part19

Horror & Thriller Completed 79533

Perempauan sihir
Part19

"Saya izinkan tok mengambil balik Pendamping minyak itu".

Balas Qistina. Terseyum menyeringai bomoh itu. Kerana dia tahu, Qistina tidak dapat mengawal nafsunya untuk bersama suaminya dengan lebih kerap. Manakah mampu seoarang wanita muda, hanya boleh bersama suaminya sebulan sekali.

"Tapi bukan mudah".

Bomoh itu kembali menyeringai.

"Kamu telah mengambilnya. Dia sudah pun membuat kerjanya untuk membuat nafsu suami kamu terputus, bila bersama wanita wanita lain. Kamu belum lagi menunaikan kemahuannya. Kamu harus bersama pendamping itu terlebih dahulu. Barulah aku dapat menarik balik pendamping minyak itu. Kamu tidak perlu datang kesini. Kamu boleh menghubungi aku, bila bila masa sahaja, bila kamu sudah bersama pendamping minyak itu. Aku akan menariknya dari jauh sahaja. Kerana pendamping itu, tidak lah sehebat kuasa jin".

Balas bomoh itu, sambil memandang Zura yang telah lama mengunakan hidmat Pendamping minyak itu. Zura hanya tersipu malu, bila bomoh itu memandangnya. Qistina pula setia menyepikan diri. Dia tahu, dia harus melaksanakan tugasnya terhadap benda itu, sebelum dia membuang mahluk pedamping minyak itu. Qistina menarik nafas sebelum bersuara.

"Baik tok, akan saya laksanankan nanti".

"Selagi kamu belum bersamanya, jangan pernah menghubungi aku. Kerana dia akan tetap bersama kau... Selepas tugas kau bersama pedamping itu selesai, baru kau boleh menghubungi aku".

Qistina menganguk tanda faham.

"Nah ambil ini".

Bomoh itu memberikan kain kuning yang telah dititiskan darahnya tadi kepada Qistina.

"Di keratan kain itu ada sepotong ayat untuk memangil jin belaan kamu. Kalau kamu sudah menghafalnya dan tidak perlukan kain itu lagi. Kau harus membakarnya".

"Baik tok! Saya faham".

Balas Qistina.

"Selepas ini, kau bukan lagi seperti diri kau yang dulu. Kau akan menjadi perempuan penyihir. Kalau kau teruskan amalan kau. Kau akan menjadi perempuan penyihir yang paling hebat. Kau juga boleh membantu orang lain melunaskan hajat jahat masing masing, atas bantuan jin jin yang menjaga kau. Itu pun, kalau kau mahu membantu orang lain. Jika tidak, tidak menjadi masalah".

Qistina memandang Zura dengan senyuman. Zura tahu, Qistina puas hati setelah mendapat apa yang dihajatinya.

"Kamu berdua dah boleh balik"

Qistina menghulurkan sampul surat yabg berisi duit lagi kepada bomoh itu. Kali ini bayarannya berganda dari dahulu. Bomoh itu menyambut sampul surat itu, dan diletakkannya ditepi pehannya.

"Hati hati dengan salah seorang kekasih suami kamu. Dia ada memiliki saka dari keturunan neneknya. Tapi jangan bimbang. Penjaga kamu lebih kuat dan berkuasa dari sakanya. Mungkin akan mengambil masa sedikit. Tapi dia pasti akan tumpas juga".

Terseyum lebar Qistina, bila bomoh itu mengatakan Jin jin belaannya lebih berkuasa dari saka nenek salah seoarang wanita simpanan Khairul.

"Kami balik dulu ya tok".

Bomoh itu hanya mengangukkan kepalanya sahaja. Mereka berdua keluar dari rumah itu dan memulakan perjalanan, untuk menghantar Qistina pulang terlebih dahulu. Suasana yang sedikit mendung, tanpa cahaya bulan. Menbuatkan mata masing masing membulat memandang kiri dan kanan lorong yang gelap. Tiba tiba satu lembaga hitam, melintasi kereta Zura. Membuatkan Zura menekan breknya sekuat hati. Masing masing memegang dada masing masing.

"Heii apa tu?"

Tanya Qistina dengan nada berbisik. Sambil memandang jam didalam kereta Zura. Waktu menunjukkan sudah pukul 11.50 malam.

"Jangan tegur beb"

Balas Zura. Jantung masing masing bagaikan mahu tercabut. Bila benda hitam itu melintas. Zura meneruskan perjalanannya keluar dari kawasan tersebut. Hati masing masing tidak senang, selagi tidak keluar dari kawasan gelap itu. Bila sampai persimpangan jalan, mereka berdua menarik nafas lega. Mereka berpandangan dan terus ketawa.

"Kepuasan kita dapat. Setan pun kita dapat".

Kata Qistina membuatkan mereka berdua bertambah gelak besar.

........................................

"U, i dah nak balik ni".

Kata Khairul kepada Aza, seoarang perempuan Club yang sudah dua bulan dikenalinya.

"Alahhh nantilah u, i tak puas lagi lepak dengan u. Watsap pun, jarang sangat nak balas".

Balas Aza sambil mengoyangkan bandannya mengikut rentak muzik yang bingit berkumandang, dimandikan lampu lampu berkelipan. Khairul mengalih pandangan kepada kawan kawannya yang setia menari ditengah gelangan disco. Zul yang juga seorang usahawan sepertinya sebuk mengesel geselkan kemaluannya dipinggul seorang gadis diclub itu. Zul juga sudah pun beristeri. Manakala Faruk hanyalah seorang pegawai bank. Setia memeluk gadis yang dibawanya keclub itu. Khairul terseyum kepada kawan kawannya dan memandang kembali kepada Aza.

"U jom menari dengan i".

Ajak Aza sambil bangun dari tempat duduknya. Aza menghulurkan tangannya sambil membuat muka gedik manjanya kepada Khairul. Khairul terseyum, sambil menyambut tangan Aza. Mereka berenam, sama sama menari dilantai tari.

...............................

"Dia belum balik lagilah Zura? Kau tengok dah pukul berapa ni?".

Tanya Qistina, bila kereta Zura berada dihadapan rumahnya.

"Aku pasti, dia bukan jumpa kastmer dia. Tapi dia jumpa perempuan simpanan dia".

Kata Qistina lagi.
"Tak apa Qis, kau tengok aja mainan dia. Sekarang kau dah berkuasa. Kau boleh buat sesiapa sahaja yang kau mahu, hidup merana. Tapi, aku nak ingatkan kau, buat kerja jangan tergopoh gopoh. Buat slow slow, biar apa yang dituju, mengena".

Balas Zura sambil menyeringai. Qistina terseyum, bila mendengan kata kata Zura. Qistina membuka pintu kereta Zura untuk keluar. Tetapi terhenti seketia bila Zura bersuara semula. Qistina menutup semula pintu kereta Zura.

"Beb, cubalah malam ni kau tidur dengan pedamping tu".

Menyeringai Zura, selepas menghabiskan kata katanya.

"Takut beb"

Balas Qistina pendek, juga tersenyum.

"Bagilah aku puaskan nafsu aku ni dengan laki aku dulu. Paling tidak pun dengan yang betul betul manusia. Barulah aku main pulak dengan setan, Setan".

Qistina bersuara lagi dengan kata kata yang menyindir. Membuatkan mereka berdua tergelak.

"Kau lah setan".

Sambut Zura, membuatkan mereka berdua lebih tergelak besar.

"Ehhh sudahlah! Melayan kau, sampai esok pun tak habis habis".

Kata Qistina sambil mencapai kembali pembuka pintu kereta Zura dan terus keluar dari kereta. Qistina menutup pintu kereta Zura. Zura membuka pula cermin tingkap... Bila melihat Zura membuka pula cermin tingkap kereta, Qistina menongeng dan berpaut kepada cermin tingkap Zura.

"Cubalah malam ni beb".

Zura begitu beria ria, menyuruh Qistina meniduri mahluk itu. Qistina mengerutkan dahinya memandang Zura.

"Aku takutlah beb. Bagi aku betul betul bersedia, aku pasti akan buat. Aku memang nak pulang balik benda tu. Aku tak nak benda yang tidak berguna, berdamping dengan aku".

Balas Qistina. Menyeringai Zura, bila mendengar Qistina mengatakan yang perdamping minyak itu tidak berguna.

"Hummmm suka hati kau lah. Aku gerak dulu beb. Jumpa lagi nanti".

"Hati hati memandu tu Zu"

Qistina masuk kedalam pintu pagar rumahnya, sambil melambai tangan kepada Zura. Zura melabai lambayai itu dan berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience