Perempuan Sihir
Part2
"Tak sangka kau talam dua muka Ruhil. Aku sangkakan kau kawan satu ofis laki aku yang paling baik. Rupanya kau seperti duri dalam daging. Kau baik dengan aku bertujuan untuk memperbofohkan aku dan merampas Kahi dari tangan aku".
Qistina mengetap bibirnya menahan marah. Walaupun dengan mata terpejam, masih terbayang bayang aksi suaminya bersama Ruhil. Seorang kawan satu ofis Khairul yang sangat baik kepada keluarganya. Sering datang kerumah dan makan bersama sama, seperti satu keluarga. Qistina membuka matanya dan memandang kepada Rosalinda yang duduk termenung dianak tangga.
"Jom sayang".
Qistina berbisik kepada Rosalinda dan menghulurkan tangannya, agar anaknya dapat menyambutnya. Mereka berpimpingan dan menuruni anak tangga dan terus kepintu utama. Rosalinda sentiasa memimpin tangan ibunya. Bila melangkah keluar dari pintu utama, Rosalinda mengoyangkan tangan ibunya sedikit.
"Ibu, kenapa tak jumpa dengan Papa. Papa mana?"
Tanya Rosalinda dengan nada pelatnya, membuatkan hati Qistina bagai dicucuk pisau yang tajam. Bila anak perempuanya, mahukan papanya yang sedang sebuk bermain asmara dengan wanita lain.
"Papa ada dekat dalam rumah. Tapi dia banyak kerja sayang. Ibu ingat, baik kita jangan kacau papa, biarkan papa habiskan dulu kerjanya. Bila papa dah habis kerja, nanti papa ambil kita dekat rumah Mak tok ya. Sekarang ni! Kita balik rumah Mak Tok semula. Kita tunggu sampai Papa datang ambil kita".
Air mata yang sedari tadinya ditahan akhirnya mengalir deras, keluar dari kelopak mata. Sakit dihati tidak dapat ditahan lagi. Perasaan ingin membuat sesuatu kepada mereka berdua, mula memuncak muncak didalam dada. Qistina memandu pulang semula kerumah orang tua nya. Sepanjang perjalanan, Qistina hanya menangis. Rumahtangga yang dijaganya dengan baik, akhirnya bergelora dipukul badai. Dirinya yang begitu menghormati suaminya seperti menatang minyak yang penuh. Akhirnya minyak itu tumpah juga. Sepanjang perkawinannya dengan Khairul. Belum pernah sekali pun, dia tidak menjaga makan dan pakai suaminya. Malah ditempat tidur sekali pun dia tidak pernah menolak kemahuan Khairul, walaupun bandannya dalam keletihan. Belum pernah lagi dia mengabaikan Khairul. Segala arahan Khairul dipatuhinya. Walaupun Khairul jarang membawanya keluar berjalan jalan, tetapi Qistina tidak kesah semua itu. Baginya taat kepada suami itu adalah yang lebih penting. Tapi Khairul tetap curang di belakangnya.
"Apa dosa saya dekat awak Khai? awak sangup curang dengan saya. Saya tau, saya tak pandai bergaya dan cantik. Macam Ruhil, tapi sanggup awak curang dengan saya".
Qistina mula bebicara sendiri, bila melihat anak manjanya, terlentok tidur, sambil menongkat dagu dengan tangan, dikerusi kanak kanak dibahagian belakang. Air mata Qistina tidak henti henti dari mengalir.
"Ini ke yang aku dapat? Setelah aku menjaga kau dengan baik. Setelah aku hambakan diri setiap saat".
Luahan dan rintihan sahaja yang keluar dari mulut Qistina, sepanjang perjalanan kerumah ibu bapanya. Sampai disana sudah lewat malam. Qistina, mengambil kunci rumah, didalam beg tangannya dan menggendong Rosalinda yang begitu lena diseat belakang. Qistina membuka pintu rumah dengan pelahan lahan dan terus masuk kedalam biliknya, tanpa disedari oleh orang tua nya. Qistina meletakkan Rosalinda dengan pelahan diatas katil. Qistina juga baring disebelah anak kesayangannya itu. Masih terbayang bayang diruang mata Qistina, perbuatan jijik suaminya bersama kawan wanita satu ofis dengan suaminya itu. Qistina mengetap giginya dan mengengam jari jemarinya. Dadanya berdegup kencang, bila terbayang saat saat syaminya menjilat jilat kemaluan Ruhil.
"Sial betul".
Luah Qistina. Kecewa dan Amarah yang datang betul betul meluap luap. Dari sifat Qistina seoarang yang lembut, baik hati terhadap semua orang. Tidak pernah bercakap benda benda yang tidak baik. Kini perkataan SIAL keluar dari mulutnya.
"Apa guna aku berbuat baik. Sampai orang boleh pijak kepala aku. Dasar manusia bersifat bintang. Kalau kau nak sangat duduk dengan binatang, Baik! Aku juga boleh berperangai binatang macam korang. Lepas ni, tau lah nasib korang binatang. Aku akan buat, korang berdua sujut melutut dekat bawah telapak kaki aku. Aku aku jadi manusia paling jahat dan kejam. Kalau itu yang korang mahu lihat. Kau berdua akan terima balasannya. Bahagia korang berdua tak akan kenal lama".
Lafas Qistina, sambil mengetap getap giginya. Berbunyi giginya, bila diketap kuat, akibat bergesel. Dalam perasaan marah yang sangat meluap luap, akhirnya Qistina terlelap sehingga kepagi.
Menjelang pagi, ibu Qistina betul betul terkejut, bila kereta Qistina ada didepan rumahnya.
"Ehh bukan anak aku dah balik rumah dia ke, Malam tadi?"
Kata ibunya sendiri. Bila melihat kereta Qistina. Ibunya melihat kasut dilantai luar. Kasut Qistina juga ada. Ibunya lanats pergi kebilik Qistina dan mengetuknya.
"Qis! Qis ada dalam bilik ke?"
Teriak Ibu Qistina. Tersedar Qistina dari tidurnya, bila mendengar suara Ibu.
"Hmmmmm ada bu. Jap Qis bangun. Nanti Qis keluar".
Qistina memandang Rosalinda disebelahnya. Betul lena Rosalinda. Mungkin kerana dia letih. Pelahan lahan Qistina turun dari katil dan berdiri didepan cermin didalam biliknya. Qistina mengosok gosok matanya yang bengkak akibat menangis malam tadi. Qistina keluar dari bilik untuk berhadapan dengan ibu dan ayahnya yang sedang duduk bersarapan didapur. Sampai sahaja didapur, pelbagai soalan yang mereka ajukan kepada Qistina.
"Bila masa kamu balik kesini balik Qis?"
Tanya ayahnya
"Kereta kamu rosak ke? Itu yang kamu patah baik sini?"
Tanya ibunya pula.
"Atau kamu tertingal kunci rumah sana. Itu yang kamu patah balik kesini?"
Tanya ibunya lagi. Qistina melabuhkan bontotnya dikerusi dimeja makan dan mencapai air kopi yang telah dibancur oleh ibunya. Air kopi yang panas itu, membuatkan Qistina meniup beberapa kali, sebelum menghirupnya.
"Linda meragam malam tadi dalam kereta, itu yang Qis patah balik kesini. Takut pula dia tertegur apa apa ke? Boleh ayah buatkan air bacaan surah buat Linda".
Qistina mula menipu ibu dan bapanya. Qistina tidak mahu ibu dan ayahnya tahu kecurangan Khairul.
"Khai tahu tak, kamu patah balik sini?"
"Eh! Dia tak tahu ayah. Qis tak sempat sampai rumah, berjumpa dia. Lagi pun dia tak tahu Qis nak balik rumah sana. Yang dia tahu, Qis tidur rumah sini seminggu. Biarlah dia dengan kerja dia. Malas Qis nak campur".
Berkerut wajah ibu dan ayah Qistina, bila Qistina kata begitu. Tapi mereka sedikit pun tidak syak apa apa. Bagi mereka itu adalah sesuatu yang biasa.
"Ring! Ring! Ring!"
Sedang mereka berborak borak, talifon dirumah Ibu bapa Qistina berbunyi. Ibunya bangun dari tempat duduk dan berjalan laju, untuk menjawap pangilan itu. Bila gang gang diletakkan ditelinganya ibu Qistina mula bersuara.
"Hello assalammualikum"
"Waalaikumussalam ibu"
Disahut pula salam itu. Dan suara itu milik Kharul.
"Ohh Khai! Nak cakap dengan Qis ya? Kejap ibu panggilkan".
Ibu Qistina meletak gang gang talifon ditepi buku talifonnya. Dan berjalan sambil memanggil Qistina.
"Qis! Cepat. Laki kau talifon".
Ibu Qistina sedikit terjerit. Berdegup kencang jantung Qistina, bila Khairul berada ditalian. Qistina bangun dari tempat duduknya dan berjalan ketempat rak talifon diruang tamu. Terseyum ibunya, bila berselisih dengan Qistina. Qistina membalas senyuman ibunya dan kembali membuat muka marah, bila melepasi ibunya itu. Kerana marah dan benci yang terlampau sangat. Sehinggakan jarinya menggigil bila memegang gang gang talifon. Qistina meletakkan gang gang talifon ditelinganya dan mula bersuara.
Share this novel
kalau saya lah, saya x balik, saya tunggu sampai habis, sampai diorang perasan saya pastu saya tanya " bestnya, lepas ni jangan cari saya dan anak saya lagi ye. " hah macam tu, geram aku!!!!