Bab 6

Fanfiction Series 1842

Krystal sangat rapat dengan kakaknya, Jessica sejak kecil lagi. Ibunya meninggal dunia semasa Krystal berumur tiga tahun. Dia tidak dapat merasai kasih sayang seorang ibu semasa dia membesar. Selepas kakaknya mendapat kerja, mereka berpindah ke Seoul. Ayahnya membuka satu restoran. Pada mulanya, perniagaan ayahnya berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang hangat, tetapi lama-kelamaan, semakin banyak persaingan memaksa ayahnya menutup restoran itu. Ayahnya meninggal dunia tujuh tahun yang lepas kerana komplikasi jantung berlubang.

Sudah berpuluh kali Krystal menggesa kakaknya supaya cepat-cepat menikah tetapi pelbagai alasan yang diberikan.

"Eonni nak jaga kamu dulu. Nanti kamu kahwin, eonni kahwinlah. Eonni risaukan kamu. Kalau eonni dah kahwin nanti, siapa nak jaga kamu?"

Krystal mengeluh buat kesekian kalinya apabila mendengar kata-kata kakaknya itu. Mereka berdua berhenti minum di Starbuck untuk menghilangkan penat setelah separuh hari berjalan-jalan di sekitar bandar itu.

"Eonni, saya ni dah besar, bukannya budak umur dua tahun yang perlu dijaga dengan penuh perhatian. Saya boleh jaga diri saya sendiri. Saya risaukan eonni tinggal sorang-sorang dekat rumah tu. Kalau ada lelaki, lainlah sikit. Situasi saya lain. Saya tinggal dengan kawan-kawan saya dekat dorm. Jadi eonni tak perlulah risaukan saya."

"Soojung-ah, eonni dah janji dengan ayah dan ibu untuk jaga kamu. Eonni tak akan pernah lupakan janji eonni. Soal diri eonni, kamu jangan risau. Eonni boleh jaga diri. Lagipun..." Jessica berjeda kerana dia teringatkan sesuatu. Sesuatu yang telah dia rahsiakan daripada adiknya selama ini.

"Lagipun, eonni dah ada calon. Kalau jodoh kami panjang, kami akan kahwin," sambung Jessica. Krystal terus tersenyum. Keceriaan terpancar di wajahnya.

"Wah, betul ke ni? Kalau macam tu, lega hati saya."

*

kimheenim started a live video. Watch it before it ends!

Heechul sedang menyapa peminatnya sementara di belakangnya terdapat seorang lelaki yang sedang membelakangi belakang Heechul. Kelihatannya seperti dia sedang membetulkan seluarnya.

"Eunhyuk-ssi, apa yang sedang awak lakukan?" Heechul menegur lelaki yang berada di belakangnya. Eunhyuk rupanya. Eunhyuk terkejut apabila dia memalingkan wajahnya dan melihat kamera sedang merakamnya. Cepat-cepat dia mengelak daripada termasuk ke dalam rakaman tersebut.

"Hyung! Apa ni?!" marahnya namun Heechul hanya ketawa. Selepas merapikan diri, Eunhyuk bersedia untuk menyapa peminat yang sedang menonton siaran secara langsung mereka itu.

"Apa khabar semua? Super Junior Eunhyuk."

"Eunhyuk, apa aktiviti terbaru awak?" tanya Heechul. Dia masih cuba mencari sudut yang bagus agar wajahnya kelihatan kacak.

"Esok saya akan ke Thailand bersama dengan beberapa orang lagi artis lain dari S.M."

"Untuk apa?"

"Saya akan hadiri satu pertandingan menari yang dianjurkan di sana. Itu sahaja. Saya tak boleh berikan info lebih," ujar Eunhyuk.

"Tapi Eunhyuk, saya rasa awak dah bagitahu semuanya," ujar Heechul lalu mereka berdua ketawa.

*

Krystal sedang memikirkan barang apa yang perlu dia bawa untuk ke Thailand esok. Sulli masuk ke dalam biliknya dan duduk di atas katil.

"Amber belum balik?" tanya Sulli. Krystal menggelengkan kepalanya.

Sementara Sulli dan Krystal sedang bercakap mengenai Amber, perempuan itu sedang bergelut dengan Kwang Soo di suatu tempat.

"Kwang Soo oppa, saya yang jumpa dulu kamera tu!" Amber cuba mengejar Kwang Soo yang telah mencuri kamera daripadanya. Penat dia cuba mencari kamera itu tetapi senang pula dicuri oleh si zirafah.

"Lee Kwang Soo!" jerit Amber kerana geram. Akhirnya dia dapat menarik belakang baju Kwang Soo.

"Tunggu! Apa ni?!" Kwang Soo menjerit apabila Amber meloncat naik ke atas belakangnya.

"Oppa, tolonglah bagi saya menang. Saya perlukan duit tu. Saya perlukan duit untuk ke Thailand esok," ujar Amber. Dia cuba merampas kamera di tangan Kwang Soo.

"Apa ni? Syarikat awak tak bagi duit ke?"

"Tak!" jerit Amber membuatkan Kwang Soo hampir ketawa.

"Itu masalah awaklah. Kenapa minta duit dengan saya?" marah Kwang Soo. Dia akhirnya berjaya melepaskan diri daripada Amber. Sepantas kilat dia melarikan diri. Amber terduduk di situ kerana sudah kehabisan tenaga. Oppa, bagilah saya wang tu...

*

Suasana di lapangan terbang di Bangkok sangat sesak dengan jumlah peminat yang cukup ramai hadir untuk menyambut kedatangan artis kesayangan mereka. Dengan bantuan polis dan pengawal, mereka dapat keluar dari lapangan terbang dengan selamat.

Pertandingan tersebut berjalan dengan lancar pada hari pertama dan kedua. Banyak penyertaan yang diterima dan ramai yang berbakat. Kai dan Sehun sangat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh orang Thailand.

Pada hari terakhir, waktu pertandingan sedikit berbeza daripada hari pertama dan kedua. Pertandinga akhir diadakan pada waktu petang, bermula jam dua. Ia bertujuan untuk memberikan masa kepada peserta untuk membuat persiapan.

*

Sehun melihat jam di pergelangan tangannya. Pukul sembilan lima belas minit pagi. Meja diketuk-ketuk dengan jarinya. Dia tercari-cari seseorang.

"Mana Kai ni?" Sehun bercakap seorang diri. Dia menunggu Kai kerana mereka sudah berjanji mahu bertemu di restoran itu pada jam sembilan pagi. Namun sudah lima belas minit berlalu tetapi lelaki berkulit tan itu tetap tidak muncul-muncul lagi.

Kai masuk tergesa-gesa ke dalam kafe dan mencari Sehun. Setelah dia mengenal pasti di mana Sehun berada, dia terus berjalan ke arah lelaki itu.

"Sorry, aku terlambat. Ada hal sikit nak kena settle," ujar Kai sebaik sahaja dia menarik kerusi di hadapan Sehun.

"Kau yakin ke dia nak datang ke sini?" tanya Kai kepada Sehun. Sehun mengangguk dengan begitu yakin.

"Ya. Aku sendiri dengar dia sebut nama restoran ni tadi. Tunggu ajelah. Mungkin sekejap lagi dia sampai," ujar Sehun.

Kai memandang sekeliling. Tidak ramai pelanggan pada waktu tengah hari. Pada waktu itu, Kai menghalakan pandangannya ke arah pintu kerana dia melihat ada seseorang masuk. Dia terkejut apabila melihat Krystal yang masuk. Kai segera memberitahu Sehun.

"Dia dah datang, Sehun. Dia dah datang. Macam mana ni?" Kai menjadi cemas pula.

"Bertenang. Biar aku uruskan," Sehun cuba menenangkan kawannya yang cemas semacam itu. Minggu lepas, bukan main lagi yakin suruh Yunho pujuk Krystal datang ke sini. Hari ni bila dah ada peluang, hilang pulak keberanian dia tu.

Krystal melihat banyak meja kosong, jadi dia mencari meja di sudut yang kelihatan selesa untuk dia duduk dan makan.

Dia melepasi meja Sehun tanpa menyedari mereka berdua duduk di situ. Sehun tidak lepas memandang Krystal tetapi Kai pula sibuk hendak menyorokkan wajahnya.

"Krystal," panggil Sehun. Krystal terkejut apabila dia mendengar seseorang memanggil namanya. Dia tercari-cari gerangan orang yang memanggilnya itu.

"Sinilah," Sehun mengangkat tangannya. Krystal terkejut melihat Sehun berada di restoran itu. Kebetulan atau sudah dirancang?

Dia menghampiri meja Sehun. Dari sudut matanya, dia dapat lihat Kai sedang berusaha untuk menyorokkan wajahnya. Apa kena dengan lelaki ni?

"Kau pun makan dekat sini?" tanya Sehun dengan wajah yang selamba umpama pertemuan mereka itu adalah secara tidak sengaja. Padahal dia terdengar perbualan Krystal dengan Amber tadi. Jadi cepat-cepat dia menghubungi Kai dan datang ke sini sebelum Krystal sampai.

"Ya. Amber cakap dekat sini makanan dia best. Macam mana kau pun boleh ada dekat sini?" Krystal langsung tidak memandang Kai. Sehun menjeling ke arah Kai sebelum dia menjawab.

"Aku google untuk cari tempat makan yang best dan jumpa restoran ni."

Krystal mengangguk faham. Nampaknya perempuan itu percayakan Sehun jika dilihat daripada gayanya. Dia memang tahu Sehun gemar mencari sebarang tempat yang menarik atau apa-apa info di Internet.

"Jomlah sertai kitorang," ajak Sehun. Krystal kelihatan serba salah.

"Err... tak apalah. Aku tak nak mengganggu," tolak Krystal dengan sopan.

"Tak apa. Bila masa pulak kau mengganggu? Aku yang ajak ni," jawab Sehun.

"Lagipun, aku nak jumpa kawan," dalih Krystal pula.

"Akulah kawan kau tu. Dah, duduk sini," Sehun tetap berkeras mahu Krystal menyertai mereka. Dia menarik kerusi di sebelah kanannya.

"Aku duduk ni sebab kau, okey," Krystal akhirnya duduk juga di situ. Kai di hadapannya dijeling.

"Kau order-"

"Sehun, aku-"

Sehun memandang Krystal dan Kai silih berganti apabila kedua-dua mereka hendak bercakap dengan dirinya pada masa yang sama.

Kai tunduk memandang meja kerana rasa kekok. Dalam masa yang sama dia terfikir yang kenapa perlu dia merancang semua ini? Dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Krystal. Tapi hendak menyesal sudah tiada guna. Dia sudah pun duduk di situ dengan Krystal berada di hadapannya dan Sehun di sebelah sedang bermain dengan telefonnya seolah-olah dia dan Krystal tidak wujud di situ.

Pada waktu itu, seorang pelayan lelaki datang ke meja mereka untuk mengambil pesanan Krystal.

"Kau pesan apa?" Krystal menolak lengan Sehun. Dia tidak tahu hendak makan apa. Semua makanan yang dimakan oleh orang lain nampaknya sangat asing bagi dirinya. Akhirnya dia meminta bantuan Sehun.

"I want tomyam," Sehun berbicara dengan pelayan tersebut.

"Drink?"

"Umm... plain water," jawab Sehun. Kai masih kekok manakala Krystal sedang sibuk memerhatikan orang lain makan tanpa menghiraukan apa yang Sehun order untuk dirinya. Yang penting perutnya kenyang.

"Okay," Pelayan tersebut berlalu pergi selepas mengambil pesanan daripada Sehun.

Lima minit kemudian, makanan mereka bertiga sampai. Tomyam dan nasi putih untuk Krystal dan Sehun. Kai pula memilih nasi goreng. Sehun menghulurkan jus anggur kepada Kai, jus oren untuk dirinya dan air kosong kepada Krystal.

"Air kosong? Kenapa air kosong untuk aku? Kau jus oren! Aku nak jus oren," rungut Krystal. Dia kembali kepada perangai manjanya apabila berhadapan dengan Sehun. Dia tidak menghiraukan Kai yang berada di hadapannya itu.

"Aku yang order, suka hati akulah," jawab Sehun acuh tak acuh.

Dia mengambil sudu dan mencuba tomyam. Kuah tomyam yang panas itu telah mengalirkan haba yang menghangatkan seluruh tubuhnya. Sehun terasa segar.

"Wah, sedapnya!" ujar Sehun tanpa menghiraukan Krystal.

"Menyakitkan hati betul!" marah Krystal.

"Sebab hari ni kau makan dengan kitorang, kau belanja," ujar Sehun lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya. Dia menoleh memandang Krystal apabila perempuan itu tidak berkata apa-apa.

Kai baru sahaja hendak menyuap nasi ke dalam mulutnya apabila dia melihat Krystal mengambil gelas jus oren milik Sehun dan dengan selamba menyedutnya. Kai hampir tersedak nasi yang dimakannya. Dia cepat menyedut airnya sambil menahan ketawa.

Sehun memandang Kai kemudian beralih kepada Krystal.

"Air aku," ujar Sehun.

"Kau cakap aku yang belanja, suka hati akulah nak minum air siapa pun," jawab Krystal. Sehun malas hendak bertekak dengan perempuan itu jadi dia hanya membiarkan perkara itu.

"Dekat kawasan ni ada satu taman. Cantik gila. Jom pergi," ujar Kai secara tiba-tiba setelah sekian lama dia mendiamkan diri.

"Macam best. Okay, call!" Sehun terus bersetuju. Dia memandang Kai dan tersenyum penuh makna.

"Okey," jawab Krystal yang mana perkara itu mengejutkan Sehun dan Kai kerana mereka tidak menyangka semudah itu Krystal akan bersetuju.

Selepas makan, Krystal mengeluarkan telefonnya untuk memaklumkan kepada pengurusnya bahawa mereka akan keluar bersiar-siar sekejap sebelum kembali ke hotel. Kai melihat penutup belakang telefon Krystal. Ia sudah ditukar. Dahulu mereka berdua menggunakan penutup telefon yang sama. Malah dia juga masih belum menukarnya dengan yang baru. Kai berasa sedikit kecewa. Dia menyedut airnya dan memandang ke tempat lain.

"Manager cakap okey. Jom pergi," ujar Krystal usai menelefon pengurusnya. Sehun sudah mendapatkan teksi. Di kawasan itu terdapat banyak teksi jadi ia mudah bagi Sehun untuk menyekat mana-mana teksi dan memberitahu lokasi yang ingin dituju.

Kai dan Krystal terkejut apabila Sehun membuka pintu di sebelah pemandu. Ini bermakna Kai harus duduk di belakang bersama Krystal. Ini tidak boleh dibiarkan.

Kai menghalang Sehun daripada menutup pintu. Sehun memandangnya.

"Kenapa?"

"Biar aku yang duduk di depan. Senang nak tunjuk arah dekat pemandu teksi," ujar Kai. Dia memberikan isyarat kepada Sehun yang dia tidak mahu duduk di belakang. Dia tahu Sehun faham akan perkara itu tetapi lelaki itu sengaja ingin menaikkan kemarahan Kai.

"Sama aje siapa yang duduk dekat sini. Lagipun aku dah bagitahu ahjussi ni. Dia tahu tempat tu. Dia orang Thailand mestilah tahu. Buat apa kau nak tunjuk arah?" Sehun memerli Kai lalu menutup pintu. Kai menjadi bengang.

"Duduk ajelah dekat mana-mana pun. Bukannya kena berpeluk pun," ujar Krystal dan dia terus masuk. Kai pula yang bengang dengan Krystal. Dia turut masuk dan duduk di belakang Sehun. Masing-masing tidak bercakap dan memandang ke luar tingkap sepanjang perjalanan kecuali suara Sehun berborak dengan pemandu teksi yang menenggelamkan suara penyampai radio.

Lebih kurang lima minit perjalanan, mereka tiba di destinasi. Sehun menjadi yang terakhir turun selepas membayar tambang.

"Inilah tempatnya," ujar Kai. Dia berjalan dahulu diikuti oleh Sehun dan Krystal di belakang.

Krystal mengambil beberapa gambar bersama Sehun dan juga gambarnya sendiri. Mereka berdua kelihatan sangat mesra. Kai agak cemburu tetapi dia tidak mahu mengganggu mereka berdua.

Perkara itu mengingatkan dirinya kepada kejadian beberapa tahun yang lalu semasa dia pertama kali menegur Krystal pada hari graduasi mereka. Krystal masih sama. Tetap cantik dan menawan. Gadis itu tidak pernah gagal untuk membuatkan jantungnya berdegup kencang setiap kali dia menatap wajah manis itu. Auranya terlalu kuat.

"Kai, jom ambil gambar sekali. Tak ada lagi gambar kita bertiga," ajak Sehun tetapi Kai menolak.

"Tak nak lah. Rambut aku kusut," Kai memberi alasan namun Sehun tetap menariknya untuk berdiri. Akhirnya mereka bertiga bergambar bersama dengan Krystal berada di tengah-tengah.

"Aku nak beli air dekat sana. Korang nak air apa?" tanya Sehun tiba-tiba.

"Beli ajelah air apa-apa pun," jawab Krystal.

Kai duduk di bangku dan memandang pemandangan tasik yang cantik itu. Dia cuba untuk menghilangkan rasa kekoknya.

Krystal pula berdiri berhampiran Kai dan turut memandang tempat yang sama.

"Krystal," Kai memulakan bicara setelah agak lama mereka mendiamkan diri.

"Hmm?"

"Maaf tentang sikap saya hari tu."

"Benda dah lepas. Tak perlu nak ingat lagi," jawab Krystal. Dia bergerak beberapa langkah ke hadapan untuk menyamai bangku tempat Kai duduk lalu dia bertinggung di situ.

"Saya perlu minta maaf. Saya dah cederakan awak. Saya minta maaf. Saya tak terniat pun nak buat macam tu. Tak terlintas pun dekat hati saya nak buat macam tu dekat awak," ujar Kai.

"Hati? Awak ada hati rupanya. Saya ingatkan awak tak ada hati dan perasaan. Bila awak tolak saya hari tu, awak dah runtuhkan rasa hormat saya pada awak, Kai," jawab Krystal. Wajahnya beriak biasa. Sukar untuk mentafsir apa yang dia rasakan pada saat itu.

"Krystal, saya tahu saya salah. Tapi sekurang-kurangnya bagilah peluang untuk saya tebus balik kesalahan saya. Saya nak betulkan semuanya balik."

Pada masa itu, Sehun sampai bersama tiga gelas air di tangannya. Dia memandang mereka berdua. Pastinya mereka sedang berbincang sesuatu yang serius jika dilihat daripada raut wajah Kai.

"Awak ingat kesalahan awak tu boleh ditebus macam hadiah percuma dekat kaunter mall ke? Awak dah runtuhkan kepercayaan saya dan buat saya hilang rasa hormat pada awak. Jangan ingat saya akan lupa macam tu aje," jawab Krystal. Dia membelakangi Kai. Sehun menghampiri Kai. Dia meletakkan air ke atas bangku setelah Kai berdiri.

Krystal melihat ada pesanan masuk. Dia membuka mesej tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia memusingkan badannya dan membuatkan Kai dan Sehun terkejut apabila melihat wajahnya basah dengan air mata.

"Kai... saya nak balik ke Korea sekarang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience