Perempuan sihir
Part 18
"Baik! Kita mulakan upacara ini sekarang. Sebelum itu aku nak ingat kan kau semula... Selapas ini, tidak ada yang lebih berkuasa, selain jin jin yang akan menjaga dan menurut kehendak kamu. Kamulah tuan mereka. Dan kamu harus menjaga jin jin itu, sepanjang usia kamu dan jin jin itu akan mendampingi keterunan kamu. Sekiranya kamu mati nanti.
Qistina, tersentak bila bomoh itu mengatakan, yang jin jin itu akan berpindah kepada keturunannya. Raut wajah Qistina mula berubah.
"Jangan gusar, kerana jin itu akan menjaga, bukan sahaja kamu. Tetapi akan menjaga keturunan kamu. Tidak akan ada sesiapa yang dapat menyakitinya, selepas ini. Begitu juga kamu"
Terseyum Qistina, bila bomoh itu menjanjikan kata kata manis, terhadapnya.
"Selepas upacara ini, setiap bulan mengambang, kamu harus memberinya minum darah ayam hitam dan memberi jin jin itu sepuluh titis darah kamu berserta daging ayam hitam yang sudah direbus. Hanya pada bulan mengambang sahaja. Kamu harus memberinya habuan. Diatas tugas yang telah kamu, berikan kepadanya. Kamu boleh melakukan perkara itu dimana sahaja. Asalkan berdekatan dengan kamu. Diluar rumah juga boleh. Setiap tugas yang kamu mahu berikan, kamu harus menyerunya terlebih dahulu. Nanti aku akan berikan kamu ayat menyeru jin jin itu. Adakah kau faham, apa yang aku telah terangkan kepada kau"
Bomoh itu memandang Qistina.
"Saya faham dan saya bersetuju menerima jin jin yang akan menjaga saya dan keturunan saya".
Balas Qistina, tanpa berfikir panjang.
"Bagus. Kau akan aku mandikan di kawasan hutan, dibelakang rumah ini. Kau harus berbogel, semasa upacara ini dijalankan. Pergi berkemban dulu"
Arah bomoh itu dan mulut bomoh itu mula membaca sesuatu dengan memejamkan matanya. Manakala Zura menemani Qistina masuk kedalam bilik didalam rumah itu untuk berkemban.
"Ok, mari ikut aku".
Ajak bomoh itu, bila melihat Qistina dan Zura keluar dari bilik. Qistina dan Zura mengikut sahaja kata kata bomoh itu. Mereka bertiga berjalan kedalam hutan. Hati Zura mula berdebar debar. Kerana dia tidak pernah mengalami semua itu. Semasa upacara dia mengambil susuk dulu, dia hanya mandi ditepi rumah bomoh itu dan berkemban. Tapi cara mandian Qistina, cukup berbeza. Walaupun merasa takut. Zura ikutkan juga. Kerana tidak mahu Qistina sendirian didalam hutan, bersama bomoh itu. Keselamatan Qistina sangat penting buat Zura. Bomoh itu terhenti ditengah jalan, yang terdapat sebuah Perigi lama ditengah hutan itu.
"Ok! Kamu harus berdiri disini. Dan kamu pula".
Bomoh itu memandang kepada Zura.
"Kamu harus berdiri jauh dari dia. Kamu duduk disana.".
Arah bomoh itu. Sambil menunding jari kepada pangkin lama yang sudah usang ditengah hutan itu, membuatkan Zura kembali ketakutan. Kerana harus duduk jauh dari Qistina. Walaupun takut, Zura terpaksa akur. Zura melepasakan gengaman tangan Qistina dan hanya menganggukan kepalanya kepada Qistina. Menandakan jangan risau. Zura berlalu pergi dan menjadi pemerhati dari jauh.
"Tangakan kain sarung kamu".
Arah bomoh itu. Qistina hanya menurut sahaja. Qistina melepasakan kainnya kebawah kaki.
Bomoh itu pula, membaca baca jampinya sambil bermain dengan asap kemenyan. Agar asap itu lebih banyak. Kemudian bomoh itu mengasapkan seluruh badan Qistina. Membuatkan seluruh badan Qistina, berbau asap kemenyan.
"Ikut apa yang aku baca".
Qistina mengangukkan kepalanya.
"Wahai jin yang berkuasa menjaga seluruh alam. Aku hadir untuk mengambil kamu! untuk menjadikan kamu semulia umat. Aku mahu kamu memberikan aku kuasa dan kekuatan untuk menghapuskan orang orang yang aku mahu tujukan. Aku mahu kau wahai Jin, menjadi penantara untuk menunaikan hajat hati aku. Aku aku memberi kau sedikit darah aku, setiap bulan mengambang, untuk ucapan terima kasih"
Qistina mengulang semula kata kata bomoh itu. Meremang seluruh bulu roma Qistina, semasa mengucapkan kata kata itu. Manakala mata Bomoh itu mencuri curi pandang kepada tubuh Qistina yang berbogel. Selesai membaca, bomoh itu mengambil gayung yang berada ditepi perigi dan menjatuhkan gayung tersebut, sambil memegang tali gayung itu. Bomoh itu menarik keatas gayung itu, bila sudah dipenuhi air. Bomoh itu mengomat gamit mulutnya membaca sesuatu, sebelum air didalam gayung itu disimbah kebadan Qistina. Suasan malam yang dingin, membuatkan Qistina mengigil kesejukan bila bomoh itu menyiram air kebadanya dalam posisi dia mencankung. Bomoh itu mengambil lagi air didalam perigi itu dan menyiramnya lagi kebadan Qistina. Hingga siraman yang ketiga. Bomoh itu membelah dua limau yang dibawanya tadi, lalu memerahkan kedalam gayung tersebut, sambil mukutnya setia mengomat gamit membaca sesuatu. Lalu bomoh itu menyiramkan kebadan Qistina. Harumah buah limau itu membuatkan suluruh badan Qistina berbau harum dan segar.
"Dah bangun! Pakai kain sarung kamu tu balik".
Arah bomoh tersebut kepada Qistina. Qistina menyarungkan kainnya semula dibadan.
"Semasa berjalan nanti, jangan pernah menoleh kebelakang. Jalan terus, masuk kedalam rumah".
Arah bomoh itu. Qistina menganggukkan kepalanya, tanda faham. Bila melihat dari jauh Qistina sudah memakai kain sarungnya, Zura terus bangun dari pangkin yang usang itu. Tidak sabar rasanya untuk meninggalkan tempat itu. Rupanya, sepanjang upacara. Zura diganggu oleh bunyi bunyi yang sangat menyeramkan.
"Jom beb".
Zura menghulur tangannya kepada Qistina, bila sahaja Qistina sampai kepadanya. Qistina menyambut tangan Zura dan mengangam erat tangan Zura. Zura dapat rasakan kesejukan tangan Qistina, akibat mandi tadi.
"Tok kata jangan pandang belakang beb. Terus jalan je. Tak tau tok nak buat apa sorang sorang dekat perigi tu?"
Kata Qistina kepada Zura.
"Shuuu diam, kita jalan je".
Marah Zura, bila Qistina kata begitu. Mereka melajukan langkahnya. Agar cepat sampai kerumah tok bomoh itu. Bila sampai dianak tangga, Qistina dan Zura betul betul terperanjat, bila bomoh itu ada didalam. Bomoh itu sedang duduk bersila. Seperti mana dia diposisi ketika, mereka baru sampai tadi. Qistina dan Zura berpandangan dan membeliakkan mata masing masing.
"Tak payah nak terkejut sangat".
Tegur bomoh itu, bila melihat wajah Qistina dan Zura.
"Yang mandikan kau tadi, bukan aku. Tapi Jin belaan aku. Dia boleh menyerupai aku".
Terang bomoh itu, sambil menyeringai. Membuatkan Qistina dan Zura lekas lekas masuk kedalam rumah dan terus duduk didepan bomoh itu.
"Kamu pergi tukar baju kamu. Nanti demam pula pakai kain sarung basah ni".
Arah bomoh itu. Qistina dan Zura setia melekat seperti belangkas. Kemana sahaja Qistina pergi, dia pasti akan menyusul. Siap berpakaina, Qistina dan Zura kembali duduk didepan bomoh itu.
"Ini adalah upucara yabg terakhir. Kamu harus laksanakannya sendiri".
Bomoh itu memegang sebatang jarum dan mulutnya mengomat gamit, membaca sesuatu. Bomoh itu mengasapkan jarum itu diatas tepak kemenyan.
"Nah, ambik ni".
Qistina mengambil jarum tersebut.
"Cucuk jari telunjuk kiri kamu dulu, selepas itu baru jari telunjuk kanan".
Qistina mencucuk jari telunjuk kirinya terlebih dahulu dengan jarum dan menitiskan darahnya diatas kain kuning. Bomoh itu mengikat kain kuning bersaiz sebesar telapak tangan itu. kemudian Bomoh itu menyuruh Qistina menyucucuk pula jari telunjuk tangan Kanannya pula.
"Tutup mata kamu dan letak tangan kamu seperti sedang berada diposisi tahiat akhir. Jari tekunjuk mesti tegak. Kerana jin yang akan menurut kehendak kamu nanti, mahu menjilat darah kamu. Bererti selepas ini, kamu adalah tuanya. Dia akan menurut kata kata kamu".
Qistina mengikut kata kata Bomoh itu. Dia memejamkan matanya dan duduk diposisi yang bomoh itu mahukan. Dada Qistina berdebar debar, menunggu Jin itu menjilat darahnya. Tiba tiba tangannya terasa panas dan lembik. Seperti sesuatu menjilat jari tekunjuknya yang berdarah. Debar didada bertambah kencang. sehinggalah Jilatan itu hilang dan Qistina tidak merasa apa apa lagi.
"Ok buka mata kamu. Semua sudah selesai. Hanya ada beberapa lagi pesanan aku. Benda yang kamu ambil ini sangat kuat. Kamu boleh menyuruh dia buat apa sahaja yang kamu mahukan. Tapi kamu kena ingat. Setiap kali kamu mahu menyuruhnya melakukan tugas, kamu harus menyerunya datang. Setiap bulan kamu harus menjamu jin itu darah ayam hitam. Sepertia apa yang aku kata tadi. Jangan pernah abaikan dia. Kalau kamu tak mahu susah... Terutama sekali, kau kena jaga dia dengan sempurna dan harus percaya yang dia wujud dan yakin dia akan berada dimana mana sahaja dalam satu satu masa. Kau harus yakin terhadap dirinya. Dan hanya dia yang berkuasa. Ia akan melakukan tugas yang kau mahukan dengan sempurna. Kamu jangan bimbang, keturunan kamu akan hudup dibawah jagaan jin jin itu juga. Kini aku telah memberi kamu tiga ekor jin. Jin penjaga kamu, jin penjaga keturunan kamu dan jin yang akan menurut kehendak kamu. Tentang Pendanping minyak Yang kamu ambil minggu lepas. Aku putuskan kalau kamu mahu. Aku boleh mengambil balik pendamping minyak itu. Kerana jin jin yang menjaga kamu telah cukup kuat berbanding Pedamping minyak itu".
Qistina sedikit lega, bila pendamping minyak itu dapat ditarik balik.
Share this novel