Bab 19

Fanfiction Series 1842

"Hello, Krystal," Sehun menghubungi Krystal.

"Ya?"

"Kau ada dekat mana?" tanya Sehun. Suaranya sedikit cemas.

"Kenapa?" tanya Krystal kembali.

"Aku nak tahu."

"Aku ada discussion. Nanti aku telefon kau balik. Aku sibuk ni," ujar Krystal lantas dia segera mematikan talian sebelum Sehun sempat membuka mulut. Krystal mematikan telefonnya. Dia mencuri pandang wajah Kai untuk melihat reaksi lelaki itu. Dia risau jika dimarahi kerana menjawab panggilan semasa perbincangan mereka itu.

"Tak perlu nak risau. Saya tak akan marah. Kita bukannya ada dalam bilik mesyuarat Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu," ujar Kai tanpa memandang wajah Krystal. Sang Soon yang sedang membaca akhbar di meja berdekatan sedaya upaya menahan ketawanya supaya tidak meletus.

Krystal menjeling ke arah Kai. Dia kembali fokus kepada kertas di hadapannya.

Sementara itu, Sehun sudah tidak senang duduk. Dia tidak tahu di mana dia perlu mencari Krystal. Gadis itu tidak memberitahu lokasi dia berada.

Sehun sudah mencari di bangunan S.M. Entertainment tetapi tiada. Dia pergi ke tempat Krystal selalu lepak, juga tiada.

*

Perbincangan mereka ditamatkan sebelum makan tengah hari. Kai menggeliat untuk meregangkan sendinya yang lenguh. Krystal mengurut sedikit pinggangnya yang terasa sakit akibat duduk untuk tempoh yang lama.

"Ahj-Appa!"

Sang Soon keluar dari dapur apabila terdengar Kai memanggilnya. Dia tidaklah terkejut dengan panggilan itu kerana mereka sudah berpakat untuk menggunakan panggilan itu jika ada situasi kecemasan seperti yang sedang berlaku sekarang di mana Krystal muncul di rumah itu secara tiba-tiba.

"Ya?"

"Tak perlu masak makan tengah hari untuk kami. Saya nak makan dekat luar dengan Krystal," Kai memandang Krystal sekilas sambil tersenyum.

"Hah? Bila masa pulak?" Krystal yang tidak tahu apa-apa, bingung dengan situasi itu. Kai tidak pernah memberitahunya apa-apa tentang makan tengah hari dan dia yakin telinganya masih elok.

"Kita dah setuju. Sekarang," ujar Kai. Sang Soon mengangguk dan kembali ke dapur.

"Bagi saya sepuluh minit untuk bersiap," Kai terus bangun tanpa Krystal sempat berkata-kata. Dia berlari ke tingkat atas sambil menyanyi.

Krystal hanya melihat lelaki itu hilang ke tingkat atas. Dia ketawa. Entah apa yang kelakarnya. Tetapi dia gembira sebenarnya yang mereka berdua sudah sedikit baik.

*

Kai dan Krystal setuju untuk makan di Seoul Garden walaupun sebenarnya Krystal terpaksa makan di situ memandangkan Kai tidak mahu mendengar cadangannya.

Selepas makan, Kai menghantar Krystal ke dormnya. Krystal tidak menyangka yang rumah Kai sebenarnya dekat sahaja dengan dormnya.

Krystal hendak melangkah pergi semasa dia terasa ada tangan yang menarik lengannya. Dia sangat terkejut dan hampir saja dia menjerit.

"Sehun? Kau buat apa dekat sini?" soal Krystal.

"Aku ingat kau ada discussion."

"Memanglah ada discussion. Tapi dah selesai. Jadi aku keluar makan," jawab Krystal dengan jujur. Entah kenapa dia dapat menghidu sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

"Aku? Atau kami?"

"Apa yang kau cakap ni? Aku tak faham," Krystal menarik lengannya.

"Jangan buat-buat tak faham. Aku nampak kau makan di Seoul Garden tadi," ujar Sehun. Dia mengawal nada suaranya.

"Kau keluar dengan Shadow? Jadi discussion tu dengan Shadow?"

"Ya."

"Aku ingatkan kau benci dia. Sekarang dah boleh makan bersama," Sehun memeluk tubuhnya. Sekarang Krystal sudah faham. Sehun sedang cemburu.

"Apa salahnya kalau kami berbaik? Kau ingat aku suka ke nak bertekak dengan dia setiap hari? Penat tau.

Kau ni pula apa masalahnya? Aku keluar dengan dia sebab ada benda yang nak dibincangkan. Aku minta pertolongan dia semalam," balas Krystal. Berdesing telinga Sehun apabila mendengar ayat terakhir Krystal. Sejak bila pula gadis itu meminta bantuan daripada musuh ketatnya itu.

"Minta bantuan? Aku ni tak boleh tolong ke?"

"Kau ni kenapa? Apa salahnya aku minta bantuan dia. Yang kau nak cemburu sangat ni kenapa?" Kali ini Krystal pula yang memeluk tubuhnya.

"Aku cemburu sebab aku sayangkan kau," jawab Sehun. Krystal memandang Sehun agar mata mereka bertatapan. Suaranya kendur.

"Aku tahu kau sayangkan aku. Tapi tak perlulah nak melebih. Kita bukannya ada apa-apa hubungan pun."

Kata-kata Krystal itu ibarat sebutir peluru berpandu yang tepat mengenai dadanya.

"Dahlah. Kau baliklah. Aku nak berehat," Krystal memusingkan badannya dan berjalan pergi.

"Krys-Krystal, tunggu," Namun Krystal tidak menghiraukan Sehun.

Sehun meramas rambutnya. Dia menyepak sebiji anak batu kerana geram. Malangnya anak batu itu terkena pada pintu keretanya dan menyebabkan calar.

"Shit!"

*

Kai mencari kunci keretanya. Seingatnya, dia meletakkan di dalam poket seluarnya tadi tapi sekarang tiada. Kai mula cemas.

Sedang dia kalut mencari kunci keretanya, Sehun muncul di tempat parkir kenderaan bangunan S.M. Entertainment itu. Di tangannya ada benda yang dicari oleh Kai.

"Cari ni ke?" Sehun menggoncang-goncangkan kunci kereta itu di hadapan Kai.

"Ya. Terima-"

Sehun melarikan kunci itu semasa Kai hendak mengambilnya, membuatkan Kai tercengang.

"Semalam kau keluar dengan Krystal. Aku tak tahu pulak yang kau baik sangat nak bawa dia pergi makan di Seoul Garden," Sinis kata-kata Sehun namun Kai hanya beriak biasa. Dia sudah mengagak akan perkara ini.

"Kau ada dekat sana ke? Kenapa tak tegur kami? Kita boleh makan sama-sama," Berbanding Sehun yang cuba memendamkan kemarahannya dan melemparkan kata-kata yang berbaur sindiran, Kai lebih berminat untuk menggunakan pendekatan yang lebih selamat iaitu menjawab dengan tenang.

"Shadow, apa niat kau sebenarnya muncul di tempat ni? Kau ada rumah mewah, percuma pula tu. Kereta mewah, kau dah terkenal. Semua orang bercakap tentang kau. Tapi kenapa kau masih terima tawaran untuk bekerja di sini? Kau tahu tempat ni boleh naikkan nama sesiapa sahaja yang ada kontrak dekat sini tapi macam yang aku cakap tadi, kau dah terkenal. Kenapa?" soal Sehun.

"Sebab aku nak lagi terkenal," jawab Kai. Dia terus merampas kunci keretanya daripada Sehun dan terus masuk ke dalam kereta.

Sehun masih berdiri di situ saat kereta Kai sudah hilang dari pandangan.

"Kenapa aku selalu tak dihiraukan?" ujar Sehun dengan bengang.

*

"Tak nak balik lagi?" tanya Shim Jaewon kepada Kasper selepas mereka berdua selesai makan tengah hari di kafe. Kasper menggelengkan kepalanya.

"Malam nanti ada bengkel. Malas nak balik," jawabnya.

Krystal dan Sulli berjalan melintasi meja dua orang koreografer itu dan mengambil tempat di satu meja kosong berhampiran dengan rak majalah.

Sulli mengambil senaskhah akhbar pada hari itu untuk dibaca sementara Krystal leka dengan telefon bimbitnya.

"Esok untuk radio tu, kita akan pergi dengan Sunny eonni kan?" tanya Sulli sambil tangannya membelek akhbar. Krystal menganggukkan kepalanya. Sulli memandangnya.

"Rasanya ini kali pertama kan kita jadi special DJ? Harap dapat buat yang terbaik esok- Oh, apa ni?"

Kata-kata Sulli menarik perhatian Krystal.

"Hei, Soojung. Baca ni," Sulli menyuakan akhbar kepada Krystal. Gadis itu terus meletakkan telefonnya dan membaca apa yang tertera di akhbar.

'Ahli kumpulan f(x) dilihat makan bersama dengan penari terkenal, Shadow di Seoul Garden.'

"Ahli kumpulan f(x) yang bernaung di bawah S.M. Entertainment, iaitu Krystal dilihat sedang menikmati makan tengah hari di Seoul Garden bersama dengan seorang koreografer terkenal, Shadow atau nama sebenarnya, Lee Shin Hee. Ramai peminat yang tertanya-tanya apa hubungan di antara mereka berdua. Banyak spekulasi- Aish! Apa ni?" Krystal menjadi bengang.

"Kenapa tak hati-hati?"

"Nak hati-hati apanya? Saya bukannya nak buat benda tak senonoh. Kitorang pergi makan aje pun. Habis tu selama ni saya keluar dengan Sehun, tak ada pula orang nak ambil gambar, nak keluar paper. Saya bermesra dengan Sehun, tak ada pula orang peduli. Masa saya keluar dengan Ka-"

Kata-kata Krystal terhenti di situ apabila dia teringatkan Kai. Dadanya terasa sebak. Dia menahan air matanya daripada menitis.

"Saya nak balik," Krystal terus bangun dan meninggalkan Sulli berseorangan di situ. Kasper yang terdengar apa yang terjadi, hanya menghantar langkah Krystal dengan pandangan matanya.

Sulli bersandar pada kerusi, memikirkan jika salah dirinya yang menunjukkan akhbar tersebut kepada Krystal sehingga membuatkan gadis itu mengamuk.

"Akhbar bodoh!"

*

"Kita baru dengarkan lagu  Love Again dari Lim Chang Jung. Talian dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berkongsi pengalaman manis anda. Ramai juga yang meninggalkan komen. Saya akan bacanya. Hello, saya cuma nak cakap selamat bertugas kepada Krystal." Sunny memandang ke arah Krystal. Dia kemudian meneruskan bacaannya.

"Jika ada kelapangan, bolehlah kita keluar makan bersama lagi. Ikhlas dari peminat dan kawan awak, Lee Shin Hee."

Sulli dan Krystal terkejut kerana Shadow turut meninggalkan komen.

"Krystal, saya dengar awak dan Shin Hee keluar semalam. Betul ke?" tanya Sunny.

"Ya, saya dan Shadow ada urusan kerja jadi kami berjumpa untuk membincangkannya dan kebetulan kerja kami selesai semasa makan tengah hari jadi dia mengajak saya untuk makan tengah hari bersama. Saya harap pihak media berhenti menyebarkan khabar angin negatif. Saya dan Shadow hanyalah sekadar kawan dan hubungan kami adalah atas dasar kerja. Tidak lebih dari itu," ujar Krystal dengan tenang. Sedikit sebanyak pesanan yang ditinggalkan oleh Shadow kepadanya memberikan dia semangat.

"Kita sudah dengar penjelasan daripada Krystal sendiri. Jadi, saya harap berhentilah menyebarkan khabar angin yang tidak benar. Baiklah, kita akan dengarkan lagu Call Me Baby daripada EXO selepas iklan ini."

Sunny membuka fon kepala yang dipakainya dan diletakkan di atas meja. Begitu juga dengan Krystal dan Sulli.

"Terima kasih untuk hari ini," ujar Sunny. Dia menyusun kertas yang berselerak di atas meja di hadapannya.

"Sama-sama. Eonni yang banyak bantu kami," balas Sulli kembali.

Satu jam menjadi DJ istimewa pada malam itu, selesailah tugas mereka pada hari itu. Akhirnya, dapatlah mereka pulang dan berehat.

Sementara itu, suasana di dalam studio milik Kasper sunyi. Hanya bunyi suara perempuan bercakap. Kasper hanya diam tanpa bicara.

"...dan Shadow hanyalah sekadar kawan dan hubungan kami adalah atas dasar kerja. Tidak lebih dari itu."

Kasper memandang radio yang dipasang. Kemudian pandangannya beralih kepada telefon di hadapannya.

Dia mencapai telefonnya dan menaip sesuatu. Sesudah itu, dia kembali termenung. Salji yang turun di luar dipandang melalui cermin bilik studionya.

Kai sedang berada di lampu isyarat semasa dia menerima mesej daripada seseorang. Dia segera membacanya kerana mesej itu daripada Kasper. Mungkin ada hal yang penting.

'Shin Hee, kau ada dekat mana? Kita jumpa dekat tempat biasa. Aku tunggu dekat sana.'

Kai memikirkan sama ada dia patut pergi ataupun tidak untuk berjumpa dengan Kasper. Biasanya lelaki itu mencarinya hanya untuk urusan kerja. Tetapi jika dia mahu bertemu di luar pada jam dua belas tengah malam sebegini, pastinya bukan mengenai soal kerja.

Tidak menghiraukan dirinya yang penat, Kai akhirnya membuat keputusan untuk bertemu dengan Kasper.

'Saya dalam perjalanan.'

Selepas lampu isyarat bertukar hijau, Kai terus membelok ke kanan untuk membuat pusingan U dan menuju ke Sungai Han.

Kai memakirkan keretanya bersebelahan dengan kereta Kasper. Dia turun dan disambut dengan pemandangan Kasper yang sedang meneguk Soju sambil memandang sungai yang terbentang luas. Cuaca sejuk dan salji yang turun tidak dihiraukan.

Kasper menyuakan botol Soju miliknya semasa Kai mengambil tempat di sebelahnya. Kai menggelengkan kepalanya. "Saya ada persembahan esok."

"Shin Hee-ah, kenapa kita diberikan rasa cinta dan dalam masa yang sama diberikan rasa sakit?" tanya Kasper secara tiba-tiba.

"Kenapa kita mencintai sedangkan kita tahu akhirnya kita yang akan terluka?" sambungnya lagi.

Lama Kai memerhatikan wajah Kasper untuk memastikan sama ada lelaki itu sudah mabuk ataupun tidak. Sepanjang tiga tahun lebih dia mengenali lelaki itu, rasanya itulah kali pertama Kasper bercerita soal hati dan perasaan kepadanya.

"Dulu aku pernah hampir lemas dalam kolam," Dia berjeda. Pada saat itu Kai berfikir apa gunanya lelaki itu bercerita mengenai dirinya yang lemas. Tetapi Kai tetap setia menjadi pendengar. Mungkin betul Kasper sedang mabuk.

"Ada seorang perempuan selamatkan aku. Dia hulurkan tangan dia, seolah memberikan satu harapan. Dia capai tangan aku dan genggamnya. Tapi masa aku nak naik, dia lepaskan balik tangan aku. Dia tengok aku hampir tenggelam sebelum ada seorang budak lelaki lain yang datang selamatkan aku," ceritanya.

Kai masih tidak faham apa kaitan cerita lama Kasper itu dengan situasi mereka.

"Apa... maksudnya?" tanya Kai.

"Jangan biarkan Sehun jadi macam aku," jawab Kasper. Kai bingung. Kepalanya semakin berserabut. Dia masih tidak faham apa maksud cerita lemas di kolam itu, tetapi sekarang Kasper memasukkan Sehun pula di dalam situasi itu.

"Sehun masih mentah. Jangan biarkan dia lemas," ujar Kasper lagi.

"Sehun? Kenapa dengan Sehun? Apa kai...tan.. Sehun.. dengan semua ni?" Kata-kata Kai terhenti di situ. Dia merenung air sungai dengan kening yang berkerut seolah-olah dia teringatkan sesuatu. Dia segera memandang Kasper.

"Sekejap! Maksudnya...?"

Kasper menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum.

Sekarang barulah Kai faham. Kasper menggunakan kisahnya sebagai perbandingan. Kasper bercerita mengenai Sehun dan Krystal. Lelaki itu mahu dia selamatkan Sehun. Kai tahu apa yang hendak dilakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience