Bab 24

Fanfiction Series 1842

"Krystal!"

Krystal berpaling apabila namanya dipanggil. Langkah kakinya semakin laju sebaik dia terpandangkan Kai. Dia mahu lari dari situ secepat yang mungkin.

Kai berlari selaju yang mungkin untuk mengejar Krystal. Dia perlu cepat sebelum Krystal masuk ke dalan kereta. Mujurlah, dia sempat memegang tangan Krystal saat gadis itu baru sahaja hendak membuka pintu kereta.

"Jangan pegang saya!" jerit Krystal. Dia berundur ke belakang. Kai segera melepaskan tangannya.

"Krystal, dengar dulu penjelasan saya," Kai cuba mendekati Krystal tetapi Krystal semakin berundur ke belakang seolah tidak mahu Kai berada dekat dengan dirinya.

"Awak, awak jangan dekat!" Krystal bingung. Dia sendiri tidak tahu hendak memanggil lelaki di hadapannya itu dengan panggilan Shin Hee ataupun Kai.

Air matanya mengalir laju kerana dia berasa sangat marah dan kesal. Dia tidak dapat mengawal perasaannya. Kepalanya yang sakit tidak dihiraukan.

"Krystal, tolonglah bagi saya peluang untuk jelaskan-" Kai melangkah selangkah ke hadapan namun dia terkejut dengan jeritan Krystal.

"Jangan dekat! Awak tak faham bahasa ke?! Saya kata jangan dekat!" Malangnya tindakannya itu sia-sia kerana Kai lebih pantas daripada dirinya. Kai segera menghampirinya dan dalam sekelip mata, lelaki itu sudah memeluknya.

Dia meronta untuk melepaskan diri tetapi gagal kerana kudrat lelaki itu jauh lebih kuat daripada dirinya. Kepalanya semakin sakit. Akhirnya, pandangannya gelap dan dia jatuh terkulai di dalam pelukan Kai. Kai pula yang menjadi panik. Krystal tiba-tiba sahaja pengsan di pangkuannya.

Tanpa berlengah, dia mengambil kunci kereta di tangan gadis itu. Krystal dipapah masuk ke dalam kereta dan dia masuk ke tempat duduk pemandu. Bunga yang dipegang oleh Krystal juga tidak lupa dimasukkan ke dalam kereta.

Di dalam kepalanya, dia terfikir untuk menelefon pengurus Krystal untuk memaklumkan apa yang telah berlaku tetapi dia perlu menghantar Krystal ke hospital terlebih dahulu.

Krystal dirawat di Hospital Myungook di Gangnam. Kai sudah pun menghubungi pengurus Krystal untuk memberitahu keadaan Krystal. Ahli f(x) yang lain juga telah dimaklumkan. Jadual untuk Krystal pada esok hari telah pun dibatalkan memandangkan dia perlu ditahan di hospital sehingga pagi esok. Buat masa sekarang, dia akan menemani Krystal. Sehun memberitahu dia akan datang tetapi Kai menyuruhnya supaya tidak risau kerana Krystal cumalah demam biasa. Lagipun, Sehun ada rakaman untuk klip video baru mereka jadi dia tidak mahu mengganggu jadual lelaki itu.

*

Rakaman untuk klip video barunya tamat pada jam sembilan malam. Sehun berasa amat lega kerana bahagiannya sudah selesai. Dia bercadang hendak pulang terus ke rumah kerana kerjanya pada hari itu sudah selesai. Semasa turun ke lobi, dia ternampak seseorang yang baru masuk ke situ yang membuatkan dirinya terkejut besar kerana dia tidak menyangka akan bertemu dengannya di situ.

Sehun menghampiri Taemin yang kelihatan terpinga-pinga itu.

"Taemin?" Sehun menyapa Taemin.

"Oh Sehun?" Taemin tersenyum ke arah lelaki yang sedang menghampirinya. Dia terkejut kerana Sehun masih mengecam dirinya walaupun mereka jarang bertegur sapa semasa di universiti.

"Apa khabar?" Sehun menghulurkan tangannya.

"Khabar baik," jawab Taemin sambil menyambut huluran tangan Sehun.

"Kau kerja dekat mana sekarang?" tanya Sehun. Dia mengajak Taemin duduk memandangkan perbualan mereka mungkin panjang kerana dia tertanya-tanya apa tujuan lelaki itu tiba-tiba muncul di bangunan itu.

"Aku jadi penari sekarang. Samalah macam kau. Aku buka studio tarian dekat Seonyeondan," Dahi Sehun berkerut sebaik sahaja dia mendengar jawapan daripada Taemin. Sama macam aku?

"Macam mana kau tahu aku jadi penari?"

Taemin tidak menjawab soalan Sehun tetapi dia cuma melemparkan senyuman yang menyimpan seribu makna.

"Jadi apa kau buat dekat sini? Tak sangka pula dapat jumpa kau di tempat ni."

"Aku datang nak jumpa seseorang," jawab Taemin.

"Siapa?"

"Kai."

Sebaris nama itu cukup membuatkan Sehun terpana.

*

"Kenapa dia buat semua ni?"

Sehun duduk menghadap sungai. Taemin mengajaknya ke Sungai Han apabila Sehun memberitahu yang Kai berada di hospital untuk menjaga Krystal. Taemin yang berada di sebelahnya turut merenung air sungai. Cuaca pada malam itu sangat baik. Angin bertiup lembut. Mereka tenggelam di dalam perasaan masing-masing.

"Semuanya sebab Krystal," Sehun memandang Taemin dengan riak wajah terkejut.

"Dia fikir dia dah kehilangan Krystal bila mereka putus. Kai cuba belajar untuk lupakan Krystal walaupun dia masih cintakannya. Bila dia sudah terbiasa hidup tanpa Krystal, syarikat tempat kau kerja tu tawarkan dia kontrak. Dia fikir di situlah tempat dia dapat melebarkan kariernya. Tapi dia mula sedar yang keputusannya kembali ke situ telah mengembalikan Krystal dalam hidupnya."

Taemin memandang Sehun. Di dalam hatinya, dia meminta maaf kepada Kai kerana telah membocorkan rahsia besar ini kerana dia fikir Sehun perlu tahu semuanya. Cukuplah Kai menipu semua orang selama ini. Semua ini perlu dihentikan. Dia tidak mahu jika Krystal jatuh cinta kepada Kai, memikirkan dia orang yang berlainan sedangkan lelaki itu adalah orang yang sama dia telah jatuh cinta empat tahun yang lalu.

"Hatinya kembali mahukan Krystal. Sebab itulah dia cuba dapatkan balik Krystal dengan menggunakan watak yang berbeza. Jika takut jika dia kembali dalam hidup Krystal sebagai Kai, Krystal tidak akan dapat menerima dirinya. Sebab Krystal cintakan kau," cerita Taemin lagi.

Sehun ketawa kerana tidak percaya apa yang baru Taemin ceritakan kepadanya.

"Krystal tak pernah cintakan aku. Apatah lagi suka. Aku cuma kawan baik dia. Tak pernah dan tak akan lebih dari itu. Hatinya sentiasa untuk Kai tidak kiralah sama ada Kai masih hidup ataupun dah tiada. Aku tahu, nama Kai sentiasa mekar di hati dia dan takkan ada orang yang dapat menggantikan tempat Kai di hati dia," Sehun memeluk lututnya. Dagunya ditongkat di atas lututnya. Dadanya terasa sangat sebak. Dia sedaya upaya menahan air matanya daripada jatuh. Dia perlu kuat untuk melepaskan gadis itu pergi dan belajar menerima kenyataan yang Krystal memang ditakdirkan untuk Kai.

Taemin meletakkan tangannya di atas bahu Sehun. Dia tahu bagaimana perasaan Sehun. Bukan dia tidak tahu yang Sehun sudah lama menaruh hati pada Krystal.

"Aku akan lupakan dia. Demi Kai," ujar Sehun. Suaranya seakan hilang. Taemin meremas bahunya. Cuba memberi kekuatan kepada lelaki itu.

*

Sang Soon menutup periuk yang berisi sup panas itu. Kebetulan telefon rumah berdering jadi dia segera keluar dari dapur untuk menjawab panggilan.

"Hello? Oh, Kai. Kenapa tak balik lagi?" tanya Sang Soon tanpa mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku. Dia mengerling jam di dinding. Pukul sembilan malam.

"Ahjussi, saya balik lambat malam ni. Atau mungkin tak balik terus," ujar Kai di hujung talian.

"Tak balik terus? Kenapa? Kamu ada dekat mana sekarang?" Sang Soon mula risau.

"Saya ada dekat hospital. Krystal ditahan sebab demam. Saya temankan dia dekat sini," Jawapan Kai sekurang-kurangnya melegakan hatinya. Dia risau jika sesuatu berlaku kepada Kai kerana semasa dia menelefon lelaki itu tadi, panggilannya tidak dijawab.

"Oh, kalau macam tu tak apalah. Hati-hati, Kai. Jangan lupa makan. Jumpa nanti, atau esok," kata Sang Soon. Hujung ayatnya membuatkan Kai ketawa.

"Okey," balas Kai sebelum talian dimatikan.

"Haih, nampaknya makan sendirian lagi malam ni. Nasib badan," Sang Soon mengeluh perlahan. Dia mengheret badannya ke dapur. Tiba-tiba sahaja seleranya hilang apabila memikirkan yang dirinya akan makan seorang diri lagi pada malam ini seperti malam-malam sebelum ini. Kai sangat sibuk sekarang terutamanya pada minggu ini membuatkan lelaki itu tidak pernah ada kesempatan untuk makan malam di rumah, mahupun bersarapan bersama.

*

Jika diikutkan hati, memang dia ingin duduk lebih lama di tepi sungai tetapi tubuhnya terasa penat jadi dia segera meminta diri dengan Taemin untuk pulang dahulu, meninggalkan lelaki itu sendirian di situ.

Selepas membersihkan tubuhnya, dia memakai krim malam yang sentiasa dia gunakan untuk menjaga kulitnya. Sehun termenung di meja di dalam biliknya. Sejambak bunga yang berada di atas meja itu dipandang. Bunga itu sudah berada di situ sejak beberapa minggu yang lalu. Ia adalah bunga yang sama yang dia beli di Perancis saat dia ingin melamar gadis itu namun lamarannya ditolak. Ya, dia masih menyimpan bunga itu, memikirkan yang mungkin masih ada harapan buat dirinya untuk mendapatkan Krystal. Padahal semua usahanya ternyata sia-sia.

Bunga itu sudah mati. Sekarang dia sedar yang harapannya untuk mendapatkan Krystal sudah pun tiada seperti bunga yang mati itu. Dia memikirkan jika dia sepatutnya membeli bunga plastik jadi ia tidak akan mati. Tapi dia sedar, tiada siapa yang mahukan bunga plastik. Sama juga seperti tiada siapa yang akan bahagia dengan cinta yang plastik. Cinta yang berpura-pura dan dipaksa. Dia tidak mahu Krystal cintakan dia di atas dasar terpaksa. Jika Krystal cintakan dia, biarlah cinta itu tulus ikhlas dari hatinya, bukan kerana terpaksa.

Dengan hati yang remuk, dia mengambil bunga itu dan membuangnya ke dalam tong sampah di sebelah mejanya.

Tingkap biliknya dibuka. Angin malam menyapa wajahnya, berharap yang angin itu dapat membawa pergi cintanya pada si gadis bernama Krystal kerana sungguh sakit untuk dia terus mencintai gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience