perempuan sihir
part50
"Kamu sakit ke Khai?"
Tanya Ayah mertuanya, bila melihat Khirul sering batuk batuk, sepanjang dia berada bersama Khirul.
"Ahhaaa Yah! Saya kena batuk batuk pulak".
"Jaga kesihatan Khai"
"Baik ayah".
Lebih 6jam disitu, menanti dengan penuh harapan. Hari semakin gelap, mayat Qistina masih belum dijumpai. Pihak penyelamat setia berada di kawasan dimana kereta Qistina terjunam jatuh.
“Slow slow tarik”
Jerit pihak bomba kepada penarik kren. Kereta Qistina dibawa naik keatas pelahan lahan. Air mata Khairul dan ibu Qistina setia mengalir dipipi. Hanya doa sahaya yang mampu ibu Qistina berikan. Harapan anaknya dapat ditemui dengan selamat, adalah harapannya yang paling tinggi, buatnya.
“Encik keluarga mangsa ke?”
Hampir dua orang pegawai bomba datang kepada mereka sekeluarga.
“Ya! Saya suaminya”.
Balas Kahirul kepada pehak bomba itu.
“Sudah satu hari pihak kami mencari isteri encik. Tapi kami tidak jumpa apa apa kesan yang menunjukkan isteri encik selamat buat masa ini. Harapan untuk dia ditemui hidup sangat nipis. Kerana, dari apa yang pihak kami lihat. Isteri encik telah tercampak keluar dari cermin hadapan kereta yang pecah itu”.
Kahirul dan Ayah Qistina memandang kepada cermin hadapan kereta Qistina yang pecah hanya dibahagian pemandu sahaja.
“Mungkin dia tercampak keluar dan terus kebawah gaung yang lebih dalam lagi. Pihak kami akan teruskan usaha mencari. Tapi bukan hari ini. Kerana hari sudah semakin gelap. Kami akan mencari lagi esok. Kalau ada apa apa berita, kami akan maklumkan kepada Encik. Encik baliklah dulu berehat”.
“Tolong cari kan anak saya Encik”.
Rayu Ibu Qistina sambil menangis mendokong Rosalinda.
“Kami akan cuba mak cik. Mak cik banyak banyakkan lah berdoa kepada allah. Mungkin keajiban akan berlaku. Kita tak tahu kuasanya”.
Sampuk seorang pegawai bomba yang kelihatan agak berumur. Ibu Qistina menganggukkan kepalanya sahaja.
“Ini barang barang mangsa. Encik boleh bawa balik”.
Pegawai itu memberikan Khairul bag tangan dan juga talifon bimbit Qistina. Dada kahirul bagikan mahu terhenti, apa bila melihat barang barang Qistina. Hanya, barang barang sahaja yang mampu dibawa balik. Terasa dirinya betul betul tidak berguna. Membiarkan isterinya memandu lewat malam dan berlaku kemalangan seperti ini. Khairul terduduk diatas rumput, bila barang itu diserahkan kepadanya.
“Huaaaaaaaaaaa”
Kahirul menjerit sambil menghentak hentak tangannya diatas tanah.
“Tolong balik Qis! Abang bersalah dalam hal ni! Maafkan abang Qis”.
Kahirul meraung raung dan merintih agar Qistina muncul dihadapnya. Terbatuk batuk Kahirul, sambil menangis. Darah kembali keluar dari mulutnya, ketika dia terbatuk batuk. Membuatkan ayah Qistina datang menghampiri Kahirul dan memberikan Khairul tisu. Khairul mencapai tisu itu dan mengelap darah di mulutnya.
“Sudahlah tu Kahi! Jangan buat macam ni. Kamu tak berapa sehat, Jom kita balik dulu. Hari pun dah nak gelap ni. Kita tunggu sahaja berita tentang Qis nanti dirumah. Kita balik berehat dulu ya?”
Pujuk ayah Qistina, sambil menarik lengan Kahirul agar Kahirul bangun dari atas tanah. Kahirul yang dalam keadaan lemah, bangun dari tempat duduknya dan terus mengikut bapa mertuanya kekeretanya.
“Linda ikut kami ya. Kita balik sama sama kerumah kamu. Malam ni kami tidur dekat sana. Sampai kita semua dapat berita tentang Qis”.
Khairul menganggukkan kepalanya sahaja, tanda setuju.
“Tok, ibu ane? nape tak itut alik uma?”
Tanya Rosalinda dengan nada pelatnya, semasa didalam kereta bersama Mak tok dan Tok wannya.
Ibu Qistina kembali menagis. Manakala Ayah Qistina memandang isterinya yang menagis dan memandang pula Rosalinda yang duduk diatas riba isterinya.
“Ibu Linda ada. Tapi dia belum nak balik lagi. Dia suruh Maktok dengan Tokwan jaga Lin dulu. Nanti dia balik”.
“Papa marah ibu, ibu angis”.
Cerita Linda kepada Atoknya. Ayah Qistina hanya terseyum memandang Rosalinda. Bagi Ayah Qistina, bergaduh suami isteri adalah perkara biasa dalam perkahwinan. Tidak ada apa yang peliknya... Sampai dirumah, Khairul dan Ibu bapa mertuanya masuk kedalam.Ibu Qistina mendokong Rosalinda yang terlelap dipangkuannya tadi, masuk kedalam dan meletakkan Rosalinda didalam bilik tetamu. Tempat dimana dia akan tidur nanti. Ibu Qistina turun semula keruang tamu bawah untuk minum dan mengangkat air sembahyang, untuk solat mahgrib yang akan habis tidak berapa waktu lagi. Manakala Khairul dan Ayah Qistina duduk diruang tamu ditingkat atas.
“Ayah tau kamu dan Qis bergaduh. Tapi! macam mana boleh sampai dia ke jalan Karak tu? Dia nak buat apa dekat sana Khai?”
“Khai tak tau ayah… Tapiii!”
Kahirul menundukkan wajahnya.
“Khai yang bersalah. Kahi tak tahan Qis, masa Qis nak pergi malam tadi. Kahi yang bersalah ayah hukk huk huuukkk”.
Terbatuk batuk Khairul, semasa berbicara dengan bapa mertuanya.
“Dahlah Kahi! Tak payahlah kamu nak salahkan diri kamu… Kamu pergilah berehat dalam bilik. Kamu pun, ayah tengok tak sehat sangat. Batuk kamu bertambah teruk, ayah tengok”.
Kata Ayah Qistina, bila melihat batuk Khai semakin teruk. Kahirul menganggukkan kepalanya sahaja dan terus bangun. Khairul masuk kedalam bilik untuk mandi dan membersihkan dirinya. Ayah Qistina juga turut bangun dan masuk kedalam bilik tetamu, untuk mandi dan bersolat. Nasib pakaian mereka ada beberapa helai disimpan oleh Qisyina didalam bilik itu. Selepas ibu selesai bersolat bersama ayah Qistina. Mereka bersalaman dan ibu Qistina duduk diatas sejadah untuk terus mengaji, manakala Ayah Qistina melipat sejadahnya.
"Abang! Roha rasa tak sedap hatilah. Sejak kita sampai dekat rumah ni! Roha rasa macam ada sesuatu dalam rumah Qis ni. Masa solat tadi, Roha rasa panas sangat. Hati Roha rasa betul betul tak tenteram. Rumah ni tak macam dulu dulu, kita datang".
Luahan hati ibu Qistina kepada Ayahnya.
"Awak ni! Janganlah fikir yang bukan bukan. Saya rasa ok aja... Perasaan awak sahaja tu. Mungkin sebab mereka jarang solat dalam rumah. Sebab itu lah awak rasa tak selesa. Kalau awak tak sedap hati sangat. Awak buka je surah dalam handphone awak tu sampai pagi. Tapi jangan kuat sangat. Kesian cucu kita tu tidur".
Ibu Qistina berpaling pula kepada Rosalinda yang lena tidur diatas katilnya dan memandang kepada suaminya yang mula melabuhkan punggungnya diatas sofa satu seat, sambil melihat lihat talifon bimbitnya. Ibu Qistina kembali menagis, bila terkenangkan anak kesayangannya itu.
"Saya berdoa sangat, Qis selamat dalam kemalangan itu abang. Hati saya betul betul remuk, bila tengok kereta Qis tadi. Harapan saya betul betul dihujung tanduk".
"Awak ni! Janganlah cakap macam tu. Kita berdoa aja untuk anak kita. Along dengan adik pun tengah risau dekat sana. Ini saya baru balas watsap anak anak kita. Mereka berdua juga turut menantikan pencarian Qis tu esok. Along nak datang sana. Tapi abang tak kasi. Mungkin esok mereka semua akan datang kesini. Adik juga akan balik sini lagi dua hari. Lepas selesai ujian akhir dia".
Terang ayah Qistina. Membuatkan Ibu Qistina berhenti menangis dan membuka al quran untuk mengaji dan berdoa untuk Qistina.
"Assalammualikum, selamat pagi cucu Mak tok".
Seyuman pagi Ibu Qistina kepada cucunya Rosalinda yang baru turun dari tingkat atas. Ibu Qistina yang sedang menghidangkan makan diatas meja, pergi kepada Roslainda yang menuruni anak tangga satu persatu dan mendokong Roslinda. Ibu Qistina meletakkan Rosalinda diatas kerusi meja makan.
"Bang! Cuba pergi kejutkan Kahi tu. Dah dekat pukul 10 pagi, tak bagun bagun lagi. Boleh kita makan sama sama nanti".
Ayah Qistina bangun dari tempat duduknya dan terus naik ketingkat atas.
"Tok! tok! tok!"
Beberapa kali ayah Qistina mengetuk, masih belum disahut oleh Khairul.
"Tok! tok! Tok! Khai dah bangun ke?"
Ayah Qistina setia mengetuk. Tetapi tidak ada sahutan juga. Ayah Qistina membuat keputusan untuk masuk sahaja kedalam bilik Kahirul. Bila tombol pintu dipusing, ayah Qistina menolak pelahan pintu bilik Khairul. Terkejut ayah Qistina bila melihat Kahirul terbaring diatas lantai dengan tuala dipinggang.
"Rohaaaa Rohaaa".
Jerit ayah Qistina kepada ibunya. Bergegas Ibu Qistina naik ketingkat atas dengan mendokong Rosalinda. Ibu Qistina meluru masuk kedalam bilik Khairul dan juga turut terperanjat melihat Kahirul yang terbaring diatas lantai.
Share this novel