Bab 12

Fanfiction Series 1842

Selesai makan tengah hari, Kai duduk di tengah-tengah ruang dan menggigit sebatang lobak merah.

"Jadi, kenapa ahjussi tak nak ikut saya tadi?" tanya Kai kepada Sang Soon yang sedang bersandar pada dinding sambil memejamkan matanya. Mungkin sedang mengelamun ataupun teringatkan sesuatu.

Sang Soon membuka matanya tetapi dia mengambil masa untuk menjawab soalan itu.

"Rumah ni dah jadi sebahagian daripada diri saya. Di sini tempat saya. Mungkin sudah takdir saya untuk tinggal di dalam hutan ini.."

"Kenapa tak nak keluar dari sini dan mulakan hidup yang baru di luar sana? Masih ada harapan," ujar Kai. Mengunyah lobak merah ataupun tomato sudah menjadi tabiatnya sejak tinggal di situ.

"Saya ni dah tua, Kai. Tiada apa yang perlu saya mulakan. Lainlah kamu. Masih muda. Perjalanan hidup kamu masih panjang. Kamu belum alami fasa perkahwinan dan mempunyai cahaya mata," ujar Sang Soon. Suaranya mengendur pada penghujung ayatnya.

Kai cuba menghadam kata-kata Sang Soon. Ada betulnya. Masih banyak yang perlu dia lakukan. Dia tidak mahu menghabiskan sisa hidupnya di dalam hutan itu sementara masih ada peluang terbuka untuknya di luar sana. Dia mempunyai wang yang cukup untuk menyara hidupnya sementara dia mencari kerja.

Kai berdiri tanpa berkata apa-apa. Dia menghampar kain di atas lantai tempat di mana dia selalu tidur. Sejak dia tinggal di situ, gaya hidupnya terus berubah. Jika dulu dia akan mencuci wajahnya sebelum tidur dan memakai pelbagai produk penjagaan wajah tetapi semua itu tiada di sini.

Pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya semasa dia melihat Kai menyediakan tempat tidurnya. Betapa tabahnya lelaki itu cuba untuk sesuaikan diri di tempat yang sangat asing ini. Kai datang dari salah satu label muzik yang besar di Korea Selatan. Dia tahu tempat itu bukan untuk orang yang biasa-biasa. Reputasi mereka tinggi biarpun hanya penari. Jika sepuluh tahun yang lalu dia sangat mengagumi Lee Soo Man, sekarang rasa itu masih sama walaupun sudah lama dia tidak mendengar sebarang berita dari dunia luar.

Sang Soon bangun dan berjalan ke arah satu sudut di mana tempat dia tidur. Punggung dilabuhkan.

"Selamat malam."

Kai membuka matanya apabila dia terdengar suara Sang Soon. Dia tidur membelakangi lelaki itu jadi Sang Soon tidak dapat melihat air matanya. Lagipun, keadaan rumah itu yang langsung tiada sumber cahaya dan Kai pula cuba untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi atau Sang Soon akan mendengar esakannya.

*

Sehun merebahkan dirinya di atas katil. Baru sahaja dia hendak melelapkan mata, pintu bilik hotelnya diketuk dari luar. Pasti Krystal.

Sehun bingkas bangun dan menuju ke arah pintu. Wajah Krystal yang sedang tersengih menyapanya sebaik sahaja Sehun menguak daun pintu.

"Kenapa ni?" soal Sehun sambil bersandar pada pintu.

"Kau dah tidur ke?" Sehun melentokkan kepalanya pada dinding kerana soalannya dijawab dengan soalan.

"Habis nak buat apa lagi? Kita baru sampai. Kau pergilah tidur. Aku penat sangat ni," Sehun menguap. Dia berjaga di dalam kapal terbang tadi kerana tidak dapat tidur. Jadi sekarang dia berasa sangat penat.

"Sekarang tujuh setengah pagi. Jomlah turun sarapan. Aku lapar," rengek Krystal.

"Kau pergi sorang, ya?" Sehun menggapai tangan Krystal dan menggenggamnya sambil tersengih tanda dia meminta maaf kerana tidak mahu menemani gadis itu. Sehun hendak menutup pintu bilik tetapi Krystal menghalangnya.

"Sehun! Tolonglah. Aku lapar," Kali ini Krystal membuat muka kasihan. Sehun mengeluh. Kepalanya menunduk memandang lantai.

"Baiklah, tunggu sekejap," ujar Sehun sebelum dia menutup pintu.

Beberapa minit berlalu tetapi Sehun masih tidak keluar. Krystal tahu dia sudah pun ditipu oleh lelaki itu jadi terpaksalah dia turun untuk makan berseorangan.

Sehun terbaring di atas tilam yang empuk itu.

"Maaflah Krystal. Aku penat sangat ni," ujarnya sebelum bilik itu dipenuhi dengan bunyi dengkuran halus.

*

"Umm, excuse me?"

Seorang pemuda yang melintasi kaunter penyambut tetamu hotel itu berhenti apabila dia mendengar seseorang menegurnya.

Dia melihat sekeliling sebelum dia ternampak ada seorang lelaki memakai kemeja T lengan pendek tidak bercorak berwarna hitam dan jeans dengan warna yang sama. Di tangannya ada sebuah topi berwarna putih. Lelaki itu menghampirinya.

"You're talking to me?" soal pemuda Perancis itu. Sehun menganggukkan kepala.

"Yes. Can I take your time for about 3 minutes?" tanya Sehun. Di tangan kirinya ada sesuatu.

"Yes?"

"You see that girl, right? The one in red blouse," Sehun menuding jari ke arah Krystal yang sedang bercakap sesuatu di telefon tidak jauh dari tempat Sehun berada. Lelaki Perancis itu menganggukkan kepalanya.

"The moment I go outside, give this to her," Sehun menghulurkan sekeping kertas kecil yang dilipat dua.

"Okay, no problem," jawab pemuda itu.

Sebaik sahaja Sehun berjalan melepasi pintu utama hotel, lelaki itu menghampiri Krystal yang baru sahaja selesai bercakap di telefon.

"Excuse me?"

"Yes?"

"Someone give you this," Krystal bingung apabila seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya datang kepadanya dan memberikan sekeping kertas.

"Who gave you this? What is this?" Krystal menyambut kertas yang dihulurkan kepadanya.

"I can't say anything," ujar pemuda itu sebelum dia berjalan pergi.

Dengan dahi yang berkerut, Krystal membuka lipatan kertas kecil berwarna merah itu.

'Meet in front of Le'Amo Restaurant'

Dengan kepala yang bingung, Krystal keluar dari hotel dan membelok ke kiri untuk menuju ke arah kafe di mana mereka telah kunjungi untuk makan tengah hari siang tadi.

Sehun menunggu dengan sabar. Jantungnya berdebar. Jambangan bunga di yang dipegang, dibawa ke dalam pelukannya.

Jika dia diberi peluang untuk memiliki kuasa, dia pasti akan memilih untuk menghilangkan diri dari tempat itu kerana Krystal sedang menghampirinya. Bunga disorokkan di belakang.

Krystal berhenti di hadapan Sehun. Dia ternampak sesuatu disorokkan oleh lelaki itu. Krystal cuba untuk mengintai di belakang Sehun tetapi Sehun cuba mengelak.

"Ada apa ni? Siap hantar orang lagi untuk bagi nota dekat aku," Krystal menyilangkan tangannya pada dadanya.

Sehun tidak menjawab kerana dia sibuk menyusun ayat yang sesuai untuk diucapkan sebagai pembuka bicara.

"Krystal," Sehun menatap ke dalam anak mata Krystal. Krystal membalas pandangan mata Sehun.

"Krystal..."

"Ya?"

"Krystal, aku... aku..." Sehun tergagap-gagap di hadapan Krystal. Tiada kekuatan untuk meluahkan perasaannya.

"Aku apa?" tanya Krystal tidak sabar.

"Aku sebenarnya nak cakap sesuatu."

"Apa dia?"

Krystal terkejut apabila Sehun mengeluarkan sejambak bunga ros dari belakangnya. Bunga itu diletakkan di hadapan wajahnya. Pada pandangannya, Sehun memang berkelakuan aneh pada malam ini.

"Krystal, dah lama aku tunggu saat ini. Dah lama aku pendam. Aku tahu kau tak menjangkakan semua ini."

Krystal diam tidak berkutik. Dia masih menatap mata Sehun.

"Krystal, aku nak minta kau jadi kekasih aku. Aku janji yang aku akan bahagiakan kau. Aku takkan sia-siakan kau," akhirnya terluah jua apa yang dipendam selama ini.

Lama Krystal mendiamkan diri, memikirkan apa yang patut dia katakan untuk tidak melukakan hati lelaki itu.

"Maaf, Sehun," akhirnya itu sahaja yang terluah. Krystal cepat-cepat pergi dari situ sebelum Sehun dapat melihat air matanya.

Sehun menjatuhkan kembali tangannya yang sedari tadi memegang bunga. Dia mencuba sedaya upaya untuk tidak membiarkan air matanya tumpah.

Kecewa. Itulah perkataan yang tepat untuk menggambarkan perasaannya pada masa itu. Bertahun-tahun dia mengumpul kekuatan untuk meluahkan perasaannya terhadap Krystal namun Kai hadir tanpa diduga dan membawa cintanya pergi. Dia kecewa tetapi jika Kai dapat membuatkan gadis itu bahagia, dia terima. Tetapi itu dulu. Sekarang Kai sudah tiada. Sudah tiba masanya Krystal melupakan cerita lama dan memulakan hidupnya yang baru.

Dia memegang kocek seluarnya daripada luar. Cincin yang sepatutnya tersarung di jari Krystal ada di dalam koceknya. Krystal tinggalkan dia sebelum dia sempat membawanya keluar.

*
Pintu biliknya dihempas kuat. Beg tangannya dicampak sembarangan. Krystal merebahkan tubuhnya ke arah katil. Dia menangis. Dia kecewa dengan dirinya sendiri kerana tidak ada keberanian untuk membuka peluang kepada Sehun dan juga kerana dia masih belum dapat melupakan Kai walau hakikatnya lelaki itu sudah setahun lebih meninggal dunia. Tetapi Krystal merasakan yang Kai masih hidup. Dia fikir dia merasa begitu kerana dia masih sayangkan lelaki itu.

Krystal meniarap di atas katil dan matanya perlahan-lahan terpejam.

Krystal bermimpi. Dia berada di satu tempat yang sangat asing. Dia berada di hutan. Dia cuba keluar dari tempat itu tetapi gagal kerana dia tidak tahu ke mana hendak dituju. Kemudian, Krystal ternampak satu susuk tubuh manusia sedang membelakanginya. Dia kenal susuk tubuh itu. Itu Sehun. Krystal berjalan semakin hampir. Apabila dia menghampiri beberapa tapak, figura itu memusingkan badannya dan menghadap Krystal.

"Kai?" ujarnya. Namun dia terkejut kerana wajah Kai dipenuhi luka.

"Krystal, tolong saya," Kai menangis. Krystal menghampiri Kai tetapi lelaki itu semakin menapak ke belakang.

"Krystal, selamat tinggal," ujar Kai kemudian dia menjatuhkan badannya kebelakang dan jatuh menjunam ke dalam cerun yang dalam itu.

"Kai!" jerit Krystal kemudian dia terjaga. Krystal bangun dan melihat sekeliling. Dia masih berada di dalam bilik hotelnya. Syukurlah ia cuma mimpi.

Selepas membasuh muka, Krystal teringatkan Sehun. Dia sudah meninggalkan lelaki itu di bawah begitu saja. Pasti Sehun sangat kecewa dengan dirinya. Dia perlu meminta maaf. Krystal mengambil telefon bimbitnya dan bergegas turun untuk bertemu Sehun.

Setibanya di hadapan restoran, Sehun tiada di situ. Krystal cuba mencari di dalam restoran tetapi juga tiada. Di mana lelaki itu berada?

Krystal tahu dia tidak patut tinggalkan Sehun tadi. Tetapi hatinya tidak dapat menerima apa yang baru diluahkan kepadanya. Semuanya sangat pantas baginya. Lelaki itu tidak pernah menunjukkan sebarang minat kepadanya, tiba-tiba melamarnya. Atau dirinya yang tidak perasan selama ini? Krystal bermonolog.

"She... She said sorry. She didn't love me. I wait her for years..."

Krystal mencari dari mana suara itu datang kerana dia cam itu suara Sehun.

"Come on, man. Find someone else. She don't deserve you."

Krystal menghampiri kolam kecil buatan yang berhampiran apabila dia ternampak Sehun sedang bercakap dengan seseorang yang tidak dikenali.

"Seh-"

"She's an artist. A famous artist. She's pretty."

Kata-kata Sehun itu mengejutkan Krystal. Lelaki itu sedang mabuk.

"Who care if she's an artist? It's about love, not fame. She could-"

Bicara lelaki itu mati di situ apabila Krystal memotong percakapannya.

"Excuse me?"

Lelaki bermata biru itu mendongak memandang Krystal. Serta-merta dia tersenyum. Kagum dengan kecantikan Krystal.

"Hey, gorgeous. What are you doing here?" soalnya kepada Krystal.

Krystal tidak terus menjawab malah dia merampas botol arak yang berada di tangan Sehun dan meletakkannya ke tepi.

"Sehun, jom balik ke hotel," Krystal cuba membantu Sehun untuk bangun tetapi lelaki itu tidak mahu memberikan kerjasama.

"So, you are the girl that he talked about?" Lelaki asing itu kembali bersuara apabila Krystal tidak menjawab soalan pertamanya.

"Sehun, cepatlah bangun," Krystal menarik lengan Sehun dengan susah payahnya dan akhirnya dia berjaya membantu lelaki itu berdiri.

"Krystal, kau cintakan aku ke tak? Kenapa kau cari aku? Tadi kau cakap kau tak cintakan aku," ujar Sehun. Dia mungkin sedang mabuk tetapi kata-katanya itu tetap menusuk ke dalam hati Krystal.

"Hey, girl. Talk to me."

"You better shut you mouth up," Satu amaran diberikan dan dia berharap lelaki itu faham kerana Krystal tahu dia tidak mabuk.

Tombol dipulas dan Krystal menolak daun pintu menggunakan kakinya. Dia memapah Sehun dan membawanya ke katil. Selepas membaringkan Sehun dan membuang kasutnya, dia mengambil jambangan bunga yang dipegang Sehun dan meletakkannya ke atas meja kecil di tepi katil.

"Krystal, jangan pergi... Aku tak nak kau tinggalkan aku," Sehun menggumam dengan sangat perlahan dan lemah tetapi masih dapat difahami oleh Krystal.

Dia menyelimuti Sehun dan berjalan ke arah pintu namun langkahnya terhenti dan dia menoleh ke arah jambangan bunga tersebut.

Entah apa yang membawa tubuhnya menghampiri katil dan dia mencabut satu kuntum mawar putih lalu dia keluar dari bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience