BAB 2

Romance Series 26798

Aisyah bangun dari tidurnya dia menuju kearah bilik air dia mandi dan solat subuh pagi ini dia akan bertolak ke alor star memandangkan rumah ibunya berada di sungai petani. Selesai mandi dan solat Aisyah keluar dari bilik dan menuju kearah dapur. puan Kalsom yang perasan akan kehadiran anaknya bersuara.
" Hang baru bangun ka." tanya puan Kalsom.
" ya ibu. Ibu masak apa tu." tanya Aisyah.
" Bihun goreng ja. Nak tunggu hang masakkan untuk kami pun tak tau bila." kata puan Kalsom.
" Bukan ceq tak pernah masak pun ibu kalau ibu nak makan ibu bagi tau ja kat ceq nanti ceq masak untuk ibu." kata Aisyah walaupun dia belajar sehingga luar negara bahasa ibundanya tak pernah lupa. Aisyah akan guna longhat Kedah bila dia marah atau berada di kampung.
" Ya la ibu gurau ja pun." kata puan Kalsom. Encik Ahmad yang baru masuk dapur hanya senyum dengan sikap anak keduanya itu.
" Ibu bila Along nak balik Malaysia." tanya Aisyah. Mereka mempunyai lima adik beradik semuanya lelaki kecuali Aisyah seorang sahaja perempuan. Aisyah rapat dengan abang dan adik adiknya. memandangkan Aisyah seorang sahaja perempuan kasih sayang mereka pada Aisyah melebihi segalanya.
" Insyaallah bulan depan Along hang balik la. Minggu ni Azim dengan Asyraf balik sini tequih." kata puan Kalsom.
" Ala minggu ni Aisy tak dak dekat sini tak boleh jumpa depa." kata Aisyah.
" Hang cakap tu macam tak mau balik sini dah hahh." kata puan Kalsom.
" Ibu ni nanti Aisy balik la." kata Aisyah.
" Aisy hang jaga diri hang tau." pesan Encik Ahmad.
" Okay ayah." kata Aisyah.
" Lepas habis kerja tu balik sini dulu ka." tanya puan Kalsom.
" Dak kot ibu sebab Aisy ingat nak balik sana tequih." kata Aisyah. Puan Kalsom hanya senyum dia bersyukur dapat anak seperti Aisyah walaupun hanya Aisyah seorang sahaja anak perempuan dia tetapi Aisyah belajar berdikari dan mencari duit sendiri seperti abang dan adik adiknya.
" Hang nak tolak pi dah ka." tanya puan Kalsom.
" Ya bu... hah lagi satu Aisy nak pesanan kalau orang kampung tanya pasai pa Aisy tak jadi khawin cakap kat depa bukan jodoh Aisy dengan Riz lagi pun Riz tak cintakan Aisy. Ibu cakap macam tu kalau depa dok membawang pasai Aisy ibu buat tak tau ja." kata Aisyah. Aisyah sudah masak dengan sikap ibunya yang panas baran bila ada orang mengumpat tentang anak anak nya.
" Mana boleh dia depa membawang tu pasai anak ibu." kata puan Kalsom.
" Biaq la depa nak mengumpat ka apa ka janji Aisy bahagia ibu." kata Aisyah.
" Ni bila nak pi ni satgi lambat sampai pula." celah Encik Ahmad.
" Aisy pi dulu. Ayah dengan ibu jaga diri elok elok. Ubat jangan lupa makan." kata Aisyah.
" Hang bawa kereta tu hati hati." kata puan Kalsom. Aisyah hanya mengangguk sebelum keretanya bergerak perlahan meninggal kan perkarangan rumah ibunya.
" Abang tengok la Aisy tu tak sedih pun bila dapat tau yang Riz tu tak mau khawin dengan dia." kata puan Kalsom.
" Som tengok ja dia lagu tu tapi Som tak tau apa dia qasa." kata Encik Ahmad.
" Som kesian la tengok dia apa salah anak kita bang sampai depa sanggul putuskan pertunangan." kata puan Kalsom.
" Hang ni Som cuba la bawak bertenang jangan nak ikutkan sangat panas baran hang tu. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya." kata Encik Kalsom.
" Betoi juga tu tapi kan bang kalau la Aisy tu dapat jodoh dalam masa terdekat ni Som terima ja bang." kata puan Kalsom.
" Ikut hang la Som abang nak pi dusun sat nak tengok apa yang boleh buat." kata Encik Ahmad. Puan Kalsom hanya memandang suaminya bangun.
" Saya pun nak ikut juga la abang p dusun tu dok rumah bukan ada apa pun." kata Puan Kalsom. Puan Kalsom bangun mengikuti suaminya ke dusun mereka.
" Hang tu sakit mana boleh pi dusun duduk ja kat rumah ni tunggu mana tau kot kot anak bertuah hang tu balik dia tu suka balik mengejut." kata Encik Ahmad.
" Ya la Som dok rumah. Abang jaga diri kat sana." kata Puan Kalsom. Puan Kalsom mengemas dapur dan ruang tamu itu adalah tigasnya setia hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience