Bab Akhir

Fanfiction Series 1842

Jam menunjukkan pukul sepuluh malam. Sudah empat jam sejak Krystal pengsan. Gadis itu masih belum sedarkan diri. Kai setia berada di sisinya sejak petang tadi. Langsung tidak memikirkan dirinya yang belum berehat dan makan malam. Memang Sang Soon memesan kepadanya supaya makan, tetapi dia tidak mahu jika dia keluar dari situ, Krystal terjaga dan tiada siapa di sisinya. Biarlah dia menjadi orang pertama yang menyapa pandangan Krystal walaupun gadis itu masih marahkannya.

Kai memarahkan dirinya yang terlalu cuai. Dia sepatutnya berhati-hati semasa bercakap dengan Taemin. Lihat sahajalah sekarang kesannya. Krystal sudah mengetahui rahsianya dan dia tidak tahu jika gadis itu dapat memaafkan dirinya ataupun tidak. Dia risau jika peluangnya untuk merebut kembali hati gadis itu sudah tertutup sepenuhnya.

Satu keluhan yang berat dilepaskan. Dia menongkat dagunya pada tilam. Wajah lena Krystal dipandang. Entah apa yang dilakukan oleh Krystal sehingga sangat sukar untuk dia lepaskan gadis itu. Krystal mampu menguasai hatinya sehingga dia terperangkap dalam cinta gadis itu.

Semasa Kai asyik merenung wajah Krystal, dahi gadis itu tiba-tiba berkerut. Kai segera membetulkan duduknya kerana terkejut. Jarinya juga bergerak-gerak. Beberapa saat kemudian, matanya perlahan-lahan terbuka.

Perkara pertama yang dilihatnya ialah seorang lelaki sedang memerhatikannya. Krystal cuba memproses apa yang sedang berlaku. Di mana dia berada dan bagaimana dia boleh berada di situ?

"Krystal," tegur Kai. Dia mahu memastikan gadis itu betul-betul sedar.

Akhirnya Krystal sedar yang dia berada di hospital. Dia sudah ingat yang dia pengsan semasa bergaduh dengan Kai di tempat parkir petang tadi. Kai?

Krystal pantas memandang Kai. Mulutnya ingin berkata sesuatu tetapi Kai terlebih dahulu meletakkan jari telunjuk pada bibirnya untuk menghalangnya daripada berkata-kata.

"Sekarang bukan masa yang sesuai untuk kita bertengkar mengenai apa-apa. Kesihatan awak lebih penting," ujar Kai dengan tenang dan lega kerana sekurang-kurangnya ada orang menemaninya di situ.

"Saya lapar," ujar Krystal. Perutnya berkeroncong. Pantas dia menekup perutnya dengan tangan. Kai hampir tergelak. Dia meminta diri untuk membelikan makanan kepada Krystal dan juga dirinya yang kelaparan itu.

Krystal memasukkan tiga keping kimbap sekaligus ke dalam mulutnya menyebabkan dia tersedak. Kai segera menghulurkan air kepadanya. Belakang Krystal digosok lembut. Sikap prihatin Kai itu sedikit sebanyak menyentuh hatinya.

Setelah batuknya reda, Krystal kembali makan. Dia melihat ke arah Kai yang sedari tadi memerhatikan dirinya makan. Raut wajah lelaki itu jelas kelihatan penat.

"Awak tak makan ke?"

Pertanyaan daripada Krystal mengejutkan Kai. Dia berdehem sebelum memberikan respons.

"Sekejap lagi saya makan," jawabnya ringkas.

Kerana tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut, Krystal hanya diam dan menghabiskan makanannya.

Selepas makan, Krystal bersandar pada katilnya. Tangannya lincah menekan papan kekunci pada telefonnya. Sesekali dia menjeling ke arah Kai yang sedang menikmati tteokpokki yang dibelinya tadi. Sungguh berselera lelaki itu makan. Mungkin kerana penat menjaganya. Tetapi tiada siapa yang menyuruh dia berbuat demikian.

Selepas menghabiskan makanannya, Kai kembali duduk di situ. Krystal kehairanan.

"Awak tak nak balik lagi ke?" tanya Krystal.

"Saya akan temankan awak dekat sini," jawab Kai.

"Saya okey. Pergilah balik. Cuma demam aje. Bukannya saya terlantar dekat katil ni," ujar Krystal dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya dia agak rimas bila lelaki itu sentiasa ada di dalam bilik itu. Dia kurang mendapat privasi. Lagipun, dia masih belum betul-betul bersedia untuk menerima apa yang telah berlaku.

"Betul awak dah okey ni?" Kai meminta kepastian dan dia mendapat satu anggukan daripada Krystal.

Hatinya berat untuk meninggalkan Krystal di situ. Tetapi, dia faham. Gadis itu perlukan masa untuk bersendirian.

Krystal memerhatikan gerak-geri Kai. Lelaki itu bangun dengan malas. Jaketnya yang disangkut pada kerusi disarung ke tubuhnya kembali. Telefon di atas meja dicapai.

Apabila melihat semua itu, entah bagaimana dia berasa berat pula hatinya untuk membiarkan lelaki itu pergi.

"Kai," panggil Krystal semasa Kai sudah memegang tombol pintu.

"Ya?" Kai berhenti di situ dan berpaling ke arah Krystal.

"Boleh awak tinggal dekat sini? Temankan saya."

Soalan yang tidak dijangka daripada Krystal itu mengejutkan Kai. Automatik satu senyuman terukir di wajahnya. Dia pantas menghampiri katil Krystal dengan wajah yang ceria dan duduk kembali di kerusi.

Krystal tidaklah menunjukkan wajah yang terlalu teruja tetapi dia tetap tersenyum.

"Saya nak tidur," Krystal berbaring dan menarik selimutnya. Kai tersenyum melihat wajah polos gadis itu yang sedang tidur. Terasa tenang hatinya dapat berada dekat di sisi Krystal.

Beberapa minit kemudian, matanya turut terasa berat. Dia menongkat lengannya pada katil. Kepalanya direhatkan di atas lengannya. Sekejap sahaja dia sudah terlena.

Krystal membuka kembali matanya saat dia mendengar dengkuran halus daripada Kai.

Lama dia memerhatikan wajah lena lelaki itu. Ya, memang lelaki itu ialah Kai. Dari matanya, turun ke hidung hingga ke bibirnya. Dia masih ingat wajah itu malah setiap inci wajah Kai. Tetapi apa yang berbeza ialah ada segaris parut di pipi sebelah kirinya. Perlahan-lahan tangannya menghampiri wajah Kai. Dengan berhati-hati, dia menyapu lembut parut itu untuk tidak mengejutkan Kai. Akhirnya air mata yang ditahan sedari tadi, terhambur jua.

"Saya rindukan awak, Kai," ujarnya perlahan.

Malam itu, Krystal sedar silapnya yang tidak menjaga hubungannya dengan Kai dan kedegilannya telah membawa kepada diri Kai pada hari ini. Dia menangis sepuasnya sehingga dadanya terasa sakit. Akhirnya dia terlena di situ dengan tangan Kai berada dalam genggamannya.

*

Tidurnya sangat lena. Krystal terjaga selepas diulit mimpi indah. Tetapi saat dia membuka matanya pada pagi itu, tangannya kosong. Kai tiada di sisinya. Krystal mula cemas. Tetapi sebaik sahaja kakinya mencecah lantai marmar putih itu, pintu wadnya dikuak dari luar. Kai masuk bersama dengan satu plastik di tangannya.

"Selamat pagi. Saya turun belikan sarapan untuk awak. Pagi ni awak dah discharge. Saya dah uruskan semua. Sekejap lagi kita balik. Tapi awak kena makan dulu. Lepas tu mandi dan kita boleh pulang. Hari ni awak rehat aje di dorm. Manager, dah bagitahu awak tak perlu sertai aktiviti kumpulan untuk hari ni," jelas Kai panjang lebar. Krystal hanya memerhatikan lelaki itu menghidangkan sarapan untuknya. Dia tidak berkata apa-apa.

"Awak makan dulu ya. Saya tunggu dekat luar," ujar Kai sebelum dia menghala ke arah pintu.

Baru separuh berjalan, dia terasa belakangnya dipeluk kemas. Tangan Krystal melingkari pinggangnya dan kepala disandarkan pada belakangnya. Kai memusingkan badannya sebaik sahaja pelukan dileraikan.

"Kryst-"

Matanya terbuntang apabila Krystal menciumnya kilat untuk menyuruhnya diam.

"Awak tak perlu cakap apa-apa. Saya tak perlukan alasan untuk terima awak balik sebab saya tak pernah lepaskan awak pergi," ujarnya dengan tenang. Tiada langsung nada marah.

Kai sangat gembira mendengar luahan hati Krystal itu. Akhirnya dia dapat bersatu kembali dengan gadis yang sangat dicintainya itu. Cintanya pada Krystal sentiasa mekar dan tidak akan terpadam selamanya. Itu janjinya.

"Selamat hari lahir, Krystal," ucapnya disertakan dengan satu ciuman hangat di dahi gadis itu.

"Terima kasih, Kai," Krystal memeluknya kembali. Dia terasa sangat bahagia. Apapun alasan Kai menipu dirinya, biarlah lelaki itu sahaja yang menyimpannya. Dia sudah tidak kisah akan semua itu. Yang penting sekarang ialah Kai ada bersamanya dan tidak akan tinggalkan dirinya lagi.

"Awak makan dan bersiap ya. Saya tunggu dekat luar," ujar Kai sebelum keluar.

*

Kai mahu menghantar Krystal pulang ke dormnya tetapi gadis itu berkeras mahu ke bangunan S.M. Entertainment. Semua ahli lain tiada di dorm jadi dia akan kebosanan. Kalau dia keluar dari dorm itu, sekurang-kurangnya dia dapat bersama Kai.

Mereka berdua tiba di bangunan S.M. Entertainment sejam setengah jam kemudian. Kai memakirkan keretanya di bahagian hadapan bangunan tersebut. Ketibaan mereka disambut oleh Sehun yang kebetulan baru hendak masuk ke dalam keretanya.

Dia terkejut dengan kehadiran Krystal di situ. Pintu keretanya ditutup kembali saat mereka berdua menghampirinya.

Kai berhenti di hadapannya dan menghadiahkan satu senyuman yang lebar ke arahnya. Sehun tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum. Akhirnya Kai kembali dan mereka bertiga dapat bersatu kembali.

Satu pelukan yang erat dihadiahkan sebagai hadiah kepulangan Kai. Dia menepuk belakang Kai beberapa kali sebelum pelukan dileraikan.

"Selamat kembali, Kai," ucap Sehun kepada Kai.

"Kenapa nak ucap selamat pulak? Aku tak pernah ke mana-mana pun," jawab Kai sebelum mereka bertiga ketawa.

Pandangan Sehun terhala ke arah Krystal. Sedikit sebanyak Krystal berasa gementar apabila Sehun merenungnya. Kai memberi ruang kepada Sehun kerana dia tahu apa yang bakal diluahkan oleh lelaki itu. Taemin sudah menceritakan segalanya kepadanya semalam.

"Krystal, aku minta maaf," Sehun memulakan bicara. Dia menarik tangan Krystal ke dalam genggaman tangannya. Krystal hanya membiarkan perbuatannya itu.

"Aku nak minta maaf dekat kau. Sebab ego aku, aku hampir hilang seorang kawan baik yang sentiasa ada di sisi aku tak kira masa. Aku akui aku terlalu memaksa kau untuk terima aku. Aku minta maaf."

Krystal sangat terharu mendengar luahan perasaan oleh Sehun itu. Dia tidak menyangka Sehun akhirnya dapat juga menerima takdir untuk mereka berdua. Kini tiada lagi beban buat dirinya. Dia tidak perlu lagi memberitahu lelaki itu berkali-kali perkara yang sama.

"Kau tak ada salah pun dengan aku, Sehun. Semua orang ada perasaan. Tak salah untuk kau cintai aku tapi aku tak dapat nak balas cinta kau. Sebab tu aku suruh kau berhenti, daripada kau sendiri yang sakit," balas Krystal. Dia terasa genggaman tangan Sehun semakin kemas.

"Aku rindukan kau yang dulu," sambungnya lagi. Seraya itu Sehun memeluknya kemas.

"Aku sayangkan kau, Krystal. Kau sahabat aku sampai mati," ucap Sehun dalam nada yang sebak. Air mata yang bertakung di tubir matanya cuba ditahan agar tidak menitis.

"Sikit-sikit aje dahlah. Jangan nak lebih-lebih. Krystal aku punya," Kai cuba meleraikan pelukan mereka. Krystal dibawa ke dalam dakapannya membuatkan Sehun menjelingnya tajam. Tetapi dia tahu Sehun hanya bergurau.

"Aku ada hal nak kena settle. Jadi, kita jumpa nanti ya," Sehun menggosok sekilas kepala Krystal tanda ucapan selamat tinggal sebelum dia masuk ke dalam kereta. Kai dan Krystal berjalan masuk ke dalam bangunan.

Sehun membetulkan rambutnya sebelum gear ditukar kepada 'R'. Dia mengundurkan keretanya tanpa teragak-agak. Ada seseorang kebetulan lalu di belakang keretanya. Gadis itu menjerit ketakutan bercampur rasa terkejut kerana tiba-tiba kereta hitam itu mengundur. Nasib baik Sehun sempat membrek sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Dia pantas turun daripada kereta dan menghampiri gadis itu.

"Cik tak apa-apa?" tanya Sehun penuh prihatin.

Dia membantu gadis itu untuk bangun.

"Ya, saya okey," Gadis itu bangun dengan bantuan Sehun.

"Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak perasan ada orang di belakang. Memang salah saya," Sehun berkali-kali meluahkan rasa bersalahnya.

"Tak apa. Lagipun saya tak cedera pun," jawab gadis itu. Dia agak segan untuk bercakap sambil memandang wajah jejaka tampan di hadapannya itu.

Entah di mana silapnya, hari ini merupakan hari pertama dia melapor diri di bangunan di hadapannya itu tetapi sekarang dia hampir dilanggar dan jejaka yang berdiri di hadapannya itu telah berjaya mencuri hatinya.

"Okeylah, kalau macam tu. By the way, saya Oh Sehun, koreografer di..." Wajahnya dihalakan ke arah bangunan yang tersergam indah di belakangnya. Gadis itu turut memandang ke tempat yang sama.

"Di S.M. Entertainment ni?" soalnya, inginkan kepastian. Sehun mengangguk sambil memejamkan matanya.

"Err... Saya Lee Ji Eun. Trainee baru dekat sini," balas Ji Eun sambil menyambut huluran tangan Sehun. Mereka bersalaman tanda perkenalan.

"Trainee dekat sini? Wow," balas Sehun dengan wajah yang jelas terpancar keterujaan.

"Kalau macam tu, izinkan saya sekejap ya," Sehun kembali ke dalam keretanya. Dia memarkirkan kembali keretanya.

"Hyung, meeting hari ni cancel. Saya ada hal lagi penting," ujarnya seraya panggilannya kepada seseorang dijawab.

Sehun keluar daripada kereta dan menghampiri Ji Eun. Sekuntum mawar merah dihulurkan kepada Ji Eun membuatkan gadis itu terkejut. Entah dari mana dia mendapatkan bunga tersebut. Tetapi Ji Eun tetap mengambilnya dan mengucapkan terima kasih. Kemudian mereka beriringan masuk ke dalam bangunan itu.

*

Kai dan Krystal masing-masing berdiri menghadap tasik yang terbentang luas itu. Mereka berdua bercuti ke Yeongdong-gun untuk meluangkan masa bersama untuk sehari.

Di tangan Kai terdapat topeng putih yang dipakainya semasa dia menjadi Shadow dan juga Shin Hee.

Kai memusingkan badannya dan menghadap Krystal. Dia menikam pandangan mata Krystal.

"Terima kasih sebab terima saya kembali lepas apa yang saya dah buat dekat awak. Tipu awak dan sakitkan hati awak. Saya buat semua ni ada sebabnya. Saya muncul sebagai Shadow sebab awak tak lagi cintakan saya. Saya fikir dengan menukar identiti saya sebagai orang yang berbeza, mungkin saya dapat merebut kembali hati awak sebab saya masih cintakan awak," Kai meluahkan rahsia hatinya kepada Krystal. Sudah tiba masanya gadis itu tahu segala-galanya.

"Cinta saya pada awak tak pernah berubah, Kai. Walaupun awak muncul sebagai Kai ataupun sebagai Shadow," balas Krystal. Dia menggenggam tangan Kai dengan lebih erat untuk meyakinkan lelaki itu.

Tidak tergambar perasaan bahagianya selepas mendengar kata-kata Krystal. Di dalam hati, dia berjanji yang dia tidak akan lukakan hati gadis itu lagi dan akan sentiasa ada di sisinya setiap masa.

Topeng putih di tangannya dipandang. "Terima kasih sebab sedarkan aku yang aku tak patut jadi pengecut dan lari dari takdir aku. Aku patut hadapinya sebagai diri aku sendiri, dan bukannya sebagai orang lain. Selamat tinggal, Shadow..."

Tanpa teragak-agak, dia membaling topeng itu ke dalam tasik. Sebelah tangannya masih menggenggam tangan Krystal. Mereka berdua kembali merenung tasik. Maka, terjalinlah kembali satu ikatan yang terlerai di tengah jalan. Semoga ikatan baru ini tidak akan terputus lagi sampai bila-bila.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience