Bab 18

Fanfiction Series 1839

Konsert f(x) semakin hampir. Krystal dan ahli kumpulannya gigih berlatih agar konsert yang dijalankan nanti berjalan dengan lancar. Konsert kali ini akan lebih banyak menonjolkan bakat individu setiap ahli. Luna akan mempersembahkan lagu solo barunya. Krystal  bercadang hendak menunjukkan skil tariannya. Jadi pengarah persembahan, Shim Jaewon mencadangkan supaya Krystal membuat persembahan bersama dengan beberapa orang penari latar. Pada mulanya Krystal teragak-agak untuk bersetuju kerana dia tahu Shin Hee pasti terlibat sama memandangkan lelaki itu ada bersama mereka di dalam bilik latihan. Tetapi Sehun bersetuju untuk menjadi pasangannya membuatkan dia sedikit lega.

"Saya rasa Sehun dan Krystal satu kombinasi yang menarik," ujar Shim Jaewon. Mereka berdua tersengih.

"Tapi... koreografi ni perlukan tiga orang jadi Shadow akan sertai sertai kamu berdua," sambung Shim Jaewon. Serta-merta senyuman Krystal dan Sehun mati. Kai menghampiri Shim Jaewon.

"Shin Hee, kamu boleh sertai mereka?" Shim Jaewon merehatkan tangannya di atas bahu Kai. Lelaki itu mengangguk.

"Boleh. Tak ada masalah. Saya sedia membantu," jawab Kai.

"Bagus. Jadi, kita mulakan latihan," Shim Jaewon memasang lagu membuatkan Krystal dan Sehun tercengang. Mereka bertiga perlu menari bersama dan Sehun perlu membiasakan dirinya memandangkan ini kali pertama dia akan menari bersama Krystal dan ditemani orang lain selain Kai.

"Krystal, apa kata awak cuba menari dengan Shadow dulu," Shim Jaewon memberikan cadangan kerana jelas yang mereka berdua tiada keserasian. Wajah Krystal beku sahaja semasa menari. Dia tidak tahu bahawa Krystal sangat benci dengan ideanya itu.

Mahu tidak mahu terpaksalah Krystal menyambut huluran tangan Shin Hee. Itu adalah kali pertama mereka berpegangan tangan tapi anehnya dia langsung tidak berasa kekok ataupun rasa hendak menarik kembali tangannya. Kehangatan menjalar di seluruh tubuhnya hanya dengan cara menggenggam tangan Shin Hee. Krystal mula berasa tenang dan mula menari.

Sehun sedari tadi memendam perasaannya. Dia merasakan yang Shin Hee sebenarnya cuba mencari peluang untuk mendekati Krystal. Dia tahu dari cara lelaki  itu yang berjaya memanipulasikan Shim Jaewon untuk membantunya.

Krystal mula terbuai dengan rentak permainan Shin Hee. Tarian mereka semakin bagus berbanding mula-mula tadi. Shim Jaewon berpuas hati dengan usaha Shin Hee yang membuahkan hasil. Selepas pemanasan, mereka bertiga mula berlatih dengan serius dan Sehun menolak ke tepi soal perasaannya kerana dia perlu profesional di atas pentas.

*

Konsert f(x) ini merupakan konsert kedua yang disertainya selepas dilamar S.M. Entertainment dan merupakan konsert pertamanya bersama f(x) sebagai Shadow.

Dia perlu buat yang terbaik kerana ini pentas Krystal. Dia tidak boleh rosakkan persembahan orang lain.

Berkat usaha semua pihak, konsert berjaya ditamatkan. Sehun berada di bilik rehat semasa konsert melabuhkan tirai. Kai berada di belakang pentas, membantu beberapa orang staf untuk menguruskan peralatan pentas. Semasa turun dari pentas, entah bagaimana Krystal tidak dapat mengimbangi tubuhnya. Seorang staf perempuan menjerit kerana dia nampak Krystal sedang jatuh dari anak tangga. Kai yang berada tidak jauh dari situ, pantas bertindak menyambut tubuh gadis itu. Tangannya memaut kemas pinggang Krystal. Suasana sedikit cemas namun masih terkawal.

"Te..terima kasih," Krystal pantas meleraikan pelukan pada pinggangnya. Staf datang ke arahnya dan membawanya dari situ.

Berita mengenai insiden kecil itu sampai ke bilik rehat. Sehun duduk di sofa. Kepalanya direhatkan ke belakang dan lengannya diletakkan di atas matanya. Matanya terpejam tetapi tidak bermakna dia tidur.

"Bahaya betul, kan? Nasib baik Shadow ada," ujar seorang jurumekap yang berada di dalam bilik itu.

"Yelah. Kalau tak, tak tahulah apa jadi dekat Krystal. Cuai betul dia tu," ujar seorang lagi jurumekap.

Sehun membetulkan duduknya. Dia berpura-pura seperti baru terjaga dari tidur. Hakikatnya dia terkejut apabila dua nama itu disebut dan dia tidak tahu apa yang telah berlaku.

"Krystal tak cedera. Jangan risau. Nasib baik Shadow yang sambut masa dia jatuh tadi. Fuh, macam babak filem cinta," ujar Sang Min yang baru masuk ke situ bersama dengan Kasper.

"Taewoo, jangan lepaskan saya," Sang Min berpura-pura seperti hendak jatuh dan Kasper menyambutnya mirip aksi Kai dan Krystal sebentar tadi. Semua orang di bilik itu ketawa tetapi tidak bagi Sehun.

"Sang Min-ah, beratnya kamu. Kamu makan apa?" balas Kasper dengan ton suara yang diubah sesuai dengan watak putera raja dalam filem animasi membuatkan semua orang ketawa terbahak-bahak. Sehun tidak pedulikan semua itu. Dia terus bangun dan keluar dari situ untuk mencari Krystal.

"Mana Krystal?" tanya Sehun kepada Amber.

"Tak tahu. Tadi staf yang bawa dia pergi. Dia jat- Sehun! Hei, Sehun!"

Sehun terus pergi tanpa menghiraukan panggilan daripada Amber.

Sehun menghampiri sekelompok staf yang sedang berbincang sesuatu.

"Mana Krystal?" Soalan yang sama diajukan.

"Bilik rawatan," jawab mereka semua dengan serentak.

Tanpa berlengah, Sehun terus ke bilik rawatan. Dia mengambil sedikit masa untuk menemui bilik rawatan yang betul kerana terdapat tiga bilik rawatan di situ. Sayangnya, apabila dia masuk, Krystal tiada di situ. Cuma ada Shadow yang ada di situ.

"Oh, Sehun," sapa Kai.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Sehun sambil kakinya melangkah masuk.

Soalannya membuatkan Kai tercengang. "Buat apa?"

"Bukan sepatutnya Krystal ada dekat sini?"

"Oh, Krystal. Dia baru aje pergi. Kau lambat beberapa saat. Aku nak tukar baju. Kejap lagi nak balik," ujar Kai. Dia mula membuka bajunya tanpa menghiraukan Sehun.

"Krystal tak apa-apa. Staf bawa dia ke ke sini untuk buat pemeriksaan. Risau jika dia ada kecederaan. Tapi semuanya selamat," sambung Kai lagi. Dia sudah tahu apa tujuan Sehun datang ke situ.

Sehun berdiri di belakang Kai. Dia melihat tubuh lelaki itu yang terdedah. Ada satu parut panjang dari pinggang sebelah kiri lelaki itu sehingga ke tengah belakangnya. Pasti luka itu agak dalam kerana telah meninggalkan parut. Dia tertanya-tanya bagaimana lelaki itu mendapat parut itu.

"Kau nak balik terus ke lepas ni?" Kai selesai memakai baju dan terus memusingkan badannya dan menghadap Sehun.

"Hah? Apa kau cakap?" Sehun terpinga-pinga. Fikirannya hanyut kerana memikirkan parut itu.

"Takkan tergoda tengok badan aku?" Kai mengusik Sehun.

"Apa kau cakap?"

"Aku tanya kau nak balik terus ke?" tanya Kai sekali lagi.

"Tak. Aku nak cari Krystal dulu. Bye," Sehun terus keluar sebelum keadaan menjadi semakin kekok.

Satu smirk terbentuk di bibir Kai.

*

"Macam mana konsert hari ni?" tanya Sang Soon.

Kai merebahkan kepalanya di atas riba ayah angkatnya itu. Matanya dipejamkan. Tubuhnya terasa sangat penat. Selepas selesai konsert, dia terus pulang ke rumah.

"Okey aje," jawabnya ringkas.

"Kai," panggil Sang Soon.

"Hmm."

"Sampai bila kamu nak rahsiakan identiti kamu? Tak takut ke nanti kamu lukakan hati orang yang tidak bersalah? Lama-kelamaan rahsia kamu akan terbongkar juga," ujar Sang Soon. Dia menatap wajah tenang Kai di atas ribanya.

"Saya pernah menjadi orang yang tak bersalah dan dilukai. Biarlah mereka pula yang merasainya," jawab Kai dengan tenang.

"Bukan ke kamu cintakan dia?" tanya Sang Soon.

"Ya. Tapi bukan mudah," jawab Kai. Dia membuka matanya.

"Kai dah mati dalam hidup dia. Jadi Shin Hee yang akan kembali rebut cintanya," Kai menatap mata Sang Soon.

"Ahjussi rasa saya akan berjaya atau tak?" tanya Kai. Mata bersinar-sinar.

Sang Soon menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Kai terus bangun dan memeluknya. Tangannya menggosok perlahan kepala Kai. Semoga berjaya anakku, doanya di dalam hati.

*

Bunyi kuali diketuk mengisi ruangan dapur rumah itu. Sang Soon sedang memasak nasi goreng semasa bunyi loceng rumah bergema. Dia cepat-cepat mematikan api dan bergegas keluar untuk melihat siapa gerangan yang melawatnya di pagi hari itu.

Krystal membetulkan solekannya. Baru sahaja dia hendak menekan loceng, pintu pagar terbuka. Dia melihat ke dalam kawasan banglo dua tingkat itu. Mulutnya terlopong. Ia seolah-olah istana. Kakinya melangkah masuk memijak laluan berbatu yang disediakan dan membawanya melalui satu taman mini yang dipenuhi bunga ros merah dan putih. Hamparan bunga Baby's Breath putih di atas rumput menambahkan seri pada taman itu. Kolam kecil di kiri dan kanannya diisi dengan ikan berwarna emas. Ikan-ikan itu seolah menyapanya semasa dia melintasi tempat itu.

Kehadiran Krystal disambut oleh seorang lelaki tua di hadapan pintu. Sang Soon tertanya-tanya apa yang dibuat oleh ahli kumpulan f(x) itu di rumahnya pada waktu sebegini.

"Ini... rumah Lee Shin Hee kan?" tanya Krystal dengan teragak-agak.

"Ya. Cik nak jumpa dengan dia ke?" tanya Sang Soon.

"Ya. Kami dah berjanji semalam untuk berjumpa hari ni," jawab Krystal.

"Kalau macam tu, masuklah dulu. Biar saya panggilkan K- Shin Hee," Sang Soon hampir tersasul menyebut nama Kai tetapi dia cepat membetulkannya.

Krystal masuk dan duduk di sofa. Dia memerhatikan ruang tamu rumah itu. Semuanya putih. Dari dinding, sofa, karpet, meja sehinggalah kepada ros putih yang menjadi hiasan.

Sang Soon pantas naik ke tingkat atas untuk mencari Kai. Dia baru sahaja hendak mengetuk pintu bilik tetapi Kai terlebih dahulu membukanya. Kai hairan melihat Sang Soon berada di hadapan biliknya.

"Kai, ada tetamu," ujar Sang Soon membuatkan dia tercengang.

"Tetamu? Siapa?" tanya Kai. Kali ini Sang Soon pula yang tercengang.

"Krystal."

Kai terkejut. Dia segera masuk kembali ke dalam biliknya dan mengambil topengnya.

"Kenapa ahjussi bagi dia masuk? Nasib baik saya tak turun lagi," ujar Kai dengan cemas.

Krystal mengintai ke arah tangga. Agak lama Kai mengambil masa untuk muncul. Pasti lelaki itu terkejut dengan kehadirannya secara mengejut di rumah itu. Dia mendapatkan alamat daripada pejabat memandangkan tiada siapa tahu di mana letaknya rumah itu.

Krystal ternampak kaki seseorang yang memakai selipar berwarna kelabu berjalan menuruni tangga. Dia mendongak. Kai memakai baju sejuk berwarna merah dengan seluar peluh berwarna hitam. Topeng putih tidak lupa terletak elok di wajahnya. Pakaiannya kelihatan kasual. Tidak pasti jika dia hendak keluar ataupun tidak walaupun mereka sudah berjanji hendak keluar bersama.

"Hai," sapa Kai.

"Hai," jawab Krystal dengan kekoknya kerana dia tidak biasa bermesra dengan lelaki itu.

"Duduklah. Dah makan ke belum?" tanya Kai penuh prihatin. Krystal menjadi serba salah pula.

Baik pulak dia ni. Siap tanya dah makan ke belum. Biasa asyik nak cari pasal aje dengan aku. Krystal berdiskusi di dalam hati.

"Err... Belum. Tapi kita kan nak keluar. Kita makan dekat luar nanti ajelah."

"Oh, ya. Pasal discussion tu, kita buat dekat sini ajelah. Saya penat nak keluar," jawab Kai dengan selambanya. Dia merebahkan badannya di atas sofa dan membuka televisyen.

"Dekat sini?" Krystal terkejut.

"Yelah. Awak pun dah ada dekat sini. Awak tak makan lagi kan? Nanti kita makan sama-sama. Menu hari ni nasi goreng."

Kai menekan-nekan alat kawalan jauh untuk mencari siaran yang menarik minatnya pada waktu pagi.

"Kalau awak penat, kita buat lain kali ajelah. Saya balik dulu," Krystal terus bangun sebaik sahaja dia habis berkata-kata tetapi dia terkejut apabila tangannya ditarik oleh Kai.

"Duduk dulu. Awak jangan degil. Kita ada hari ni aje untuk bincangkan soal benda tu. Kalau awak tak nak buat hari ni, saya tak ada masalah. Tapi kesannya pada awak. Awak juga yang minta bantuan saya semalam," ujar Kai. Krystal cuba menarik tangannya tetapi Kai semakin menguatkan cengkaman pada pergelangan tangannya.

"Lepaslah. Saya nak balik. Saya boleh minta bantuan orang lain. Sehun-"

Serentak dengan itu, Kai menarik tangan Krystal menyebabkan dirinya terjatuh ke dalam pelukan Kai. Jarak wajah mereka hanyalah beberapa inci. Kai tidak pedulikan tangan Krystal yang menekan dadanya agar wajah mereka tidak bersentuhan, yang penting dia mahu menghayati keindahan wajah Krystal. Dia mahu menatap wajah itu sepuasnya. Rindunya pada gadis itu tidak tertahan. Tetapi dia tidak dapat menunjukkan perasaannya kepada Krystal. Dia perlu menyusun strategi dengan sempurna untuk mendekati Krystal sebagai Shin Hee.

"Shin Hee-ah!" Suara Sang Soon kedengaran dari tingkat atas. Krystal yakin jika dia tidak bangun sekarang, mereka berdua akan berada dalam masalah.

"Shin Hee, lepaskan saya," rayu Krystal. Kai segera melepaskan tangannya yang merangkul pinggang Krystal. Kai berpura-pura menonton televisyen manakala Krystal cuba duduk dengan elok agar tidak terlihat kekok semasa Sang Soon muncul dari tingkat atas.

"Shin Hee, Krystal. Jom makan dulu," ujar Sang Soon. Dia terus berjalan ke dapur untuk menghidangkan sarapan.

Kai bangun dan menarik tangan Krystal tetapi gadis itu mengeraskan badannya. Kai memberi amaran kepada Krystal dengan hanya membuntangkan matanya dan bibir bawahnya digigit. Krystal terus bangun. Dia mengikuti langkah Kai ke ruang makan dengan perasaan yang sebal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience