Bab 5

Fanfiction Series 1842

Waktu menunjukkan pukul sepuluh dua puluh empat minit pagi. Kelihatan empat orang jejaka sedang berbincang sesuatu. Restoran SUM menjadi pilihan mereka berempat. Beberapa ketika kemudian, datang pula seorang lagi jejaka tinggi dan duduk di satu kerusi yang kosong.

"Ada apa kamu semua panggil saya?" tanya Yunho sebaik sahaja dia duduk dan membuat pesanan.

"Kami nak anjurkan pertandingan menari pada minggu hadapan," Kai memulakan perbincangan rasmi mereka setelah ahli yang diperlukan mencukupi.

"Pertandingan menari? Dekat mana?" soal Yunho.

"Kami tak tetapkan lagi. Tapi saya ada cadangan," Sehun pula bersuara.

"Dekat mana?" tanya Yunho.

"Thailand."

"Kenapa Thailand?" soalnya lagi.

"Sehun dan saya ada buat survey. Banyak sambutan untuk sebarang bengkel tarian di sana. Juga sudah banyak penganjur dari Korea meng
anjurkan pertandingan menari di sana dan sambutan sangatlah memberansangkan," ujar Kasper. Sehun mengangguk-anggukkan kepalanya tanda dia setuju dengan Kasper.

"Jadi kamu semua ni nak minta bantuan apa dengan saya?" Yunho masih tidak tahu apa perananya dalam perbincangan mereka itu.

"Kami perlukan beberapa orang artis untuk sertai kami."

Jawapan daripada Kai itu akhirnya menjawab persoalan di dalam benak Yunho mengenai sebab dia berada di situ. Satu idea muncul di kepalanya.

"Saya ada idea. Saya akan senaraikan beberapa orang artis. Selepas minta persetujuan daripada mereka, saya akan bagitahu kamu," ujar Yunho. Pada waktu itu, sudah ada beberapa nama di dalam kepalanya. Dia cuma perlu maklumkan kepada mereka.

Pada masa yang sama, makanan yang dipesan pun sampai. Mereka makan sambil berbincang secara santai mengenai rancangan tersebut.

*

Krystal dan Luna duduk di bangku setelah penat berjalan. Sudah sejam lebih mereka mengelilingi pusat beli belah itu. Luna menyedut air oren yang dibelinya sebentar tadi untuk menghilangkan rasa haus. Krystal menyelongkar begnya apabila dia mendengar telefonnya berdering. Siapa pula yang menelefon pada waktu pagi macam ni?

"Sunbaenim?" ujar Krystal dengan dahi yang berkerut namun dia tetap menjawab panggilan itu.

"Ya, sunbaenim? Ada apa?"

"Krystal, kamu ada dekat mana sekarang?" tanya Yunho di hujung talian.

"Saya keluar dengan Luna. Ada dekat Hongdae. Kenapa?"

"Saya ada hal nak bincang dengan kamu sebenarnya."

"Oh, ya ke? Kalau macam tu, lepas balik nanti saya jumpa dengan sunbaenim. Tapi kita nak jumpa dekat mana?"

"Kamu tahu kan kafe yang ada di sebelah Universiti Ahn Kyung?"

"Ya."

"Kita jumpa dekat sana. Dalam pukul dua saya sampai."

"Okey, jumpa nanti."

Krystal menyimpan kembali telefonnya.

"Ada apa?" tanya Luna. Di tangannya sudah ada satu keping roti keju. Entah bila dia belinya, Krystal tidak perasan kerana asyik bercakap dengan Yunho.

"Yunho sunbaenim nak jumpa dengan aku. Nanti kau hantar aku dekat kafe sebelah Universiti Ahn Kyung," ujar Krystal. Dengan selamba dia mengambil roti di tangan Luna dan menggigitnya dalam kuantiti yang boleh dikatakan melampau bagi Luna. Dia hanya menjeling ke arah Krystal. Malas dia hendak bertekak dengan gadis itu. Memang tidak akan menang.

*

Yunho tiba di tempat yang dijanjikan pada jam dua lima belas minit petang. Dia terlambat kerana terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

"Maaf, saya lambat," ujar Yunho, mengejutkan Krystal yang sedang menaip sesuatu di telefonnya.

"Tak apa."

"Dah order belum?" tanya Yunho. Krystal menggelengkan kepalanya.

"Tak lapar," jawabnya ringkas.

"Kita teruskan ajelah kepada perbincangan kita. Sebenarnya macam ni, pertandingan menari akan dianjurkan di Thailand pada minggu hadapan. Kasper dan kawan-kawannya minta tolong suruh carikan beberapa orang artis untuk turut serta ke Thailand. Jadi saya terfikirkan kamu."

Krystal cuba mencerna kata-kata Yunho dan memikirkan jika dia patut sertai pertandingan itu ataupun tidak. Bukankah Kasper dan kawan-kawannya itu bermaksud koreografer lain yang berada di syarikat itu. Sudah pasti Sehun dan...

Krystal memegang kepalanya. Malas dia hendak menyebut nama lelaki itu. Hatinya menjadi panas apabila memikirkan tentang lelaki itu. Apa yang telah dilakukan oleh Kai terhadap dirinya tiga minggu yang lalu sukar untuk dia maafkan. Dia.tidak dapat meneruskan aktiviti bersama kumpulannya apabila buku lalinya terseliuh. Padahal kecederaan yang kecil tetapi menjadi serius apabila dia terjatuh di tepi tangga.

"Tak boleh ke kalau saya tak sertai?" tanya Krystal. Sebolehnya dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki itu. Buat sakit hati sahaja.

"Krystal, saya harap sangat awak dapat pergi ke sana," ujar Yunho seolah-olah terdesak.

"Kenapa saya perlu pergi ke sana? Lagipun sekadar untuk memeriahkan program. Sunbae boleh ajak orang lain. Saya tak rasa saya perlu pergi ke sana. Apa yang penting sangat?"

Yunho buntu hendak memberikan alasan yang bagaimana kepada Krystal kerana Kai meminta tolongnya untuk memujuk Krystal sertai program tersebut.

"Sebenarnya, Sehun yang suruh saya masukkan nama awak," dalih Yunho. Maaflah Sehun...

Krystal terlopong. Ini semua rancangan Sehun rupanya. Kenapa lelaki itu perlu menghantar orang lain untuk berbincang dengannya? Kenapa bukan dia sendiri yang menelefon?

"Sehun?"

"Sehun bagitahu... err... kalau dia sendiri... err... yang bagitahu, awak... err... pasti tak nak. Jadi, dia minta tolong saya," jawab Yunho dengan tergagap-gagap. Berharap yang Krystal tidak mengesyaki apa-apa.

"Siapa lagi yang pergi ke sana?"

"Eunhyuk, Shindong, Hyoyeon dan Amber," jawab Yunho.

"Amber?" Krystal terkejut. Tidak sangka yang ahli kumpulannya juga terlibat. Lama dia memikirkan apa yang patut dia lakukan. Akhirnya satu keluhan dilepaskan.

"Baiklah, saya setuju. Lagipun bukan saya seorang di sana. Ada yang lain," Akhirnya dia mengalah dengan egonya. Tidaklah tinggi mana egonya. Sekurang-kurangnya dia ada Amber yang akan menyebelahinya jika apa-apa terjadi nanti.

*

"Hyung, macam mana?" tanya Kai di hujung talian. Dia sudah tidak sabar hendak mengetahui kesudahan rancangannya itu.

"Semua dah settle. Dia nak join," ujar Yunho semasa dia menghidupkan enjin kereta. Krystal telah pulang setelah diambil oleh pengurusnya lima minit yang lepas.

"Wah, macam mana hyung buat?" tanya Kai dengan teruja. Dia terkejut kerana Yunho mampu memujuk gadis yang degil seperti Krystal itu. Dia sendiri terkadang tidak tahan dengan perangai degil itu.

"Hyung guna nama Sehun," ujar Yunho kemudian dia dan Kai sama-sama ketawa.

"Okey, kalau macam tu kita jumpa nanti. Saya nak bagitahu Sehun. Bye, hyung."

Panggilan tamat. Yunho menyimpan telefonnya dan memandu pergi dari situ.

"Hei, Sehun, Yunho hyung berjaya pujuk Krystal," Kai menghampiri Sehun yang sedang sibuk membetulkan rambutnya. Kamera dihalakan di hadapan wajahnya. Setelah berpuas hati dengan hasil kerjanya, Sehun menukar gambar tersebut menjadi hitam putih kemudian terus memuat naik ke laman Instagram.

Kai duduk bersila di hadapan lelaki itu. Dia menekan notifikasi. Terpampamlah gambar yang diambil sebentar tadi oleh Sehun. Tapi, seperti ada yang tidak kena. Kai yakin Sehun mengambil gambar keseluruhan wajahnya tadi, tapi kenapa yang dimuat naik hanyalah telinganya sahaja. Dia betul-betul tidak faham dengan lelaki itu.

Kai tidak menghiraukan gambar tersebut.

"Sehun, aku bercakap dengan kau ni."

"Apa dia?"

"Krystal setuju nak sertai kita," Kai memberitahu sekali lagi kerana dia yakin Sehun tidak mendengar apa yang diberitahunya sebentar tadi.

"Macam mana?" tanya Sehun. Kali ini dia menutup telefonnya dan fokus kepada Kai.

"Yunho hyung guna nama kau," jawab Kai dengan selamba.

"Apa?!" Serentak dengan itu, telefon Sehun berdering. Nama Krystal terpapar di skrin.

Mahu tidak mahu, terpaksalah dia menjawab panggilan itu.

"Oh Sehun, kau ada dekat mana sekarang?" suara Krystal kedengaran sangat bengang. Sehun sudah dapat membayangkan bagaimana wajah perempuan itu pada saat itu.

"Err... aku ada dekat Jepun," dalih Sehun membuatkan Kai tergelak. Sehun menjeling lelaki itu.

Krystal terdengar suara orang ketawa di sebelah Sehun. Itu pasti suara Kai. Nampaknya Sehun ada bersama lelaki itu.

"Kau jangan nak mengarut. Aku nak jumpa kau sekarang," tegas Krystal. Dia sudah bercekak pinggang.

"Sekarang tak boleh. Aku sibuk," Sehun masih memberikan alasan untuk mengelak daripada bertemu dengan gadis itu.

"Sibuk apanya? Kau ingat aku tak tengok ke gambar telinga kau tu? Aku tak kira, aku nak jugak jumpa dengan kau hari ni. Kalau tak aku tak nak pergi ke Thailand," ugut Krystal. Nampaknya ia berhasil kerana Sehun terus bersetuju. Jika Krystal tidak mahu pergi, matilah dia dikerjakan oleh Kai. Yunho sudah menggunakan namanya untuk memujuk gadis itu, jadi dia tidak mahu menjadi punca Krystal membatalkan niatnya.

Kai memandang Sehun. Entah apa yang dibualkan oleh dua orang sahabat itu. Dia tahu pasti Krystal mengugut Sehun kerana dalam sekelip mata sahaja lelaki itu bersetuju untuk bertemu. Kai menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Krystal, Krystal, awak memang tak pernah berubah.

"Kai, aku pergi dulu, sebelum Krystal bunuh aku," ujar Sehun. Dia bangun sambil membetulkan topinya. Dia keluar semasa Kai sedang mentertawakannya.

"Kau jangan nak rosakkan rancangan aku, Sehun," Kai meninggikan sedikit suaranya semasa pintu bilik latihan itu hampir tertutup rapat. Di dalam hati, dia berharap agar rancangannya untuk meminta maaf dengan Krystal berjaya.

*

Sehun masuk kafe apabila dia mendapat pesanan daripada Krystal yang mengatakan dia sedang menunggu di tempat itu. Sehun cuba tersengih di hadapan Krystal dengan harapan perempuan tidak mengamuk tidak tentu pasal disebabkan oleh apa yang diberitahu oleh Yunho. Dia tahu tujuan utama Krystal mahu bertemu dengan dirinya adalah kerana pertandingan menari itu.

"Nak apa?" tanya Sehun sebaik sahaja dia duduk.

"Yunho sunbaenim dan bagitahu aku semuanya," Krystal berjeda di situ.

"Krystal, dengar dulu. Aku bukannya berniat-"

"Dengar aku nak cakap ni dulu," Krystal memotong percakapan Sehun. Lelaki itu terdiam.

"Yunho sunbaenim dah bagitahu aku semuanya. Dia cakap kau yang suruh dia paksa aku sertai program tu.

Tapi kan, jujur aku cakap, aku tak percayakan dia. Bukan apa, bila aku fikirkan, macam tak logik. Kenapa kau susahkan diri kau untuk minta bantuan orang lain sedangkan kau orang yang paling rapat dengan aku dekat sini. Lagipun, tiada sebab munasabah yang aku wajib sertai program tu.

Jadi sekarang ni, aku nak kau jelaskan apa sebenarnya sedang berlaku?" Krystal menyimpulkan penerangannya itu dengan satu soalan. Dia menanti penuh sabar jawapan daripada Sehun.

Sehun menjadi serba salah. Dia tidak boleh menceritakan perkara sebenar kepada Krystal. Kai pasti akan mengamuk sakan nanti. Lagipun, dia sudah berjanji untuk membantu lelaki itu. Sehun cuba mencari idea untuk berdalih.

"Sebenarnya aku nak kau masuk sebab aku nak kau selalu ada di samping aku," jawab Sehun membuatkan Krystal tercengang.

"Nak apa? Selalu ada dengan kau? Apa yang kau merepek ni?" soal Krystal dengan bingung. Dia tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.

"Maksud aku, kalau kau tak ada dekat sana, nanti aku akan rindu dekat kau. Tu maksud aku," Sehun cuba tersengih namun jelas yang ia kelihatan kekok. Krystal masih merenung ke arah Sehun membuatkan lelaki itu tidak selesa. Dia seolah-olah mahu memerangkap lelaki itu.

"Baiklah," jawab Krystal.

"Hah?"

"Okey, aku percaya. Lagipun betul cakap kau. Aku mesti akan rindukan kau nanti. Aku kan ada kau seorang aje dekat sini. Kalau kau tak ada nanti, dengan siapa aku nak makan? Dengan siapa aku nak curahkan perasaan aku?" Krystal membuat mimik wajah sedih.

Giliran Sehun pula yang tercengang. Lebih-lebih pulak perempuan ni, ujarnya di dalam hati.

Tapi dalam masa yang sama, dia lega kerana masalahnya sudah selesai. Dia tidak mahu Krystal mengesyaki apa-apa dan dia berharap perkara sebegitu tidak akan berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience