Bab 23

Fanfiction Series 1842

Kasper ada kelas tarian. Selepas tamat kelas, dia bergegas ke bangunan S.M. Entertainment untuk berbincang sesuatu dengan koreografer lain.

Kerjanya selesai sepuluh minit sebelum tengah malam. Kasper berjalan sendirian ke keretanya di tempat parkir. Dia masuk ke dalam kereta dan memeriksa telefonnya sebelum menghidupkan enjin kereta. Pada masa yang sama, dia ternampak dua orang sedang berjalan melintasi keretanya. Mereka ialah Sehun dan Krystal.

Dia tidak tahu apa yang mereka sedang bualkan tetapi Krystal kelihatan serius dan Sehun pula seolah cuba mengusiknya. Sehun cuba memeluk pinggang Krystal tetapi gadis itu pantas mengelak dan menumbuk bahu lelaki itu. Krystal berjalan meninggalkan Sehun dan lelaki itu cuba mengejarnya.

Kasper melihat semua itu dari dalam keretanya. Lama dia termenung di situ sebelum dia menghidupkan enjin keretanya dan memandu keluar.

"Aku dapat mesej dari Kasper hyung," ujar Sehun semasa dia menghidupkan enjin kereta. Sebelah lagi tangannya sedang memegang telefon.

"Dia cakap apa?" tanya Krystal. Tangannya menarik tali pinggang keledar. Dia memandang Sehun.

"Dia ajak kita lepak," jawab Sehun.

"Kau nak pergi ke?" Krystal menggigit bibirnya. Dia menanti jawapan daripada Sehun.

"Aku tak kisah. Kau nak pergi ke? Dia cakap jumpa dekat Sungai Han," Sehun menaip sesuatu di telefonnya kemudian menunggu jawapan daripada Krystal sebelum dia menghantar mesej tersebut kepada Kasper.

"Call!"

Selepas mendapat persetujuan daripada Krystal, Sehun memaklumkan kepada Kasper yang mereka dalam perjalanan ke sana. Dia menyimpan kembali telefonnya dan mula memandu.

Kasper tidak mahu Sehun dan Krystal sedar yang dia sebenarnya ada niat tersembunyi apabila mengajak mereka berdua untuk minum. Jadi, dia memikirkan ayat yang sesuai untuk dilontarkan apabila mereka berdua sampai nanti. Pelayan datang menghantar minuman ke mejanya.

"Aku rasa dekat sini," ujar Sehun apabila mereka tiba di hadapan sebuah restoran. Dia melihat ke kiri dan kanan untuk mencari tempat parkir yang kosong. Mata Krystal turut melilau mencari tempat kosong.

"Oh, itu kan kereta Taewoo oppa?" Krystal ternampak kereta milik Kasper yang diparkir tidak jauh dari tempat mereka berhenti. Di sebelahnya kosong jadi Sehun masuk ke situ.

Kasper menyambut kedatangan mereka dengan senyuman. Dia mempersilakan mereka berdua duduk.

"Minum?" Kasper menyuakan botol soju kepada Sehun. Sehun cuma mengangguk dan menghulurkan gelasnya.

Kasper agak terkejut sebenarnya kerana tanpa sempat dia bertindak, Krystal sudah menyuakan gelasnya untuk diisi dengan minuman keras.

"Kau tak ada jadual ke esok?" tanya Sehun saat Krystal meletakkan bibir gelas pada bibirnya.

Krystal tidak menjawab pertanyaan Sehun malah dia meneguk air tersebut tanpa ragu-ragu. Tepi bibirnya disapu sembarangan menggunakan belakang tapak tangannya.

"Ada kerja ke, tak ada kerja ke, lantaklah. Aku tak peduli. Aku cuma nak bergembira malam ini."

Botol Soju yang baru dibuka oleh Kasper telah bertukar tangan. Krystal menuang air tersebut ke dalam gelasnya. Itu adalah gelas ketiga baginya.

Krystal sudah mula menunjukkan tanda-tanda dia sedang mabuk apabila dia mula ketawa tanpa sebab.

"Jadi, macam mana dengan parti hari lahir tu?" soal Kasper kepada Krystal.

"Semuanya lancar. Jangan lupa datang," jawab Krystal. Dia hendak meneguk air di tangannya tetapi Sehun menghalangnya.

"Siapa lagi yang dijemput?" tanya Kasper lagi. Dia tidak peduli jika Krystal mabuk kerana itu adalah rancangan asalnya.

"Semua orang. Semua orang kena datang."

"Shin Hee?" duga Kasper. Sehun pantas memandangnya.

"Shin Hee? Belum. Tak jemput lagi dia," jawab Krystal. Dia mengeluarkan telefonnya dan cuba untuk mendail nombor Kai.

Sehun yang melihat semua itu, segera merampas telefon Krystal.

"Bagi balik telefon aku, Sehun. Aku nak telefon Shin Hee. Aku nak jemput dia. Dia kena datang. Dia mesti datang," Krystal cuba merampas kembali telefonnya tetapi gagal.

"Krystal, kau dah mabuk ni," Sehun mula risau.

"Shin Hee kena datang. Aku nak bagitahu dia sesuatu," ujar Krystal. Kali Kasper mula memberikan perhatiannya kepada gadis itu.

"Kau, kau nak bagitahu apa?" tanya Sehun. Entah kenapa jangtungnya mula berdebar.

"Aku cintakan dia," jawab Krystal membuatkan Sehun terpana.

"Kau apa?" tanya Sehun sekali lagi. Krystal merapati Sehun. Dia mencekak kolar baju Sehun dan menarik rapat lelaki itu kepadanya.

"Aku, cintakan, dia," ujar Krystal dengan jelas di hadapan wajah Sehun. Lelaki itu melarikan wajahnya kerana bau arak yang kuat.

Kasper menaikkan sudut bibirnya sedikit. Pada masa yang sama, telefonnya berdering.

"Korang berboraklah ya. Ada panggilan. Pergi dulu," ujar Kasper sebelum dia meminta diri dan keluar dari situ.

Sehun memerhatikan Krystal di sebelahnya. Dia masih tidak percaya apa yang dia dengar daripada mulut gadis itu. Dia tahu semua itu benar kerana dia sangat kenal dengan Krystal. Semua benda yang dia sebut bila dia mabuk, adalah benda yang betul. Hebat kau Shadow. Kau boleh buat dia cintakan kau cuma dalam masa beberapa bulan. Sedangkan aku, tujuh tahun menagih cintanya, masih gagal, ujarnya di dalam hati.

"Jomlah, balik," Sehun bangun dan memapah Krystal yang berjalan terhuyung-hayang itu menuju ke kereta.

*

Krystal memulakan hari barunya seperti biasa. Dia langsung tidak ingat apa yang terjadi malam tadi. Apa yang dia ingat, Kasper mengajaknya minum dan bertanyakan tentang parti hari lahirnya. Kemudian dia sudah tidak ingat apa yang berlaku seterusnya.

Bangun sahaja pagi ini, dia sudah berada di dalam biliknya. Pasti Sehun yang menghantarnya pulang malam tadi.

"Jadi macam mana dengan parti hari lahir kau esok, Krystal?" tanya Amber semasa mereka sedang berehat selepas penat berlatih menari.

"Semuanya berjalan lancar. Cuma saya lupa nak jemput Shin Hee," jawab Krystal.

"Kau jemput dia juga? Sehun tahu ke tidak?"

"Kenapa pula nak kena bagitahu dia?" Krystal memeluk tubuhnya. Sebelah tangannya memegang telefon.

"Nanti apa kata Sehun pula. Kau nak ke nanti dia berkecil hati bila tahu kau ajak Shin Hee tanpa bagitahu dia," kata Amber.

"Dia kata apa? Eonni, saya tahu dia sukakan saya, saya tahu eonni pun tahu. Tapi tak semestinya saya pun sukakan dia. Pada saya, dia sekadar kawan. Kawan baik. Tak lebih dari tu. Tapi, tak bermakna dia perlu atur hidup saya. Shin Hee baik dengan saya. Apa salahnya saya nak ajak dia untuk raikan hari gembira saya? Dia pun kawan saya," ujar Krystal dengan wajah yang bengang. Dia tidak faham kenapa semua orang melarangnya berkawan dengan Shin Hee.

"Eonni faham. Tapi-" Belum sempat Amber menghabiskan kata-katanya, Krystal mencelah.

"Saya keluar dulu," ujar Krystal sebelum dia bangun dan berjalan keluar. Amber hanya menggelengkan kepalanya. Perangai degil Krystal tidak pernah berubah.

"Ke mana pulak dia nak bawa bunga tu?" Amber bercakap seorang diri.

*

Krystal cuba mendail nombor Shin Hee tetapi gagal. Setelah berkali-kali mencuba, dia akhirnya mengalah.

Kali ini Krystal cuba mendail nombor Sehun. Tetapi lelaki itu juga tidak menjawab panggilannya.

"Ke mana mereka pergi?" Krystal mengeluh. Geram bila Sehun dan Shin Hee tidak menjawab panggilannya.

Semasa berjalan ke arah lif, dia terserempak dengan Sehun yang baru keluar dari bilik rakaman.

Sebaik sahaja matanya bertembung dengan mata Krystal, Sehun cepat-cepat menukar haluannya. Dia seolah-olah cuba lari daripada kawan baiknya itu. Krystal segera mengejar Sehun.

"Sehun, kenapa kau tak jawab call aku?" tanya Krystal sambil tangannya memegang lengan Sehun agar lelaki itu tidak berjalan pergi. Riak wajah Sehun kelihatan seperti terkejut.

"Kau call aku ke? Maaflah. Telefon aku tertinggal dalam kereta," jawab Sehun. Dia tertanya-tanya kenapa gadis itu mencarinya.

"Ada apa kau cari aku?"

"Kau ada ternampak Shin Hee?" tanya Krystal. Sehun agak terkejut. Jadi tujuan Krystal datang kepadanya adalah sekadar hendak bertanyakan di mana Shin Hee berada. Dia agak kecewa kerana Krystal langsung tidak bertanyakan soal dirinya. Tidakkah gadis itu perasan akan perubahan sikapnya pada hari itu?

"Ada dekat pantri," jawab Sehun acuh tidak acuh. Dia langsung tidak memandang wajah Krystal. Dia menarik tangannya dan segera pergi dari situ.

"Kenapa dengan dia tu?" ujar Krystal sambil melihat Sehun berjalan pergi.

Malas hendak memikirkan masalah rakannya itu, Krystal terus menukar laluan untuk mencari Shin Hee di pantri.

*

Sebelum bertemu dengan Krystal, Sehun terlebih dahulu bersama dengan Shin Hee di dalam bilik rakaman.

"Aku keluar dulu," Kai bangun dari duduknya membuatkan Sehun tertanya-tanya ke mana lelaki itu hendak pergi di saat rakaman belum lagi selesai.

"Pantri. Part aku dah selesai," jawab Kai sebelum dia keluar dari bilik rakaman dan menuju ke pantri dengan telefon di tangan.

Sebaik sahaja masuk, dia menutup pintu dan mendail nombor seseorang. Senyumannya melebar sebaik sahaja orang di hujung talian menyapanya.

"Taemin-ah."

Kai ketawa mengekek apabila Taemin mula membebel kepadanya kerana sudah lama dia tidak menghubunginya. Kai meminta maaf kerana dia agak sibuk kebelakangan ini.

"Kau pun faham kan kerja aku. Sentiasa sibuk dengan bengkel, konsert, comeback, rookie. Sampai tak ada masa untuk rehat," ujar Kai. Ceria sahaja suaranya kerana dapat berborak dengan kawan baiknya itu. Mereka sudah jarang bertemu sejak tamat pengajian.

"Aku selalu teringatkan kau. Kau mana ada nak ingat dekat aku ni. Yelah sekarang dah dapat jumpa balik dengan Krystal. Terus lupa kawan," Taemin berpura-pura merajuk.

Kai hanya mampu ketawa. Dia memusingkan badannya dan membelakangi pintu. Kakinya menyepak perlahan kaki meja.

"Come on lah. Ini Kim Jong In. Kai. Takkan kau tak kenal aku. Kita dah berkawan sejak kecil lagi. Aku mana boleh lupakan kau. Aku takkan lupakan kau semata-mata kerana seorang perempuan, Taemin. Kau sahabat aku yang paling aku sayang dalam dunia ni," jawab Kai. Dia cuba memujuk Taemin.

Krystal terpana. Serta-merta sejambak bunga ros putih yang dipegangnya jatuh ke lantai. Dia menekup mulutnya kerana tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.

Sebuah kenyataan yang sangat mengejutkan dan perit sehingga dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

Dia mengambil semula bunga yang berada di lantai. Dengan hati yang remuk, dia melangkah pergi diiringi air mata kekecewaan.

Kai terdengar seperti sesuatu jatuh di luar. Saat dia menoleh ke belakang, pintu pantri itu sedikit terbuka menandakan ada orang di situ kerana dia yakin dia telah menutup pintu dengan rapat semasa masuk tadi.

Kakinya melangkah keluar bersama dengan debaran di dada kerana hatinya meronta ingin tahu siapa yang mencuri dengar perbualannya. Dia sedikit hairan dan lega kerana di luar tiada orang. Akan tetapi, jantungnya hampir luruh apabila dia tunduk dan melihat beberapa kelopak bunga ros putih di situ dan dia tahu siapa yang perlu dia cari.

Tanpa membuang masa, Kai terus berlari ke arah lif dan turun ke lobi. Jika Krystal keluar melalui pintu hadapan, sudah pasti penyambut tetamu di kaunter melihatnya.

"Noona, ada nampak Krystal?" tanya Kai dengan cemas sebaik sahaja dia tiba di hadapan kaunter.

"Dia ikut laluan tu," jawab salah seorang staf kepada Kai sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah satu laluan untuk ke tempat parkir bawah tanah. Tanpa mengucapkan terima kasih, Kai terus berlari sekuat tenaganya untuk mengejar Krystal sebelum dia hilang jejak gadis itu dan menyesal seumur hidupnya.

Sebaik sahaja tiba di tempat parkir, dari jauh lagi dia sudah ternampak Krystal sedang berjalan pergi sambil membawa sejambak bunga di tangannya.

"Krystal!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience