BAB 7

Romance Series 26798

Aisyah bangun dari tidurnya dia menggeliat sebelum memandang setiap sudut bilik yang di duduknya. Aisyah bangun dan berlari keluar dari bilik sehinggalah dia terlanggar sesuatu.
" Ish..kau ni dah kenapa lari lari dalam rumah aku." marah Airil dia merenung tajam wajah Aisyah.
" Rumah kau ke ni." Aisyah memandang Airil yang segak dengan kemeja lengan panjang.
" Yup ni rumah aku kenapa." Airil merenung Aisyah dari atas hingga ke bawah.
" Bila kita sampai sini." Aisyah mendekati Airil lalu membetulkan necktei Airil yang senget. Airil hanya memandang tingkah laku Aisyah.
" Kau tak mandi lagi ke." Airil melangkah ke arah dapur dan menuju kearah peti sejuk. Jus oren di ambil dan di tuangkan ke dalam gelas sebelum dia minum.
" Aku baru je bangun..terkejut punya pasal sampai tak sempat nak mandi." Aisyah memandang Airil.
" Dah kau pergi la mandi aku nak pergi kerja...lagi satu aku dah bagi duduk rumah aku free pandai pandai lah balas balik budi aku tu." kata Airil dia berlalu pergi meninggalkan Aisyah. Aisyah faham apa yang di maksudkan oleh Airil. Aisyah melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya tadi dan memandang ke arah katil. Aisyah mencapai tuala dan berlalu masuk ke dalam bilik air. Selesai sahaja mandi Aisyah terdengar loceng rumah berbunyi. Aisyah membuka pintu berdiri seorang lelaki berbadan tegap dan bertatu di lengannya.
" Maaf encik cari sapa." Aisyah memandang lelaki tersebut. Aisyah berharap lelaki itu cepat berlalu.
" Aku nak kau ikut aku sekarang." lelaki itu menarik tangan Aisyah. Aisyah mula gelabah bila tangan dia di tarik belum sempat lelaki itu membawa dia pergi muncul Airil dan Amri tiba tiba. Lelaki itu terus berlalu pergi dengan renungan yang tajam. Aisyah menggigil ketakutan. Airil mendekati Aisyah lalu menyentuh bahu Aisyah namun cepat di tepis oleh Aisyah. Airil dan Amri terkejut dengan tindakan Aisyah memandang Aisyah.
" Pergiiii...pergi aku tak nak kau kacau aku. aku benci kau pergi.." Aisyah menjerit jerit lalu menolak tubuh Airil. Airil terus memeluk Aisyah dari belakang. Aisyah mencengkam lengan sasa Airil menggunakan kukunya yang tajam. Airil hanya menahan sakit.
" Aisy ni aku la Airil..." Airil cuba menenangkan Aisyah. Aisyah terus berhenti dari pada memberontak. Aisyah terus memeluk Airil. Airil mengusap belakang Aisyah.
" Aku takut...kau jangan la tinggalkan aku sorang sorang. Aku takut aku tak nak mati awal." Aisyah menangis di dada bidang Airil. Airil menarik Aisyah masuk ke dalam rumah. Amri hanya menjadi pemerhati.
" Assalamualaikum..." kedengaran seseorang memberi salam. Aisyah memandang di celah celah badan Airil. Aisyah memandang Akmal yang berdiri di hadapan pintu rumah.
" Angah..kenapa ni." Akmal menghampiri Aisyah. Aisyah menangis lagi dia dada Airil.
" Acik..buat apa dekat sini." Aisyah masih lagi tidak memandang Akmal.
" Airil kau buat apa dekat akak aku." Akmal merenung tajam kearah Airil.
" Acik..Airil tak salah dia tak buat papa pun dekat angah." kata Aisyah.
" Sapa yang buat." Akmal merenung Aisyah.
" Angah tak tahu tapi yang angah tahu lengan dia ada tatu bentuk ular." Aisyah masih lagi memeluk Airil.
" What..tatu ular." hampir menjerit Akmal.
" Angah..acik tahu siapa yang cuba culik angah. Pasal hal ni angah jangan risau biar acik je yang uruskan." kata Akmal.
" Acik..angah nak minta maaf pasal semalam." Aisyah menyentuh tangan Akmal. Akmal berdiri di hadapan Aisyah dia merenung Aisyah dalam sebelum dia mengukir senyuman.
" Acik maafkan tapi angah jangan tak buat lagi." kata Akmal. Aisyah melepaskan pelukan pada badan Airil lalu memeluk Akmal.
" Angah janji.. angah sayang korang semua." Aisyah bangun dan berlalu masuk ke dalam bilik nya. lipstik berwarna merah di ambil dan di pakai sebelum keluar. Airil dan Akmal sudah tahu apa yang bakal terjadi hanya senyum. Amri kebingungan hanya memerhati. Aisyah mencium pipi kanan Akmal selepas itu Aisyah mendekati Airil pipi kanan Airil menjadi sasarannya. Airil terkedu seribu bahasa.
" Saya tak ada ke." tanya Amri kecewa.
" Mana boleh kalau kau nak juga cium pergi la cari isteri kau." kata Airil. Aisyah senyum sebelum dia mengelap bibirnya dengan kain tuala.
" Angah acik balik dulu." kata Akmal. Dia berlalu pergi begitu sahaja.

*************
" Kau tak pergi kerja ke." Aisyah mendekati Airil sebelum dia duduk di sisi Airil.
" Aku malas nak masuk lagi pun kau tu bukan boleh harap sangat. Entah apa yang kau buat dalam rumah aku masa aku tak ada." Airil masih fokus pada tv.
" Aku buat apa lagi kemas rumah la." Aisyah memandang Airil.
" Mana la tahu kau menyundal dalam rumah aku masa aku tak ada." kata Airil. Aisyah bangun dan duduk di atas riba Airil. Airil terkejut dengan tindakan Aisyah.
" Dari aku menyundal dengan lelaki lain lebih aku menyundal dengan kau dapat juga pahala bunuh setan." Aisyah berbisik halus di telinga Airil sebelum dia menggigit dan menjilat telinga Airil. Airil sudah hilang arah.
" Kau buat apa ni turun la. Kau ni sewel ke." marah Airil. Dia cuba menolak tubuh Aisyah tetapi Aisyah bertindak mencium lehernya sehingga meninggalkan kesan merah.
" Okay dah jom kita buat baby nak." Aisyah melihat wajah cuak Airil. Dia tahu Airil cuba menahan. Akhirnya Aisyah ketawa lalu turun dari riba Airil. Airil menahan marah dia mendekati Aisyah yang sudah berlalu pergi ke arah dapur.
" Kau nak pergi mana sini kau." Airil mengejar Aisyah. Aisyah berlari sekeliling meja makan.
" Airil..jom keluar nak tak." Aisyah cuba mengelakkan diri dari Airil.
" Tak nak aku malu bodoh..." Airil menundukan wajahnya.
" Nak malu kenapa bukan nya kau keluar tak pakai baju." Aisyah memandang Airil tiba tiba matanya terpandang luka di tangan Airil. Aisyah mendekati Airil lalu menarik tangan Airil duduk di kerusi.
" Kau tanya aku kenapa nak malu. Kau tengok ni apa yang kau dah buat." Airil menunjukkan lehernya yang merah kepada Aisyah.
" Biasa la tu orang baru kahwin macam kita sentiasa nak buat baby kan." kata Aisyah. Airil membulatkan matanya memandang Aisyah.
" Kau ni dah sewel ke apa." Airil ingin bangun berlaku pergi tetapi di tahan oleh Aisyah.
" kau nak pergi mana duduk sini aku nak letak ubat dekat luka kau tu." Aisyah meletakan minyak gamat di setia luka Airil. Selesai meletakan ubat Aisyah bangun tetapi di tahan oleh Airil.
" Kau duduk sini kejap." Airil memandang Aisyah dengan tajam.
" Kau nak apa." Aisyah menundukan pandangannya.
" Berapa tahun kau tak potong kuku." Airil memandang kuku Aisyah.
" Kau perli aku ehh." Aisyah membalas renungan tajam Airil.
" Kau tak solat ke simpan kuku panjang." Airil masih lagi merenung Aisyah tajam.
" Aku tak boleh solat la." kata Aisyah.
" Dah tahu tak boleh solat kenapa gatal sangat ajak aku buat baby dah kemaruk sangat ke." Airil menjentik dahi Aisyah.
" Aku gurau ja.." Aisyah sengih seperti kerang busuk.
" Kau ni kan geram aku. Kesian sapa jadi suami kau tak pasal pasal kena layan perangai sewel kau tu." kata Airil. Aisyah mengikuti Airil dari belakang.
" Kau la suami aku so kesian dengan kau dapat isteri yang cantik, cute tapi sewel." sempat lagi Aisyah memuji diri sendiri.
" Aisy nak tanya sikit boleh." Airil memandang Aisyah.
" Benda apa." tanya Aisyah.
" Macam mana nak hilangkan benda alah ni." Airil menunjuk lehernya.
" Kau pergi mandi dulu lepastu tunggu aku dekat sofa tu." kata Aisyah dia berlalu masuk ke dalam biliknya. Barang makeup di bawak keluar dan di letakkan di atas meja kecil.
" Oiii aku dah siap mandi la cepatkan bagi tahu aku macam mana nak hilangkan benda ni." Airil mencuit bahu Aisyah. Aisyah yang terkejut terus menyiku perut Airil.
" Sorry aku tak sengaja." kata Aisyah. Airil duduk di sebelah Aisyah. Dia memandang kearah makeup di atas meja.
" Nak buat apa tu." Airil menyoal sambil mengusap perutnya.
" Sini dekat sikit." Aisyah menarik Airil mendekatinya lalu Aisyah meletakkan foundation di tempat berwarna merah. Airil hanya membiarkan sahaja sehingga selesai.
" Aisy kau buat apa tu." soal Airil dia memandang Aisyah yang tekun membuat kerja.
" Okay siap pun nah tengok nampak lagi tak benda alah tu." Aisyah menghulurkan cermin ke arah Airil. Airil menyambut lalu melihat tiada lagi kesan merah disitu.
" Macam mana kau buat." Airil memandang Aisyah yang mengemas barang makeup nya.
" Diam la kau." Aisyah melangkah kearah dapur. makeup nya di biarkan di atas meja kecil itu.
" Aku tanya je pun." Airil mengikuti langkah Aisyah.
" Kau nak makan apa aku nak masak." Aisyah lincah membuat kerja dapur.
" Masak je lah apa yang kau pandai masak." kata Airil. Dia keluar dari dapur dan menuju ke arah ruang tamu. Aisyah masuk ke dalam biliknya dia mengambil laptopnya lalu membuka. Aisyah tersenyum bila melihat semua adik beradiknya online.
" Assalammualaikum... i miss you all." jerit Aisyah sehingga membuatkan Airil terkejut. Airil bangun dan melihat Aisyah sedang oncall dengan seseorang. Airil mendekati Airil dia lihat ramai lelaki kecuali Aisyah. Airil memandang satu persatu sehingga lah dia melihat Akmal.
" Oiii angah.. asal rumah kau ada lelaki pula bukan ke kau tinggal dengan Riana je." Azmin anak ketiga dari lima beradik.
" Bongok la kau ni tu kan suami dia." marah Akmal.
" mana Along dengan ucu." tanya Aisyah. Airil hanya menjadi pendengar.
" Along kata dia nak mandi kejap ucu pula dia kata nak ambik barang." kata Azmin.
" Angah suami kau dengan Encik Ahmad sapa lagi handsome." Azmin ketawa sehinggalah puan Kalsom mencubitnya. Airil sudah memandang Aisyah dengan tajam.
" Soalan kau macam minta kaki aku je kan. Mestilah Encik Ahmad kita kan ucu." Aisyah ketawa sehingga Airil menjentik dahinya.
" Kau ni dah kenapa." Aisyah muncungkan bibirnya.
" Jangan nak gatal sangat." Airil duduk di sisi Aisyah sambil membantu Aisyah mengupas bawang.
" Angah suami kau dengan yang pun nak cemburu." Akmal ketawa dan di ikuti oleh yang lain. Airil hanya buat tidak tahu sahaja. Aisyah meneruskan tugasnya memasak sambil berborak dengan adik beradiknya tetapi Alongnya tidak boleh join mereka kerana sibuk menguruskan restaurantnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience