Bab 3

Fanfiction Series 1842

"Ini semua salah saya," ujar Yeri dengan kesal.

"Jangan salahkan diri awak. Tiada siapa yang bersalah. Ini cuma salah faham," Kai cuba menenangkan Yeri. Jika dia berada di tempat Krystal pun, mungkin dia akan memberikan reaksi yang sama seperti Krystal. Dia pasti terkejut melihat kekasihnya berdua-duaan dan berpelukan di dalam bilik dengan lelaki lain.

Telefon Kai berdering. Ada panggilan daripada rakannya. Rakannya itu mahu bertemu dan dia perlu meminta diri dengan segera.

"Yeri, saya ada hal penting. Jumpa nanti. Selamat tinggal."

Usai berkata, Kai terus keluar dari situ dan pergi ke tingkat dua untuk mengambil beg dan topinya.

Dia terkejut apabila dia masuk ke bilik latihan itu, Krystal sedang menangis di situ. Dia tidak sangka yang Krystal masih berada di bangunan itu. Dia menjangkakan yang Krystal akan pergi dari situ. Mungkin kembali ke dormnya atau pergi ke tempat lain.

"Krystal, awak masih di sini?" tanya Kai. Dia menghampiri Krystal seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sebenarnya Kai tidak mahu mengganggu gadis itu. Dia mahu memberikan masa untuk gadis itu menenangkan dirinya. Dia tahu dia perlu membela dirinya dan memberitahu tiada apa yang berlaku antara dirinya dan Yeri tetapi dia kenal Krystal. Perempuan itu akan mengamuk jika dia cuba memberikan penjelasan walaupun dirinya tidak bersalah.

"Apa awak nak lagi?! Pergilah dekat perempuan tu!" tengking Krystal. Dia menangis kerana terlalu kecewa dan sakit hati dengan sikap Kai.

"Bila saya minta putus, awak cakap awak tak nak kehilangan saya. Awak tak nak putuskan hubungan kita seolah-olah saya ni orang yang betul-betul bermakna dalam hidup awak. Tapi tengoklah diri awak sekarang! Awak suka-suka berpelukan dengan perempuan lain di belakang saya! Lelaki jenis apa awak ni?" Krystal meluahkan segala isi hatinya. Dia memukul dada Kai saat lelaki itu memeluknya dan cuba menenangkannya.

"Krystal, dengar dulu. Saya bukan suka-suka nak peluk dia. Awak kena dengar penjelasan daripada saya. Dia hampir terjatuh jadi saya tolonglah dia. Salah ke?" ujar Kai. Krystal sudah berhenti daripada memukul dia. Namun gadis itu masih lagi menangis walaupun tidak sekuat tadi.

"Saya dah tak percayakan awak," ucap Krystal. Kai terpana. Dia memejamkan matanya. Cuba untuk menenangkan dirinya kerana dia hampir tidak percaya Krystal mengungkapkan ayat tersebut kepadanya.

Setelah berdiam diri hampir seminit, akhirnya Kai bersuara untuk memberitahu keputusannya.

"Cinta dipupuk atas dasar saling mempercayai antara satu sama lain dan kesetiaan. Tanpa salah satu, hubungan tidak akan kekal. Awak dah tak ada rasa percaya pada saya. Jadi, Krystal, mulai hari ini, kita putus!" Kai cuba menahan air matanya daripada gugur.

Krystal sangat terkejut dengan keputusan yang mengejut dan tidak dijangka daripada Kai itu. Kai bangun dan dia cuba menggapai tangan lelaki itu.

"K-Kai..."

Namun Kai pantas menarik tangannya dan keluar daripada situ. Hari ini menyaksikan satu ikatan cinta yang dibina atas dasar saling percaya dan kesetiaan, putus di tengah jalan apabila salah seorang tidak lagi memenuhi syarat yang diperlukan. Tetapi, benarkah sudah tidak ada lagi rasa percaya dalam dirinya buat Kai? Hanya Krystal yang tahu soal hatinya.

*

Malam itu, Krystal menghubungi Kai namun lelaki itu tidak menjawab panggilan dan terus mematikan telefonnya apabila Krystal membuat percubaan kedua.

*

Sehun masuk ke dalam bilik rehat F(x). Mereka baru selesai membuat persembahan untuk Music Bank. Krystal kelihatan tidak seceria selalu.

"Kenapa dengan dia?" tanya Sehun kepada Amber. Amber mengangkat bahunya tanda dia juga tidak tahu apa yang terjadi kepada kawan baiknya itu.

"Semalam pun dia tak balik," ujar Amber. Sehun terkejut.

"Tak balik?"

"Dia tidur dekat bilik latihan," jawab Amber. Mereka semua tidur awal semalam dan tidak tahu yang Krystal tidak balik. Bila Luna bangun pagi tadi, dia perasan yang Krystal tiada di sebelahnya. Itu bermakna gadis itu tidur di tempat lain.

Sehun mendekati Krystal yang sedang termenung seorang diri itu.

"Hei," tegur Sehun.

Krystal memandang kawan baiknya itu sebelum dia membetulkan duduknya bagi memberi ruang untuk Sehun duduk.

"Ada masalah tak kongsi dengan aku," ujar Sehun. Krystal tersenyum hambar.

"Mana ada. Aku cuma rasa tak sihat aje," dalih Krystal. Dia sebolehnya tidak mahu menceritakan masalahnya kepada lelaki itu. Dia tidak mahu apa-apa masalah terjadi di antara Sehun dan Kai. Lagipun dia juga yang mendesak Kai untuk memutuskan hubungan mereka selama ini, jadi dia perlu terima semua ini.

"Tak sihat ke ada masalah? Aku kenal kau Krystal. Walau kau tak sihat macam mana sekalipun, kau takkan duduk macam ni dengan muka yang sedih dan tak bercakap dengan orang.

Bagitahu aku, apa masalah kau. Kita dah kenal lama, Krystal. Aku tak nak kau tanggung masalah kau seorang diri. Kongsi dengan aku," Sehun masih memujuk Krystal kerana hatinya kuat mengatakan yang gadis itu ada masalah.

Krystal cuba untuk tersenyum. Dia menolak lembut lengan Sehun.

"Kau ni kecohlah. Kan aku dah cakap aku tak sihat aje. Tak payahlah nak lebih-lebih," Krystal cuba menceriakan suaranya. Tapi dia cuak bila Sehun merenungnya dengan pandangan yang serius. Akhirnya dia mengalah.

"Jom cakap dekat luar," Krystal bangun dari duduknya dan berjalan keluar diikuti Sehun daripada belakang. Amber melihat kejadian itu.

Mereka berdua keluar dan duduk di hujung koridor. Sambil menerung pemandangan langit di luar, Krystal mematah-matahkan jarinya. Dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara.

"So, apa masalahnya?" tanya Sehun tidak sabar.

"Kau jangan terkejut. Sebenarnya, aku dengan Kai dah putus," ujar Krystal. Dia menunggu reaksi Sehun.

"Kejap, kejap. Apa kau cakap? Aku tak faham," Sehun fikir dia tersalah dengar jadi dia meminta kepastian.

"Aku dengan Kai dah putus semalam," ujar Krystal sekali lagi.

"Putus? Jadi betullah yang aku dengar tadi. Macam mana boleh putus? Aku tengok korang berdua elok aje selama ni. Tak pernah pulak bergaduh."

"Dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Kalau dipaksa-paksa, tak ke mana juga."

Kali ini Krystal kelihatan lebih tenang. Wajahnya juga tidak setegang tadi. Mungkin sedikit lega kerana dapat berkongsi masalah dan kesedihannya dengan orang lain.

"Itu cuma alasan. Bagitahu aku apa sebabnya. Siapa yang minta putus? Kai?" tanya Sehun . Dia masih tidak berpuas hati. Dia perlu tahu semuanya. Jika semua ini perbuatan Kai, siaplah lelaki itu.

"Aku yang minta putus."

Sehun terkedu. Kenapa Krystal minta putus dan dia yang berada dalam kesedihan. Dia ada terserempak dengan Kai pagi tadi di hadapan bangunan S.M. Entertainment tetapi wajah lelaki itu tidak kelihatan seperti seseorang yang baru sahaja putus cinta. Siapa yang minta putus sebenarnya ni?

"Kau biar betul? Kenapa kau mintak putus? Dah bosan dengan Kai? Atau... dia ada buat jahat dekat kau?"

"Mana ada! Kau ni jangan nak tuduh yang bukan-bukan! Kai baik. Dia tak pernah lagi buat tak
senonoh dekat aku.

Cuma, aku tak rasa aku boleh buat dia bahagia. Kau kan tahu aku nak jadi penyanyi sejak kecil lagi. Sekarang aku dah capai cita-cita aku. Aku kena betul-betul tumpukan perhatian kepada kerjaya aku ni. Aku baru bermula. Aku tak nak hilang semua ni."

Sehun meraup mukanya. Sepertinya ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

"Kau tak nak kehilangan semua ni tapi kau sanggup buang Kai daripada hidup kau? Aku bukannya nak menyebelahi Kai tapi kau dah fikir masak-masak ke dengan keputusan kau ni? Aku tak nak kau menyesal nanti. Aku sayangkan kau, Krystal."

"Aku dah fikir masak-masak, Sehun. Aku tak akan menyesal dengan keputusan aku ni. Lagipun..."

Krystal terbayangkan kejadian di bilik latihan tempoh hari. Kai sedang memeluk Yeri dan menatap mata satu sama lain. Mungkinkah pandangan penuh rasa cinta. Krystal menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu memikirkan lagi soal itu. Dia sudah tiada apa-apa hubungan dengan Kai.

"Lagipun, aku risau aku tak ada masa untuk dia," sambung Krystal. Dia tidak mahu memberitahu Sehun mengenai perkara itu.

"Kalau macam tu, baiklah. Aku percayakan kau. Aku tak nak lepas ni kau datang mengadu dekat aku yang kau menyesal. Siap kau aku kerjakan," tegas Sehun namun ia kedengaran lucu pada pendengaran Krystal jadi dia ketawa.

"Gelakkan aku pulak."

Sehun terus berlalu dari situ.

"Krystal! Cepat!" Krystal pantas mendapatkan Sulli yang menunggunya di hadapan pintu bilik rehat mereka. Mereka perlu muncul di pentas untuk pengumuman pemenang.

*

Selepas pulang dari Music Bank, mereka berlima keluar makan dan terus membawa pulang makanan untuk malam nanti. Jadi tidak perlulah mereka masak.

Makan malam sangat ringkas. Hanya lunch box setiap orang dan mereka berkongsi soonbaek uyoo iaitu bun putih susu kukus.

Selepas selesai makan malam, Victoria masuk ke dalam biliknya bersama Luna. Manakala Krystal, Amber dan Sulli sedang menonton televisyen di ruang tamu. Mereka berkongsi wang dan menyuruh pengurus mereka membelikan televisyen kerana suasana di dalam dorm itu sangat membosankan. Dengan adanya televisyen, dapatlah mereka berenggang dengan telefon bimbit. Jika tidak, semuanya ditonton melalui telefon.

"Best ke drama ni?" tanya Sulli semasa Amber menukar siaran kerana drama kegemarannya sudah bermula.

"Aku jarang tengok drama. Tapi yang ni best sangat. Krystal yang kenalkan aku dengan drama ni," ujar Amber.

Namun Krystal tidak mendengar perbualan mengenai dirinya itu kerana dia sedari tadi sedang mengelamun.

"Terima kasihlah Kai. Kau macam tau-tau aje ni makanan kegemaran aku," ujar Sehun. Dia menarik mangkuk jjampong namun tangannya ditepuk oleh Kai.

"Kau jangan nak merepek. Ni untuk Krystal. Kau nak, kau order sendiri," ujar Kai. Krystal tersenyum bahagia. Untung ada teman lelaki seperti Kai. Semua makan dan minumnya diurus oleh lelaki itu.

"Maaflah, Sehun. Aku bukan tak nak share dengan kau. Tapi Kai belanja aku seorang aje. Kalau kau nak, lain kali aku akan belanja kau, okey?" Selamba sahaja Krystal mengenakan sahabat baiknya itu.

Sehun mencebikkan bibirnya dan meniru gaya percakapan gadis di sebelahnya itu.

"Tak payah. Setakat benda ni aku tak hairanlah. Bukannya mahal pun.

Aku taulah kau sekarang dah ada teman lelaki. Mana nak ambil peduli dah dekat aku ni. Aku dah makan ke belum, kau mana ada kisah," Sehun berpura-pura merajuk.

Mereka sering keluar dan melepak bersama di kafe dal.komm. Di situlah tempat Kai dan Krystal akan berjumpa untuk date tetapi mereka akan mengheret Sehun bersama supaya tidak disyaki oleh orang lain terutama peminat Krystal memandangkan dirinya seorang idol.

*

"Jangan sentuh!" Kai menepis tangan Sehun daripada menyentuh buah kiwi yang disusun cantik di atas kek itu.

"Kenapa pulak?" rungut Sehun.

"Ini kek Krystal. Biar dia yang rasmikan. Kau jangan nak memandai," Kai mempertahankan Krystal.

"Kau ni asyik-asyik Krystal. Krystal itu, Krystal ini, ini air Krystal, ini kek Krystal... Bosanlah kau ni," Sehun menyandarkan badannya pada kerusi. Tangannya disilangkan pada dadanya. Dia memandang ke tempat lain.

Krystal hanya tersenyum memandang Sehun. Sejak dirinya sah bergelar kekasih Kai, Sehun sering cemburu dengan dirinya. Sering sahaja mereka berdua bergaduh disebabkan dirinya. Namun Krystal gembira kerana dia terasa dirinya disayangi.

Lama Krystal mengelamun sehingga dia tidak sedar yang Sulli dan Amber sedang memerhatikan dirinya.

"Krystal," panggil Amber sekali. Namun tiada reaksi daripada Krystal.

"Krystal."

Kali ini suaranya ditinggikan sedikit. Tetap juga tiada respons.

"Krystal!" Amber menepuk paha si maknae. Krystal terkejut. Dia terus memandang Amber dengan wajah yang bingung.

"Kau sihat ke tak ni?" tanya Amber.

Krystal mengangguk dengan wajah yang masih bingung.

"Habis yang kau tersengih-sengih ni kenapa?" tanya Amber lagi. Sekarang Krystal baru tersedar yang dia telah mengelamun dan membuatkan rakan-rakannya bingung.

"Tak ada apalah. Aku masuk tidur dulu," ujar Krystal dengan kekok. Dia terus bangun dan pergi dari situ.

"Makin aneh aku tengok budak tu," ujar Amber. Dia kembali menumpukan perhatian ke arah televisyen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience