Perempuan Sihir
part35
"Tidak ada sesiapa lagi didalam rumah itu tuan. Hanya saya dan mangsa sahaja. Saya yang bunuh dia tanpa sengaja".
Balas Era tegas. Pegawai itu menganggukkan kepalanya dan membenarkan pegawai yang lain, membawa Era kebalai untuk menjalankan siasatan. Era terpakasa berbohong. Diatas apa sebenarnya yang terjadi. Jika dia berkata benar sekali pun. Kesalahanya terletak kepada dirinya seorang sahaja. Kerana Kahirul tidak membantunya membunuh Ruhil. Dia sendiri yang memukul Ruhil... Mana bisa dia menceritakkan kepada pihak polis yang dia dan Khairul sedang melakukan hubungan seks, ketika Ruhil balik kerumah. Perkara seperti itu akan menjatuhkan lagi maruahnya.
..........................
"Awal bang balik?"
Tanya Qistina bila melihat Khairul membuka pintu rumah, ketika dia dan Roslinda menonton televison diruang tamu.
"Habis awal"
Balas Kahirul pendek. Kahirul terus naik ketingkat atas. Berkerut wajah Qistina, bila melihat perangai Kahirul begitu.
"Ada masalah dekat offis lah tu".
Lafas Qistina pelahan.
Kahirul terus masuk kedalam bilik dan mencapai tuala yang tersidai dia ampaian. Kahirul melangkah longlai dan terus masuk kedalam bilik air. Wajah disaat habis hayat Ruhil, masih terbayang bayang diwajah Khairul. Saat Ruhil mengeluput, membuatkan Khairul mengalirkan air matanya. Khairul membuka paip air dan Kahirul duduk dibawah pancutan air itu. pakaian kerja yang masih belum dibukannya habis basah semuanya. Air mata tidak henti henti mengalir kepipi Kahirul. Dalam sekelip mata, dua gadis hilang dari pandangan matanya. Setelah selesai membersihkan diri. Kahirul keluar dari bilik dan terus keruang tamu untuk duduk bersama isteri dan anaknya. Sampai sahaja diruang tamu. Kahirul terhidu bau asap colok yang begitu wangi.
"Awak bakar apa ni sayang".
Tanya Khairul.
"Wangikan"
Balas Qistina dengan senyuman. Khairul mengangukkan kepalanya.
"Tadi saya keluar jalan jalan dekat masjid india. Tercium pula asap yang wangi ni. Terus saya beli. Kenapa, abang tak suka ke bau dia?"
"Ok je! kalau Qis dah suka. Qis beli je, abang tak kesah pun".
Balas Khairul dengan senyuman. Terasa lega Qistina, bila Kahirul tidak mengsyaki apa apa. Kerana malam ini khamis malam jummat, dia harus mengasapkan rumahnya.
Malam itu juga, berita tentang kematian Ruhil, telah tersebar didalam whatsapp groups perkerja perkerja khairul. Semua kawan kawan mengucapkan rasa kesedihan masing masing terhadap kematian Ruhil. Ramai juga yang turut bersimpati terhadap Era. Khairul yang membaca komen komen tersebut, turut kembali sebak didadanya.
“Sayang! Ruhil dan meninggal dunia”.
Tersentak Qistina, bila mendengar berita itu dari khairul. Qistina memandang kepada Khairul, kelihatan mata Khairul sudah muka berkaca.
“Tak kan lah sakit itu boleh bawak mati bang?”
Khairul terdiam seketika dan memandang Qistina dengan wajah yang sedih.
“Bukan sebab sakit tu Qis”.
“Habis tu sebab apa?”
“Dia dibunuh”
Lebih tersentak jantung Qistina. Bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Khairul.
“Siapa bunuh dia yunk?”
“Ruhil dengan kawan satu rumahnya bergaduh. Kawan dia tak sengaja! Terpukul dia sampai mati. Satu ofis dah kecoh dalam group ni”.
“Kesiannya dia bang”
Wajah Qistina mula bertukar sedih. Tiba Qistina teringatkan gadis kedua yang bersama Khairul.
“Boleh Qis tengok muka kawan serumah Ruhil tu? Qis kenal dia ke?”
“Abang rasa Qis tak kenal dia”
Khairul membuka wall watsap Era dan membuka profile picture Era. Khairul menunjukkan gambar Era kepada Qistina.
“Ni muka dia”.
Lebih memeranjatkan Qistina, bila wajah itu ditunjukkan kepadanya. Qistina merenung Khairul dengan renungan yang tajam. Kerana gambar perempuan yang sama yang Qistina telah menghantar jin peliharaannya membuat perhitungan.
“ Ini mesti kau ada bersama dia tadi?”.
Bisik Qistina. Sambil merenung Khairul.
“Dia ke kawan serumah Ru bang?”
“Ahaaa dia lah kawan serumah Ruhil”
“Sebab apa agaknya dia bergaduh ye bang?”
“Tak tau lah Qis! Kawan kawan satu ofis cakap, mereka berebutkan boyfriend. Tak taulah jorang tu”.
Khairul yang tahu, apa yang terjadi terhadap mereka berdua. Terus berpura pura tidak mengetahui cerita yang sebenar. Manakala Qistina dapat menghidu, penipuan khairul. Qistina tahu, mereka berdua berebutkan Khairul.
"Aku tau mereka berebutkan kau, sampai jadi pembunuhan. Cukup cukup lah berlakon tu Khai. Aku naik menyampah dengan lakonan kau tau".
Bisik Qistina didalam hati sambil memandang sinis kepada Khairul yang leka melihat talifon bimbitnya.
Lebih kurang sebulan pebicaraan Era... Era dijatuhkan hukuman penjara 20tahun. Kerana Era tidak ada niat untuk membunuh Ruhil. Pembunuhan itu tidak disengajakan. Sepanjang masa pebicaraan itu jugalah Khairul jarang keluar rumah. Kahirul hanya pergi kepejabat dan terus pulang kerumah. Khairul betul betul bimbang, Era akan menyebut namanya… Bila pebicaraan itu selesai, Kahirul menarik nafas lega Kerana namanya tidak disebut oleh Era.
“Sayang! Malam ni abang balik lambat sikit ya. Abang ada kerja dekat ofis”.
Qistina merenung Khairul, sudah lebih sebulan Khairul tidak keluar malam. Tetapi hari ini dia mahu balik lewat. Qistina tahu agenda Khairul. Dia telah selamat dari kes kematian Ruhil. Sekarang dia mula bebas semula untuk bersama sesiapa sahaja yang dia mahukan.
“Ok lah kalau dah banyak kerja”.
Balas Qistina dengan wajah senyuman disebalik kemarahan.
……………………………
“Lama tak nampak bro”
Tanya Zul kepada Khairul sambil berlaga penumbuk. Begitu juga kepada Farok.
“Ada je bro, cuma jarang aktif”
Balas Khairul sambil menyeringai. Sambil mata Khairul mencari cari Aza.
“Kau cari Aza ya? Tadi aku ada nampak dia dengan Tasya. Pergi tandas agaknya”
Balas Farok. Dari jauh kelihatan susuk tubuh Aza datang kepada Khairul. Khairul menyeringai bila melihat Aza yang begitu seksi sekali malam ini. Baju singlet yang terbuka luas didada. Membuatkan lagi Kegahirahan Khairul. Sudah lebih sebulan dia tidak nakal terhadap perempuan lain selain dari isterinya. Aza terseyum gedik manja bila melihat Khairul ada disitu. Aza datang kepada Khairul dan terus duduk dipangkuan Khairul.
“I miss you so much sayang”
Aza lantas memberikan ciuman dipipi Khairul.
“I miss you too sayang. Sorry tak dapat jumpa u. i betul betul sebok dengan projek baru i”.
“Usahawan biasalah”.
Sampuk Zul sambil tersegeh sengeh melihat Aza yang setia diatas pangkuan Khairul. Khairul hanya terseyum bila Zul kata begitu.
“Sayang! Nanti u temankan i shopping ahad ni. I nak suruh u belanja i. I nak beli baju, seluar, handbag”
Kata Aza kepada Khairul.
“Untuk u sayang! Apa pun boleh. Lepas i belanja u, u pulak belanja i”.
Balas Khairul dengan nada yang agak berbisik. Membuatkan Aza semakin mengedik. Dan mengoyang goyangkan punggungnya diatas peha Khairul. Khairul terseyum menyeringai dan memeluk Aza dengan lebih erat lagi.
“Setakat nak belanja u dengan body i je i mampu. I bukan kaya macam u”.
Balas Aza kembali.
“Itu pun dah cukup sayang. U puas i pun puas”.
Bisik Khirul ditelinga Aza. Membuatkan Aza terseyum begitu bahagia.
……………………………….
“Aku dapat rasakan dia ada perempuan lain, selain Ruhil dan Era. Aku tak tahu siap dia dan berapa ramai lagi betina simpanan dia?. Tapi aku akan pastikan aku dapat bersua jugak dengan mereka satu hari nanti”.
Bisik Qistina didalam hati. Sambil duduk keseorangan diruang tamu ditingkat atas. Manakala Rosalinda, sudah lena dibuai mimip didalam biliknya. Qistina memandang jam didinding, sudah menunjukkan hampir pukul 1pagi. Qistina mengetap giginya menahan marah.
“Berapa ramai lagi betina yang aku harus sakitkan, Khai! Aku pun tak tahu?. Kenapalah aku kena hadapi semua ini. Kenapalah kau tak jujur dalam hubungan kita ini Khai? Berapa ramai lagi mangsa kau aku kena hadap? Hummmmmmmm”.
Lafas Qistina dengan mengeluh, sambil mengosok gosok mukanya yang mula mengantuk. Qistina bangun dari sofa dan terus masuk kedalam bilik.
Share this novel