Airil berjalan menuju ke arah bilik Aina. Dia memulas tembok pintu. Airil lihat Aisyah sedang tidur dengan lindangan air mata. Airil mendekati Aisyah yang sedang tidur.
" Aku minta maaf...aku tahu aku kejam dengan kau." Airil mengusap kepala Aisyah sebelum dia mencempung tubuh Aisyah dan berlalu keluar dari bilik Aina. Airil masuk ke dalam biliknya dan meletakan tubuh Aisyah di atas katil. Aisyah merasakan tidak selesa membuka mata perlahan-lahan. Aisyah berasa asing dengan bilik tersebut dia bangun memandang sekeliling bilik. Aisyah memandang Airil yang wajah yang pelik.
" Kalau ya pun marah dekat aku jangan la sampai tidur dekat bilik Aina kesian Aina tadi terpaksa tidur bilik tetamu." Airil menarik tangan Aisyah tetapi di tepis oleh Aisyah.
" Suka hati aku la nak tidur mana pun." Aisyah turun dari katil tetapi Airil lebih pantas memeluk pinggang Aisyah dan menarik Aisyah ke dalam pelukannya.
" Kau nak pergi." Airil tidur sambil memeluk pinggang Aisyah.
" Aku nak keluar cari Aizat la." Aisyah cuba meleraikan pelukan di pinggangnya.
" Aku tak izin kan selangkah kau turun dari katil ni aku tak akan ampunkan dosa kau." Airil menggunakan kuasanya sebagai suami Aisyah. Aisyah menarik muka sebelum dia baring di sisi Airil. Airil memandang Aisyah dengan mata tajam.
" Menyampah betul." Aisyah memejam mata sebelum dia tertidur dalam pelukan Airil. Airil juga turut tertidur di samping Aisyah. Sungguh Airil akui yang dia mula sayangkan Aisyah walaupun Aisyah banyak membuat dia marah.
************
Airil bangun dari tidurnya apabila merasakan tidurnya di ganggu. Airil memandang Aisyah yang tidak keruan sekejap duduk sekejap tidur sekejap menari sana menari sini. Aisyah memandang Airil bila merasakan yang dia tidak tahan lagi.
" Kau ni dah kenapa...aku tengok kau ni dah macam monyet cuba duduk diam diam." Airil memandang Aisyah.
" Aku nak buang air kecil dah tak tahan sangat ni." Aisyah memandang Airil. Airil melepaskan tawanya tidak sangka yang Aisyah mendengar kata katanya sampai begitu sekali.
" Pergi la tandas." Airil merenung Aisyah yang menggelengkan kepala.
" Aku takut la...nanti kau tak ampunkan dosa aku. Aku tak nak masuk neraka." Aisyah memandang Airil.
" Pergi la aku izin." Airil mencium pipi Aisyah.
" Tak nak aku takut." Aisyah menjerit dengan kuat sehingga Airil terkejut. Airil tidak pilih lain apabila Airil mula melihat Aisyah menekan perutnya dengan kuat. Airil bangun dan mencempung tubuh Aisyah menuju ke arah bilik air. Airil meninggalkan Aisyah di dalam bilik air sehingga Aisyah keluar dan hanya berdiri di hadapan pintu sahaja. Airil menggeleng kepala sekali lagi dia mencempung tubuh Aisyah.
" Kau ni kan takut sangat kenapa...kan kau dah cakap aku izin kan kau turun dari katil ni." Airil memengang tangan Aisyah.
" Betul kau izin kan." Aisyah memandang Airil. Airil hanya mengangguk kepala. Aisyah mula turun dari katil dan menuju ke arah pintu.
" Aku izin kan kau turun dari katil je bukan keluar bilik." Airil baring dengan tangan di belakang tangan dengan pantas Aisyah berlari ke arah Airil.
" Aku minta maaf." Aisyah menyalami Airil dan mencium tangan Airil.
" Teman aku tidur boleh." Airil merenung Aisyah. Aisyah mula baring di sisi Airil matanya tidak mahu tidur. Aisyah memandang Airil yang mula tidur tangan Airil yang berada di pinggang nya di biarkan sahaja. Aisyah mengambil telefonnya lalu membuka kamera hadapan. Aisyah mendekatkan dirinya dengan Airil lalu mengambil gambarnya dan Airil walaupun Airil tidur tetapi gambar tetap cantik. Sekali lagi Aisyah mengambil gambar dengan Airil tetapi ini lain dari tadi. Aisyah mendekatkan bibirnya dengan bibirnya Airil lalu di cium lembut mata di pejam kamera ditekan tiba tiba Aisyah merasakan bibirnya di kucup rakus. Aisyah lihat Airil sudah bangun mata Airil menikam wajahnya. Aisyah cepat cepat sorok telefonnya di bawah bantal. Bibir mereka masih lagi bertaut. Airil pusing sehingga dia berada di atas Aisyah. Tangannya menyeluk bawah bantal Aisyah mencari telefon Aisyah apabila sudah dapat Airil mengambil sebelum membuka telefon Aisyah tetapi sayang kerana Aisyah meletakan kata laluan. Airil memandang Aisyah. Aisyah hanya jeling menyampah sebelum kata laluan dia buka telefon di berikan kepada Airil. Airil melihat gambar gambar yang di ambil oleh Aisyah semua nya cantik cantik termasuk gambar Aisyah mencium bibirnya. Airil senyum memandang Aisyah sebelum gambar gambar yang diambil oleh Aisyah di hantar ke telefonya.
" Pandai kau curi curi ambil gambar aku ehh." Airil mendekati Aisyah.
" Aku bosan aku ambil la lagi pun aku ambik untuk buat kenangan." Aisyah tunduk memandang cadar katil.
" Manis bibir kau...aku nak lagi boleh." Airil muncung kan bibirnya. Aisyah menggeleng kepala.
" Aku tak nak geli." Aisyah mencari alasan.
" Aisyah aku nak minta maaf pasal pagi tadi. Aku tak maksud kan macam tu pun." Airil membaringkan kepalanya di atas riba Aisyah. Aisyah memandang Airil sebelum menjeling.
" Kau tak perlu nak minta maaf sebab apa yang kau cakap tadi tu betul aku tak sepatutnya jatuh cinta dengan kau." Aisyah mengusap rambut Airil. Airil memandang wajah Aisyah.
" Aku tak kisah kalau kau nak jatuh cinta dengan aku tapi aku just takut kalau aku tak dapat balas cinta kau balik." Airil menggengam tangan kanan Aisyah.
" Airil aku rindu Aizat la." Aisyah cuba menukar topik perbualan mereka. Airil yang mendengar kata kata Aisyah terus menggigit tangan Aisyah.
" Jangan nak gatal sangat." Airil pusing menghadap perut Aisyah sebelum dia mengusap.
" Kau ni dah kenapa Airil tiba tiba je nak marah." Aisyah memandang Airil.
" Baby tolong pesan dengan mummy jangan gedik rindu dekat orang lain." tiba tiba Airil mencium perut Aisyah. Aisyah yang terkejut terus menepis tangan Airil dari perutnya.
" Ish kau ni masa bila pulak dalam perut aku ni ada baby." Aisyah menarik rambut Airil.
" Kalau tak ada apa kata kita bagi ada." Airil tersenyum nakal.
" Airil kau jangan macam macam nanti aku ngam kau baru tahu." Aisyah cuba membuang gelora di dadanya. Airil bangun sebelum ketawanya meletus.
" Aku tahu kau belum bersedia kan." Airil mengusap kepala Aisyah yang tiada tudung.
" Ish kau ni suka buat aku takut." Aisyah turun dan menuju kearah bilik mandi.
" Aisyah nanti kalau aku nak aku minta tau masa tu kau jangan lari lagi." Airil ketawa dia tidak dapat menahan ketawanya lagi bila melihat muka Aisyah yang cuak.
Share this novel