Bab 11

Fanfiction Series 1842

"Semua barang dah ready? Ada apa-apa yang tertinggal?" tanya Sehun semasa dia hendak masuk ke dalam kereta. Krystal menggelengkan kepala lalu memasukkan bagasinya ke dalam but kereta.

Mereka berdua dihantar oleh pengurus Krystal untuk ke lapangan terbang Gimpo.

"Tadi kau cakap semua barang dah ada," rungut Sehun. Dia bercekak pinggang. Krystal tidak mendengar apa yang dibebelkan oleh lelaki itu kerana dia sibuk menelefon pengurusnya.

"Manalah aku tahu boleh tertinggal pulak passport tu. Rasanya dah ambil tadi," jawab Krystal. Dia sedang mencuba untuk mendail nombor pengurusnya semasa telefonnya menerima panggilan masuk daripada Amber.

Tanpa sempat Amber membuka mulut, Krystal terus menyerbunya.

"Eonni!" ujar Krystal separuh menjerit.

"Apa?"

"Eonni ada dekat mana??" tanya Krystal dengan cemas membuatkan Amber bingung.

"Dekat dorm kenapa?"

"Eonni tolong. Saya tertinggal passport. Saya try call manager oppa tapi dia tak angkat," jelas Krystal.

"Lama lagi ke?" celah Sehun. Krystal menjeling sekilas ke arah Sehun sebelum dia menjauhkan dirinya sedikit daripada lelaki itu.

"Eonni kena tolong saya. Sehun dah membebel ni. Kami dah nak kena masuk dalam kapal terbang."

"Passport tu ada dekat mana?" tanya Amber di hujung talian.

"Seingat saya, saya letak atas meja dalam bilik."

"Okey, dah jumpa. Kejap lagi eonni sampai," ujar Amber sebelum bunyi talian dimatikan.

Krystal mundar-mandir di situ sementara Sehun sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Krystal tidak mahu tahu siapa orang itu. Dia cuma berharap Amber cepat sampai sebelum pengumuman dibuat kepada semua penumpang untuk masuk ke dalam pesawat.

Hampir lima belas minit menunggu, akhirnya Amber berjaya menemui Krystal. Dia berterima kasih kepada Amber sambil memeluknya sebelum tergesa-gesa berjalan ke arah pegawai imigresen.

"Sehun, jaga Krystal elok-elok," Amber sedikit menjerit. Sehun hanya menaikkan cermin mata hitamnya dan tersenyum sinis.

*
Selepas sejam berada di dalam kapal terbang, Krystal terlelap. Kepalanya terlentok ke sebelah kanan dan mendarat pada bahu Sehun. Lelaki itu sedang termenung. Dia menolak lembut kepala Krystal. Selang beberapa minit, kepala Krystal sekali lagi terlentok pada bahunya. Namun kali ini Sehun tidak menolak. Dia meletakkan pipinya pada kepalanya gadis itu sebelum dia turut terlelap dan bermimpikan Krystal.

*
"Hari ni, ikan tak banyak," Kai duduk di samping Sang Soon. Dia mengibas mukanya dan cuba mengambil udara yang segar akibat kelelahan setelah lebih dua jam berada di sungai untuk menangkap ikan.

Sang Soon menjenguk ke dalam bekas yang dibawa pulang oleh Kai. Ada lima ekor ikan. Satu daripadanya agak besar. Dia kelihatan berpuas hati. Kai sudah mahir menangkap ikan jika hendak dibandingkan dengan minggu pertama lelaki itu tinggal dengannya.

"Kamu uruskan ikan ni. Saya nak keluar cari kayu api," Sang Soon bangun bangun namun dihalang oleh Kai.

"Ahjussi duduk aje dekat rumah. Biar saya yang keluar cari kayu api," ujar Kai yang rela hati hendak keluar untuk mencari kayu api. Sang Soon memandangnya dan cuba memastikan yang lelaki itu betul-betul serius dengan keputusannya.

"Saya serius. Biar saya yang buat. Jangan risau. Saya akan bawa balik kayu yang betul. Dulu memanglah saya tak kenal kayu api tapi sekarang dah mahir," ujar Kai sambil menepuk dadanya beberapa kali untuk meyakinkan Sang Soon. Akhirnya terletus tawa Sang Soon.

"Yelah, saya percayakan kamu."

Hampir lima belas minit berada di hutan, agak banyak kayu yang dapat dikumpul oleh Kai. Selepas berkira-kira hendak pulang, Kai mencari akar lembut yang boleh dibuat tali untuk dia mengikat semua kayu yang dikutip itu.

Niatnya terbantut apabila dia mendengar bunyi ranting patah seolah dipijak oleh sesuatu. Mujurlah, dia berada berhampiran satu pokok yang besar. Kai menyorok di sebalik pokok itu. Di dalam fikirannya cuma terlintas harimau memandangkan dia pernah terserempak dengan seekor harimau beberapa minggu yang lalu.

Sangkaannya meleset apabila dia terdengar dua suara yang berlainan sedang berbicara perkara yang dia sendiri tidak faham. Kai terkaku di tempatnya. Mustahil harimau dapat bercakap.

Dengan keberanian yang tersisa di dalam dirinya, Kai mengintai sedikit dari celah-celah daun dan dia ternampak dua susuk tubuh manusia sedang berjalan meninggalkan tempat itu. Kerana perasaan ingin tahu yang kuat, Kai mengekori mereka berdua sehinggalah dia tiba di satu lorong yang kecil. Lorong itu sepertinya sudah pernah dilalui kerana ada kesan rumput dipijak.

Kai menunggu sehingga mereka berdua menghilang dari pandangannya, kemudian barulah dia keluar dari tempat persembunyiannya.

Dia tertanya-tanya ke manakah jalan tersebut akan membawanya jika dia masuk ke situ. Kai melihat sekeliling dan berfikir beberapa kali sebelum kakinya mula melangkah membawa tubuhnya masuk ke lorong kecil itu. Kai tidak tahu sejak bilakah lorong tersebut digunakan ataupun dia yang tidak perasan ada lorong di situ. Tidak mahu memikirkan persoalan itu, Kai terus berjalan sehingga dia ternampak satu cahaya. Semakin Kai berjalan, cahaya itu semakin kelihatan. Kai berhenti apabila dia mendengar bunyi kereta.

Kai mempercepat langkahnya dan keluar dari lorong itu. Ia seolah sebuah mimpi. Dia kini berada di tepi sebatang jalan. Ada kereta, ada motosikal, dan yang penting ada manusia.

Dia mesti memaklumkan kepada Sang Soon mengenai perkara ini. Tanpa berlengah, dia kembali ke hutan.

"Ahjussi!"

Sang Soon terkejut apabila dia mendengar suara jeritan Kai. Dia segera mencuci tangannya dan keluar dari rumah. Dia sangkakan Kai berada dalam masalah.

"Kenapa?" soalnya apabila Kai berhenti di hadapannya. Dia melihat sekeliling lelaki itu. Tiada kayu api.

"Mana kayu api?"

"Ahjussi, saya jumpa jalan," ujar Kai dengan nafas yang termengah-mengah.

"Jalan?"

"Ada satu lorong... saya ikut lorong tu
... Jumpa jalan raya," ujar Kai.

"Lorong? Mungkin lorong pemburu. Kamu ada terserempak dengan mereka ke?" tanya Sang Soon.

"Saya sembunyi. Ahjussi, jomlah pergi ke sana. Kita boleh keluar dari tempat ni," ujar Kai. Dia menarik tangan Sang Soon namun terkejut apabila lelaki itu menarik kembali tangannya.

"Pergi bawa balik kayu api. Saya nak masak," gumam Sang Soon.

"Ahjussi-"

"Dah tak ada apa untuk saya buat di luar sana. Tiada siapa yang tunggu kepulangan saya. Lebih baik saya duduk dekat sini aje," ujar Sang Soon sebelum dia masuk ke kembali ke dalam rumah.

Kai memandang pintu rumah itu ditutup dari dalam sebelum dia melangkah pergi.

Tiba di pokok besar tadi, Kai memandang lama ke arah lorong itu. Ada satu tarikan yang membawa dirinya memasuki lorong itu sekali lagi. Kai menutup parut luka pada wajahnya. Dia memastikan tiada kereta sebelum dia melintas.

Seorang wanita sedang duduk termenung semasa Kai berhenti di hadapan gerainya. Tumpuan Kai ialah pada topeng muka.

"Ahjumma, berapa topeng ni?" tanya Kai.

"Yang tu percuma. Kamu boleh ambil seberapa banyak yang kamu mahu," jawabnya. Kai mengangguk dan mengambil dua. Satu terus dipakainya dan satu lagi dipakaikan pada pergelangan tangan kirinya.

Selepas mengucapkan terima kasih, Kai berkira-kira hendak pergi namun wanita itu menghalangnya.

"Tunggu sekejap."

Wanita itu tunduk untuk mengambil sesuatu.

"Kamu dah makan ke belum?" tanya wanita itu kepada Kai dan dijawab dengan gelengan.

"Baguslah. Ni ada makanan lebih. Saya tak tahu nak bagi dekat siapa. Kamu ambillah," Wanita itu menghulurkan satu plastik sederhana besar kepada Kai. Kai menjenguk ke dalam plastik itu. Matanya terbuntang kerana terdapat banyak makanan termasuklah dua mangkuk besar tteopokki.

Kai tidak tahu bagaimana hendak berterima kasih kepada wanita itu. Dia hampir menangis. Dia tidak tahu kenapa wanita itu memberikan makanan itu kepadanya seolah-olah wanita itu sudah tahu dia sudah lama tidak makan makanan seperti itu.

Kai terus berjalan. Dia tidak tahu di mana dia berada sehinggalah dia terbaca papan tanda 'Pusat Servis Kereta Bucheon'.

Memikirkan yang dia tiada walau sekeping wang, jadi tiada guna dia merayau di sekitar kawasan itu melainkan ada cara untuk dia mendapatkan wang.

Sedang Kai termenung di situ, seorang wanita melintasinya.

"Macam mana nak dapatkan wang?" Kai menggumam. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matahari sudah terpacak. Pasti Sang Soon sedang memarahinya kerana masih belum pulang membawa kayu api.

Malam tadi dia tidak dapat tidur kerana mendengar Sang Soon batuk sepanjang malam. Jika dia ada wang, dia mahu membelikan ubat batuk untuk lelaki itu. Tetapi di mana dia hendak mendapatkan wang tersebut?

"Muka kamu macam ada masalah aje. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Kai terkejut apabila ada seorang wanita menegurnya.

"Hah?"

"Kamu ada masalah ke?" tanya wanita itu sekali lagi.

"Saya perlukan wang untuk membeli ubat," ujar Kai. Keadaan yang mendesak dia berkelakuan seperti itu. Dia risaukan Sang Soon dan tak mahu lelaki itu jatuh sakit.

Tanpa berlengah, wanita itu menghulurkan sekeping not $100 kepada Kai. Tetapi Kai pula yang teragak-agak untuk mengambilnya.

"Tapi... ini banyak. Saya cuma-"

"Ambil ajelah. Saya ikhlas," ujar wanita itu. Kai masih hairan. Dia memandang wang di tangannya. Tidak sampai setengah jam dia keluar daripada hutan, dia sudah dapat makanan dan wang.

Kai memerhatikan wanita berbaju biru itu masuk ke dalam kedai dobi selang satu blok dari situ. Pasti dia bekerja di situ.

Wang di tangannya dicium lalu dia segera pergi mencari kedai ubat yang berhampiran.

*

Kai tiba di rumah dengan membawa plastik makanan dan ubat Sang Soon serta kayu api. Dia segera meletakkan kayu api di tempatnya dan bergegas masuk apabila dia terdengar bunyi orang batuk.

"Ahjussi," sapa Kai sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah.

Sang Soon sedang duduk dan dia terkejut melihat Kai membawa pulang plastik bersamanya.

Kai meletakkan plastik makanan ke atas meja. Dia membuka ubat untuk lelaki itu. Sang Soon yang bingung itu hanya menyambut ubat yang dihulurkan dan menelannya. Rasa manis yang terlampau itu membuatkan wajahnya berkerut. Dia menghulurkan kembali sudu kepada Kai.

"Mana kamu dapat duit untuk beli ubat?" tanya Sang Soon.

Kai duduk di hadapannya dan mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.

Mata Sang Soo terbuntang melihat sejumlah wang dihulurkan oleh Kai kepadanya.

"Ambil ni. Saya dapat $100. Ahjussi ambil lima puluh ribu won, saya ambil lima puluh ribu won. Kita bahagi dua," ujar Kai. Dia mendongak memandang Sang Soon apabila lelaki itu tidak menyambut huluran tangannya.

"Kamu ambil dekat mana wang sebanyak ni, Kai? Kamu pergi merompak ke?"

Kai tergelak. Dia berharap dia dapat melakukan perkara itu semasa dia keluar dari hutan itu tadi tapi siapa yang hendak dia rompak. Hidupnya  mungkin berakhir di penjara kerana percubaan yang gagal untuk merompak.

"Ada ahjumma yang bagi tadi. Ambillah," jawab Kai dengan selamba.

Sang Soon masih tidak percaya. Kai mendengus sambil dia bangun lalu meletakkan wang tersebut ke dalam tangan Sang Soon.

"Banyak tanyalah ahjussi ni. Ambil ajelah. Saya cakap nak beli ubat, kemudian ahjumma tu bagi duit.

Ahjussi simpan dulu duit tu. Kita bincang nanti. Sekarang kita berdua lapar jadi mari makan," Kai membuka plastik yang dibawa pulang tadi dan mengeluarkan satu mangkuk tteokpokki.

Sang Soon tersengih lebar. Sudah sepuluh tahun dia tidak menjamah makanan itu. Kai turut tersenyum apabila melihat Sang Soon tersenyum.

Makan tengah hari mereka pada hari itu adalah yang terbaik sepanjang Kai berada di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience