Kereta yang di pandu oleh Airil berhenti di pekarangan banglo Tan Sri Halim. Airil keluar dari kereta pintu kereta di hempas dengan kuat sehingga terkejut Tan Sri Halim dan Dato' Rasyid yang berada di ruang tamu. Airil masuk ke dalam rumah dengan wajah masam mencuka.
" Airil kenapa ni." Tan Sri Halim memandang anak lelakinya.
" Papa Airil nak tanya sesuatu pasal Aisyah." Airil memandang Tan Sri Halim tajam.
" Mana Aisyah." Tan Sri Halim merenung Airil dengan pandangan sayu.
" Airil tinggal kan dia di tepi jalan....Sekarang ni Airil nak tanya papa. Papa tahu tak yang Aisyah tu dah kotor dah tak suci dan berapa ramai lelaki main dengan dia." Airil memandang papanya.
" Kamu jangan nak tuduh Aisy bukan bukan papa kenal Aisy." Tan Sri Halim memandang Airil.
" Semuanya Rizman yang bagi tahu kalau Airil tak dengar apa yang Rizman cakap sampai bila bila pun Airil tahu benda ni." Airil merenung tajam ke arah papanya.
" Aisyah bukan macam tu orang. Nampaknya encik Airil dah tersalah langkah." Dato' Rasyid mencelah tanpa amaran.
" Kalau Dato' tak tahu apa apa jangan masuk campur." Airil memandang Dato' Rasyid.
" Saya kenal Rizman tu macam mana dan saya juga kenal Aisyah. Rizman suka bertindak melulu dan lebih lebih lagi bila melibatkan orang yang dia sayang. Aisyah pula redha dengan semuanya dan dia anggap semua ni ujian buat dia. Aisyah jenis berpegangan pada pendiriannya.
" Aku tak akan berjuang untuk orang yang tak hargai aku. Aku akan terus mengharungi ujian demi ujian dan aku belajar dari kesilapan serta masa lalu untuk menjadi lebih baik." sebab tu Aisyah tidak kisah kalau encik Airil tinggalkan dia. Aisyah tu kuat dan tabah orang nya. Saya kagum dengan Aisyah." Dato' Rasyid memandang Airil yang kaku berdiri.
" A...ap...apa semua ni kenapa saya tak pernah tahu." Airil jatuh terduduk di atas lantai sungguh dia menyesal kerana bertindak melulu.
" Papa kecewa dengan kamu Airil. Sungguh kecewa." Tan Sri Halim memandang anak lelakinya.
" Airil dah buat silap besar kali ni. Airil dah buang dia dari hidup Airil." Airil menangis dan terus menangis.
" Along cuba la call kak long." Aina muncul dengan segelas air kosong. Airil meangguk lalu mendail nombor Aisyah.
*************
" Kenapa tak angkat telefon tu." Dato' Jalil memandang Aisyah.
" Tak penting pun." Aisyah menjawab lemah dia membuang pandangan keluar tingkap. Telefon Aisyah berbunyi lagi kali ni Dato' Jalil menjawab. pembesar suara dia buka.
" Hello Aisy...kau dekat mana puas aku cari. Aisy aku minta maaf aku tak sepatutnya percaya cakap Rizman. Aku minta maaf dengan kau Aisy. Aisy cakap la sesuatu kenapa kau dia. Aisy kau bagi tahu aku sekarang ni kau dekat mana aku pergi sekarang." Airil bersuara cemas.
" Maaf saya bukan Aisy tapi......belum sempat Dato' Jalil menghabis kata kata Airil sudah mencelah.
" Kau siapa hah...mana bini aku bagi aku cakap dengan bini aku." Airil menjerit kuat.
" Kau yang buang aku bukan aku yang buang kau so untuk apa kau cari perempuan murahan macam aku." Aisyah memulakan bicaranya bila mendengar Airil menjerit.
" Aisy aku minta maaf aku tahu aku salah." suara Airil kedengaran lemah.
" Maaf encik Airil...saya rasa encik Airil yang nak semua ni kan." Aisyah memejam mata.
" Aisy aku tahu aku salah.....belum sempat Airil menghabis kan kata Aisyah sudah mematikan talian. Telefon dicampak keluar tingkap berkecai telefon itu. Dato' Jalil memandang sepi tidak berani menyoal lebih lebih. Aisyah memujuk hatinya agar melepaskan Airil pergi. Aisyah memejam mata beberapa saat sebelum dia buka semua. Tiada apa lagi yang nak dia ingatkan tentang dia dan Airil semuanya sudah berakhir.
Share this novel