Hati tidak senang

Horror & Thriller Completed 79533

Perempuan sihir
Part8

Sampai sahaja diluar pintu pagar rumahnya. Qistina mengeluarkan minyak yang diberikan oleh bomoh itu kepadanya dan membuka botol itu. Qistina menitis setitis dijari tekunjuknya dan melagakan satu lagi jari telunjuk agar minyak itu berada didua dua jari telunjuknya.

"Aku pakai minyak ini untuk tujuan, Khairul bin Rozie melihat aku secantik bidadari. Hanya aku sahaja yang bermain difikirannya. Tolong buat aku cantik dimata dia wahai penjaga, yang menjaga aku dan mendampingi aku".

Menyeringai Qistina sambil membaca dan meletakkan minyak itu dibelakang telinganya kiri dan kanan. Qistina melangkah kaki keluar dari keretanya dan terus masuk didalam. Kelihatan Khairul ada rumah. Kerana masih awal pagi. Qistina masuk dan membuka pintu bilik pelahan lahan. Bimbang ada wanita lain bersama Khairul. Ternyata Khairul masih lagi tidur didalam bilik bersendirian. Qistina meletakkan beg tangannya di atas meja mekup dan terus turun kebawah, untuk menyediakan sarapan buat Khairul. Setiap ruang yang dilihat oleh Qistina, membuatkan hati Qistina kembali membara. Wajah wanita wanita bersama Khairul, masih kuat terbayang bayang. Qistina pergi kedapur dan mula menyediakan sarapan untuk mereka berdua.

"Hei dia dah balik".

Terkejut Qistina bila Khairul memeluknya dari belakang.

"Hiss abang ni! Buat saya terperanjat je".

Balas Qistina dengan senyuman dan sedikit berkerut dahi. Khairul merenung Qistina dan membalas senyuman Qistina.

"Kenapa pandang Qis macam tu?"

Qistina kembali berkerut dahi dan menolak manja Khairul.

"Abang tengok Qis hari ni lain lah. Qis nampak cantik, tak seperti sebelum ni".

"Napa! Sebelum ni Qis tak cantik ye?"

"Sebelum ni cantik! Tapi hari ni lebih cantik".

Terseyum menyeringai Qistina bila Khairul kata begitu kepadnya.

"Yesss menjadi".

Bisik Qistina didalam hati.

"Anak masih rumah ibu ke Qis?"

"Ahaaa, minggu depan baru ayah dengan ibu hantar dia dekat sini. Tapi kalau ibu rasa nak sambung holiday, dia akan bawa Linda lebih lama".

"Tak apa lah. Orang dah pencenkan, mana boleh duduk rumah je. Mesti nak pergi holiday lama lama. Duduk rumah pun bosan. Mereka bawak anak pergi holiday, dapatlah kita bermanja berdua, tanpa ganguan".

Khairul mula menyeringai memandang Qistina. Qistina terseyum memandang Khairul yang tak lepas lepas memandangnya. Membuatkan Qistina sedikit risau dan tidak selesa. Khairul kembali merapatkan dirinya kepada Qistina dan mula memeluk Qistina kembali.

"Abang, Qis nak masak ni! Abang pergi lah mandi dulu. Nanti kita sarapan sama sama ya?"

"Hmmmmm, nak manja pun tak boleh"

Dengan moncong, Khairul naik semula keatas untuk mandi. Terseyum Qistina melihat gelagat Khairul.

"Ini baru sikit Khai! Aku akan buat lebih dari ini. Sekali aku melangkah membuat jahat. Aku akan terus menjadi yang paling jahat".

Lafas Qistina sendiri. Bila Qistina dapati Khairul sudah pergi keatas.

................................

"Qis tau! Hari ini abang dah janji dengan Ruhil nak gantikan suiz lampu rumah dia yang terbakar. Dia minta tolong Fuad. Tapi Fuad ada hal. Dia minta tolong abang. Tapi bila abang tengok Qis ada depan mata abang. Abang rasa malas pula nak pergi rumah dia. Abang ingat nak bawa Qis jalan jalan pergi Genting. Shopping dekat sana. Qis nak pergi?".

Tanya Kahirul kepada Qistina yang sedang sebuk menjamu nasi goreng yang dimasaknya. Qistina terseyum bahagia, bila Khairul mengajaknya keluar. Kalau tidak, ada aja alasannya untuk keluar dihujung minggu. Dalam masa yang sama hati mula membara, bila Khairul menyebut nama Ruhil.

"Dah janjikan, tak baik abang buat dia tertunggu tunggu. Abang tolong Ruhil dulu. Lepas tu abang balik cepat kita pergi jalan jalan".

"Ok, abang keluar sekejap aja. Tolong Ruhil, lepas siap, abang terus balik. Qis siap siap aja dulu".

Qistina terseyum manja, memandang Khairul. Jauh disudut hatinya, betul betul geram, bila Khirul masih mahu juga berjumpa Ruhil.

"Ok abang... Dah cepat makan. Cepat abang pergi siapkan, cepat abang balik".

Terseyum Khairul, sambil menatap wajah isterinya.

"Kenapa kau betul betul cantik sayang. Berdebar debar hati aku ni, bila pandang wajah kau hari ini".

Bisik Kahirul, sambil merenung tajam kepada Qistina. Pandangan matanya sedikit pun tidak mahu beralih kepandangan yang lain.

"Sayang! Abang janji abang pergi sekejap aja".

Kata Khairul, sambil bangun dari tempat duduknya dan mahu terus kerumah bujang Ruhil. Qistina punya hanya setia terseyum dan membiarkan Khairul berlalu pergi meninggalkan dirinya sendiri.

"Ding dong"

Khairul membunyikan loceng apartment Ruhil, bila sampai didepan pintu rumahnya. Mengeletis Ruhil, bila mendengar bunyi loceng rumah dan bergegas kepintu masuk. Dia tahu, itu pasti Khairul.

"Sayang"

Sapa Ruhil, bila membuka pintu dan memberikan senyuman manja, sambil tergedik gedik didepan pintu. Khairul terseyum menyeringai, bila melihat Ruhil begitu seksi sekali dengan pakaian tidurnya yang begitu jarang.

"Hiss tak mandi lagi".

Tegur Khairul dengan nada yang sedikit berbisik, sambil berjalan masuk kedalam rumah dan mengikut Ruhil keruang tamu.

"Era mana?"

Tanya Khairul, sambil melabuhkan punggungnya duduk diatas sofa, bersebelahan Ruhil.

"Haii! Bukan malam tadi u dengan dia ke? Tak kan baru jumpa dah rindu".

Menjeling Ruhil, bila Khairul mencari Era. Terseyum mengeringai Khairul, sambil memandang Ruhil.

"Malam tadi dia datang singgah sekejap je lah. Lepas tu dia terus pergi. I pun tak tahu dia pergi mana?"

"Ada dalam bilik tu, tengah tidur. Lepak disco lah tu, lepas balik dari rumah u. U datang sini nak cari i ke nak cari dia"

Ruhil sedikit meninggikan suaranya kepada Khairul. Khairul terseyum, bila melihat wajah Ruhil yang berkerut.

"Dah tentulah cari u sayang"

Khairul mencubit pipi Ruhil, bila Ruhil mula merajuk.

"U kata nak betulkan lampu bilik u. Sini i buat cepat. Lepas tu i nak balik terus. Qis ada rumah tu".

"Qis dah balik sini ke? Patutlah muka berseri seri. Mesti rindu dengan isteri u tu".

"Mestilah rindu".

"Hmmm, kata dah tak ada hati dengan wife u tu. Kalau dengan dia pun u hanya bermuka muka kan?. Wife u tu dah lah macam orang kampung. Macam manalah u boleh hadap muka dia hari hari".

"I yang sebenarnya sayangkan dia, seban dia setia dengan i. Dia sediakan semuanya untuk i. Dia tak pernah ingkar perintah i. Sebab tu i sayang nak buang dia dari hidup i. Sampai i curang dengan u dah dekat setahun pun, dia tak perasan".

"Sayang ke? Atau dia cuma hamba u dekat rumah tu?"

Tanya Ruhil selamber. Khairul hanya berdiam diri, bila Ruhil kata begitu.

"Ehh cepatlah! I nak betulkan lampu bilik u".

Kharul memotong ayat perbualanya dan bangun dari sofa. Ruhil hanya mengikut Khairul dari belakang, sambil membuat memek muka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience