Bab 10

Fanfiction Series 1842

Selepas sedar daripada pengsan, Krystal terjerit-jerit memanggil nama Kai sehingga Sehun terpaksa memeluknya untuk menenangkan gadis itu. Krystal menangis di bahunya dan akhirnya terlelap kembali.

Sehun memapahnya dan membawa ke hospital kerana risau demamnya akan memburuk. Krystal ditahan di hospital selama dua hari sehingga demamnya kebah.

Selepas sembuh daripada demamnya, Krystal merisaukan semua orang apabila dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa kecuali Sehun. Pihak syarikatnya terpaksa mengecualikan dirinya daripada aktiviti kumpulannya atas alasan masalah kesihatan. Hampir dua bulan Krystal mengalami kemurungan tetapi Sehun tidak pernah berputus asa untuk sentiasa memujuk gadis itu supaya kuatkan semangat dan tidak mudah mengalah.

Berkat kesabaran yang tinggi, akhirnya Krystal perlahan-lahan pulih. Dia sudah kembali bercakap dengan orang di sekelilingnya dan perkara itu sangat melegakan hati Sehun.

*

Bunyi deringan telefonnya yang sudah masuk kali ketiga berbunyi memaksa Krystal meninggalkan kerja memotong rotinya.

"Hello?" jawab Krystal dengan nada yang geram.

"Kau ada dekat mana?" tanya sang pemanggil.

"Dekat dormlah! Kau nak apa, Sehun?" Krystal meletakkan telefon bimbitnya di antara telinga kiri dan bahunya. Dia kembali menyambung kerjanya untuk membuat sandwich.

"Jom keluar. Jumpa dekat tempat biasa," ujar Sehun.

"Keluar? Kan hujan ni. Aku malaslah. Lagipun hari ni hari cuti. Aku nak rehat dekat dorm," tolak Krystal dengan sopan.

Pada masa itu, Amber masuk ke dapur. Dia berdiri di hadapan Krystal. Dia mengambil secubit tuna yang telah digaul dengan bawang dan mencubanya. Ekspresi wajahnya kelihatan seperti dia berpuas hati dengan hasil kerja si maknae.

Jari telunjuk Amber mengetuk-ngetuk meja tanda dia sedang memikirkan apa yang patut dia lakukan untuk membantu Krystal.

"Bukannya aku nak jumpa dalam hujan pun. Jomlah, aku bosan ni. Kita pergi minum ke?" Sehun masih memujuk Krystal untuk keluar bertemunya.

Pisau yang sedang dipegangnya dihulurkan kepada Amber. Dengan senang, Amber menyambutnya dan menyambung kerja yang dilakukan separuh jalan oleh Krystal. Dia menjeling lewat ekor matanya. Krystal meneguk segelas air kemudian keluar dari dapur tanpa mengemas gelas yang digunakan. Gelas itu terbiar di dalam sinki.

"Yelah, yelah. Sejam lagi, jumpa dekat tempat biasa," ujar Krystal semasa dia menutup pintu biliknya. Dia menyangkut tuala di bahu sebelum meletakkan telefonnya di atas katil selepas Sehun mematikan talian.

Sehun bersorak gembira apabila Krystal bersetuju untuk bertemunya. Dia ada sesuatu yang hendak diberitahu kepada gadis itu.

Dengan hati yang senang, Sehun meletakkan telefonnya di atas meja bersebelahan dengan sekuntum bunga ros merah dan satu kotak kecil berwarna biru gelap.

Dia berjalan dengan langkah yang ringan menuju ke bilik air. Suaranya menyanyi dapat didengari dari luar bilik air.

Sudah lima belas minit Krystal berdiri di hadapan almari pakaiannya. Dia meletakkan dress kuning pada tubuhnya dan meniliknya. Kepalanya digelengkan. Dress itu disimpan kembali. Kali ini dia mengambil kemeja putih pula dan cuba dipadankan dengan jeans biru yang dipakainya. Namun masih tidak dapat memenuhi cita rasa fesyennya.

Krystal tiba-tiba berhenti. "Kejap! Kenapa aku susahkan diri nak pilih baju mana yang nak dipakai? Pakai ajelah baju mana pun."

Akhirnya dia menutup almari dan memilih untuk memakai baju lengan panjang berwarna putih bersama hoodie hitam dan juga jeans biru. Telefonnya dicapai dan dia keluar dari bilik. Amber dicari dan dia menemui perempuan itu sedang mengemas dapur.

"Eonni, kalau Victoria eonni tanya, cakap saya pergi jumpa Sehun."

Amber memalingkan wajahnya untuk memandang ke arah pemilik suara yang menegurnya tetapi Krystal sudah menghilangkan diri. Dia menggelengkan kepala dan kembali menyambung kerjanya.

Sehun mengetuk-ngetuk meja kerana bosan menunggu Krystal. Dia tiba sepuluh minit lebih awal dari masa yang dijanjikan. Di atas beberapa sebab, dia merasa agak gemuruh. Kotak biru kecil di hadapannya beberapa kali dipegang. Dia menggosok kedua belah telapak tangannya untuk menghasilkan haba.

Cuaca yang buruk memaksa Krystal berjalan dengan laju dari perhentian bas ke tempat untuk berjumpa dengan Sehun iaitu di kafe dalkkom.

Sehun tersenyum ke arah Krystal apabila dia ternampak Krystal memasuki kafe itu sambil membawa payung. Selepas menyangkut payungnya di tempat yang telah disediakan, Krystal berjalan ke arah Sehun yang sedang menunggu dirinya.

"Kenapa kau pakai macam ni?" tegur Krystal apabila dia melihat Sehun memakai kemeja hitam bersama dengan seluar slack dan kasut kulit. Sehun tersengih untuk menutup rasa gugupnya.

"Kejap lagi aku nak kau ikut aku pergi ke satu tempat," ujar Sehun. Krystal menaikkan sebelah keningnya tanda dia ingin tahu di mana tempat yang dimaksudkan oleh lelaki itu.

"Adalah. Nanti kau akan tahu jugak."

Krystal hanya menjongketkan bahunya. Dia ternampak kotak kecil berwarna biru gelap yang berada di atas meja. Perasaan ingin tahu yang kuat mendorongnya untuk mengambil kotak tersebut.

"Kau punya ke ni?" tanya Krystal. Sehun terkejut apabila dia melihat Krystal hampir membuka kotak tersebut. Dia cepat-cepat merampasnya.

"Jangan!"

Krystal memandangnya hairan.

"Kenapa?" soalnya.

Sehun menggosok belakang tengkuknya. Dia cuba menyusun ayat yang bakal diluahkan kepada gadis itu.

"Err... Krystal. Aku nak tanya kau sesuatu," Sehun memulakan bicara. Dia membuka kotak biru kecil itu di hadapan Krystal dan berdehem beberapa kali sebelum dia menyambung.

"Sudi tak kau jadi pasangan aku?" ujarnya sambil menghalakan kotak tersebut ke hadapan wajah Krystal. Dia memejamkan matanya dan menunggu jawapan daripada Krystal. Tidak sanggup rasanya dia hendak memandang wajah gadis itu.

"Ya, aku sudi."

Sehun pantas membuka matanya dan terus menatap kedua belah mata Krystal. Dia seolah tidak percaya. Krystal mengambil sekeping kertas yang diletakkan di dalam kotak itu dan meniliknya. Ia merupakan sekeping tiket penerbangan ke Perancis.

Krystal membaca butiran yang terdapat pada tiket tersebut. Penerbangan pada esok hari jam lapan pagi. Sudah lama dia bermimpi untuk pergi ke kota cinta itu tetapi masih belum berpeluang. Sekarang peluang yang ditunggu-tunggu sudah berada di hadapan matanya, dia tidak boleh menolaknya begitu saja.

"Terima kasih, Krystal," Sehun begitu gembira. Dia menyambar tangan Krystal dan menciumnya secara spontan. Krystal terkejut dengan perbuatan Sehun. Tangannya ditarik kembali dan dia membuntangkan matanya ke arah lelaki itu tanda dia sedang marah.

"Maaf. Heheh," ujar Sehun.

*
Sehun dan Krystal berdiri di hadapan sebuah pintu kaca. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum Sehun yang pertama menolak pintu kaca itu dan melangkah masuk diikuti oleh Krystal.

"Siapa nama pesakit?" tanya jururawat yang bertugas di kaunter hadapan.

"Oh Shin Ae."

Krystal melihat sekeliling. Tiada apa yang menarik perhatiannya di situ kerana ruang itu hanya terdapat satu televisyen, dua buah sofa, satu meja kopi dan rak buku.

"Sila ikut saya," jururawat tersebut berjalan di hadapan manakala Sehun dan Krystal mengekori dari belakang. Mereka dibawa ke taman bunga yang terletak di sebelah kiri laluan. Mereka bertiga menghampiri seorang perempuan separuh abad yang sedang duduk termenung sambil memegang sekuntum ros merah.

"Puan Shin Ae," panggil jururawat itu. Wanita itu menoleh dan pandangan matanya tertancap pada Sehun.

"Puan ada pelawat," ujar jururawat itu lagi sebelum dia pergi dari situ.

Krystal tertanya-tanya siapa wanita ini. Dia terpandang bunga ros merah yang dipegang oleh wanita itu. Peristiwa di dalam kereta tadi terlayar di fikirannya.

Selepas makan, mereka keluar menaiki kereta Sehun.

"Bunga? Untuk aku ke?" tanya Krystal apabila dia terpandang bunga ros merah yang berada di atas dashboard. Sehun tersenyum tipis.

"Walaupun kau special untuk aku, tapi bunga tu bukan untuk kau. Tapi untuk orang yang paling special dalam hidup aku," jawapan Sehun menimbulkan tanda tanya kepada Krystal dan dia semakin bingung apabila dia sedar yang Sehun sebenarnya mengajaknya ke sebuah hospital mental.

"Eomma."

Suara Sehun mematikan lamunan Krystal. Sehun menghampiri wanita yang dipanggil ibunya itu.

"Ini untuk eomma," Bunga ros merah yang sedari tadi dipegangnya, dihulurkan kepada Puan Oh. Wanita itu terus membuang bunga yang sedang dipegangnya dan mengambil bunga di tangan Sehun. Sengihan lebar terbentuk pada wajah manisnya. Tanpa disedari, Krystal turut tersenyum.

"Eomma, Sehun nak perkenalkan eomma dengan kawan Sehun. Ini Krystal," Krystal menghampiri ibu Sehun dan membongkokkan badannya tanda hormat tetapi dia terkejut apabila wanita itu secara tiba-tiba menariknya ke dalam pelukan. Hampir saja dia menjerit.

"Aigoo, terima kasih sebab jagakan Sehun. Terima kasih," ujar Puan Oh. Dia sudah mula menangis. Hairan pula Krystal.

"Eomma, janganlah menangis. Saya baik-baik saja," Sehun cuba memujuk ibunya. Pantas dia menarik ibunya ke dalam pelukannya dan menepuk lembut belakang wanita itu.

Tersentuh Krystal melihatnya. Dia tidak sangka Sehun ada sisi seperti itu. Selama ini lelaki itu selalu berkasar dengannya. Siapa tahu lelaki itu mempunyai sisi yang sangat berbeza daripada apa yang dia tunjukkan kepada orang lain.

"Kenapa tak datang melawat eomma? Eomma ingat kamu dah mati macam Se Kyung. Se Kyung bunuh diri. Dia mati sebab dia tikam diri dia. Bukan eomma yang bunuh dia. Sehun, eomma tak bunuh abang kamu. Dia bunuh diri," ujar Puan Oh sambil menangis. Dalam sekelip mata, sikapnya berubah menjadi kebudak-budakkan. Sehun menganggukkan kepalanya sambil dia cuba menenangkan ibunya.

"Ya, ya. Saya tahu. Se Kyung hyung bunuh diri. Eomma tak bunuh dia. Saya tahu. Saya minta maaf sebab dah lama tak datang melawat eomma," pujuk Sehun.

Krystal hanya menjadi pemerhati. Luluh hatinya melihat adegan dua beranak itu. Dia tidak tahu yang Sehun mempunyai abang kerana lelaki itu tidak pernah memberitahunya.

Selepas beberapa ketika, Puan Oh mulai tenang. Krystal duduk di sebelah wanita itu yang sedang membelek bunga yang diberikan oleh Sehun.

"Siapa nama kamu?" tanya Puan Oh. Krystal melihat wanita itu berlainan pula daripada apa yang dia lihat sebentar tadi. Wanita itu kelihatan lebih tenang. Cara percakapannya juga seiring dengan umurnya yang mungkin hampir mencecah lima puluh tahun.

"Krystal."

"Kamu dah kahwin?" tanya Puan Oh membuatkan Sehun dan Krystal terkejut. Krystal memandang Sehun sekilas sebelum dia menggelengkan kepalanya.

"Belum."

"Kalau macam tu, kahwinlah dengan Sehun," ujar Puan Oh lagi. Namun kali ini Krystal seorang sahaja yang terkejut.

"Apalah eomma ni. Takkan Krystal nak kahwin dengan saya. Dia mesti dah ada pilihan hati," jawab Sehun. Dia mendekati ibunya lalu tangannya menggenggam erat tangan wanita itu.

"Eomma dah tua. Eomma nak kamu kahwin. Krystal sesuai untuk kamu. Eomma suka dia," Puan Oh menarik tangan Krystal ke dalam genggamannya. Krystal hanya membiarkan perkara itu walaupun hatinya mulai resah.

"Eomma dah makan? Jom saya temankan eomma makan," Sehun menarik perlahan tangan ibunya. Puan Oh hanya menurut. Dia bangun dari duduknya.

"Eomma dah makan. Eomma nak melukis. Eomma nak lukis muka Krystal," jawab Puan Oh. Sehun hanya ketawa.

"Okey, jom kita pergi melukis."

Mereka bertiga berjalan beriringan. Tangan Krystal masih berada di dalam genggaman tangan ibu Sehun. Sedikit sebanyak dia dapat merasai kasih seorang ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience