Bab 15

Fanfiction Series 1842

Sejak memenangi pertandingan menari tempoh hari, Kai sering menerima panggilan untuk menjadi juri beberapa pertandingan tarian. Dia juga dibayar untuk menjadi penari latar di beberapa buah konsert. Jika ke luar negara, Kai tidak pernah lupa untuk membelikan buah tangan kepada ayah angkatnya, Sang Soon. Walaupun sudah beberapa kali ditegur, tetapi dia tetap berdegil mahu belikan sesuatu. Akhirnya Sang Soon mengalah. Dia sedikit sebanyak merasa gembira dapat menikmati masa tuanya dengan bahagia.

'Lee Shin Hee dilaporkan menderma 700,000 won kepada rumah anak yatim'

Sang Soon tersenyum ketika dia membaca tajuk akhbar. Wajah Kai menjadi penghias utama akhbar pada hari itu. Empunya badan entah di mana keberadaannya. Semasa dia masuk ke bilik Kai pukul lapan pagi tadi, lelaki itu sudah tiada.

Sejak kebelakangan ini, Kai agak sibuk. Semalam dia dipanggil untuk konsert di Busan. Ingatkan hari ini, bolehlah dia berehat, tetapi awal pagi lagi sudah keluar.

Kai memakirkan keretanya di hadapan bangunan yang tersergam indah itu.

Perbualan telefon dengan seseorang semalam kembali terimbas di fikirannya.

Dia sedang berehat selepas selesai konsert di Busan. Tiba-tiba ada panggilan masuk daripada nombor yang tidak dikenali.

"Hello?" sapa Kai.

"Hello. Ini Lee Shin Hee ke?" tanya satu suara di hujung talian.

"Ya. Saya bercakap," jawab Kai.

Suasana senyap untuk beberapa saat. Kai memandang telefonnya. Talian masih bersambung. Dia kembali melekapkan telefon pada telinganya. "Hello?"

"Ya. Saya Park Yoojin dari S.M. Entertainment," ujar si pemanggil membuatkan Kai terpana. Yoojin noona, ujarnya di dalam hati.

"Ya?"

"Esok encik free tak?"

"Esok? Rasanya free. Kenapa?" tanya Kai. Dia membelek mukanya di cermin. Parut masih ada tapi tidak seteruk dulu. Cuma membentuk satu garis nipis.

"Boleh encik datang ke bangunan S.M. Entertainment esok? Ada perkara yang pihak kami hendak bincangkan," ujar Yoojin.

Selepas menimbangkan beberapa perkara, akhirnya Kai bersetuju.

Seawal pukul tujuh pagi lagi dia sudah keluar daripada rumah walaupun jarak rumahnya dengan tempat itu cumalah sepuluh minit. Setelah dua tahun lebih, akhirnya dia menjejakkan kakinya kembali ke tempat itu. Tempat yang banyak meninggalkan parut kepadanya.

Kai menutup pintu kereta dan masuk ke lobi utama. Dia perasan yang semua mata memandangnya tetapi dia buat tidak tahu sahaja. Yoojin yang sedang menulis sesuatu pada buku itu terus dihampiri.

Yoojin mengangkat mukanya apabila dia perasan ada orang berdiri di hadapan kaunter. Dia hampir menjerit kerana terkejut melihat lelaki di hadapannya itu memakai topeng yang menutup sebahagian wajahnya di sebelah kiri. Namun, rasa terkejut itu ditutup dengan satu senyuman yang lebar.

"Saya Lee Shin Hee," ujar Kai.

"Ya. Mereka sedang tunggu encik di bilik mesyuarat di tingkat dua," jawab Yoojin. Kacak juga Shin Hee ni kalau jumpa depan-depan walaupun pakai topeng, sempat lagi dia menilik muka Kai.

"Bilik tu dekat mana?" tanya Kai seperti dia baru pertama kali menjejakkan kaki ke dalam bangunan itu.

"Dekat lif ada tulis," ujar Yoojin dengan selamba. Tangannya dihalakan ke arah lif yang berdekatan di mana ada beberapa orang ahli Red Velvet baru keluar dari situ.

Kai mengangguk tanda faham kemudian dia berjalan meninggalkan kaunter. Masih pemalas macam dulu, ujarnya di dalam hati.

Yunho, Gooyoung, Kasper dan Kim Young Min sedang menunggunya semasa dia tiba di bilik mesyuarat. Dia melangkah masuk dengan langkah yang ringan dan mengambil tempat yang bertentangan dengan Yunho.

Dia menoleh ke sebelah kiri dan memandang Kim Young Min. Dia tersenyum ke arah lelaki yang pernah menjadi bosnya itu. Lelaki itu masih tidak berubah. Mahal dengan senyuman dan wajahnya sentiasa kelihatan tegang.

"Saya Lee Shin Hee," Kai memperkenalkan dirinya. Kasper, Gooyoung dan Yunho kelihatan terkejut apabila mereka mendengar suara Kai.

"Gooyoung bagitahu saya dia berkenan dengan awak," Kim Young Min memulakan bicara.

"Hah?" Kai terkejut. Dia memandang Gooyoung.

"Kamu kenal dia kan?" tanya Kim Young Min lantas Kai mengangguk.

"Kami dah bincang untuk ambil kamu bekerja dengan syarikat ni," ujar Yunho.

"Kenapa?"

"Sebab kamu ada bakat," jawab Kasper.

"Kami dah tengok persembahan kamu semasa pertandingan tarian yang mana kamu berjaya menjadi juara. Kami tahu kamu berbakat dan kamu telah buktikan melalui persembahan itu.

Gooyoung bagitahu dia sukakan gaya penyampaian kamu. Skil yang tajam dan kemas. Jadi kami rasa tiada salahnya jika kamu menjadi sebahagian daripada pasukan ni dan kembangkan bakat kamu di sini. Kami tahu kamu tidak terikat dengan mana-mana label sekarang ni, jadi saya harap kamu boleh pertimbangkan permintaan kami," ujar Kim Young Min.

Kai memikirkan mengenai tawaran itu. Dia ada bercadang mahu membuka satu studio untuk kelas tarian. Dia mahu berkongsi ilmu yang dimilikinya. Tapi sekarang, dia berada di bangunan S.M. Entertainment dan ditawarkan kontrak untuk bekerja di situ. Dia akan kembali ke tempat kerja lamanya. Cuma dengan identiti yang berbeza.

"Apa yang saya dapat jika saya tandatangan kontrak ni?" tanya Kai sambil dia memandang kertas perjanjian di hadapannya.

"Kami tawarkan rumah kepada setiap pekerja di sini," ujar Kim Young Min.

"Saya dah ada rumah," jawab Kai. Dia membuka penutup pen.

"Kamu akan dapat pengalaman yang tiada di tempat lain," ujar Yunho pula. Kai mencebikkan bibirnya.

"Bunyinya macam menarik. Baiklah, saya setuju," jawab Kai lalu dia menurunkan tandatangannya pada kontrak itu. Sedikit sebanyak Gooyoung dan Kasper berasa lega.

"Harap-harap pengalaman di sini semuanya manis. Sebab saya tak suka benda yang pahit," ujar Kai sambil menghulurkan kembali kertas itu kepada Kim Young Min. Dia langsung tidak membaca apa yang tertulis di situ. Ini kali kedua dia menandatangan kontrak itu. Jadi, tiada apa yang perlu dia baca kerana dia yakin semua syarat masih sama atau mungkin ada beberapa penambahan. Tetapi dia tidak bercadang untuk melanggar mana-mana syarat di dalam kontrak itu jadi dia tidak perlu menyusahkan dirinya membaca semua itu.

"Kita minum dulu. Teh?" ujar Yunho selepas Kim Young Min keluar. Dia mencadangkan teh memandangkan Kai memberitahu dia tidak sukakan benda pahit. Entah Yunho faham atau tidak perbandingan yang dibuat oleh Kai.

"Kopi," jawab Kai sepatah. Yunho dan Gooyoung memandang sesama sendiri.

"Jadi Shin Hee, nama pentas kamu ialah Shadow?" tanya Yunho.

"Ya."

"Apa maksud Shadow?" tanyanya lagi.

"Bayang-bayang," jawab Kai selamba. Yunho memandang Gooyoung dan Kasper silih berganti.

"Ada apa di sebalik Shadow?" tanya Yunho.

"Tak ada apa pun. Cuma saya rasa nak guna nama tu. Setakat ni tak ada lagi orang guna nama tu. Jadi biarlah saya jadi yang pertama," jawab Kai. Dia menghirup kopi.

"Jadi, esok saya mula bekerja?" tanya Kai.

"Ya. Esok kita mula pukul lapan," Gooyoung menjawab.

"Okey, jumpa esok," Kai terus bangun.

"Sekejap, saya nak tanya. Kenapa pakai topeng? Tak rasa pelik ke?" soalan Gooyoung mematikan langkah Kai. Dia berhenti di hadapan pintu. Kai menoleh memandangnya.

"Kenapa pakai cermin mata hitam dalam ni? Tak rasa pelik ke?" Kai kembali mengenakan Gooyoung. Terus lelaki itu membuka cermin mata hitamnya. Matanya yang bengkak akibat tidur lewat semalam disorokkan agar tidak dilihat oleh Yunho dan Kasper. Kai menyimpul senyumnya dan terus keluar.

"Berlagaknya," ujar Kasper.

Gooyoung kembali memakai cermin matanya. Rambutnya dibetulkan dengan muka yang berlagak.

*

"Selamat pagi semua," Sehun masuk ke bilik latihan dan menyapa semua orang di situ. Dia membetulkan topi 'IZRO' berwarna putih di kepalanya.

Gooyoung membaling botol air kepada Sehun kerana lelaki itu lambat setengah jam tetapi dia dapat menangkapnya dengan cekap.

Mata Sehun tertangkap satu susuk lelaki yang memakai topeng sedang bercakap dengan Kasper.

"Heol."

Sehun menghampiri sofa tempat Kai duduk.

"Ini kan Shadow," ujar Sehun. Kai mendongak memandang Sehun apabila lelaki itu menyebut namanya. Kai berdiri dan menghulurkan tangannya.

"Hai, saya Lee Shin Hee. Nak panggil Shin Hee ke Shadow tak kisahlah," Kai memperkenalkan dirinya. Sehun menyambut huluran tangan Kai. Saat tangannya bersentuh dengan tangan Kai, satu aliran terasa mengalir ke seluruh badannya. Sehun terasa aneh. Rasa seperti dia pernah menyentuh tangan itu sebelum ini. Rasa seperti dia menemui kembali apa yang telah lama hilang.

Kai menarik kembali tangannya.

"Saya Sehun."

"Kita sebaya. Tak perlulah nak formal sangat. Gooyoung hyung cakap kau maknae," ujar Kai. Sehun menjeling ke arah Gooyoung yang sedang mengikat tali kasutnya.

"Yelah," jawab Sehun.

"Kita akan jadi penari latar untuk konsert BoA. Tapi kita ada satu masalah. Siapa akan jadi pasangan Sehun untuk lagu No. 1?" Gooyoung membelek kertas di tangannya.

"Bukan ke hyung dah jumpa semalam?" Sehun mengangkat tangannya.

"Memanglah dah jumpa. Tapi dia tu... umph... malaslah saya nak cakap. Okey sekarang ni, Shin Hee, kamu tahu kan koreografi tu?" Kai menganggukkan kepalanya.

"Try buat dengan Sehun," Gooyoung bergerak ke tepi sofa, memberi ruang kepada Sehun dan Kai.

Kai dan Sehun mula menari apabila lagu dipasang. Semua ternganga melihat tarian Kai. Kasper tidak melepaskan peluang untuk merakamnya. Koreografi itu seolah-olah memang diciptakan untuk Kai. Tarian Kai tiada cacat celanya. Selepas lagu berhenti, semua orang bertepuk tangan dengan spontan.

"Masalah selesai," Gooyoung menaikkan ibu jarinya kepada Kai.

*

"Aku dah tengok, kacak," ujar Wendy kepada Seulgi.

"Dia pakai topeng putih dekat sini," Yeri menekup sebelah matanya untuk meniru bentuk topeng Kai. Irene teringatkan lelaki yang dia nampak semasa keluar daripada lif semalam.

Krystal berjalan melepasi meja Red Velvet.

Sehun sedang menunggunya di meja untuk makan tengah hari. Suasana di kafe S.M. itu agak lenggang.

"Apa yang mereka sedang cakapkan tu?" gumam Krystal.

"Kenapa?"

"Entahlah. Kacak, pakai topeng. Entah apa-apa aje," ujar Krystal.

"Kau ni ketinggalan zaman betul. Kau tak tahu ke dekat sini ada penari baru?"

"Penari baru?"

"Ya. Shadow," ujar Sehun.

"Kejap apa nama dia? Shadow? Pfftt! Hahaha!" Krystal ketawa apabila mendengar nama penari baru itu.

"Itu pun dia," Sehun memuncungkan bibirnya ke arah Kai. Lelaki itu melintasi kafe itu untuk ke lif. Krystal memandang lama lelaki itu daripada jauh. Dia cuma dapat melihat sisi sebelah kiri wajah lelaki itu jadi dia tidak dapat memberitahu bahawa lelaki itu kacak ataupun tidak. Krystal mencebikkan bibirnya.

"Macam bagus," dengusnya. Dia mencucuk seketul sosej kecil yang berada di dalam pinggan Sehun dan makannya dengan selamba.

"Kalau tak suka dia pun, tak perlulah kau nak makan makanan aku," marah Sehun.

"Aku nak makan sosej. Aku punya kek," jawab Krystal.

"Kenapa kau tak ambil sosej terus?" marah Sehun. Dia ingin mengambil pinggan kek Krystal namun pantas tangannya ditampar oleh Krystal.

"Jangan ambil makanan aku."

Sehun memuncungkan bibirnya tanda merajuk. Pipinya digembungkan sambil matanya terus memerhatikan Krystal makan. Nasib baik sayang, gumam Sehun di dalam hati.

*

Lehernya terasa lenguh akibat tidur di bilik latihan. Dia tidak biasa tidur di atas sofa untuk tempoh yang lama. Kalau setakat lelapkan mata untuk seketika itu sudah biasa dia buat. Tapi kali ini dia tidur terlentang di sofa dari jam sepuluh pagi sehinggalah pukul satu petang.

Tangannya diketuk pada stereng. Dia nampak Sehun dan Krystal sedang makan di kafe tadi. Pasangan itu nampak sungguh mesra. Krystal makan di dalam pinggan Sehun. Selama dia kenal Krystal, gadis itu tidak pernah cuba ambil makanannya atau bermesra dengan cara itu sepanjang tempoh mereka bercinta. Dia juga nampak Krystal menampar tangan Sehun. Dia tidak cemburu. Jauh sekali sakit hati. Cuma dia terkilan yang waktunya bersama Krystal cuma sekejap. Dia perlu terima semua itu. Krystal bukan untuk dirinya. Biarlah gadis itu bahagia dengan Sehun.

Enjin kereta dihidupkan. Dia keluar dari tempat parkir dan membelok ke kiri. Pasti Sang Soon sedang menunggunya untuk makan tengah hari di rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience