Penjaga buat Rosalinda

Horror & Thriller Completed 79533

Perempuan sihir
Part25

"Ini mesti ada yang ditakutkan?"

Kata Kahirul sambil memandang anaknya. Qistina setia berkerut dahi. Sambil matanya juga memandang kepada anaknya. Kali ini dada Qistina sedikit berdebar. Risau anaknya digangu oleh sesuatu.

"Sayang nampak apa sayang? Meh cerita dekat Papa?"

Tanya Khairul lagi kepada anaknya. Rosalinda memandang ibu dan Papanya.

"Lin takut".

Balas Rosalinda, dengan nada yang agak berbisik.

"Lin takut apa sayang?"

Tanya Qistina pula.

"Lin takut nenek buruk, dekat dalam bilik Lin. Nenek pandang Lin je. Lin takut papa".

Tercengang Khairul dan Qistina, bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Rosalinda.

"Dia mimpi ni?"

Kata Khairul, sambil sedikit terseyum, memandang Qistina.

"Tak ada apa apalah Lin... Anak Papa ni mimpi buruk aja. Dah tu jangan fikir yang bukan bukan lagi. Kamu tidur sini dengan papa dengan ibu".

Sambung Khiarul lagi. Sambil kembali memeluk Rosalinda. Manakala Qistina pula tidak senang, bila Rosalinda kata begitu. Qistina baring semula, sambil otaknya mula ligat berhubung.

"Jin belaan aku ke yang kacau anak aku? tapi jin jin aku menjaga bukan mengacau? Bila masa pula aku bela jin berupa nenek tua. Jangan jangan itu saka betina simpanan Khairul agaknya. Dia nak kacau aku, tapi tak boleh. Dia tuju pula dekat anak aku. Dasar perempuan sial".

Bisik Qistina didalam hati. Qistina memejam matanya dan mengetap giginya menahan kemarahan yang amat sangat...

"Papa pergi work dulu ya sayang? Jaga ibu elok elok ya"

Kata Khairul kepada anaknya, sambil memandang Qistina. Rosalinda terseyum sambil mencium dan memeluk erat Khairul. Manakala Qistina yang berdiri disitu, tersipu sipu malu. Qistina menyambut tangan Khairul. Bila sahaja Khairul menghulurkan tangannya. Qistina mengucup tangan Khairul dan Khairul menarik lembut leher Qistina dan mengucup dahi Qistina.

"Kalau abang balik lambat, nanti abang call Qis ya. Kalau abang tak call, bermakna abang balik macam biasa. Nanti kita keluar makan sama sama. Kalau abang tak banyak kerja".

Qistina menganggukkan kepala tanda faham dengan senyuman terukir dibibir... Melihat sahaja kereta Khairul hilang dari pandangan matanya. Qistina membawa Rosalinda masuk kedalam dan membukakannya televison saluran kartun.

"Sayang tengok kartun ini ya sayang. Ibu nak call kawan ibu sekejap".

"Ok ibu"

Balas Rosalinda sambil matanya memandang kepada television. Qistina mencapai talifon bimbitnya dan terus menghubungi tok bomoh. Untuk bertanyakan tentang mahluk yang menganggu tidur anak kesayangannya itu. Bila pangilannya dijawap.

"Hello tok, Ni saya Qis kawan Zura!"

"Ya! ya! aku tau. Kenapa kamu call aku?".

Tanya bomoh itu kepada Qistina.

"Tok, saya nak tanya".

Qistina menceritakan apa yang telah terjadi kepada anaknya malam tadi.

"Hummmm aku tahu. Kekasih suami kamu pasti tidak puas hati. Bila dia cuba bersama suami kamu. Ada benda yang menghalangnya. Oleh kerana dia ada saka keturunannya, dia dapat juga bersama suami kamu. Sepertinya dia hanya mahu menganggu sahaja. Dia tidak dapat berbuat apa apa. kerana sakanya hanya untuk menganggu, bukan untuk memusnahkan seperti yang kamu telah miliki dari aku".

"Saya tak sukalah tok. Saya tak mahu anak saya hidup dalam ketakutan".

"Itu senang sahaja. Kamu bagi satu jin peliharaan kamu, kepada anak kamu".

"Tapi macam mana caranya tok. Takkan nak bagi anak saya nampak jin belaan saya pula. Saya tam mahu macam tu tok?"

Tanya Qistina kepada bomoh tersebut. Tergelak kecil bomoh itu, bila Qistina mula meninggikan suara terhadapnya.

"Banyak cara kau boleh buat. Harus mengunakan akan dan fikiran sahaja".

Balas bomoh itu. Sepertinya menyindir Qistina yang tidak mahu mengunakan akal fikiranya. Qistina terdiam bila bomoh itu menyindirnya. Fikiranya betul betul kekosongan. Tidak dapat berfikir dengan betul. Hanya kerana anak kesayangannya ternampak nenek tua itu.

"Boleh bagi saya contoh contoh yang boleh saya buat tok. Fikiran saya betul betul buntu sekarang ni. Saya hanya mahukan anak saya hidup tanpa gangguan?"

"Sangat senang Qis! Kamu boleh meletakkan jin itu di batu permata atau apa sahaja batu yang boleh dijadikan perhiasan. Batu itu harus dijadikan cincin atau loket selepas kamu asapkan dan berikan setitis darah kamu kepada batu itu. Lagi senang kamu beli cincin atau loket yang sudah bertatahkan batu dan kamu lakukan permujaan. Agar jin itu dapat menjaga pemilik barang tersebut. Selepas itu, kamu tidak harus bimbang lagi. Segala niat jahat mata mata orang, tidak lagi dapat menebusi anak kamu. Anak kamu akan dijaga sampai bila bila".

Terang bomoh itu dengan lebih terperinci. Terasa lega Qistina, bila bomoh itu kata begitu. Tadinya fikirannya tidak dapat berfikir dengan tenang kini mula berhubung semula.

"Terima kasih tok. Saya dah faham dah. Terima kasih ajar saya, apa yang perlu saya buat. Terima kasih sangat".

Ucapan terima kasih tidak putus putus dari dibibir Qistina, kepada bomoh tersebut. Bomoh itu telah memberikan banyak ilmu, yang baginya sangat berguna buat dirinya. Sikit demi sedikit Qistina mula faham tentang ilmu pembomohan. Semuanya harus dilakukan sendiri setelah memiliki mahluk jin nya sendiri. Buat sahaja apa yang dirinya mahu. Asalkan mengunakan akalnya sendiri, bagai mana mahu melaksanankannya.

"Ingat Qis! Jangan pernah lupa beri dia makan makanan yang aku pernah katakan dulu. Dia sudah laksanakan tugas. Ganjaranya jangan pula kamu buat buat lupa. Kalau dilupa juga. Kelak akan memakan diri sendiri... Berbalik kepada saka gadis simpanan suami kamu tu pula. Kamu harus asapkan rumah setia khamis malam jummat. Mengunakan asap colok... Untuk tidak membuatkan suami kamu syak apa apa apa! Kamu boleh gunakan colok yang berbau wangi. Saka dia atau saka sesiapa pun itu tidak akan dapat menganggu kamu".

"Baik tok, terima kasih lagi sekali tok. Kalau ada apa apa yang saya tak tahu, saya akan hubungi tok lagi ya?"

"Ok boleh"

Qistina memutuskan taliannya dan duduk dianak tangga, sambil memandang kepada Rosalinda yang begitu leka menonton televison. Qistina memandang rantai emas dileher Rosalinda.

"Baik aku tukarkan loket Rosalinda".

Bisik Qistina. Qistina berdiri dan terus naik ketingkat atas. Masuk sahaja kedalam bilik. Qistina terus membuka kotak barang kemasnya dan mengambil loket emas yang berikat batu jed berwarna hijau, pemberian ibunya semasa zaman remajanya dulu. Terseyum Qistina melihat loket itu. Qistina turun ketingkat bawah dan memandang kembali kepada Rosalinda.

"Ibu pergi tandas ya. Linda duduk aja depan tv. tengok kartun tu ya?"

"Baik ibu".

Balas Rosalinda ringkas. Sambil mata setia memandang televison dan memeluk anak patungnya... Qistina meluru kepada bilik didapur dan mengeluarkan barang barang pemujaannya, yang tersorok didalam laci disalah satu almari didapur. Qistina memulakan pemujaannya terhadap loket itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience