Perempuan Sihir
part41
"Aku gila atau kau yang gila Farok?. Aku yang sebenarnya, tak nak sihir kau. Hajat aku, hanya nak mempergunakan kau. Tapi, bila tengok perangai jijik kau. Aku mula ada perasaan benci. Kau bukanlah orang yang baik Farok. Kau cuba merogol aku, isteri kawan baik kau sendiri. Kau yang buat aku jadi gila yang sebenarnya. Terimalah balasan kau, atas apa yang telah kau buat selama ni".
Kata kata Qistina betul betul membuat Farok tak senang duduk mahu pun berdiri. Ketakutan mula menyelubungi dirinya.
"Tok! tok! tok! Farok! Farok, cepat buka pintu ni”
Teriak juru gambar dari luar pintu bilik. Farok membuka pintu bilik, bila diketuk kuat oleh Juru gambarnya.
“Kenapa ni Fendi?”
Tanya Farok, bila melihat Fendi begitu cemas.
“Aza muntah darah!”
Fendi berlari semula ke runag mengambil gambar. Manakala Farok merenung Qistina.
“Balasan orang yang sakitkan aku”
Qistina menyeringai, memandang Farok. Farok berkerut dahinya dan bergegas ke runag Photo shoot. Untuk melihat Aza. Qistina mengikut Farok dari belakang. Qistina mahu menyaksikan sendiri kuasanya menewasakan Aza.
“Kenapa ni u?”
Tanya Farok bila sahaja Farok sampai kepada Aza.
“I tak tau Far! Tiba tiba telak i sakit sangat, seperti dicucuk cucuk. Bila i batuk, terus keluar darah”
Farok merenung kepada Qistina yang baru sampai keruang photo shoot. Qistina terseyum bahagia.
“Call ambulance”
Arah Farok.
“Tak payah ambulance Far, i boleh bawak Aza”.
Sampuk Nana yang mahu membawa sendiri kawannya. Sambil menjeling kepada Farok. Nana yang merupakan teman wanita Farok. Tahu yang Farok dan Qistina sedang berasmara didalam bilik persalinan, sebentar tadi. Farok hanya menganggukkan kepalanya sahaja dan membantu Nana, untuk membawa Aza kedalam kereta.
“Padan muka kau”.
Lafas Qistina pelahan, tetapi dapat didengar oleh Zura.
“Aku tau kerja kau beb”
Zura dan Qistina berpandangan dan mereka berdua terseyum. Farok dan Fendi datang semula keruang photo shoot.
“Sorry kita tak dapat teruskan. Nanti i akan bagi tau uolls tarikh yang akan datang.”
“Ok”
Balas Qistina sambil setia seyuman terukir dibibirnya. Membuatkan Farok berkerut wajahnya. Qistina mengelip sebelah matanya bila melihat Farok yang dalam keadaan tidak menentu. Farok tidak memperdulikan Qistina. Farok berjalan dan terus duduk diatas kerusi sofa diruang photo shoot.
"Jom balik beb. Aku dah puas tengok sandiwara dekat sini".
Zura tersenyum memandang Qistina, sambil bangun dari kerusinya.
"Fendi tolong aku Fendi".
Fendi yang sedang sebok, mengemas set photo shootnya, bergegas kepada Farok yang tertunduk menahan sakit. Fendi berlutut dihadapan Farok. Manakala Zura, Qistina dan teman Zura hanya membatu di tempat masing masing.
"Kenapa ni bro?".
"Aku sakit perutlah Di".
"Aku rasa korang ni salah makanlah Far. Tadi Aza, ni kau pulak".
Dalam tunduk menahan kesakitan, Farok mendongak sedikit memandang kepada Qistina yang juga memandangnya.
"Maaf"
Farok melafakan maaf hanya dengan gerak bibir sahaja, kepada Qistina. Qistina membalas dengan jelingan.
"Jom balik"
Qistina bangun dari kerusinya dan melangkah keluar dari studio diikuti oleh Zura dan kawan Zura. Mereka meninggalkan Farok yang kesakitan bersama dengan Fendi. Farok memejamkan mata, bila Qistina melangkah pergi dan tertunduk kembali. Sambil memegang perutnya yang mencucuk cucuk, kesakitan.
"Dah jom aku bawak kau keklinik"
"Tak payah bro. Tolong hantar aku balik je"
Farok dipapah oleh Fendi untuk dihantar pulang kerumahnya.
.....…........…..............
"Macam mana dengan photo shoot tadi Qis. Ok ke?"
"Ok, Tapi tadi Qis jatuh! masa photo shoot tu"
Balas Qistina dengan nada manjanya kepada Khirul. Qistina menujukkan lututnya yang luka kepada Khirul.
"Alooo siannya dia. Kan abang dah cakap, Qis tak biasa buat modeling. Mereka tu dah biasa pakai kasut tumit tinggi. Tengok kan dah jatuh".
Qistina hanya terseyum memandang Khirul yang duduk disebelahnya, dihadapan television.
"Farok tak buat apa apa ke, bila Qis jatuh?"
"Farok suruh Qis rehat dalam bilik persalinan. Lepas tu Far datang, Far tengok lutut Qis. Far tolong bersihkan lutut Qis dengan sapu krim luka".
Bohong Qistina.
"Far pegang Qis ke?"
"Far pegang Qis, sebab nak sapu ubat. Far kata Qis cantik. Boleh jadi model dia yang akan datang".
Berkerut wajah Kairul, bila Qistina kata begitu.
"Tempat lain dia tak pegangkan?"
"Hisss abang ni!".
Qistina pula berkerut wajah.
"Abang tanya je! Farok tu bukan boleh percaya sangat".
Terang Khirul, sambil tersengih macam kerang busuk, memandang Qistina.
"Anak kita dah tidur ke Qis?"
"Sudah! Penat sangat main petang tadi agaknya, dengan anak jiran sebelah. Sampai tidur awal".
Bila mendengar sahaja Rosalinda sudah tidur. Tangan Khirul mula menjankau kedalam baju Qistina. Khirul meraba raba buah dada Qistina dengan belaian lembut, jari jemari Khirul.
"Bukak baju sayang"
Bisik Khairul di telinga Qistina. Qistina terseyum manja dan membuka baju tshirtnya melepasi kepala.
"Sayang! Kenapa ni?"
Tunjuk Khairul, bila ternampak lebam diatas perut Qistina. Qistina yang sudah lupa dengan lebam ditumbuk Farok pagi tadi. Mula mencari helah.
"Kan Qis cakap, Qis jatuh tadi".
"Sayang! Takkan lah sampai lebam macam ni. Macam kena tumbuk je?".
Qistina terdiam seketika.
"Masa Qis jatuh, perut Qis terkena kerusi. Sebab tulah lebam".
Qistina mula menipu Khairul
"Qis jangan tipu abang. Cakap betul betul sayang. Abang tak marah Qis".
Khairul memujuk Qistina, agar berkata perkara yang sebenar. Kerana lebam itu betul betul menggangu mata Khairul. Khairul dapat merasakan sesuatu yang tidak baik terjadi kepada isterinya. Kahirul cukup kenal dengan Farok. Apa yang mampu Farok buat, bila mahukan sesuatu.
"Betul sayang! Qis jatuh".
"Farok tengok tak lebam dekat perut Qis?"
Qistina terdiam kembali. Bila Khairul bertanya lagi soalan kepadanya. Qistina tidak mengiakan dan tidak menidakkan... Khairul betul betul marah dengan apa yang terjadi kepada Qistina. Khairul bangun dari tempat duduknya. Untuk menghubungi Farok. Qistina juga bangun dari sofa dan mengikut Khairul mengambil talifon bimbitnya.
"Sayang, Qis ok lah".
Kahirul tidak mempedulikan Qistina dan terus menekan nombor talifon Farok. Terseyum Qistina, bila Khairul menghubungi Farok. Memang itu yang Qistina mahukan. Qistina mahu mereka berdua bergaduh dan putus hubungan kawan...
"Far, aku nak tanya kau ni! Kenapa dengan perut bini aku?. Boleh sampai lebam macam tu, apa yang terjadi?"
Tanya Khairul, bila sahaja Farok menjawap pangilannya. Terdiam Farok, tidak berkata apa apa.
"Dia kata dia jatuh dekat tempat kau. Tapi aku tak percaya. Kau ada buat apa apa dekat dia ke?"
Tanya Kharul lagi.
"Khai! Aku sakit Khai".
Berkerut wajah Kahirul, bila Farok tidak menjawap pertanyaannya, malah dia mengatakan yang dia sedang sakit.
"Kau jangan nak berpura pura dengan aku Far! Kau nak berselindung dengan perbuatan kau. Kau menipu aku pulak! Kau tak payahlah nak menipu yang kau sakit".
"Aku betul betul sakit Khai. Tolong aku Khai. Bagi tau Qis, aku minta maaf. Tolong tarik balik santai dia Khai. Tolong aku Khai, aku sakit sangat ni".
"Oiiii kau cakap apa ni? Kau jangan nak melapau pulak! Tuduh bini aku santau kau. Bina aku orang yang paling balik aku pernah kenal".
Berderau darah Qistina, bila Farok mengatakkan tentang santau yang dihantarnya kepada Khairul.
"Aku tak tipu kau Khai. Bini kau tu perempuan sihir. Dia dah santau aku Khai. Perut aku sejak tengahari tadi sakit macam nak meletop. Suruh dia tarik balik Khai! Aku merayu sangat. Aku sakit Khai. Tolong aku Khai, aduhhhh sakit Khaiiii".
Farok merintih dan merayu kepada Khairul.
"Kau tak payah nak tuduh bini aku sampai macam tu sekali ya Far. Mulut kau tu jaga sikit. Kau tak dapat bini aku, kau tuduh dia santau kau pulak. Tak guna punya kawan".
Kahirul memutuskan talian. Bila Khairul begitu betul marah dengan kata kata dari Farok. Yang menuduh Qistina, menyihir dirinya. Khairul menarik nafas panjang dan memandang kepada Qistina.
"Boleh abang tau, apa yang sebenarnya terjadi dekat sana?"
Tanya Khairul dengan nada yang paling lembut. Qistina mula menangis.
"Dia apa apa kan Qis ke?".
Air mata palsu Qistina mencurah curah turun kepipi.
"Pandang abang sayang".
Kahirul memegang dagu Qistina dan mengangkat muka Qistina agar bertentangan dengan wajahnya.
"Cuba cerita dekat abang. Kenapa boleh lebam, perut Qis tu?"
Qistina memandang ke mata Kahirul dengan renungan yang begitu sedih.
"Farok tumbuk Qis".
Naik darah Kahirul, bila Qistina kata begitu. Khairul cuba untuk keluar dari rumah dan mahu bersua muka dengan Farok, tetapi ditahan Qistina. Kahirul terhenti dari melangkah, bila Qistina memeluk belakangnya. Khairul berpusing memandang Qistina.
"Kenapa dia tumbuk Qis sayang? Qis cerita dekat abang sayang. Apa dia buat dekat Qis lagi".
Qistina merenung kepada Khairul semula.
"Dia cuba rogol Qis abang"
Qistina memeluk Kahirul sekuat hatinya. Naik turun nafas Kahirul, menahan kemarahan. Kahirul mengengam penumbuknya, sambil megetap gigi. Khairul memeluk Qistina juga, bila Qistina setia menangis.
"Dia dapat, buat apa apa dekat Qis ke?"
Qistina mengelengkan kepalanya sahaja. Khairul memeluk Qistina kembali. Terasa sebak diri Khairul, bila melihat Qistina menangis.
"Dia tumbuk Qis, bila Qis cuba melawan dia. Lepas tu dia koyakkan baju Qis, dia cuba cium badan Qis. Bila Qis melawan dia tumbuk lagi perut Qis. Nasib Zura datang selamatkan Qis. Zura terus bawa Qis balik".
Khairul menarik panjang dan sedikit terasa lega. Bila Qistina mengatakan Farok tidak sempat berbuat apa apa kepadanya. Khairul membawa Qistina duduk kembali disofa.
"Dah jangan nangis sayang. Lepas ni jangan jumpa dia lagi".
Kahirul memujuk Qistina. Qistina berhenti menangis dan setia memeluk Kahirul diatas sofa. Terseyum gembira Qistina.
Share this novel