Bab 1

Fanfiction Series 1842

"Tahniah, Kai!"

Tangan yang dihulurkan kepadanya disambut dengan senang hati. Kai tersenyum. Hari ini merupakan hari paling gembira dalam hidupnya. Sekurang-kurangnya dia dapat tersenyum bahagia menggenggam segulung ijazah walaupun tanpa kedua-dua orang tuanya yang disayangi. Kawan-kawan disekelilingnya semuanya ditemani ibu bapa masing-masing dan ahli keluarga untuk meraikan detik gembira. Dia hanya mampu melihat semua itu dan berharap  yang ibu dan bapanya  sedang melihatnya dari atas sana. Gembira untuk dirinya. Dia pasti itu.

"Hei, Kai. Jom ambil gambar. Kau tak ambil lagi gambar dengan aku hari ni.  Taulah kau tu famous. Aku pun apa kurangnya kacak."

Lee Taemin, rakan satu jurusan dengannya, satu rumah sewa, dan juga satu bilik. Kamera dihalakan di hadapan wajah mereka. Klik. Terlakarlah satu lagi detik yang akan dijadikan memori masa tua mereka nanti.

Sekejap sahaja Taemin sudah menghilang entah ke mana. Datangnya hanya sekadar untuk mengambil gambar itu. Itulah Taemin, terkenal dalam kalangan rakan sekelasnya sebagai seorang yang gemar berselfie dan hampir setiap hari, laman Instagramnya pasti akan dikemas kini dengan gambar selfienya.

Gelak ketawa seseorang menarik perhatian Kai. Kai menoleh. Jarak beberapa meter memisahkan dirinya dengan seorang gadis yang berjaya mencuri hatinya sejak daripada tahun pertama lagi. Krystal Jung, gadis tinggi berambut panjang yang sentiasa tersenyum. Kulitnya yang tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah menambah kecantikan yang ada padanya.

Dia teragak-agak mahu mendekati Krystal. Gadis itu sedang bergambar dengan kawan baiknya, Oh Sehun. Lelaki kacak yang menjadi kegilaan ramai. Sedikit sebanyak dia cemburu dengan Sehun. Setelah berkira-kira yang dia tidak akan mengganggu sesi bergambar mereka berdua, Kai mendekati Krystal.

"Hai," sapa Kai dengan sopan disertakan dengan senyuman walaupun jantungnya berdebar seperti mahu pecah pada masa itu.

"Oh, hai. Kai," sapa Krystal kembali. Kai terkejut. Bagaimana Krystal tahu namanya? Krystal kelihatan serba salah pula melihatkan Kai yang tidak memberikan respons kepadanya. Dia tertanya-tanya adakah dia tersalah sebut nama lelaki berkulit tan di hadapannya itu. Rasanya itulah namanya. Kim Jong In, atau lebih dikenali dengan nama Kai oleh rakan di sekelilingnya. Berbakat dalam menari dan pandai memikat hati wanita. Siapa yang tidak jatuh hati dengan lelaki itu.

"Kai. Betul nama tu kan?" tanya Krystal kembali. Mahukan kepastian. Sehun di sebelah, hanya sibuk dengan telefonnya. Seperti tidak berminat dengan perbualan dua orang yang janggal itu.

"Err.. ya. Itu nama saya. Kai," Kai tersengih persis model ubat gigi di kaca televisyen. Dia mencari ayat yang sesuai untuk dilontarkan bagi memulakan perbualan. Dirinya yang datang menyapa, jadi dialah yang perlu mengetuai perbualan itu.

"Sebenarnya, saya dah lama perhatikan awak," ujar Kai. Dalam hati, dia mengutuk dirinya sendiri. Lain yang difikirkan, lain pula yang keluar dari mulutnya. Krystal mengerutkan dahi. Apa maksud lelaki itu?

"Perhatikan saya? Maksudnya?"

"Er.. Sebenarnya saya sukakan awak. Sejak dari tahun pertama lagi," Akhirnya keluar juga ayat yang disimpan selama empat tahun itu. Namun, perasaannya pada masa itu hanya Tuhan yang tahu. Malu yang teramat. Jika boleh, mahu sahaja dia mengorek tanah dan menimbus dirinya di dalam tanah. Mungkin untuk sepuluh tahun yang akan datang. Sehun mula tertarik untuk menyertai perbualan yang pada mulanya dianggap ringkas itu, apabila dia mendengar luahan hati Kai.

"Wow, dalam diam ada peminat rupanya kau ni," Sehun menyiku lengan Krystal. Krystal hanya tersenyum kekok. Apa yang dah berlaku ni? Dia berniat mahu berkawan dengan Kai namun pengakuan Kai itu membuatkan dirinya menjadi seribu kali lebih kekok untuk mengikat tali persahabatan.

"Terima kasihlah sebab minat saya. Rasa gembira pun ada bila dapat tahu ada orang minat saya," Krystal pula yang kekok. Senyuman jelas dibuat-buat. Kai, usah cerita, telinganya sudah merah padam.

"Jadi Kai, apa yang kau expect daripada Krystal? Nak suruh dia terima kau jadi kekasih dia ke? Hahaha," Sehun cuba mengusik Kai. Mungkin mahu meredakan suasana yang sedikit kekok itu. Kai pantas mengeleng.

"Tak, tak. Bukan macam tu. Saya sekadar nak berkawan dengan kamu berdua. Saya nak jalinkan hubungan persahabatan. Mungkin saya bukan lelaki pilihan Krystal, tapi sekurang-kurangnya saya mahu berkawan. Cukup sekadar kawan dulu.. buat masa ni," ujar Kai.

"Awak tahu Kai, saya sebenarnya dah lama perhatikan awak. Cara pergaulan awak, gaya awak," ujar Krystal. Kai terkejut dengan kata-kata Krystal. Dia memandang Sehun. Lelaki itu hanya tersenyum. Langsung tidak nampak riak terkejut. Mungkin lelaki itu sudah tahu mengenainya.

"M-maksudnya?"

"You are her style, Kai," jawab Sehun bagi pihak Krystal. Kai semakin bingung.

"Awak ada ciri lelaki yang saya suka. Saya nak kenal awak dengan lebih dekat lagi. So, kita kawan?" Krystal menghulurkan tangannya. Kai memandang tangan Krystal. Dia mengambil masa untuk menyambut huluran tangan itu.

"Kita kawan."

"Okay guys, smile!" Satu, dua, tiga, klik! Cepat sahaja Sehun bertindak mengambil gambar. Kai dan Krystal belum betul-betul bersedia. Mereka bertiga tergelak melihat gambar itu.

Maka, terjalinlah satu hubungan baru di antara mereka bertiga. Semoga persahabatan mereka kekal sampai bila-bila.

Beberapa tahun kemudian..

-Chatroom-
Sehun: Hey, Krystal! Hari ni hari penilaian kau kan?

Krystal: Ya. Nervous gila.. TT_TT

Sehun: Jangan risau. Aku akan sentiasa ada untuk sokong kau. Kau dah bertolak ke?

Krystal: Dalam perjalanan. Kai dah tunggu dekat sana.

Sehun:  Hey, Kai! Jaga elok-elok kawan aku ni. Kalau jadi apa-apa dekat dia, siap kau!

Kai: Diamlah kau!

Mereka bertiga sudah ada kerjaya masing-masing. Sehun kini menjadi koreografer yang berjaya. Kai pula menjadi salah seorang penari di salah sebuah label muzik yang ternama di Korea Selatan, iaitu S.M. Entertainment. Manakala Krystal berjaya menamatkan tempoh traineenya di bawah syarikat yang sama dengan buah hatinya, Kai. Berkat usahanya selama ini, dia berjaya mengejar impiannya untuk menjadi seorang artis K-Pop.

Krystal gigih berlatih dan membuat persiapan untuk debutnya. Kai, sibuk dengan kelas tariannya dan persiapan untuk debut trainee dan juga comeback. Sehun pula, berulang-alik dari Korea ke China kerana mendapat tawaran untuk mengadakan bengkel tarian, menjadi juri dan pelbagai lagi.

"Baiklah untuk hari ini, kamu berlima akan dinilai," ujar Yunho selaku trainer f(x).

"Saya dah tetapkan koreografer masing-masing. Kamu akan jumpa mereka sekejap lagi. Kasper tak dapat turut serta, jadi kita ada seorang koreografer baru dari luar, dan dia akan bimbing kamu, Krystal," Yunho memandang Krystal. Bulat mata gadis itu. Dia menghalakan jari telunjuknya ke muka sendiri. Amber, Luna, Sulli dan Victoria di sebelahnya, cuba mengusik Krystal. Krystal beruntung kerana mendapat koreografer dari luar. Mungkinkah kacak seperti Kasper? Atau lebih kacak? Mereka menjadi teruja walaupun koreografer itu bukan untuk mereka.

"Dia akan sampai lambat sedikit kerana dia bertolak dari China. Untuk jadual pada hari ini..." Yunho memberikan penerangan ringkas tentang jadual mereka pada hari itu. Sebaik sahaja selesai, mereka di sapa oleh seseorang di muka pintu.

"Oh, kamu dah sampai. Masuklah. Selamat datang," ujar Yunho. Dia segera mendapatkan orang yang dinanti-nanti oleh mereka berempat sejak sejam yang lepas.

Amber, Luna, Sulli, Victoria dan Krystal berpaling serentak untuk melihat siapa gerangan lelaki yang akan menjadi koreografer kepada Krystal yang bertuah ini.

Sebaik sahaja pandangan mata Krystal dan lelaki itu bertembung, Krystal pantas berdiri kerana terkejut dan tidak percaya.

"SEHUN!" jerit Krystal membuatkan semua orang yang berada di dalam bilik itu terkejut kecuali Sehun.

"Yes, it's me. Rindu aku tak?" Sehun mendepakan tangannya.

Tanpa menunggu lama, Krystal terus berlari mendapatkan Sehun dan memeluknya erat. Rindunya pada lelaki itu tidak tertahan. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu. Mungkin hampir tiga tahun. Selepas graduasi, dia semakin fokus kepada debutnya. Masa hanya diluangkan di rumah ataupun di bilik latihan. Tiada masa mahu berseronok. Usahkan mahu bertemu dengan Sehun, dengan Kai pun dia jarang berjumpa walaupun mereka bernaung di bawah syarikat yang sama. Dalam sebulan, boleh dikatakan cuma sekali ataupun dua kali mereka bertemu. Kadang-kadang langsung tidak.

"Macam mana kau boleh jadi koreografer aku?" tanya Krystal. Sekarang tinggal mereka berenam. Yunho sudah keluar setelah memastikan semuanya baik-baik sahaja untuk dia tinggalkan.

"Macam mana kau boleh jadi anak murid aku pula?" Soalan dibalas dengan soalan. Sehun memandang rakan-rakan Krystal.

"Tak sangka dapat anak murid yang hodoh macam kau. Ingatkan dapat yang cantik macam kawan-kawan kau ni," Sehun mengenyitkan mata kepada Victoria. Satu ketukan mendarat di kepalanya. Sehun mengaduh sakit.

"Yang hodoh nilah yang sayang kau. Yang kau rindu," Krystal berpura-pura merajuk.  Sehun tersengih. Dia menggosok lembut kepala Krystal.

"Ya, ya. Aku minta maaf."

"So, boleh kita mulakan sekarang?" Sehun bangun dan menghulurkan tangan kepada Krystal. Gadis itu mendongak memandangnya sebelum dia tersenyum dan menyambut huluran tangan Sehun. Amber, Sulli, Luna dan Victoria keluar dari situ untuk bertemu dengan koreografer masing-masing. Mereka akan dinilai malam nanti. Jadi, Yunho memberikan mereka masa untuk berlatih dan memperkemas lagi apa yang patut.

"Dah ready?" tanya Sehun. Tangannya mendarat di atas bahu Krystal. Krystal tersenyum senang.

"I'm ready for it."

Mereka beriringan masuk ke dalam bilik latihan. Yunho sudah menunggu mereka berdua sejak sepuluh minit yang lepas. Tanpa berkata apa-apa, Krystal terus memulakan sesi penilaiannya. Tarian yang kemas dan teratur diiringi muzik berjaya memukau Yunho bahkan Sehun. Krystal kelihatan sangat berbeza  dari dirinya yang biasa Sehun lihat. Krystal yang ceria dan sentiasa tersenyum,  berubah menjadi serius. Dia betul-betul fokus dengan tariannya.

Yunho berpuas hati dengan kerja Sehun. Dia memberi isyarat kepada Sehun untuk bersedia untuk sesi kedua iaitu duet. Sehun memilih lagu Only One oleh BoA. Mereka memulakan langkah. Pergerakan Sehun kelihatan lancar dan kemas namun Krystal membuat silap di beberapa bahagian. Sehun mula risau namun mereka dapat menamatkan tarian itu dengan baik.

"Krystal, menurut pemerhatian saya, kamu perlukan lebih banyak latihan untuk memperkemaskan lagi tarian kamu. Saya tahu kamu bagus. Saya terpukau dengan hasil kerja kamu sebentar tadi," Yunho menyuarakan pendapatnya. Krystal tersenyum senang mendengar pujian yang diberikan kepadanya.

"Jangan terlalu gembira. Banyak yang perlu kamu belajar daripada Sehun," sambung Yunho. Sehun dan Krystal memandang satu sama lain. Mereka tersenyum.

Pandangan Yunho beralih kepada Sehun. Pandangan penuh makna. Sehun menjadi gugup pula.

"Sehun, saya akan perhatikan kerja kamu. Pemantauan berkala akan dilakukan. Buat yang terbaik. Bukan mudah untuk masuk ke sini," ujar Yunho. Penerangan yang jelas dan padat diberikan. Berharap Sehun memahaminya dan membimbing Krystal menjadi antara yang terbaik S.M. Entertainment dapat keluarkan. Dia nampak masa depan gadis muda itu. Yunho bangun dari duduknya.

"Terima kasih atas kerjasama kamu berdua. Jumpa nanti," usai berkata, dia keluar dengan langkah yang ringan. Tangan dimasukkan ke dalan poket lagak seseorang yang sepatutnya di situ.

Krystal menggapai tangan Sehun.

"Terima kasih."

Sehun tersenyum.

"Sama-sama."

Sehun memandang pintu, memastikan yang tiada orang di situ selain dirinya dan Krystal.

Sebaik sahaja pintu tertutup rapat, segera tangannya menarik telinga Krystal.

"Arghhh, sakitlah!" Krystal menjerit kesakitan. Dia cuba menarik tangan Sehun daripada telinganya. Berjaya.

"Sakitlah!"

"Kita hampir dalam masalah tadi tau!" marah Sehun. Dia meninggikan sedikit suaranya tanda dia sedang marah dan dia mahu Krystal tahu dia serius pada masa itu.

"Kenapa pulak?" Krystal bingung dengan kata-kata Sehun. Dia cuba memikirkan salahnya tetapi rasanya dia belum membuat apa-apa kesalahan terhadap lelaki itu pada hari ini. Telinganya yang merah dipegang.

"Macam mana boleh salah step? Aku hampir kena buang tau! Ini hari pertama aku!" marah Sehun. Kini barulah Krystal faham. Rupa-rupanya mengenai penilaian tadi. Hatinya lega. Ingatkan perkara serius apa tadi.

"Kau kena hati-hati. Masa depan kerjaya kau kat sini, terletak di kaki aku," Krystal menghalakan kakinya kepada Sehun. Dia tersenyum senang sambil berjalan keluar meninggalkan Sehun di situ.

Sehun hanya mampu ketawa. Dia tidak percaya yang masa depannya di situ terletak pada Krystal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience