perempuan sihir
part29
"Beb! kau jangan lupa pasal penjaga minyak itu beb? malam ni malam bulan penuh. Jangan tak buat pulak".
Zura menggingatkan Qistina tentang antara satu malam yang dia harus bersama dengan pedamping minyak yang diambilnya hampir sebulan yang lepas.
"Ya lah Zu, aku betul betul dah lupa pasal dia"
Balas Qistina ditalian talifonnya. Qistina betul betul lupa dengan mahluk minyak itu.
"Kau kata nak pulang balik, mahluk tu? Tapi, bomoh tu cakap hari tu, sebelum pulangkan benda tu, kau harus tunaikan janji kau dengan dia dulu"
"Aduhh Zu, aku takut lah Zu. Hummmmm".
Qistina mengeluh, bila mendengar kata kata Zura itu. Zura tergelak kecil bila Qistina mengatakan yang dia takut dengan mahluk itu.
"Aku nak bagi kau tip sikit, pasal nak kurangkan ketakutan kau tu. Kali pertama aku nak main dengan benda tu, aku sampai mengigil satu badan. Sebelum sebelum ni, bila main dengan manusia aku ok je".
Zura kembali ketawa didalam talian. Membuatkan Qistina juga terseyum sendiri. Mendengar lawak bodoh Zura.
"Aku tutup semua lampu dekat dalam bilik aku. Agar aku tidak nampak wajahnya. Ketakutan aku terus ok sikit".
Sambung Zura lagi. Membuatkan Qistina termenung. Talifon bimbitnya masih lagi setia melekat ditelinganya.
"Oiii Qisssss! kau dengar aku tak?"
"Ehhh dengar dengar beb".
Tersedar Qistina dari termenungnya. Bila Zura memekik ditalian.
"Ok lah Zu. Apa apa aku call kau balik. Aku nak masak ni! Jap lagi laki aku nak balik".
"Ok Qis bye"
"Bye Zu"
Masing masing memutuskan talian. Qistina baring disofa diruang tamu rumahnya. Sambil otaknya kembali ligat memikirkan, apa yang akan berlaku malam nanti. Ketakutan betul betul menyelubungi dirinya.
"Kalau main dengan orang, tak apalah jugak. Ni nak main dengan mahluk apa? aku pun tak tau."
Bisik Qistina didalam hati. Sambil menarik nafas dalam dalam. Menjelang malam, debaran didada Qistina semakin membuak buak. Apa yang mahu ditipunya kepada Khairul. Bila tidur berasingan nanti. Qistina masuk kedalam bilik bila selesai membawa Rosalinda masuk kedalam biliknya. Kelihatan Khairul sudah baring diatas katil.
"Abang, malam ni Qis temankan Linda tidur ya? Badan dia macam tak berapa sehat tu. Mungkin sebab selsema."
Kata Qistina kepada Khairul.
"Deman ke dia?"
Tanya Khairul, bila Qistina mengatakan anaknya tidak berapa sehat.
"Ehh tak adalah! Dia tak demam sayang. Cuma selsema aja. Saya risau dimeragam nanti. Kalau hidungnya tersumbat".
"Oklah kalau Qis nak temankan Linda. Tapi, kalau esok tak ok lagi. Nanti Qis bawak Linda ke klinik ya?. Abang risau kena jankitan apa apa."
"Baik abang".
Balas Qistina dan terus pergi semula kedalam bilik anaknya. Terasa lega hati Qistina bila berjaya menipu Khairul.
"Ibu nak tidur dengan Lin ke?"
Tanya Rosalinda, bila melihat ibunya masuk semula kedalam bilik.
"Ya sayang! Malam ni, ibu nak teman kamu tidur. Boleh ke?"
Balas Qistina dengan nada yang lembut dan terus duduk disebelah Rosalinda.
"Yehhh bestnya".
Kelihan Rosalinda betul betul gembira. Rosalinda memeluk ibunya dengan erat. Terseyum Qistina melihat gelagat anaknya.
"Dah! dah! Kamu tidur ya sayang. Ibu tepuk kamu".
Balas Qistina sambil menepuk nepuk peha Rosalinda... Qistina mula berfikir semula.
"Selepas ni, aku harus pastikan Khairul betul betul tidur, sebelum aku masuk kedalam bilik ruang tamu dan tidur sendirian".
Bisik Qistian didalam hati. Fikirannya betul betul tidak tenteram, selagi tidak menyudahkan pemintaan mahluk belaannya itu. Bila melihat Rosalinda sudah terlena. Qistina pelahan lahan bangun dari katil Rosalinda dan terus kebilik tidurnya semula. Qistina mahu memastikan Khairul juga sudah tidur. Dengan pelahan lahan Qistina memulas pintu biliknya dan melangkah masuk kedalam. Kelihatan Khairul sudah pun lena tidur. Mungkin kerana keletihan. Kahirul tidur lebih awal berbanding biasa. Qistina memandang jam didinding. Jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 11.15malam. Qistina keluar dari biliknya dan terus kebilik tetamu. Sebelum masuk kedalam bilik itu. Qistina sempat berlegar legar didepan pintu bilik. Hatinya betul betul didalam kerisauan dan bercampur dengan ketakutan. Qistina menarik nafas panjang dan terus masuk kedalam bilik itu... Bilik yang sebelum ini tidaklah menyeramkan.Kini mula timbul keseraman didalam diri Qistina. Qistina duduk diatas katil... Kerana kerisuan, bilik yang sudah dipasang kipas, tidak terasa anginnya. Malah terasa hangat bilik itu. Qistina mula terfikirkan kata kata Zura petang tadi. Kalau tak mahu lihat wajah mahluk itu, haruslah menutup seluruh lampu bilik. Qistina bangun dari katil dan mengambil terlebih dahulu, tiga biji telur ayam kampung yang dibalut dikain kuning. Qistina telah menyorokkan terlebih dahulu telur itu sebelum ini. Qistina meletakkan diatas katil dan Qistina pergi pula kepada pula ke suiz lamp dan menutup lampu utama dan juga lampu tidur. Bilik yang tadinya terang benderang, mula gelap. Nafas Qistina kembali laju, bila dia terpaksa membuka pakaiannya. Dia haruslah tidur dalam keadaan berbogel. Qistina melucutkan pakaian tidurnya berserta baju dalam dan seluar dalamnya. Qistina naik keatas katil dan terus baring.
"Aku sudah bersedia wahai Mahluk yang menjaga tubuh ku. Kemarilah wahai kamu. Datang kepada aku dan jamahlah tubuhku. Aku rela kamu tidur bersama aku malam ini. Untuk ucapan terima kasih, kerana telah memberikan aku keserian wajah. Yang membuatkan semua nama yang aku sebut. Datang tunduk sujut kepada ke. Aku sertakan juga tiga telur ayam kampung. Kemari kamu, datang kepada ku. Aku sudah bersedia".
Dalam ketakutan Qistina mula melafaskan kata kata itu. Qistina mahu semuanya lekas lekas berakhir. Kerana ketakutannya betul betul membuak buak didada. Sehinggakan seluruh tubuhnya mengigil... Qistina menantikan kehadiran mahluk itu, yang tidak juga kunjung tiba. Akhirnya Qistina terlelap dalam ketakutan dan masih setia berbogel didalam selumut.
Tersendar Qistina dari tidurnya, yang hanya dapat terlelap dalam setengah jam sahaja. Bila dia terasa selimutnya ditarik pelahan oleh seseorang. Tersentak hati Qistina. Mata Qistina membuntang, ketakutan. Badan kembali mengigil. Bila seluruh selimut yang menutup badanya, ditarik sehingga terjatuh kebawah katil. Kini Qistina terbaring diatas katil, tanpa memakai apa apa dibadanya. Dalam suasana yang gelap. Qistina tidak dapat melihat apa apa pun didepannya. Qistina masih setia berdebar debar, bila menantikan sentuhan dari mahluk yang masih belum berbuat apa apa terhadapnya... Qistina dapat merasakan kehadiran mahkuk itu. Tiba tiba hati Qistina tersentak, bila dapat melihat dua cahaya merah yang begitu bercahaya seperti mata, keluar dari penghunung katil. Seperti sedang menyorok dibawah kaki katil. Pelahan lahan cahaya itu mula keluar dan cahaya itu semakin tinggi diparas lima kaki lebih. Seperti sesuatu yang sedang berdiri tegak dibawah kakinya, dipeghujung katil. Qistina mula menjadi tidak menentu, bila melihat biji mata merah yang mula merenungnya tanpa berkelip. Kerana betul betul ketakutan. Qistina memejamkan matanya agar tidak dapat melihat cahaya mata mahkuk itu.
Share this novel