Perempuan Sihir
part48
Khairul dimasukkan ke ward, bila Khairul mula sedar dari pengsannya. Batuknya yang bercampur darah tak henti henti keluar. Setiap kali Kahirul batuk, Pasti telapak tangannya penuh degan ketulan darah. Kahirul mencapai talifon bimbitnya bila sudah dua hari dihospital, tetapi Qistina tidak datang melawatnya.
"Nombor yang anda dail, berada diluar kawasaan perhidmatan".
Itu sahaja yang dapat didengar oleh Kahirul, bila mendail nombor talifon bimbit Qistina.
"Mana pergi Qis dengan anak aku ni?"
Bisik Khairul sendiri dan kembali baring diatas katil. Bila badan terasa lemah kembali.
....................
"Kahirul mana Qis?"
Tanya ibu Qistina bila melihat Kahirul tidak ada dirumah.
"Dia macam biasalah bu. Ada aja kerjanya".
"Bukan dia selalu balik awak ke Qis?"
"Hari ni dia nak jumpa kastmer. Jadi dia balik lewat sikit bu".
Balas Qistina, yang cuba berselindung.
"Tak pelah, ibu singgah nak hantar Linda balik aja... Ibu dengan ayah nak pergi rumah Abang Long terus. Nak hantar buah durian. Kau jangan pulak tak makan buah durian tu. Penat kami kutip dekat dusun Pak su kamu".
"Mana boleh buang! Ni kan kegemaran Qis. Mesti habis punya".
Balas Qistina, sambil terseyum. Qistina bersalam dan mencium pipi Ibunya kiri dan kanan. Qistina datang pula kebapanya dan membuat perkara yang sama. Qistina mencium Kiri dan kanan pipi Ayahnya. Berkerut wajah ibunya, bila Qistina buat begitu. Qistina kembali kepada ibunya dan memeluk seerat eratnya.
"Kamu ni kenapa Qis?"
"Alahhh nak cium dengan peluk pun dah tak boleh ke?"
Kata Qistina dengan nada yang manja. Ibu Qistina terseyum melihat perangai manja Qistina yang tak berubah rubah sampailah ketua.
"Ibu balik dulu ya Qis"
"Baik ibu".
Balas Qistina
"Kirim salam Kahirul".
Sampuk ayahnya pula.
"Baik ayah! Hati hati memandu tu?"
Bapa Qistina hanya terseyum dan memulakan pemanduannya, untuk beredar dari pekarangan rumah Qistina. Mereka berdua pula, masuk kedalam rumah, bila sahaja kereta bapanya berlalu.
"Best ke pergi jalan jalan dengan Maktok?"
Tanya Qistina, bila sahaja Rosalinda dan dia duduk diruang television.
"Best cangat ibu. Nanti Lin nak pegi lagi".
Terseyum Qistina memandang anak kesayangannya. Menjelang malam, seperti biasa Qistina menidurkan dahulu Rosalinda didalam biliknya. Bila Rosalinda telah tidur, Qistina duduk diatas sofa diruang atas untuk menonton television, kerana matanya belum lagi hendak tidur. Tiba tiba Qistina teringat sesuatu.
"Ehh malam ni Khamis malam jumaat. Ye lah aku lupa nak asapkan rumah".
Qistina turun ketingkat bawah dan terus megambil kunci bilik didalam almari didapur dan membuka pintu bilik itu. Qistina mengambil bebetapa batang colok didalam kotak, lalu terus duduk bersila diatas tikar dan mula membaca sesuatu sebelum rumahnya diasapkan...
"Qis buat apa ni?"
Terperanjat Qistina bila melihat Kahirul berada didepan pintu bilik didapur. Jantung Qistina berdegup laju. Kahirul pula membuka pintu bilik itu seluas luasnya. Kerana sedari tadi, Qistina tidak menutup pintu bilik itu. Setelah dia masuk kedalam. Dia hanya membiarkan pintu bilik itu terbuka separuh. Kerana Qistina pasti, tidak ada orang lain selain dirinya dan Roslainda sahaja.
"Abang! Bila abang balik?".
Itu sahaja yang dapat Qistina lafaskan. Khairul melihat segala barang barang pemujaan Qistina ada tersedia didalam bilik itu. Kahirul betul betul terkejut dengan apa yang dilihatnya didepan mata.
"Abang tak sangka, Qis perempuan seperti ini".
Kahirul berjalan laju meninggalkan Qistina dan terus keruang tamu. Qistina bangun dari bersilanya dan terus bergegas mengikut Kahirul keruang depan...
"Betullah apa yang Farok bagi tau abang hari tu, masa dia tengah sakit. Tapi abang tak hiraukan kata kata dia. Rupanya memang betul kata Farok. Kau perempuan sihir!"
Khairul menjerit sambil menundingkan jari kepada Qstina.
"Ya! Aku memang perempuan sihir"
Qistina menjerit kembali kepada Kahirul. Qistina membeliakkan biji matanya. Khairul mula takut, bila melihat wajah Qistina yang bertukar bengis. Kahirul berundur sikit demi sedikit kebelakang. Bila Qistina mula mahu menghampirinya.
"Ya! Aku memang perempuan penyihir! Kau jijik dengan aku ya? Tapi kau harus tahu. Kenapa aku boleh jadi begini. Semua ini bukan kehendak diri aku. Kau yang memaksa aku untuk berubah menjadi perempuan SIHIR. Sekali aku melangkah! Mengundir tak akan sesekali kali. Itu janji aku pada Jin pengamal ilmu sihir aku Hahahaaaa hahahahaaaaa".
Menyeringai Qistina memandang suaminya Khairul yang tadinya berdiri, terus terduduk ketakutan diceruk penjuru ditepi almari television.
"Tolong Qis! Banyak banyak mengucap Qis. Tolong ingat tuhan Qis. Abang sayang Qis".
Berkerut dahi Qistina bila Kahirul menyuruhnya mengucap.
"Napa icing ni ibu, Lin nak idor?"
Rosalinda berdiri dianak tangga dan bertanya dengan nada pelatnya. Khairul berlari kepada Rosalinda, bila melihat Rosalinda berdiri dianak tanggan. Khairul lantas memeluk erat Rosalinda. Qistina juga mahu turut menghampiri Rosalinda.
"Awak jangan rapat dengan kami".
Marah Khairul, bila sahaja Qistina cuba menghampiri mereka. Terhenti langkah Qistina dari menghampiri anaknya ditangga.
"Awak tak layak buat dia. Awak manusia yang menduakan tuhan. Saya tak nak Rosalinda mendekati Ibu seperti awak. Saya tak mahu dia mendengar hasutan awak".
"Sungguh hina kau memandang aku Khai. Dia mata kau aku perempuan sihir yang jijik. Tapi aku tak pernah menghasut apa apa kepada Linda. Aku tak pernah ajar dia membenci kau. Kerana aku tak mahu putuskan hubungan kau dengan Linda. Walaupun bagi aku, bapaknya seorang yang tak berguna".
"Tutup mulutkan Qis. Kau tak layak kata aku macam tu. Kau telah menduakan agama kau dengan memuja syaitan. Kau tak layak buat anak kita. Kau boleh pergi! Aku tak nak tengok muka kau dekat sini lagi!".
Tersetak dada Qistina bila kahirul kata begitu. Qistina memandang Rosalinda yang mula menangis mahukan pelukan darinya. Tetapi dilarang keras oleh Khairul. Khairul memeluk Rosalinda seerat eratnya, membuatkan Rosalinda meronta ronta untuk dilepaskan.
"Lin nak ibu Papa. Lin nak ibu".
Rosalinda hanya mampu mengembangkan depa tangannya sahaja kepada Qistina. Kerana badanya dipeluk kuat oleh Kahirul. Air mata Qistina mula jatuh kepipi, bila melihat anak kesayangannya merayu rayu, minta Qistina memeluk dirinya.
"Nak ibu! Nak ibuuuuu".
"Jangan".
Sergah Khairul memarahi Rosalinda. Teresak esak Rosalina menangis didalam dakapan Khairul.
"Tolong bagi dia peluk aku Khai. Kesihan dekat dia Khai".
"Aku tak nak dia peluk seorang ibu yang sudah tersasar agamanya. Dia tak layak untuk kau. Aku takut dia akan jadi macam kau, kalau kau selalu rapat dengannya. Aku nak kau keluar dari rumah ni. Aku dah tak nak kau lagiii... Kau boleh pergi mana kau nak pergi. Aku dah tak nak ambil perduli lagi... Pergi!".
Terbatuk batuk Khairul, bila menjerit sambil berbicara dengan Qistina. Badan Khairul masih lagi lemah. Dia dibenarkan keluar Wad, kerana dia mahu melihat anak dan isterinya yang tidak dapat dihubungi, sepanjang dia berada dihospital. Doktor membenarkan dia keluar, tapi mesti banyak berehat dirumah.
"Aku akan pergi Khai! Tapi sebelum pergi, tolonglah bagi aku peluk dia. Aku tak sangup dengar dia menangis Khai. Tolong aku untuk kali ini sahaja. Ini permintaan aku yang terakhir. Benarkan aku tidurkan dia semula. Hati aku akan lebih tenang, kalau dia tak menangis. Kau tak mahu dia menangisi melihat permergian aku".
Tangisan Qistina yang tadinya hanya lenangan air mata sahaja. Kini berbunyi rintihan. Qistina juga teresak esak, menahan sebak dihati. Bukan kerana Khairul menghalunya, tetapi kerana menatap wajah anak kesayanganya yang mahukan dirinya. Kahirul termenung seketika, bila Qistina kata begitu.
"Kau boleh tidurkan dia! Selepas dia tidur, aku nak kau keluar dari rumah ni. Aku tak nak Linda menagis tak henti henti, bila tengok kau pergi".
Qistina menganggukkan kepalanya. Kahirul pula melepaskan pelukan Rosalinda. Rosalinda berlari meluru kepada Qistina. Qistina memeluk seerat eratnya Rosalinda. Sambil menagis begitu juga Rosalinda.
"Jom Ibu tidurkan kamu sayang".
Rosalinda memandang ibunya dan menganggukan kepalanya. Qistina mendokong Rosalinda naik ketingkat atas dan terus masuk kedalam bilik Rosalinda. Manakala Kahirul yang dari tadi terbatuk batuk, juga turut naik ketingkat atas. Kahirul pula terus duduk disofa ruang tamu atas. Sambil memcapai tisu disebelahnya. Khairul terbatuk batuk dengan lebih kuat dan sedikit meneran, membuatkan darah kembali keluar dari mulutnya. Banyak darah memenuhi tisu. Kahirul mula gusar bila melihat darah yang banyak.
"Tidur ya sayang! Mimpi yang indah indah sahaja".
Air mata Qistina setia mengalir. Hatinya pedih menahan sebak didada. Memandang raut wajah anak kesayangannya.
"Kenapa ibu angis? Papa marah ya?"
"Tak ada sayang. Lin tidur ya".
Qistina tidak putus putus mengucup dahi anaknya, sambil menepuk nepuk punggung Rosalinda. Bila asik ditepuk oleh ibunya. Akhirnya Rosalinda terlena. Qistina memberhentikan tepukan dan meremung anaknya sepuas puasnya. Air mata tak henti henti mengalir, bercampur esakan.
"Lin jangan nakal ya sayang! Ibu nak pergi. Kamu kena ikut papa. Papa akan jaga kamu dengan baik. Ibu bukanlah orang yang baik, dan ibu tak layak menjaga kamu sayang. Ibu halalkan susu yang ibu bagi kamu, sejak kamu dilarikan kedunia ini. Kamu lah anak ibu dunia dan akhirat ibu. Ibu tak akan lupakan kamu. Walau kemana sahaja ibu pergi".
Qistina berbicara sendiri, bila melihat anaknya tidur. Qistina mengucup pelahan pipi Rosalinda kiri dan kanan, sebelum keluar dari bilik. Sepajang berjalan keluar dari balik Rosalinda, matanya tak putus putus merenung anak kesayangannya yang lena tidur. Qistina menutup rapat pintu bilik Rosalinda.
"Dia dah tidur! Aku dah nak pergi. Aku tau, apa yang aku buat ni salah. Tapi kau harus tau kenapa aku jadi begini? Kau carilah jawapnya, apa salah kau terhadap aku. Dan kenapa aku menjadi perempuan sihir?".
Kahirul hanya mendiamkan dirinya sahaja diatas sofa. Tidak sepatah pun yang keluar dari mulutnya. Qitina merenung Kahirul yang duduk diatas sofa.
"Halalkan makan dan minum Qis abang, kalau ada yang terkurang sepanjang Qis bersama abang, Qis minta maaf".
Berlenang air mata Kahirul, bila Qistina kata begitu. Qistina juga setia menagis. Qistina mencapai bag tangannya dan kunci keretanya. Qistina berlari keluar dari rumah dan terus memandu, tanpa hala tuju... Kahirul membaringkan dirinya diatas sofa, bila sahaja Qistina beredar pergi. Mencucuran air mata Kahirul jatuh kekiri dan kanan kelopak matanya.
Share this novel