Bab 14

Fanfiction Series 1842

Kai berjalan perlahan di sebelah Sang Soon. Langkah kakinya terasa sangat berat. Dia hendak tinggalkan tempat itu tetapi dia tidak mahu tinggalkan lelaki itu di belakang.

Mereka semakin menghampiri lorong kecil yang ditemui oleh Kai. Apabila tiba di tempat yang dituju, Kai berhenti diikuti Sang Soon di belakangnya. Dia memusingkan badannya dan menghadap Sang Soon.

"Nampaknya kita kena berpisah di sini," Kai meraih tangan Sang Soon. Dia sedaya upaya menahan air matanya daripada menitis.

"Kai, dekat luar sana nanti jaga diri elok-elok. Kalau umur panjang, kita akan berjumpa lagi," ujar Sang Soon. Tangan Kai digenggam erat.

Tanpa menunggu lama, Kai terus memeluk lelaki itu. Air mata yang sedari tadi ditahan, akhirnya tumpah jua.

Lelaki itu sudah dianggap seperti ayah akandungnya. Bagaimana dia hendak berpisah dengan orang yang dah banyak ajar dia tentang kehidupan dan membantunya untuk terus hidup di hutan ini.

"Pergilah, Kai," Pelukan dileraikan. Sang Soon menolak lembut tubuh Kai.

"Selamat tinggal, ahjussi," lambat-lambat Kai berjalan.

"Selamat jalan, Kai. Jaga diri," Sang Soon melambai ke arah lelaki muda yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Semakin Kai jauh dari pandangannya, semakin lebat air matanya mengalir. Selamat tinggal, Kim Jong In.

Sang Soon memusingkan badannya dan mula berjalan untuk pulang ke rumahnya.

Pintu rumah dibuka. Suasana sunyi menyelubungi rumah usang itu. Sang Soon melihat ke arah meja. Bayangan Kai sedang duduk makan di situ menjelma. Lelaki itu seringkali memakai seluar pendek dan tidak berbaju, akan duduk di situ sambil bercerita mengenai perkara lucu dan ketawa sendirian di situ.

Sang Soon ternampak cebisan baju Kai yang digunakan untuk membalut lukanya semasa dia mula-mula bertemu dengan lelaki itu. Cebisan kain itu berada di atas meja.

Air mata Sang Soon menitis. Dia memegang kain itu dan membawa ke dalam dakapannya.

Tidak sampai sejam Kai meninggalkan rumah itu, dia sudah rindukan anak muda itu.

Sang Soon meletakkan kembali kain itu dan pergi ke belakang rumah untuk mengangkat kain yang dijemur pagi tadi.

Semasa dia asyik mencari sesuatu untuk membetulkan ampaian yang telah runtuh itu, tiba-tiba ada seseorang menghulurkan sebatang kayu kepadanya. Dia mendongak dan terkejut melihat Kai sedang tersenyum ke arahnya.

"Kai," Sang Soon berdiri dan menyambut huluran Kai.

"Ahjussi, hari ini bukan kali terakhir kita akan sambut hari lahir bersama-sama, tapi ini permulaannya. Jom," ujar Kai sambil menghulurkan tangannya. Sang Soon memandang tangan Kai sebelum dia perlahan-lahan menyambutnya.

*

Sehun dan Krystal pulang dari Perancis. Penerbangan dari Paris ke Seoul mengambil masa lebih kurang sepuluh jam. Mereka tiba di lapangan terbang Incheon pada jam tujuh empat puluh empat minit malam.

Pengurus Krystal menjemput mereka di lapangan terbang dan terus pulang ke dorm f(x) sebelum menghantar Sehun ke rumahnya yang terletak lima minit dari tempat tinggal Krystal.

Sehun sepatutnya menghadiri perjumpaan untuk konsert TVXQ pada jam sembilan malam tetapi kerana terlalu penat, dia terlelap dan terjaga pada jam dua pagi. Dia memeriksa telefonnya. Ada tiga panggilan tidak dijawab daripada Yunho. Juga ada pesanan dari orang yang sama yang mengatakan dia tidak perlu datang kerana mereka faham situasinya. Sehun menarik nafas lega.

Sehun termenung di balkoni biliknya. Coklat panas dihirup perlahan sambil menikmati angin malam. Cuaca agak sejuk tetapi dia tidak menghiraukan semua itu.

Dari balkoni biliknya di tingkat dua, dia dapat melihat sebuah apartment yang kelihatan kecil sahaja daripada jauh. Itu adalah apartment dorm Krystal.

Semasa di dalam kapal terbang, ada seorang lelaki cuba mengganggu Krystal. Jadi dia menukar tempat supaya gadis itu duduk di tepi tingkap. Apa yang mengejutkan, semasa gadis itu hendak tidur, dia mengucapkan selamat malam kepada Sehun dan menggenggam tangan kanannya. Sehun terasa sangat bahagia. Mungkinkah itu permulaan baik untuk mereka. Dia berharap yang Krystal dapat membuka pintu hatinya untuk dirinya kerana dia terlalu sayangkan gadis itu dan tidak mahu kehilangannya.

Sehun tersenyum sendiri apabila mengenangkan peristiwa di dalam kapal terbang itu. Dia merenung lama bangunan tinggi itu. Seolah-olah dia melihat Krystal sedang tersenyum kepadanya.

Luna terjaga apabila dia terasa tiada orang di sebelahnya. "Krystal...?"

Krystal yang sedang termenung di tepi tingkap berpaling ke arah Luna.

"Krystal, kenapa tak tidur?" Luna terpisa-pisat bangun. Dia melihat jam. Pukul dua setengah pagi.

"Tak mengantuk. Eonni tidurlah dulu. Jangan risaukan saya," ujar Krystal. Luna mengangguk. Dia kembali berbaring. Tidak sampai seminit, dengkuran halus kedengaran.

Krystal kembali menghadap tingkap. Dia memandang langit. Satu senyuman terukir di bibirnya. Cantik pemandangan pada malam itu. Langit dipenuhi dengan bintang. Ada satu bintang yang paling terang di antara banyak-banyak bintang di langit. Krystal terus memandang bintang itu. Saya harap awaklah bintang yang paling terang itu, Kai, ujarnya di dalam hati.

*

Bilik latihan f(x) kembali riuh apabila Krystal kembali bersama dengan kumpulannya. Keadaan menjadi sedikit tidak terkawal apabila Sehun melangkah masuk dan membawa sesuatu di tangannya.

Bukan sahaja ahli kumpulannya, tetapi Krystal sendiri hairan apa tujuan lelaki itu datang menemuinya.

Sehun menghulurkan plastik kecil itu kepada Krystal. "Kau punya?"

"Apa ni?" tanya Krystal semasa dia menyambut huluran daripada Sehun.

"Klip rambut kau," jawab Sehun membuatkan Krystal hairan.

"Klip rambut?" Krystal membuka plastik itu. Memang betul ada klip rambut berwarna ungu miliknya. Cuma dia tidak ingat bagaimana klip rambutnya itu boleh ada pada Sehun. Dia juga tidak perasan bila dia hilang benda tersebut. Seingatnya, kali terakhir dia pakai semasa di Perancis iaitu hari Sehun mabuk.

"Aku jumpa atas katil aku. Aku lupa nak bagi balik dekat kau semalam," ujar Sehun dengan selamba membuatkan semua orang di dalam bilik tersebut terkejut.

"Krystal? Apa ni?" tanya Amber. Krystal menggelengkan kepalanya. Tetapi beberapa saat kemudian, dia teringatkan peristiwa pada malam itu di mana dia terjatuh ke atas katil Sehun dan hampir ditindih oleh lelaki itu. Pasti klip rambutnya terjatuh pada masa itu. Lagipun, disebabkan peristiwa yang tidak dijangka itu, dia tidak dapat berfikir dengan betul. Dia tidak perasan yang rambutnya terurai dan terus keluar dari bilik itu.

Akhirnya ketawa Krystal meletus. Dia sudah tahu apa yang berlaku.

"Terima kasihlah sebab bagi balik tapi perlu ke kau bagi dekat aku sekarang? Dalam bilik ni?" ujar Krystal.

"Habis takkan aku nak pegang klip tu sampai bila-bila. Itu barang kau. Tapi aku hairan macam mana benda tu boleh ada dalam bilik aku?" Sehun merenung Krystal membuatkan gadis itu cemas.

Krystal tidak mahu berbincang mengenai perkara itu pada masa itu jadi dia menolak Sehun keluar daripada bilik itu dan segera menutup pintu. Apabila dia bersandar pada pintu, empat pasang mata sedang merenungnya dengan tajam. Jelas yang mereka berempat mahukan penjelasan daripada dirinya. Siap kau, Sehun!

Pada waktu seperti itu, tiada apa yang boleh dia rahsiakan lagi. Krystal menceritakan apa yang berlaku kepada ahli kumpulannya. Memanglah perkara itu adalah kisah peribadinya, tetapi ia bukanlah kemahuannya. Dia tidak menjangkakan semua itu. Dengan kata lain, ia satu insiden. Jadi, apa salahnya jika dia berkongsi. Amber tidak akan berhenti mengusiknya jika dia terus menyimpan perkara itu seorang diri.

*

Sehun melihat ke kiri dan kanannya. Dia mengambil telefon dan menilik mukanya takut jika ada yang tidak kena dengan mukanya tetapi tiada apa di situ.

"Elok aje muka kacak aku ni," gumamnya perlahan. Tetapi dia hairan kenapa Sulli dan Luna tidak henti-henti memandangnya kemudian mereka ketawa sesama mereka. Dua buah meja menjadi pemisah di antara mejanya dan meja kumpulan f(x). Semua ahli ada di situ kecuali Krystal. Dia tertanya-tanya ke manakah gadis itu pergi. Kenapa dia tidak menyertai rakannya makan tengah hari? Sehun menyambung makan sambil kepalanya masih penuh persoalan mengenai Luna, Sulli dan Krystal.

*

Seminggu kemudian...

"Kenapa kamu tak beli balik aje rumah lama kamu?" tanya Sang Soon semasa mereka sedang memasak di dapur.

Selepas keluar daripada hutan, mereka berdua menginap di hotel. Kai terjumpa satu iklan mengenai satu pertandingan menari yang dianjurkan oleh Badan Pelancongan Korea. Hanya seorang pemenang yang akan dipilih dan peserta yang bertuah dapat memenangi sebuah rumah mewah di Cheongdam-dong dan akan menjadi salah satu duta untuk kempen melawat Korea.

Usahanya selama ini tidak sia-sia. Berbekalkan pengalaman bekerja di salah satu label muzik yang besar di Korea, Kai menyertai pertandingan tersebut dan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Bakatnya diakui oleh semua juri dan dia berjaya menandatangani surat penyerahan kuasa rumah banglo dua tingkat itu dan menjadi duta Korea.

"Buat apa nak beli rumah tu sedangkan saya dah ada rumah ni," jawab Kai. Dia memasukkan bawang yang dipotong ke dalam kuali. Bau aroma bawang yang digoreng merebak ke seluruh dapur.

"Tapi dulu kan kamu cakap rumah tu banyak menyimpan kenangan lama. Kenapa sekarang dah ubah fikiran?" soal Sang Soon lagi. Dia tidak berputus asa selagi tidak dapat jawapan yang diingininya.

"Memang rumah tu banyak tinggalkan kenangan untuk saya. Tapi banyak yang pahit daripada kenangan manis. Jadi saya ingat saya nak tinggalkan semua itu di belakang dan mulakan semuanya semula.

Di rumah ni, kita berdua akan cipta banyak kenangan yang manis. Saya dan ahjussi. Kita akan penuhi rumah ni dengan kasih sayang dan keceriaan," ujar Kai. Ceria sahaja nada suaranya. Sang Soon turut tersenyum. Bangga dengan Kai yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri itu.

*

"Sekarang ada penari baru yang sedang naik. Boleh tahan juga skil tarian dia. Kemas dan tajam," Gooyoung sedang mengasah kukunya semasa Kasper sedang bercakap dengannya. Lelaki itu sedang menonton video. Entah apa yang ditontonnya. Gooyoung tidak berminat untuk mengetahui aktiviti lelaki itu.

"Cuba tengok ni, hyung," Kasper menghampiri Gooyoung dan menyuakan skrin telefonnya ke hadapan wajah Gooyoung.

Satu video pertandingan menari yang dianjurkan sebulan yang lalu. Gooyoung membaca tajuk video itu yang tertulis 'New talent, Lee Shin Hee won 2 storey bungalow in a dance competition'.

"Wow."

Satu patah perkataan keluar daripada mulut Gooyoung apabila dia melihat video tersebut dari mula sehingga akhir.

"Tapi kan..." Gooyoung berjeda di situ. Kasper terus memandangnya.

"Kenapa skil dia ni macam pernah tengoklah? Dia guna koreografi Deep Breath tapi cara dia hayati alunan muzik tu macam dia dah betul-betul mahir tarian tu. Macam... dia dah lama buat tarian tu," ujar Gooyoung.

Kasper mengiyakan kata-kata penari itu. Dia juga memikirkan benda yang sama. Shin Hee seolah-olah memiliki koreografi itu. Seolah-olah dia yang mencipta tarian itu.

"Satu lagi," ujar Gooyoung.

"Kenapa dia pakai topeng?" sambungnya. Dia membuka kembali video itu.

"Kita kena cari maklumat tentang lelaki misteri ni," ujar Gooyoung lagi.

Dia mesti tahu latar belakang lelaki itu. Adakah dia ada hubungan dengan Kai kerana hanya Kai seorang yang dapat menghayati betul-betul koreografi Deep Breath.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience