Perempuan Sihir
part49
Qistina memandu tanpa hala tuju dan menuju terus keluar dari kawasan bandar dan terus menuju keGombak. Qistina tidak tahu untuk apa dia menuju kearah pantai timur. Dia hanya mengikut rasa hatinya sahaja. Jam menunjukkan hampir pukul 11.30 malam.
"Bib! bib! bib"
Watsap Qistina berbunyi. Qistina menggais gais tanganya didalam bag tanganya dan membawa keluar talifon bimitnya. Tertera discreen nama ibunya. Berkerut wajah Qistina. Bila ibunya watsap, pada waktu waktu begini. Qistina menekan watsap itu sambil memandu.
***Qis ok ke?"
Itu sahaja yang ditulis oleh ibunya... Kerana tidak banyak kereta yang berada dijalan raya, dan hari pun sudah tengah malam. Qistina membalas watsap ibunya, tanpa memberhentikan kereta.
***Qis ok lah bu!"
Balas Qistina ringkas dan meletakan talifon bimbitnya dicelah peha.
"Bib! bib! bib!"
Watsapnya masuk lagi. Qistina mengambil talifon bimbitnya dan melihat lagi.
***Ibu tak tau lah Qis! Hati ibu betul betul tak sedap malam ni. Semua anak anak ibu, ibu watsap".
***Tak ada apa apalah ibu. Ibu jangan risau ya! Qis sayang ibu".
Balas Qistina. Air mata mula berlopak. Bila membalas watsap itu.
***Ibu tidur ya?"
***Oklah, kalau Qis ok. Ibu pun sayang Qis".
Qistina meletak semuala talifon bimbitnya dicelah kelankangnya. Dimatanya terbayang bayangkan wajah Rosalinda yang manja itu.
"Ibu sayang Linda sampai bila bila. Jangan lupa ibu ya sayang".
Lafas Qistina sendiri. Tanpa Qistina Sedar, dia telah pun melepasi tol gombak, dan menuju ke terowong Karak. Jalannya betul betul sunyi. Hanya beberapa kereta sahaja yang melalui jalan itu. Mungkin sebab hari biasa dan sudah lewat malam. Hati Qistina yang tadinya bersedih tentang ibu dan anak kesayangannya. Mula bertukar resah. Masuk sahaja kedalam terowong, meremamg bulu roma Qistina. Qistina dapat rasakan satu yang berada berada didalam terowong itu. Bila Qistina memandang cermin sisi tepi, Qistina terpandang sebuah van jenazah, ada dibelakang keretanya. Berdebar dada Qistina, bila melihat van Jenazah tersebut. Qistina memandang kepada jam didalam keretanya, tepat tepat pukul 12 malam. Waktu dia memasuki terowong itu. Qistina yang memandu laju sebelum ini. Terus mempelahankan pemanduannya, untuk membenarkan van jenazah itu memotongnya. Bila dia mempelahankan keretanya. Van jenaza itu juga juga turut mempelahankan pemanduanya. Berkerut wajah Qistina, bila van itu juga turut mempelahankan kenderaannya.
"Hisss potong je lah!"
Lafas Qistina dengan mengetap giginya. Bila melihat pemandu van itu hanya mengikut belakang keretanya sahaja. Qistina terus memecutkan kenderaanya, sehingga keluar dari terowong. Sedikit lega Qistina. Bila dapat keluar dari terowong itu. Qistina meneruskan pemanduannya dengan hati yang lega. Bila van jenazah itu, tidak lagi kelihaan. Sedang Qistina memandu dengan kelajun lebih laju. Tiba tiba...
"Pin! pinnnnnnnnnn".
Terkejut Qistina, bila melihat cermin sisi belakang. Kelihatan van jenazah itu datang kembali dibelakang keretanya. Oleh kerana Qistina betul betul terperanjat. Qistina hilang tumpuan memandu dan terus merempuh pembahagian jalan. Keretanya terjunam didalam gaung.
...........................….........
"Hello Encik".
"Ya hello".
Balas Kahirul bila mendapat pangilan dari nombor yang tidak dikenalinya.
"Saya nak tanya! Encik kenal Qistina ke?"
"Ya, kenal. Dia isteri saya".
Khairul mengerutkan dahinya bila orang itu, bertanyakan tentang Qistina.
"Saya nak maklumkan dekat Encik, Qistina kemalangan jalan raya, di lebuh raya Karak".
"Apa?"
Terkejut besar Kahirul, bila dimaklumkan begitu.
"Dia macam mana ya?"
"Kami masih lagi mencari mayatnya".
"Apa! Dia meninggal?".
"Pehak kami tak pasti lagi encik. Kami belum dapat ketemuai beliau. Encik boleh datang disini untuk mengecam kereta Qistina. Kami dapat nombor talifon encik pun, dari pendaftaran kereta yang tejunam didalam gaung itu dan kami tahu nama pemandu itu pula, dari bag tangan yang masih lagi ada didalam kereta. Cuma jasatnya sahaja masih belum diketemui, mungkin tercampak keluar dari kereta, semasa kemalangan itu".
Kahirul terduduk dilantai bila sahaja, orang itu memaklumkan tentang kemalangan yang terjadi keatas Qistina. Talifon bimbit Khairu masih lagi melekat ditelinga. Kahirul tidak tahu untuk berkata apa lagi kepada orang itu...
"Hello Encikkk, Encikkkk, Encikk".
"Ya! ya! Nanti saya akan sampai kesana".
Khairul termenung seketika diatas lantai. Dia tidak tahu untuk memikirkan apa lagi.
"Papa! Ibu mana?"
Tanya Rosalinda, bila sahaja Rosalinda sedar dari tidurnya dan Rosalinda turun kebawah mencari Qistina. Kahirul memeluk erat Qistina dan mula menangis.
"Jomm sayang, kita cari ibu".
Khairul mencapai kunci keretanya dan terus mendokong Rosalinda. Kahirul memandu ketempat kejadian. Untuk melihat sendiri kejadian yang menimpa isterinya. Perasaan serba salah mula timbul didalam diri Khairul.
"Yaallah! Moga moga itu bukan kereta Qis".
Kahirul mengharapkan sesuatu yang ajaib berlaku. Tapi, apa yang diharapkan, tidak menjadi kenyataan. Kereta yang terjunam didalam gaung itu, memang kereta Qistina. Kereta yang hanya nampak bahagian belakangnya sahaja. masih belum dibawa naik. Hanya beberapa orang angota bomba yang turun kebawah, dengan mengunakan kren. Hati Kahirul betul betul luruh, bila melihat kejadian yang menimpa keatas Qistina.
"Tolong jauh sikit encik. Kami nak buat kerja".
Arah seoarang angota polis yang menjaga lalu lintas.
"Saya suami dia".
Balas Kahirul, dengan menundingkan jari kepada kenderaan Qistina.
"Ohh".
Itu sahaja yang keluar dari mulut polis itu.
"Yaaallahhhhh anak aku Qis".
Suara seseorang meraung dari belakang Khairul. Kahirul menoleh dan melihat Ibu mertuan baru tiba bersama Ayah mentuanya. Kahirul tidak tahu, macam mana ibu dan ayah mertanya boleh tahu tentang kemalangan itu. Tetapi itu semua tidak penting sekarang ini. Banyak benda yang lain harus difikirnya, selain memikirkan, mana mertuannya tahu?... Ibu Qistina cuba berlari ketebing, untuk melihat kereta Qistina, tetapi dihalang oleh ayahnya.
"Awak ni, jangan buat macam ni! Banyakkan beristifar".
Marah ayah Qistina, bila melihat isterinya tidak tentu arah. Ibu Qistina berlari pula kepada Rosalinda yang duduk didalam kereta. Ibu Qistina mendokong anak kecil yang tidak tahu apa apa itu dan mengucup pipi Rosalinda dengan tangisan yang sedikit meraung.
"Mak Tok angis nape?"
Tanya Roslinda, sambil menyapu air mata Mak Toknya. Bertambah bercucuran air mata Ibu Qistina.
"Macam mana boleh jadi macam ni Kahi?. Kenapa Qistina boleh memandu jauh, sampai macam ni sekali? Dia nak pergi kemana, yang sebenarnya Khai?"
Tanya Ayah mertuanya. Kahiru hanya diam membisu... Bila melihat Kahirul berdiam diri. Ayah Qistina, tidak bertanya apa apa lagi. Dia tahu, Khairul juga didalam trauma, keatas apa yang telah berlaku... Dalam masa yang sama, Khairul juga tidak tahu untuk berceritakan apa kepada ayah mertuanya. Mana mungkin dia mahu memberi tahu kepada ayah mertuanya tentang, apa yang dia nampak didalam bilik belakang rumahnya dan apa yang telah dilakukan oleh Qistina.
Share this novel