Cemburu Aza

Horror & Thriller Completed 79844

Perempuan sihir
part37

Yang sebenarnya Qistina mahu melihat sendiri dengan matanya, ke tidak setiaan Khairul. Sebab itulah dia mengajak Zura untuk berjalan jalan sambil shopping. Dia juga mahu membeli pakaian pakaian terkini. Kerana pakaiannya sebelum ini seperti wanita kampung. Dia mahu mengubah keseluaruhan dirinya. Dia mahu setanding dengan gadis gadis simpanan Khairul, malah dia mahu kelihatan lebih menarik.

“Aku nak tukar cara pakain aku beb. Aku pun nak nampak macam model. Sama macam kau Zu. Aku dah mula berminat dengan fashion?”

Terseyum Zura bila Qistina kata begitu. Sebelum ini, dia tidak kesah pun dengan cara pakaiannya. Tetapi sekarang dimahu dirinya dipandang orang.

“Kalau sebelum ini orang pandang aku kerana minyak tu, sekarang aku nak orang pandang aku kerana aku. Bukan kerana minyak itu. Sekali memelangkah berundur aku tak akan lagi”

Sambung Qistina. Zura faham, bertapa sakitnya hati Qistina, bila suami tersayang bermain gila.

“Jom aku ubah cara kau”

Qistina terseyum gembira. Dalam masa dua jam Qistina keluar dari saloon dengan rambut yang diwarnakan dengan warna gray dan dipotong Potongan Shaggy Lob yang cukup menarik dan sesuai dengan wajah Qistina.

“Cantik beb”

Puji Zura, membuatkan Qistina terseyum bahagia seketika. Sedang mereka berjalan jalan untuk mencari barang barang lain pula.

“Tu bukan laki kau ke?”

Tunjuk Zura dengan jari tekunjuknya. Qistina menoleh memandang kepada telunjuk Zura. Mata Qistina membesar dan dadanya berdebar debar melihat Khairul ada disitu. Kelihatan Khairul duduk bersama seorang gadis disebelahnya. Kelihatan juga Farok dan Zul ada disitu. Bersama pasangan masing masing. Mereka berenam baru sahaja selesai menonton wayang dan mahu menjamu selera didalam sebuah restoran didalam mall.

“Kau nak tegur khai ke?”

Tanya Zura sambil memandang Qistina.

“Dia kata jumpa clients dari luar. Tak nampak gadis tu macam orang luar negeri pun. Yang dua orang lelaki tu pun, aku kenal. Mereka kawan laki aku”.

Balas Qistina dengan wajah yang berkerut.

“Biasalah, jantan penipu”

Balas Zura selamber.

“Jom! Aku nak tegur dia. Aku nak tengok reaksi dia, bila tengok aku ada dekat sini?”

“Baguslah tu, kau pun dah cantik, seksi macam ni. Bagi kawan kawan laki kau, bukak mata sikit”.

Qistina terseyum memandang Zura. Mereka berdua berjalan masuk kedalam restoran itu. Dalam masa yang sama, dada Qistina betul betul berdebar debar untuk bersua mula dengan Khairul.

“pasti dia akan terperanjat dengan perubahan aku”.

Bisik Qistina yang terhenti langkahnya, bila terpandang cermin besar yang berada ditepinya. Qistina berpusing memandang dirinya yang berambut kelabu gelap dan bersinglet, berserta skirt pendek. Menampakkan pehanya yang putih gebu. Baju itu baru sahaja dibeli dan terus ditukarnya. Zura juga turut terhenti langkah, bila Qistina berhenti.

“Dahh jomm”.

Zura manarik lengan Qistina. Agar Qistina memulakan langkahnya kembali. Sedang leka Khairul dan kawan kawannya berborak borak tentang filem yang mereka tonton tadi.

“Hmmmm hemmm”.

Qistina berdiri berhampiran meja Khirul dan kawan kawannya sambil berdehem. Mereka yang tadinya begitu rancak beborak, semua menoleh kepada Qistina dan Zura yang berdiri tegak. Terkejut Khairul, bila terpandang Qistina disitu. khairul terus terbangun dari kerusinya.

“Sayang”

Itu sahaja yang terkeluar dari mulut Khairul. Dada khairul mula kencang berdegup. Kerana penipuannya terbongkar.

“Kata jumpa clients, mana Client abang?”

“Ohh mereka baru balik. Mereka ada hal penting tiba tiba. Ini pembantu clients abang, Nama dia Aza. Abang belanja dia makan dekat sini. Sekali tu ternampak Zul dan Farok. Itu yang abang join sekali”

Qistina memandang kepada gadis seksi yang duduk disebelah Khairul. Sambil berkerut wajahnya. Aza pula memandang Qistina dengan wajah yang sombong dan menjeling, bila Qistina memandangnya. Qistina mencebikkan bibirnya, bila Aza menjelingnya.

“Qis buat apa dekat sini? Tak pergi rumah Abang Long ke?”

“Dah pergi! lepas tu ajak Zura keluar, nak buat rambut”

Kali ini Khairul betul betul merenung Qistina dari atas sampai kebawah. Isterinya betul betul kelihatan lebih cantik dan menawan berbanding dahulu. Qistina betul betul telah berubah. Khairul terseyum memandang Qistina.

“Cantik awak sayang"

Puji Khairul, meambuatkan Aza panas telinga. Bila Khirul memuji Qistina. Aza mengetap gigi kegeraman. Manakala Zul dan Farok terpegun memandang kecantikan dan keseksian Qistina. Qistina cukup cukup berbeza dari sebelum ini.

"Mekasih abang. Abang sambunglah berbual. Saya nak makan dengan Zura dekat hujung sana"

Khairul menganggukkan kepalanya dan Qistina berjalan mencari tempat, didalam restoran itu juga. Khairul merenung pemergian Qistina dengan senyuman yang melirik.

"Amboii, macam u tak pernah tengok wife u, sebelum ni ke?"

Kata Aza dengan mengetap giginya sambil berbicara. Bila Khairul buat begitu. Khairul duduk semula sambil menoleh memandang kepada Aza semula.

"Dengan wife i pun u nak cemburu ke sayang".

Balas Khairul dengan senyuman menyeringai. Membuatkan Aza menjeling bengang. Kawan kawan yang lain turut terterseyum, melihat pebalahan kecil antara Khairul dan Aza.

"Cantik wife kau bro! Rasanya dulu masa aku datang lepak lepak rumah kau, dia tak sehot sekarang. Sekarang pehhh bergetah, mantol bro"

"Dah jangan nak lebih lebih! Bini aku tu"

Nada Khairul sedikit meninggi kepada Farok.

"Puji wife kawan pun tak boleh ke?"

"puji boleh puji, tapi jangan lebih lebih sudah".

Tergelak mereka bertiga. Mana kala kawan kawan perempuan mereka, mengerutkan wajah masing masing.

"Sudahlah, nanti merajuk pulak girlfreands kita"

Sampuk Zul sambil terseyum memandang kawan perempuannya disebelah. Menjeling manja gadis itu, bila Zul memandangnya.

Sejak kehadiran Qistina disitu. Farok beberapa kali mencuri pandang kepada Qistina. Perbuatan Farok itu dapat dihidu Khairul. Khairul mula ada perasaan tidak sedap hati, terhadap Farok. Oleh kerana ada Aza disitu. Khairul tidak memperdulilkan perbuatan Farok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience