Perempuan Sihir
part15
"Bib! bib"
watsap Qistina berbunyi beberapa kali. Qistina yang leka menonton television berseorangan mencuri pandang talifon bimbitnya dan memandang pula kepada jam didinding diatas television. Sudah menunjukkan pukul 7.55 malam. Qistina memandang semula talifon bimbitnya dan terus mencapai. Tertera nama Zura di screen. Qistina dengan pantas menekan watsap Zura.
***Kau call aku kenapa?
Sorry aku sebuk sikit hari ni, ada photoshoot".
Tulis Zura. Qistina terus membalas watsap Zura.
***Tak ada apa beb. Tadi aku tengah bengang dengan laki aku. Sekarang aku dah ok. Malas aku nak fikir. Itu yang aku call kau tadi".
Send Qistina
***Hmmm ingatkan kenapalah... Khamis malam jummat ni jangan lupa pula. Nanti aku ambil kau. Tak adalah laki kau syak apa apa".
Balas Zura.
***Tak sabar aku nak tunggu hari Khamis beb. Tak boleh buat cepat sikit ke? aku betul betul tak sabar nak kena kan betina betina sial tu. Sakit pulak hati aku ni".
Qistina melepaskan watsap kepada Zura. Kerana tidak puas hati datang balik didalam dirinya. Qistina terus menghubungi Zura, kerana malas hendak menaip ayat yang panjang panjang.
"Ring! Ring! Ring!"
Terseyum Zura, bila Qistina menghubunginya. Dia tahu, Qistina pasti malas untuk menaip.
"Sorry beb, aku malas nak menaip panjang panjang. Aku rasa, aku call lagi puas bercakap dengan kau beb".
Kata Qistina dengan seyuman. Zura tergelak kecil bila mendengar ayat Qistian. Kerana dia sedari tadi dapat mengagaknya, yang Qistina pasti akan menghubunginya.
"Ya lah mak cik. Ada aja kau tu. Kau nak cakap apa sampai malas sangat nak menaip?"
"Zu aku nak bagi tau kau. Aku tak sabar nak jumpa bomoh tu. Aku betul betul nak buat betina sial yang ada dengan laki aku tu merana. Kalau dapat malam ni pun aku nak pergi beb".
"Sabar beb, benda macam ni kau tak bolehlah tergopoh gopoh. Mesti cool cool je. Tak bolehlah nak jergah je terus. Kalau dia cakap hari khamis, aku rasa kita patut datang hari khamis je beb. Mesti ada sebabnya. Kalau dia bagi tarikh dan hari tu. Dia bukan suka suka nak suruh kita datang terjah je".
"Hurmmm ok lah kalau kau dah cakap macam tu. Aku kena sabarlah buat masa dua tiga hari ni. Melayan kerenah laki aku yang sebuk kejar perempaun lain. Kau tau beb, sekarang ni aku duduk rumah sesorang je. Dia baik punya berdating dengan betina mana, aku pun tak tau beb. Dia cakap ada kerja dekat ofis. Tapi aku tau dia sebok layan betina. Sakit betul hati aku ni beb. Apa lah silap aku sampai dia boleh jadi macam tu? Aku betul betul sakit hati beb. Aku tunggu dia macam orang bodoh dekat rumah ni, dia boleh main gila belakang aku. Kalau dia tak suka dekat aku, kenapa dia nak kawin dengan aku? Mungkin ke dia kawin dengan aku, untuk menutup perbuatan jahat dia. Aku ni, hanya dijadikan penjaga rumah dan melayan kerenah dia semasa dirumah. Aku sekarang ni, mula rasa diri aku ni bodoh beb. Aku dah macam lembu yang kena cucuk hidung. Sepanjanng aku berkahwin dengan dia. Aku setia dengan dia Zu".
Menangis Qistina waktu meluahkan perasaannya kepada Zura. Teresak esak Qistian menahan kemarahan dan sebak didadanya.
"Apa silap aku Zu. Sampai aku dia buat seperti orang gaji. Aku telah bagi segala galanya untuk dia. Makan pakai dia, tak pernah aku abaikan. Rumah tak pernah kotor. Setiap sudut aku jaga rapi. Agar rumah aku dan dia tidak dicemari oleh kekotoran. Tapi sebaliknya dia yang memasukkan betina betin kotor kedalam rumah yang aku angap syurga buat aku Zu".
"Sudah lah tu Qis. Tak payahlah kau nak bazirkan air mata kau, buat lelaki yang tak tahu hargai kau. Kau harus tunggu beberapa hari sahaja lagi, cita cita kau untuk menghancurkan manusia manusia jahat yang berada disekeling kau. Pasti akan tercapai. Kau pasti akan dapat kepuasan. Tapi satu sahaja aku minta! Jangan pernah abaikan mahluk yang menjaga kau. Dia pasti akan ikut segala arahan kau. Kau pasti akan lebih berkuasa selepas ini".
Terasa lega Qistina, bila Zura memberikan kata kata semangat buat dirinya.
"Thaks Zura, kerana sudi dengar luahan hati aku ni. Kau sahaja lah sahabat aku yang sudi bersama aku, susah dan senang. Sudi menjadi pendengar masalah aku ni".
"Jangan cakap macam tu Qis. Kita dah berkawan sejak kecik lagi. Apa salahnya aku mendengar luahan kau. Buka susah pun, mendengar aja. Mana yang aku boleh bagi pendapat, aku bagi. Mana yang aku tak boleh bagi pendapat. AKu diam"
Balas Zura.
"Laki kau tak balik lagi ke? Dah setengah jam kita beborak ni?".
Tanya Zura lagi.
"Hiss kau ni! Tadi kan aku cakap, laki aku keluar dengan betina".
Balas Qistina.
"Ohh ya ya, aku lupa".
"Hiss kau ni Zu"
"Beb, ok lah beb. Aku nak mandi dulu ni. Kalau ada apa apa, kau call aja aku. Aku ada je dekat rumah".
"Ok Zu take care"
"Ok Qis, take care too"
Balas Qistina dan masing masing memutuska talian. Qistina kembali sambung baring diatas sofa. Mata Qistina tidak lagi memandang television, tetapi memandang ke shiling dan memerhatikan kipas yang berpusing ligat. Sambil meletakkan satu tanganya diatas dahi. Qistina mula mengenang kembali saat dia berjumpa Khairul. Perjumpaan yang tidak disengajakan. Khairul hampir terlangar Qistina, semasa Qistina melintas untuk keluar dari mall ke tempat parking kereta. Disaat itu lah, mereka bertukar nombor talifon dan sering berhubung dan akhirnya berkahwin. Atas desakan keluarga Qistina yang mahukan cucu. Walaupun diusia perekenalan mereka masih lagi baru.
"Kalau lah dulu aku tak terburu buru dan memereksa latar belakang Khairul dengan lebih terperinci, pasti perkara ini semua tidak terjadi. Apa guna ada harta yang banyak, kalau hati aku mula tak senang. Kerana harta benda jugalah laki aku disondol betina betina tak guna, yang gilakan duit, sampai sanggup menjual badan... Kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Tapi mereka bukan sahaja main tepuk tangan, tapi siap bergendang lagi. Aku pula menjadi penari bodoh yang hanya mengikut rentak mereka. Lepas ini kita tengok, siapa yang pukul gendang dan siapa pula yang menari. Kau tengok lah nanti. Sedikit detik sahaja lagi. Aku akan jadi lebih berkuasa".
Menyerungai Qistian, bila berbicara sendiri. Qistina bangun dari sofa dan terus menutup television, bila mata terasa kelat. Sempat Qistina menjeling kepada jam didinding. Sudah menunjukkan hampir 11 malam.
"Hiss dah dekat 11 pun masih belum balik lagi. Berdeting sakan dia ni. Kalau dulu kau balik lewat macam ni, aku betul betul bodoh, percaya yang kau masih lagi berkeja di ofis. Tapi sekarang, segala tembelang kau dah pecah... Haruman busuk kau, aku dah dapat hidu. Hadap lah betina betina sial tu puas puas, sebelum aku hancurkan hidup mereka nanti".
Qistina masuk kedalam bilik dan terus merebahkan dirinya diatas katil. Akhirnya Qistina terlelap.
Share this novel