelihatan, cahaya lampu dari rumah bomoh itu. Sampai sahaja dihapan rumah. Zura dan Qistina keluar dari kereta dan berteriak memangil bomoh itu.

"Masuk masuk!"

Balas bomoh itu dari dalam rumah. Mereka melangkah anak tangga kayu dan terus kelantai atas. Kelihatan bomoh itu sudah bersedia dihadapan tepak asap kemenyan, bersama dulang yang berisi pelbagai barang untuk pemujaan.

"Duduk"

Kata bomoh itu lagi. Qistina dan Zura duduk dihadapan bomoh itu. Bomoh itu merenung kepada Qistina. Membuatkan Qistina, berdebar debar.

"Betul kamu nak ambil benda ini?"

Tanya bomoh itu, membuatkan debaran didada Qistina, lebih kencang. Qistina hanya menganggukkan kepalanya.

"Betul kamu nak benda ni, hidup bersama kamu dan membantu kamu?".

Kali ini nada bomoh itu lebih kerasa. Bila Qistina hanya mengangukkan kepalanya sahaja. Zura menyengol lengan Qistina, bila nada bomoh itu mula keras

"Beeeee tuuuu lll tok"

Balas Qistina, tersangkut sangkut.

"Benda macam ni, kita jangan buat main main. Kalau kamu betul betul mahukan kuasa untuk diri kamu, baru benda ini akan berjaya. Kamu jangan nak bazirkan masa aku disini"

Bomoh itu sedikit marah, bila ayat Qistina tersangkut sangkut. Sepertinya Qistina masih belum bersedia.

"Saya bersedia tok. Kalau tidak, buat apa saya datang sini".

Balas Qistina keras. Bila bomoh itu berkata begitu.

"Bagus, semangat macam itu yang saya mahukan".

Balas bomoh itu, bila Qistina mula tegas bila berbicara dengannya. mulakan upacara ini sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience